Lafaz Sakinah

Benda ni popular dekat Melaka dengan Johor je. Aku tak tahu lah kalau tempat lain macam Pahang boleh buat ke tak. Kena reqest & bincang dengan Tok Kadi kot. Tapi, turn aku nanti aku rasa nak buat sebab feeling barokah dia tu lain macam dan eh komfem meleleh lah air mata. Ha masa tu baru la nak insaf dan rasa sebak rasa tanggungjawab tu bila dah nak beralih ke kehidupan baru. Ni kang tak, SAH! je terus happy happy. Tak best lah. Majlis nikah kena syahdu syahdu sikit boleh?

Eh cakap macam nak nikah dalam masa terdekat plak. Tak lah, just sharing lagu nasyid FarEast - Lafaz Sakinah. Memang sumpah sedih lagu ni. Lirik dia berkenaan penyerahan anak gadis kepada suami. Sape yang dengar lagu ni tak sebak atau nangis memang aku salute lah.

Ni contoh ucapan ibu ke anak, aku jumpa kat http://www.ekmirabat.com/2012/01/lafaz-ikrar-sakinah.html Puas cari contoh skrip yang full, takde.

Sedih kan? Bayangkan mak baca masa ni memang berderai la air mata. Mekap kemana lantak lah.

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku 
Tangisannya kini ku serah padamu 
Bukan bermakna dia bukan milikku 
Fitrahnya perlukanmu 


Jadikanlah dia wanita syurga 
Mengerti benar akan maharnya 
Taat itu bukan hanya pada nama 
Indah ia pada maksudnya 


Ku akur Akan pesanmu 
Puterimu kini amanahku 
Iringilah 
Dengan doamu 
Bahagia kami dari redhamu



2 comments:

sweethOneY said...

erghhh berdiri bulu roma aku.. sedih ! rasa bergetar2 dalam hati wehhh ini kalau time nikah baca confirm meleleh tak hengat

De' Nurul said...

Tu pasal lah. Baru dia nak insaf dekat situ. kikiki