Takut~

I just can't hold the tears..

Ya Allah...

I don't know where to start..

For a perfect man in my life.

Takut.

Yes takut. Takut kehilangan.Takut dia pergi.

Telah ku janji pada diri. Don't ever let him cry. Even a single tear.
Stop hurting him. Cukup. Cukup!
Bahagiakan dia. Temani dia. 
Rasai kesusahan dia. Ubati dia. Usapi air matanya. 
Raikan tawa dia bersama. 
Jangan ditambah kusut yang ada. 
Tekadlah dalam melaksana amanah, sumpah dan janji.

Dia lain...Satu dalam sejuta. Yang kau takkan jumpa di mana-mana.

Dia ibarat lilin. Tegar membakar diri  hanya untuk menyinarkan hidup orang lain.

Dia tabah. Tidak pernah ditunjuk dia lemah. Dia gagah.

Hanya aku yang tidak mengerti. Tidak memahami. Tidak menyelami.

Ku akui, perempuan... hanya tahu dipujuk dimanja.
Tapi aku lupa, lelaki juga punya rasa yang sama.
Lupa untuk berkongsi duka.
Lupa untuk bertanya keadaan dia.
Hanya gembira melihat dia tertawa.
Sedangkan aku lupa untuk mengusap air mata dukanya.

Bukan tidak peduli
Tapi risau andai diri ini terlalu mendesak ingin mengetahui
Lalu ku biar kau bersendiri
Ditemani sang puteri
Kerna aku tahu, dia bisa menghilangkan resahmu
Dia bisa menjaga dirimu.

Tapi,

Ya, salah. Salah aku membiarkan keadaan berlarutan
Sedangkan yang lain bersahutan menanyakan
Apa jadi? Sakitkah dia?Terlukakah dia?
Sedang aku, masih di situ menanti khabar
Memberi ruang
Memperbodohkan diri masih tidak mengerti tentang hati.
Itu salah sama sekali..

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini
~Takut by AmaliaAlias~

Doaku...harapku...
Agar dirimu kuat
Kuat menghadapi segalanya

Aku masih di sini.
Sedia mendengar
Sedia mengusap air mata
Sedia melihat kau tersenyum kembali
Kerana janjiku dulu,
Aku ingin sekali menjagamu, menemanimu,
Melihat kau tertawa bahagia.
Hapuslah derita..
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karna bagiku engkaulah nyawaku

The Conjuring on Merdeka Day 2013

"Face Your Fear" - TPAA, Sept.2013

Gituuuuuu...

Kau ada tema tema bagai? Takde kannnn.

I is so penyeram. Memang tak lah nak tengok cerita cerita hantu ni. Cerita hantu lawak lawak tabah lagi la nak pegi tengok. Tapi hantu seram tahap Ju-on bagai tu terima kasih daun keladi, memang saya tak berani. Dulu, zaman kampus pernah tengok cerita hantu apa eh, Jangan Pandang Belakang kalau tak salah. Sudah lah tengok hari siang, tutup muka dengan bantal pula. Dasar penakut sangatttttt.

So, The Conjuring. Dato' pegi tengok with his cousins and said seram gila. Okay laaaaaa fineeee kalau dia yang pemberani tu kata that film adalah seram, that means seram lah. Seram gila. Dan I pun memang ok tak mahu tengok. Takut pejam mata je sudahnya karang.

Last friday, wechat with Baby, dia pujuk pujuk pegi lah tengok kak. Face you fear etc etc. Okay lah. Akak pegi la ni. Pegi ni. Check online TGV tengok seat banyak kosong *berpeluh* Showtime hanya pukul 1:55 pm dan 8:50pm. Memang tak lah nak tengok malam kan!

Pegi tak pegi tak pegi tak pegi. Ok. Pegi!

Maka pergilah. 

Sudah lah pergi sorang sorang, takde apa apa barang pulak tu nak lindung lindung muka like a box of popcorn ke.  Yang ada cuma botol air. Apa la nak gagau ni karang jap lagi kalau keluar muka hantu ni karang. Sebelah kanan chinese girl. Belah kiri seat kosong sampai ke hujung. Oh greaaaaaaattttt! My seat adalah betul betul center of the hall. Phewwwww.

OhyaOhya. Disebabkan hari merdeka, so masa iklan sebelum movie start kami dijamu dengan iklan iklan hari kemerdekaan. Seronok juga sebab 90% audience adalah kaum kedua terbesar di Malaysia. Biasanya kita kan dimomokkan dengan racist and all that so mari tengok ada tak adegan adegan yang tak sepatutnya.

...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................

Ok tak ada! They all behave. Bagus. 

Lepas tu right before movie start, mereka pasang lagu NegaraKu dan mintak audience berdiri. Mula mula semua cuak lah sebab tak penah berada dalam situasi macam ni kan. Lepas tu chinese boy and the gang baris depan I bangun. So automatically semorang pun bangun. Gooooooodddd! Kami sayang Malaysia. Habis je NegaraKu semua pun duduk diam anddd.....

Movie start. Relax.....Enjoy...

Online tix. Just scan the code via your smartphone ;)
 Ok lah. As conclusion I boleh! Yes! I faced my fear! Thank you Dato' Thank you Baby! Walaupunnnnnn kerassss kejunggggg masa klimaks part exorcism tu. Memang keras kaku atas seat tak bergerak. Serious!

Tidak lah I menjerit jerit dalam tu. Tidak lah melatah sakan. Tidak lah pejam mata. Tidak lah terlompat macam tengok Zombi haritu. Good! Cuma terperanjat yes.

I actually okay with the seram seram scene yang macam expected even though benda tu tak jadi pun. Macam kita akan expect orang tarik kaki, akan expect bila budak tu jengah bawah katil akan ada benda benda pelik, belakang pintu, atas almari and so on. Benda yang kita boleh ready nak menggelabah. Nak tutup mata ke muka ke. I am okay with that.

Cuma yang tak okay nya bila benda tak expect macam masa Mak dia terkurung dalam cellar tu masa mula mula cerita. Tiba tiba lah pulak ada suara nak main hide&clap lepas tu clap tepi telinga dia. Hooooooooiiiiiii!!!!! Menjerit lah masa tu okay. Gugur jantung sekejap. Budak budak lelaki cina baris seat depan dah gelak gelak cover terkejut. Hahaha.

Lain lain accepted cuma nya i am not okay, a big no dengan muka muka hantu buruk ni. Rambut kusut masai panjang panjang hoihh..  Ya Tuhannnnn can not go betul la. Takut lah weh muka pelik pelik ni. Lepas tu dia muntah darah yaaakkkkksss terus rasa nak muntah dekat situ.

Masa part exorcism tu I dah gelabah takde arah. Nak capai apa ni nak cover muka? Kecik kecikkkkkkkkkkk mata tengok. Nak pejam karang takut rugi. Berpeluk tubuh kawkaw sampai keras. Minum air la apa. Gelabah tak yah cakap. Memang keras sungguh.

So bila movie dah habis ok fiuhhhhh cepat cepat nak keluar dari hall. Takmo duduk lama lama dengar muzik yang seram tu. So bila dah keluar. Hah legaaaaaa~

Lepas tu do shopping groceries terus lupa dah la pasal cerita hantu tu. Ok good tips ni. Kalau nak tengok cerita cerita hantu, better watch movie siang siang lepas tu sibukkan diri shopping atau apa apa so that lupa lah scene scene yang menakutkan tu. Amacam? Ok kan? Hahaha. 

So lepas ni boleh lah lagi nak pegi tengok cerita cerita seram cuma please lah jangan keluar muka muka buruk. I cannot tahan T____T