Trip Ke Taman Negara

27 April - 29 April 2012
Jumaat, Sabtu, Ahad

Planned dengan adik adik sepupu yang BUJANG BUJANG nak pegi trip ke sini. Jadi pergilah kami yang dari umur 16 sampai 27 tahun ni. Me, Aie, Epi, Abiq, Dilla, Adik-T, Aboy, Fendi, Im, Ninie, Twin Kai Nai. 

Khamis malam kumpul rumah Tok Bah dulu. Lepas budak budak laki balik dari main badminton, pukul 1 kitorang lepak dekat anjung meeting (lah sangat!) Dah la pak lawak masing masing. Keras perut aku nak gelak.  Bincang nak bawak kereta mana, makanan apa nak bawak, esok lunch macam mana, sapa nak incharge itu ini, sapa yang belum bayar, macam macam lah. Pukul 3:30 pagi baru setel. Tido.

Esok pagi bangun kalut kemas beg, aku pulak pukul 10 keluar gi bandar kejap nak draw duit yang budak budak bank in dengan tukar duit kecik dekat Cik Ana. Sempat lagi pegi beli seluar tu. Padahal pukul 11 nak gerak neh.

Sekali sampai rumah, kena tunggu Aboy pulak, dia nak ofis jugak. Pukul 12:30 tung tang tung tang baru gerak. Dah lah tu jammed pulak kat bandar orang balik keje, pegi solat jumaat bagai. Singgah Jerantut lagi Dilla nak bank in cek. 

Patut check in pukul 2 tapi pukul 3 baru sampai. Nasib baik abang Khairil (Tour Guide kitorang) sporting. So takde hal. Letak beg tukar baju seluar, ready for short jungle trekking & mandi sungai. Yuhhuuuuu!!


1 comment:

sweethOneY said...

eeee bestnya g cuti ramai2 dengan sepupu sepapat. Aku ni sejak dh kawen dah malas nk join cuti2 gini. Sindrom org tua betul. Haha