International Charger Plug


Sebelum pegi Phuket haritu aku terjumpa satu charger plug masa kat kedai ape entah. Alah kedai simple simple like Kedai Barang Dua Ringgit tu ha. Murah je pun so try je lah beli. Mana lah tahu plug diorang tak sama kan. Sekali betul kau! Selamat aku bawak charger plug ni. Hahaha. Dekat belakang kotak dia ada tulis negara mana yang boleh guna tapi Thailand takde dalam senarai tapi aku beli jugak. Incase. Sekali, syukurrrrr. So sesapa yang nak travel luar negara tu sila lah beli :)


Phad Thai, Phuket

Selama ni dok dengar orang cakap phad thai phad thai macam sedap kan. So aku pun tekad la nak try yang original punya. Tapi masa ni takde la lapar sangat sebenarnya. Jadi, we had early dinner at Jungceylon Mall Foodcourt. Ada dua stall je yang halal. Ok lah. Better than nothing ye dak. So order lah.
Dok tunggu kakak ni masak. 


Card ni guna dia kau bayar dulu berapa berapa amount kat kaunter then dapat kad ni.  lepas tu bila order kat stall dah dapat makanan tu hulur kad ni diorang swipe berapa harga nanti tolak la balance. macam touch and go card la. Then pulang balik kat kaunter. Kalau ada balance diorang pulang balik duit. Ha gitu.

Phad Thai!

Bapak sedap aku cakap kau! Dia kering, pedas, tak muak, seafood bersepah, sayur bersepah, perah asam limau lagi. Ok dah telan air liur ni. Sumpah sedap ok.

Taman Negara Day 2 - Jungle Trekking

Jom....nak bawak menjelajah Taman Negara neh. Lepas breakfast naik bot menyeberang ke Taman Negara dan start berjalan. Gila takde warm up. Apadah kitorang ni.

Breakfast. Lepas tu ready naik bot =)


Ok mari! Ini nama dia pokok Tapak Kaki Hantu, boleh? Naseb la siang masa ni. Kalau tak komfem cuak memasing.

Tongkat Ali. Pokok yang paling mendapat perhatian! kehkehkeh!

Forgot the name. Tapi pokok ni warna dia hijau. Tapi once kena cahaya matahari warna dia tukar jadi biru2 sikit. Nampak, kan?

Si Khairil cabar kitorang sapa yang boleh panjat "Liana" ni. Liana = Akar pokok yang terjuntai juntai tu





Ini chalet dan kawasan dalam Taman Negara. Nak duduk sedap sedap dan mahal mahal sikit boleh lah kat sini. Tapi ktorang bebujang ni terima kasih lah nak berselesa selesa sangat. Belasah je asal boleh mandi dan tido.

Trek dia terbaek ah! Actually trekking ni nak pegi Canopy Walk. Benda yang paling aku teringin nak pegi. Jambatan gantung. Best gila oh main gegar gegar atas tu. Hahahahaha. Nanti, next entry kita cerita lagi. Ok? Daaaa~


Taman Negara Day I - Lubuk Simpon

Lepas je letak beg tukar baju seluar sarung kasut, kitorang lepak kejap dengan briefing dari Abang Khairil.  Lepas tu start lah turun ke jeti, naik bot seberang sungai. Sebab kitorang stay dekat Kuala Tahan. Jadi seberang sungai tu ialah Taman Negara. Alah, tak sampai dua minit pun seberangnye. Dekat kepalang. 

Abang Khairil kata dia nak bawak kitrang jungle trekking sikit. Dan pegi mandi dekat Lubuk Simpon. Ye. Sikit! Memang la sekejap je jarak dia, tapi dia punya trek tu hazab Ya Allah! Jalan memang paham paham lah, hutan. Lepas tu banyak lecak. Memang penat betul nak elak. Kezen aku sampai dua kali jatuh, licin. Kesian.

Bila sampai tu, masing masing melantak sandwich dulu, bekal dari rumah sebab tak sempat lunch. Banyak sangat ceritanya. Jadi, lepas je isi perut sikit, masing masing melompat masuk sungai. Nampak tempat dia tak best. Heh,kau jangan pandang sebelah mata tahu.

Dah masuk?

Tersungkur aku dalam tu. 

Actually ada akar pokok besar tau. Bebudak ni dah warning tapi aku tak perasan, hilang pertimbangan dan gosssshhhh!! Memang smpah terlungkup aku cakap. Siap terbukak mata lagi dalam air. Ada la dalam 5 saat. masa tu lupa pakai contact lens,belasah je lah. Seriau kejap sebab jatuh dalam tu. Fuuuuhhhhh.

Dah mandi manda tu ok la. Fun. Siap main games Pandai si Khairil ni attend kitorang. Kezen aku siap bawak lumpur laut mati, ha bergosok la masing masing. Dah rupa nature spa pun ada.

Kasihan anak anak kebuluran. Jumpa roti dah macam jumpa syurga. Amboi! 


Souvenir Taman Negara


Takde pilihan sangat. FM pun biasa biasa je. Harga agak mahal dari tempat lain. Yang syok kain ni. Apa nama aku pun tak tau nak cakap. Macam sapu tangan tapi besar. Ah apetah. Dia ada peta taman negara. Aku punya hitam. As usual, Ad merah.


Trip Ke Taman Negara

27 April - 29 April 2012
Jumaat, Sabtu, Ahad

Planned dengan adik adik sepupu yang BUJANG BUJANG nak pegi trip ke sini. Jadi pergilah kami yang dari umur 16 sampai 27 tahun ni. Me, Aie, Epi, Abiq, Dilla, Adik-T, Aboy, Fendi, Im, Ninie, Twin Kai Nai. 

Khamis malam kumpul rumah Tok Bah dulu. Lepas budak budak laki balik dari main badminton, pukul 1 kitorang lepak dekat anjung meeting (lah sangat!) Dah la pak lawak masing masing. Keras perut aku nak gelak.  Bincang nak bawak kereta mana, makanan apa nak bawak, esok lunch macam mana, sapa nak incharge itu ini, sapa yang belum bayar, macam macam lah. Pukul 3:30 pagi baru setel. Tido.

Esok pagi bangun kalut kemas beg, aku pulak pukul 10 keluar gi bandar kejap nak draw duit yang budak budak bank in dengan tukar duit kecik dekat Cik Ana. Sempat lagi pegi beli seluar tu. Padahal pukul 11 nak gerak neh.

Sekali sampai rumah, kena tunggu Aboy pulak, dia nak ofis jugak. Pukul 12:30 tung tang tung tang baru gerak. Dah lah tu jammed pulak kat bandar orang balik keje, pegi solat jumaat bagai. Singgah Jerantut lagi Dilla nak bank in cek. 

Patut check in pukul 2 tapi pukul 3 baru sampai. Nasib baik abang Khairil (Tour Guide kitorang) sporting. So takde hal. Letak beg tukar baju seluar, ready for short jungle trekking & mandi sungai. Yuhhuuuuu!!