Mini Book Light (Untuk Baca Buku Dalam Gelap)

Untuk sesiapa yang gemar sangat baca buku sebelum tidur tetapi amatlah malas semalas malasnya nak bangun tutup lampuuuu, here! Let me introduce you guys satu benda yang best cenggini *thumbsup* untuk golongan golongan macam korang ni (including me lah).

Takde full picture pulak. Later lah kalau rajin.
Click kalau nak tengok lebih jelas. Dia pakai bateri jam. Ada berapa biji entah dalam tu. 3 rasanya.
Contoh.
Tapi serious, terang! Selesa nak membaca dan boleh adjust lampu dia kalau agak agak kesilauan.

So, kat mana nak beli?
Yang ini, I beli dekat MPH Book Store dekat One Utama. Dia dekat bahagian alat tulis, ada satu space untuk buku nota comel comel, yang ada motivational words, yang ada mini magnet, dekat bawah bawah sikit. Alah, senang senang, tanya je lah dekat staff dia mana nak cari mini book light yang boleh clip dekat buku? Agak dia blur jugak, tunjuk gambor ni. 

Siapa yang perlukan benda alah ni?
Of course lah si pemalas bangun tutup lampu bilik time nak tido macam I. Hahahahaha. Okay tak. Benda ni berguna sangat untuk:-
> Baca buku sebelum tidur
> Travel - Dalam bas, dalam train, dalam kereta mana mana lah
> Camping 
> Emergency light.

Harga?
RM20 ringgit tunai!

Okay, dah boleh tutup lampu dan on mini book light - clip onto the book - switch on - read - switch off - lalaland~


Nuffnang CPUV - Samsung Galaxy A Series (Untuk Kaki Selfie & Wefie)

Kaki Selfie out there, ini berita gembira untuk anda!

Nuffnang tengah buat kempen untuk:-



Adik beradik dia ni ada 3. A3, A5 & A7.
So, mari kita tengok rupa bentuk Samsung Galaxy A ni. Lawa or not, you judge:-
Go & Grab Samsung Galaxy A Series. 

Kenapa? Sebab:-
1. Kamera belakang 13Mp. Depan 5Mp. Yeay!
2. Dia ada "WIDE SELFIE" function. Yeay!
3. Dah takde selfie selfie dah, semua nya WEFIE pulak. Boleh lah sumbat kawan2 sekaligus. Yeay!
4. Nipis & Ringan gila! Yeay!
5. Body dia metal. Ya metal ya! Takde plastik plastik dah. Sangat stylish! Yeay!
6. Gambar cantik gilaaaaaa okay! Ada BEAUTY FACE mode jugak. Tak payah nak 360 bagai dah. Yeay!
*Nampak? Nora bagi 5 bintang okay kalau cenggini!

I memang tengah plan nak tukar new phone pun. Hp yang ada now okay tak de lah masalah sangat. Tetapi, sekali dia datang masalah tuuuuu, kau nak urgent call, dia hang! Hang sikit sikit takpe. Ni bangsa hang yang battery terus drop lepas tu kena bukak casing, cabut batery on balik dah okay, baru elok. Kalau sehari 5 kali jadi, tak menangis?

So haritu masa dekat IOI City Mall, sajalah jalan jalan, masuk Samsung store. Tengah tengah belek tu, staff kedai tu introduce dekat model ni. Baru lagi dia kata. So I pun try dan teruja sungguh! Selfie cantek uols! Harga kalau tak salah around RM700-RM1500 +/- ikut model.

Nah, belanja wefie sikit:
Source : http://www.samsung.com/my/

Teruja tak? Ehe.


Nuffnang CPUV - Mie Sedaaap Krispi

Jujur, I'm not a very big fan of Mie Sedap Krispi (makan tu makanlah tapi tidaklah selalu), tapi dia punya iklan amboi! Menjadi betul marketing strategy dia sampai my little niece tak berkelip mata kalau keluar iklan nya. Tak tahu lah dia suka tengok mee tu ke, tengok ayam tu ke atau tengok uncle rapper tu? Hahaha.

Maggi mee je pun. Tapi melekat! LAPAR..PAR..PAR lols!

So, right now, tengah ada campaign & contest dari Mie Sedap :


Bersempena dengan 2015 Putrajaya Hot Air Balloon this march. Okay, dah boleh lah siapa siapa yang teringin nak naik belon panas secara percuma. Ya, PERCUMA yeay! Sila lah join the contest:-
http://www.misedaap.com.my
Pegi kedai - beli 2 bungkus Mie Sedap (GORENG AYAM KRISPI) okay! Receipt jangan buang! 

Lepas tu pegi dekat link ni: 
http://www.misedaap.com.my/form/  Isi je borang dekat situ & masukkan barcode number yang dekat bungkusan mie tu dan send. Untung untung, terpilih bolehlah naik belon panas FOC. 

Apa lagi, pegi lah  beli. Sempat lagi ni sebelum 5 March :)


Sunsilk Perfect Straight

Haritu, entah macam mana gatal tangan masa browsing FB, terjoin lah Sunsilk contest. Masa tu diorang buat promotion untuk shampoo Sunsil Perfect Straight. Ada weekely winners. Saja lah join. Then  habis dekat situ.

Dah lama, dah lupa. Tiba tiba dapat satu text message & email macam gini:-
Kalau tak nak walk in collect, boleh bank in cash & nanti dia post hadiah
Terkejut kejut lah cerita dia. Eh? Bila masa I join contest? I tulis apa slogan dia? Serious, tak ingat langsung. Sampai saat ni tak ingat apa benda tulis entah. Tapi Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Selain dapat cash money, jimat juga lah budget untuk shampoo. Hahaha.

So, reply email etc etc, dalam dua minggu kemudian rasanya, sampai lah hadiah yang dijanjikan dekat ofis. Kemain gabak kotak nya ya. So dapat lah:-
Besar kan? Hambik. Memang menjimatkan duit ni. Dapat sekali paper bag exclusive. Siap ribbon kau. Mampu?


Dah pakai dah. Lepas lima enam kali guna, terasa makin straight rambut. Sesuai lah sangat dengan "perfect straight" dia tu. Bau pun sedap. Cenggini! *thumbsup*

So, lepas ni boleh lah merajin rajinkan diri join contest.

**Berharap ada rezeki join offline constest haritu. InsyaAllah ada rezeki tak kemana.


USB Power Adapter

Balik kampung haritu surprise kejap tengok ada benda alah ni dekat rumah.
Berbaloi baloi

Adik kata, "Aku tau dah puak puak ni kalau balik bukan nya reti nak bawak balik charger sendiri. ha beli ni senang tak payah nak berebut"

Puak puak means, I, Kaklong, Abang & SIL lah siapa lagi. Hahaha. Tak. Kesahnya bawak balik charger tapi malas benor nak bawak keluar dari bag. Dah alang alang sokmo ada dekat tepi tv, charge je lah. Lepas tu dasar dengki, tak dan full charge lagi, dah tarik keluar handphone orang, cucuk handphone sendiri. Hahaha.

So dia beli dekat mana entah dekat kampung. RM40. Me, ada juga survey. Ada dah kurang juga harga. Tengok dekat lelong. Sama je ada 1 port untuk Ipad/Iphone, 1 untuk Galaxt & 2 untuk standard port. 

Nak kena beli jugak ni senang kalau nak travel. Mana nak charge hp sendiri, hp office, power bank, belaka semua nak charge sekaligus. Tu kalau travel sebilik sorang. Kalau sebilik 4 orang? Dengan anak anak punya gadjet lagi, bergaduh lah kau kat situ nak charge punya pasal.

~

Luthfia - 10 Months Old

10 Bulan.
CintaSampaiMati


Cousins

"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"

Jadi, kita jangan bercerai okay sayangs? Apa pun yang jadi, apa pun yang berlaku, kita tetap cousins sampai mati, kita tetap sayang each other dunia akhirat, jangan tikam menikam. Gaduh gaduh sayang tu adatlah. Kita jaga silaturahim kita insyaAllah :)


Kuantan Getaway

Demi nak mengguna voucher Swiss Garden, elok lah pulak ada cuti kapit Wilayah dengan Wesak. Ke Kuantan lah kita. 

Ahad pagi bertolak dari rumah mak, sejam kemudian sampai Kuantan, matahari tengah terpacak atas kepala jam 12, terus ke Taman Teruntum menghiburkan Adam. Mana nak datang nya elephant, kau terima je lah apa yang ada. 


Seriously busuk gila kot dekat tempat ostrich ni. 
Mata Baymax katanyaaaaa~


Jam 1 dah lapar sangat, tapau je semua gorengan dekat situ, udang tepung, ikan tepung, ketam tepung, keropok lekor,  sudahnya makan itu je for lunch. Kenyang, setel! 

Then gerak ke TC sekejap. Tapi takde booth bukak, belikan Adam set scoop, jam 2 lebih, gerak ke hotel untuk check in. 
Lobby. Sedap sangat lah melepak dekat sini. Nak tido rasa.

Sampai sampai 3:15 petang, apa pun tak setel. Bilik tak ready & ada masalah voucher semua. Dia kata dia try setelkan dalam masa sejam. Sejam ye. T____T Adam dah menggeletis nak turun pantai main pasir. Okay la okay la. Turun teman dia. Dah la jauh nu ke bawah.
Angin kencang. Bertaburan pasir sampai masuk mata. Me no like~

Jam 4:30 kitorang naik bilik, baring baring, solat then dekat dekat pukul 6 turun balik ke pantai. Tersengguk sengguk dengan angin sedapnya, mata terus layu. Adam elok lah dapat kawan. Anak mat saleh mana entah. 
Rafael ke Rapahel ke entah. 






Tak lama, Abang turun teman Adam so I naik atas mandi siap siap lepas magrib kitorang pegi cari makan dekat Sara Thai Kitchen. Sedap! Plus perut tengah lapar menggila memang licinlah. Tapi pukul 8 sampai pun consider lambat sebab ikan tinggal 3 ekor je dah masa tu. So next time awal awal lah otherwise pegi cari tempat lain dekat Tanjung Lumpur misalnya.Lepas dah setel makan, kita ke Teluk Cempedak pulak. Abang & SIL nak jumpa relatives. Lama juga tapi tak best sebab hujan. Jam 12, balik hotel, paksa orang hotel hantar extra bed. Dari petang requestnya tak dapat dapat. Apa punya service entahhhhh. Bad service I must say! Sudah lah nak mengguna voucher nya sekian. 

************************************

Pagi esok, cadang nya nak bersunrise lah lepas subuh. Jam 6:30 keluar ke balkoni, ambik, hujan selebatnya. Jam 7, gelap gelita, Jam 8 matahari tak nampak bayang. Lupakan je lah. Sambung tido. Jam 9 turun breakfast. Sedap sedap jugak lah makanan dia. Ada roti canai fresh. Nasik lemak sedap berlemak & macam macam lah.
Berjumpa lagi. Peramah budak Rafael ni. Harapkan Adam nak approach dulu, lambat lah cerita dia. 

Jam 10, naik bilik kemas kemas, Abang bawak Adam ke pantai. Jam 12 kita check out. Hantar kunci, masuk barang dalam kereta, terus ke pantai bergambar lah. Jam 1 tengahari matahari terik orang takde langsung dah kat pantai, tinggallah kami berdua berphotoshot tak sudah sudah.



Pukul 2 lebih macam tu, gerak pegi Beserah cari ikan fresh. Kawan Abang siap bawak ke port ikan masin. Ha memborong lah kau. Apa lagi. Lepas dah setel ikan, pegi jumpa makcik SIL kejap, makan makan makan then balik. On the way balik singgah beli barbecue set untuk Kaklong, sampai rumah dia jam 8, basuh basuh seafood dan zassss BBQ lah kita lepas dikejutkan dengan berita yang paling tak best dalam dunia. Huh!

Malam terbongkang semua.  

Sekian.