Untuk Adik Adik Yang Baru Bernikah

Ni kisah 2 3 bulan lepas. Ada la sorang budak ni baru kawin. Aku pun semangat la wish Selamat Pengantin Baru apa bagai kan? Supposedly say thanks cukup lah atau I pun doakan U cepat cepat berjodoh whatsoever lah ayat lebih kurang gitu lah kan. Tapi taaaaakkkk. Dia balas "Thanks, awak bila lagi?" Oh tahulah kau tu baru je sudah nikah. Tak pe lah. Dan mengAWAKkan aku je? Oh sentaphatimaknak! Bukannya kau tak kenal aku. Kalau sebelum ni boleh panggil akak why all of sudden berAWAK? Sentap ok. Jenuh pujuk hati bersangka baik. Terus aku tak komen dah lepas tu. Hu. 

Sentap ok. Sentap.


Lafaz Sakinah

Benda ni popular dekat Melaka dengan Johor je. Aku tak tahu lah kalau tempat lain macam Pahang boleh buat ke tak. Kena reqest & bincang dengan Tok Kadi kot. Tapi, turn aku nanti aku rasa nak buat sebab feeling barokah dia tu lain macam dan eh komfem meleleh lah air mata. Ha masa tu baru la nak insaf dan rasa sebak rasa tanggungjawab tu bila dah nak beralih ke kehidupan baru. Ni kang tak, SAH! je terus happy happy. Tak best lah. Majlis nikah kena syahdu syahdu sikit boleh?

Eh cakap macam nak nikah dalam masa terdekat plak. Tak lah, just sharing lagu nasyid FarEast - Lafaz Sakinah. Memang sumpah sedih lagu ni. Lirik dia berkenaan penyerahan anak gadis kepada suami. Sape yang dengar lagu ni tak sebak atau nangis memang aku salute lah.

Ni contoh ucapan ibu ke anak, aku jumpa kat http://www.ekmirabat.com/2012/01/lafaz-ikrar-sakinah.html Puas cari contoh skrip yang full, takde.

Sedih kan? Bayangkan mak baca masa ni memang berderai la air mata. Mekap kemana lantak lah.

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku 
Tangisannya kini ku serah padamu 
Bukan bermakna dia bukan milikku 
Fitrahnya perlukanmu 


Jadikanlah dia wanita syurga 
Mengerti benar akan maharnya 
Taat itu bukan hanya pada nama 
Indah ia pada maksudnya 


Ku akur Akan pesanmu 
Puterimu kini amanahku 
Iringilah 
Dengan doamu 
Bahagia kami dari redhamu



Panduan Solat Tarawikh

Syoknya ramadhan. Berbondong bondong pegi solat terawih. Sumpah seronok. Tapi ada masa, takkan dapat nak pegi solat dekat masjid. Jadi, kena buat sendiri dekat rumah. Tak tau macam mana? meh nak share. Lengkap ini. Untuk solat beramai ramai ataupun sendirian:


Selamat beramal! :)


Ayam ButterMilk

Resepi paling senang, cepat dan sedap. Tah, aku rasa senang gila kot.

Bahan bahan:
Ayam (potong bahagian dada - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum
Tepung jagung
Cili api - potong serong (Optional. Aku tak letak pasal nak bagi Adam makan, kang pedas plak)

Maafkan lah daun kari kering tu. Dah lama. Asal adooooo.

Cecara:
1 - Lumurkan ayam dengan serbuk kari lepas tu golekkan sama rata dalam tepung jagung + tepung gandum. Lepas tu goreng sampai masak. Macam ni ha:
Kiri : Ayam yang digolek dalam serbuk kari dan tepung jagung+tepung gandum
Kanan : Ayam yang dah siap di goreng.


2 - Panaskan kuali masukkan butter, kecikkan api biar butter cair.
3 - Masukkan bawang merah dengan bawang putih
4 - Dah naik bau masukkan daun kari
5- Dah agak garing, masukkan susu segar. Agak pekat sangat tambah air pun takpe.
6 - Perasakan garam sikit.
7 - Bila dah mendidih tu masukkan ayam tadi. Biarkan sampai kuah butter tadi pekat sikit tapi jangan sampai kering tak berkuah langsung.

Siap!

Senang yang amat! Tak payah nak bebeli kat kedai sangat.

Sekarang kemainnnnnn tak pakai dah santan santan. Semua main susu segar. Jaga kesihatan sangat lah konon! Hahaha. Okay apa sebab santan biasa kejap je dah tak elok bila dah guna even kotak pun kalau letak dalam freezer then bila defrost tu x fresh. Tapi susu segar kalau berhari hari duduk dalam fridge even dah bukak pun still elok lagi dan pekat, dan sedap je kat tekak aku. Name it, kari, masak lemak, kurma mak okay je rasaaaaaa. Dah la satu tin tu boleh dapat paling paling boleh dapat dua masakah. Jimat hokay?

Jadi, mari lah bertukar ke susu segar, okay?. Lagi enak, pekat, creamy dan sedap. Try k! :)



2012, July 7th

Sempena hari lahir haritu, biasalah ucapan yang sudah dijangka "Bila nak kawin?" "Bila nak naik pelamin?" Esok kalau dah kawin, kalau rezeki anak lambat tanya pulak bila nak beranak, dah dapat anak tanya lagi bila nak menambah. Ujung ujung senyap gitu je. Like masa aku takde lesen kereta dulu. Sibuk hingaq sangat aih satu kampung bila nak buat lesen bila nak buat lesen. Dah la satu sen pun tak bagi (kot lah hadap sangat aku nak buat lesen kan?) Alih alih bila dah dapat lesen, ha senyap kat situ tak bunyi apa dah pun. Motip? Ah biasalah. Orang. Kalau tak hingaq lagu tu, orang-orang lah pulak kan.

Takpe lah. Lumrah lah tu. 

Ok here i just wanna share birthday wishes kawan kawan yang OhMyAllahhhhh....sweet sangat! For me lah.

First, one and only lah, Ad.

Touching gila ah wish. (Ah kau kalau dah suka semua pun nak touching kaaaaaannnnnn)


Then dari my besties:




Zana paling sweet out of all! Malam berinai dengan mandi bunga tak tahan tu. Ni penangan masa kawin Lisa dulu lah aku canang nak heret semua besties mandi bunga dengan berinai. Komfem minah ni tuntut nanti. hahahaha.

Oh my lovely cousin pun. Muda 5 taun dari aku tapi she's the best couzie i eved had. Pantang jumpa gossip saja.


Kau nak kawin dulu dik? Kawin ah. Aku kasi chance. Tak kesah punnnnn. Asal Famy jaga kau elok elok cukup ah. 

Thanks for all those sweet wishes. Banyak lagi kat FB nu. Tapi ini antara best of the best lah kira. Semoga doa doa kalian terutamanya ehem yang jodoh tu dimakbulkan. Dah nampak dah yang terbaik. Tapi belum tentu Tuhan kata aku yang terbaik untuk dia kan.. Jadi, kita berdoa sajalah :) 

 Oh oh ada gossip best. Pasal birthday wishes ni jugak lah tapi nanti lah kita sambung lagi. Panas!


Butter Prawn

Udang butter, udang butter prawn, apa apa nama lah.

First trial.

Agak basah dan lembab. Tak kering. Sarang sarang dia tu pun lembab dan terlekat lekat. Agaknya terlebih minyak atau butter atau cepat sangat angkat tak pasti.
*Sarang sarang = telur yang macam bertali tu.


Bahan:
Udang
1 cawan minyak masak
1 cawan butter
4 biji telur (amik kuning telur saja)
Daun kari
Garam

Cara :
- Basuh udang, buang kepala.
- Gaul dengan garam. Goreng separuh masak atau hampir masak pun boley.
- Panaskan minyak dalam kuali lain, biar betul betul panas, then masukkan butter
- Biarkan butter tu cair, tutup api.
- Tuang telur dam jaring/acuan roti jala sambil kacau kacau kan dia lelaju supaya tak melekat 
- Last, masukkan udang dan daun kari, masak sampai daun kari tu agak layu.

Siap!




Takut jari luka aku tabur garam dan tampi tampikan dia. Ye laaaahhh mak ni esok kawin anak raja, ada kuli nak buat semua kerja kaaaannn. Mulia sangat jari k sensitif tak bertempat. Hahahhaha apa masalah lah entah jari aku ni. Sensitif yang amat.

Tapi aku macam failed dekat kacau telur tu. Rasanya aku kacau kejap je tu yang lembab semacam tu.

Takde acuan roti jala? Jangan risaaaauuuuu sebab aku pun puas cari tak jumpa. Last last kita berkreatif sikit lah ye. 

Nah:
Amek bekas plastik, layurkan pisau atas api biar panas then kau tebuk la lubang. Kreatif kaaaannnn? Hahahahahaha

Kreatif lah sangat! 

Dah, boleh pegi cuba sekarang.





Euro 2012

Tak sangka betul aku boleh stay up tengok bola. Hahahahaha. Bukan nak tengok sangat sebenarnya. Tapi lebih kepada nak memantau keadaan. Ad lah yang semangat sangat dengan Euro ni sampai pegi ke Poland sana nu. Habis je match, replied tweet. Kata dia, keadaan dekat sana gila. Penyokong lelaki menangis nangis. Boleh? Gitu lah obses sangat. Bola je pun. Hahahaha. Tapi menganga jugak la aku menengok Italy kena belasah 4-0. Gila? Macam kan senang senangggg je masuk gol tu sampai one of the player pun nak tergol sekali meluru masuk dalam gawang. Gawang? Hahahaha lamanya tak guna perkataan ni. 

Disebabkan Ad sokong Italy, maka aku pun terjebak ikut sokong sama. (Padahal kaki bangku tak minat bola tak pernah layan tak pernah tengok match aku ni) Bukan apa, kalau Italy menang, mesti lah Ad akan balik dengan happy gila takde moody dan takde gangguan. Sekali kalah daaaaaa. Aku dah cuak terus twit dia bawak bertenang bagai. Hahaha risau aih anak orang tu kat sana tah apa jadi kang sama emo dengan orang orang kat sana tak ke naya. 


Dan bila dia kata dia ok. Ok, iLega uolss! Hahaha. 


Sila balik dengan selamat ye. Take care.