Jangan Tinggalkan Adam Ye?

"Adam, nanti ummi nak pegi Mekah, Adam tinggal dengan nenek ye?"

"Tak nak! Adam nak ikut ummi dengan abah!"

"Mekah tu jauh tak boleh la. Lagipun Mekah tu tempat orang sembahyang. Adam bukan pandai sembahyang lagi"

*************

Tak lama lepas tu dia datang berdiri sebelah pakteh siap siap pakai songkok. Sembahyang sungguh. Ade la 3 rakaat gamaknya bangun rukuk sujud tunduk duduk semua lah.

Dah siap tu,

"Adam dah sembayang. Abah jangan tinggalkan Adam dengan nenek ye?"

Ha kau! Nak kata apa sekarang?

Hahahahahhahahahahhaha keras perut aku gelak.

Clever boy!


Hero


Tak dapat dipastikan samaada terpijak atau sengaja pijak lebah sebelum masuk kereta nak balik rumah. Sedar sedar esoknya dah merah kaki dan agak bengkak. Pegi klinik doktor kata kena bawak pakar sebab dia tak berani nak korek. Takut ada bisa tertinggal. Bawak ke KPJ satu hal pulak hospital penuh. Budak ramai tak sihat. Dari petang membawak ke malam baru dapat katil. Nyaris bergaduh je kak ipar. 

"Doktor, Adam balik kampung Adam pijak bee. Mati bee tu. Lepas tu Abah pulak pijak bee. Lepas tu nanti Adam nak suruh ironman datang tembak bee tu biar mati. Lepas tu...Lepas tu.. Lepas tu.." Gelak doktor. Awak memang panglipurlara la sayang.

Aku pun half day pegi tengok buah hati ni. Sampai sampai terkejut beruk dia tengok makde ada. Hihi. Nganga kejap. 

Happy duduk hospital tak nak balik. Awak ingat awak duduk hotel ke? Ada pulak construction tengok buat MRT kat luar hospital tu dengan backhoe crane lori pasir tah hapa lagi. Lagi la menambah keterujaan dia tak nak balik.

Perangai pelik pelik. Tak  nak tidur atas katil. Hampar toto kat tepi bawah, tepuk tepuk tido 3 jam. Kemmaen! Bila doktor datang berlakon muka sedih sakit. Elok habis, melompat peluk orang. Ish ish ish. Kenan perangai nakal sapa tak tau. 

Bawak turun pegi kedai, nasib baik dah faham bahasa. "Makde, ultraman dengan mainan mainan lain ni lambat lagi ye?" Maksudnya, kalau nak beli lambat lagi ye sebab dah banyak atau baru lagi beli mainan? Hahhahaha bagusnya buah hati ni. Tapi agak kesian sebab satu kedai tutup. Ada jual Thomas & Friends. Tak sampai hati tengok muka dia sayu je pandang ke dalam kedai tu. Isk.

Dah boring kat bawah, "Makde jom la kita balik hospital, Adam penat lah" Allah! Penat hapa takat turun bawah pegi kedai. Kata la boring nak takde apa yang menarik. Hahahahhaha.

Nak balik dia tak bagi. Ah sudah dah. Lepas dah layan layan layan sampai naik kembung pipi tiup bubble, boleh la balik. Alasan nak ambik baju. Busuk nak mandi. Kekekekekke.

Iman Adam...Iman Adam.. Dah makin pandai berceloteh, buat lawak dan buat ekspresi muka time bercakap. Awak sangat menggeramkan tau tak!


Bunga-Bunga Cinta

Mawar Ungu.
Pertama kali tengok.
Officemate nak kawin esok. Dia bagi lah sorang satu
Yang jadi mangsa tumbler haku.
Kemaen sempana valentine.
Doakan yang terbaik dan semoga kekal bahagia selamanya



Tahun Baru 2014 - Iris House Resort, Cameron Highlands

Kahkahkahkahkahkah.

Ok cukup.

Dah masuk Februari baru nak tahun baru bagai. Jadi la dari takde ye dak?



So, new year haritu di Cameron Highlands. Damai sekejap. Dentam dentum mercun pun takde. By 12am++ dah lalaland. Bagus.

Ikutkan tak mahu cuti, tapi kaklong ajak tengok rumah sebab katanya penyewa before complaint kotor n so on, so ikutlah. Sampai sampai takde ape yang pelik yang kotor pun. Hairan eh. So dari Temerloh-Bentong-Cameron ikut jalan Felda Sg. Koyan semua tu dalam 4-5 jam jugak lah. Gerak pukul dua lebih macam tu & sampai dekat dekat pukul 7. Itu pun sebab nyinggah beli sayur nak masak dinner. Tapi okay lah than Tapah tak berlengkar jalan cuma few la lagi 20mins nak sampai tu jalan dah macam luar & adam muntah. Mula mula dia dah lain macam.. "nak baring kat ummi" tak lama lepas tu habis segala isi perut. Dengan mak mak dia sekali kena. Nasib lah anak kan. Redho kay. Hahahaha. Nasib jugak lah parking dekat dengan lift & tak lalu lobby nak ambik kunci. Keluar keluar lift pulak terus masuk rumah kat tepi. Settle.

Lepas sil mandi,  masak dinner. Simple dish yet delishhh. Ikan sardin, ikan masin, telor dadar, sayur fresh

Settle dinner keluar pegi Pasar Malam. Tapi sebab pegi dah pukul 9 lebih, tambah lagi weekdays, so dia nak tutup dah. Capai je lah apa yang sempat.
Cino. Payah nau nak suh senyum. Mahai!

Dah lah Adam buat drama kat sini. Beli Spiderman sweater untuk tiga orang tu, ada hoodie. Sekali dia ingat hoodie tu macam mask baju ultraman dia agaknya. Tarik tarik tak tutup muka. Apa nak kata, meraung bagai nak rak. Hilang mood semorang. Naseb la PakTeh pujuk apa entah.

Kiri : Happy la dapat topi efen.
Kanan: Heh lepas dah tantrum menjerit menangis mengamuk macam hape, diam dah.


Superman pun ada. Ehem! Nice one. Kain sedap. Tapi untuk budak je la eheh.
Lepas tu pegi kedai runcit beli beras (macam balik kampung je kekdahnya hahahhaha). Hey, caramel pop corn dia sedap kay. Kalau pegi Cameron sila beli. Lepas tu tak nak balik masing masing, pegi minum kat Steamboat & Snack Corner. Ada steamboat tapi masing masing kenyang, so tak payah. Minum je. Lepas tu balik sembang sembang melayan budak budak, tido. As simple as that.

Elok dah tiga orang spiders ni.


Besoknya, lepas subuh...Ya Tuhankuuuuuuuu sejuk menggigil gigil! Pukul 6:30am bukak sliding door balcony perggghhhhh nak terkencing dia punya sejuk. Campo angin lagi. Clear nampak awan kena bawak dek angin.



Yang best, masak nasik nak buat nasik goreng, nak sejukkan nasik tu selamba letak periuk dekat balkoni. Anak anak tak bangun lagi so memang selamat lah dok kat balkoni nasik tu hahahhahaha.

See?


Lepas dah semua makan mandi, kitorang keluar. Menggelitis masing masing nak pegi amik gambar depan Smoke House . Jalan jalan lah kami sementara nak tunggu big boss settle hal dia.

Rombongan Cek Kiah

I just love this pic so much! Sebab ada macam macam cerita dalam satu gambar. Hahahha yang belakang tu satu hal. Otromen satu hal. Macam macam la anak

Meraung! 
Sebab? Hahahhahahah Ancik terjatuh kan Angry Bird Bubble dia. Lepas tu dah la jatuh kat celah celah jambatan tu, Patah pulak kepala Angry Bird. Mana tau kecewa kawan tu? Hahhahahaha. Ancik biasa la dia "Entah. Mana Abang tau!" Gggggrrrr



Lepas tu ke favourite place, Big Red Farm Strawberry. Strawberry Cheese Cake sama Fresh Strawberry Juice dia walllaaaaweyhhh. Nikmat dunia.
Haih Iman Adam, hensem tapi penggayat! Tak lepas turun, nanges. Deeeeyyy!


My three little darling yummy strawberries

Nak balik dah. Pakteh layan main bubble. Suka sangatttttt
So begitulah permulaan tahun baru 2014. Semoga membawa lebih keceriaan dan kebahagian. Not only me, but family, friends, sayang(s)-youknowwhoyouare-and all of you.

Ohya, sesiapa yang nak sewa apartment untuk holiday di Cameron 3 bilik, bilik air sorang satu, ada astro, ada wifi, boleh memasak etc, sila ke http://irishouseresortcameronhighland.blogspot.com/ 

Thank you :)


Popilla, Ikano Power Centre

Kisah lucu hari minggu.



Misi mencari Popilla. Sudah lah dah lama tak pergi Ikano. Mencari lah kedai ni macam nak gila. Nak kejar masa, malas buang tenaga,  tanya orang orang dekat situ.

+ "U tahu tak mana Popila?" 
-  "Oooo dekat atas sekali" 

Pegi pegi atas, bukan Popilla okeyhhhhh tapi POPULAR. Kedai buku! Tipah tertipu bang! Cer sebut popilla dengan popular. Memang nak serupa. Lepas tu aku apa lagi, nak menyampai ke darling(s), tergelak sorang sorang, tersengih sorang sorang macam onggile.

Then tanya lagi pekerja lain..

+  "Tau tak mana popilla? Fast food outlet?"
-   "Oooohh itu semua dekat bridge sana (yang link ke the curve) semua kedai makan dekat situ. akak turun escalator ni pegi belah kanan. 

Dan aku pun ikutkan je sampai sesat jumpa Subway T_____T Entah celah mana lah Popilla hoi. Kalau ke depan lagi, memang masuk The Curve. Dah nak buat apa?

Last lastnya, tanya Information Counter. 

Cis! Sumpah tak nak perasan outlet dia kecik gila je macam Famous Amous. Memang sebelah Famous Amous pun. Ground Floor depan Cold Storage. Tepi kedai ada lembu nama apa entah. 

Akibat lapar tak makan lagi, gambar pun lupa snap. T_____T

Overall, so-so la. takde la sedap menjilat jari sangat tapi ok sedap lah. Cuma maybe dia baru lagi, so banyak benda kena improve. Tapi hey nachos sedap gila. Banyak pulak tu. Next time singgah situ beli nachos semata mata je boleh? Hihihihi.

Nah nachos:



Kupon. Groupon. 


Sayang(s), nanti kita pegi makan makan lagi kay. Girl, jangan nak mula menjebakkan diri dengan Groupon.

Ketagihan akibatnya nanti. Eheh.

Da~

Adjuna Beta

I just soooooo in love with Arjuna Beta. Yes Adjuna Beta. Eh Arjuna Beta. Eheh.

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar 
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur 

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tau mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri
Tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda


Nak dengar? Klik : http://www.youtube.com/watch?v=NS66IiRJHb4 

This is gonna be one of the humming dodoi selected bila ada anak laki nanti. Boleh?

Good Job Fynn Jamal a.k.a KokPing.