Tomyam Dalam Kelapa

Pernah makan tomyam dalam kelapa?

Aku first time try. Camana rupa entah. Akak cadangkan satu tempat ni. Ok sedap lah jugak tapi macam manis sikit biasa lah dah letak dalam kelapa. Tomyam dapat. kelapa pun dapat sikit.

Ni emak punya. Bihun Tomyam. Aku kebuluran nasik jadi mari kita menggajahkan badan dengan nasik sepinggan.

Ini la ropenye. Duduk dalam kelapa. Surprisingly aku boleh habiskan kuah dia yang pedas pedas tu. Hahah dasar jakun tak pernah makan dalam kelapa. Dulu masa kat Sarawak makan dalam buluh, ni dalam kelapa, lepas ni apa pulak?

Bila dah masam dan  pedas, kenalah pandai match. Minum lah tembikai laici! Superbbbb!!

Yang ni tak payah cerita lah. Mana boleh tinggal ultraman dengan raksasa. ultraman dekat dua bakul besar dekat rumah. semua nama dia tau. aku pun tak kenal menatang nama raksasa tu. hish.

Ok, kalau korang nak try, kat mana?
“Lokasi : Bandar Temerloh. Bawah jambatan temerloh, kedai makan betul betul depan traffic light simpang tiga sebelah rumah rukun tetangga. Bukan depan traffic light tepi esso tu. Nama kedai aku tak pasti apa. TomYam Kung kot?”

14 comments:

fyna said...

uish rasa kelapa tak? mcm best je..xpenah lak i mkn..hehe

lalailusi said...

la dekat temerloh ke..??nak trylah nanti..kedai die yang btul2 dpn jalan ke..??

ayaa alyy said...

wah3. cm best je. dh lh my favourite food tomyam nieee.hehe

Magrib said...

tom yam dlm buah kelapa.. menarik tuh.. nk try..


anyway... follow anda..

Liyana Lunia. said...

tak pernah terfikir makan dalam kelapa T______T apakah rasa dia? HAHAHA manis manis masam mcm x berapa gemar T_T

The Nurul said...

@fynamacam mana nk cakap eh. takde la rasa kelapa sangat sebab dah sekali ngan tomyam tu. lepas tu ikut nasib lah. kalau dapat kelapa yang banyak isi sedap la. kelapa i tak banyak isi. yang emak punya banyak.

The Nurul said...

@lalailusi kalau dari bandar temerloh nak ke triang, blah kiri depan traffic light bawah jambatan.

The Nurul said...

@ayaa alyy yeah. fevret kan. shud try.

The Nurul said...

@Magrib dengar pun dah menarik kan. tertanya tanya macam mana. pandai diorang ni. jimat mangkuk. tapi mana nak korek kelapa entah. haha. tapi ramai yang tak tau lagi. kena requestla.

The Nurul said...

@Liyana Lunia. rasa dia macam kalau u makan tomyam yang kelantan buat. kalau thai kan macam kaw kaw gila pedas dia. yang ni pedas tapi a bit manis. sikit je manis dia. maybe sebab campur dengan air kelapa tu.

Lady SharpShouter said...

kat KL selalunya kedai thai byk yg jual tomyam kelapa ni.mmg tukang masak dia kalau pure thai mari, sekali makan mmg termimpi2.ai laikeee.

Jejaka Terhangat said...

erkkk..kalo tomyam masuk dlm kelapa..air kelapanya pergi ke mana..mangkuk? bertukar tempat ngn tomyam plak..=p

The Nurul said...

@Lady SharpShouter aa yang ni pun macam kelantan tukang masak dia

The Nurul said...

@Jejaka Terhangat hahaha. kelakar kamu. ada rasa sikit air kelapa dia. selebihnya munkin masuk perut tokey kot.