As requested by Ad. Meh nak tunjuk. Cewah! Macam kan terer! Aku memang saja exaggerated kasi nampak Wow! Hahaha. Tapi believe me, melt in your mouth!
Ok resepi ni memang sedap. Resepi emak, dari kecik. So kita bagi resepi yang boleh dapat dalam 60-80 biji ok? Ini memang sumpah step by step aku bagi.
Ok, mula mula pegi cari pegi beli dia punya acuan. Macam ni :
Bahan bahan Inti:
2 biji nenas
2 cawan gula
Bahan bahan tart:
4 cawan tepung gandum
2 biji kuning telur
1 buku mentega. Brand BUTTERCUP sahaja ok. Brand lain, tak jamin sedap ke tak. He.
Tak kenal buttercup? Alah alah, macam ni:
 |
Version penyek lepas kena campak dalam peti. Oh ya, masa raya ada diskaun tau. Biasa RM4.00 something tapi bila raya dia jadi RM2.00 something. Tak ingat tapi memang diskaun lah. Sila pegi borong banyak banyak dekat pasaraya. Jimat! Sekian, hantu buttercup.
|
Meh tengok pulak cara cara nak buat
inti dia:
 |
Kupas nenas elok elok. Nampak saya pakai gloves? Yes sebab jari sensitif gila takut terluka dan pedih. Lepas tu buang la yang duri duri tajam dia tu. Bersih bersih. basuh. Potong kecik kecik. Letak dalam blender, bubuh air sikit then blend sampai hancur lumat. Then tapis bagi tos air nenas tu.
|
Lepas tu masak pulak inti tu.:
 |
- Lepas blend tu tapis.
- Agak agak dah kering air dia, terus masuk dalam kuali, api kecik. masak sampai air dia kering.
- Lepas tu baru bubuh gula. Kacau sampai likat & sebati.
- Then angkat, sejukkan.
- Dah sejuk, bentukkan inti tu.
Tips! nak senang bentukkan inti dia: Setiap kali nak jemput inti nak bentukkan tu, celup jari dalam air. So dia tak sticky & senang nak betukkan. If not, melekat lekat jari.
Dah setel inti, buat crust/doh/tart dia pulak.
|
 |
- Mix/gaul kuning telur dengan mentega sampai jadi ala ala crumbs/ serbuk
- Pastu masukkan tepung sikit sikit
- Gaul/uli sampai doh tak melekat kat tangan.
- Setel.
Bentukkan doh macam silinder ni nanti senang nak masukkan dalam acuan. |
 |
Masukkan doh, lepas tu pegang acuan tu guna dua2 tangan macam syringe/picagari ubat tu then tolak untuk keluarkan dok sambil tarik acuan ke belakang. Ha lepas tu letak inti kat atas tu then gulung. Dalam 2 lapis ok lah kot
Ah sudah, faham tak weyh korang? hahahaha.
|
Bila nak picit doh ni make sure acuan belah dalam tu ke atas. So dia jadi macam gambar blah kiri. Faham kot eh?
So, details tak? Hahahaha. tak jadi jugak tak tahu lah korang.
Selamat mencuba ok.
****Update****
- Bakar pada suhu 180c. 15minit.
- Kalau nak sapu kuning telur dekat atas doh tu, campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning, mix dan sapu sebelum masuk dalam oven.
Soalan soalan dekat comment tu dah dijawab :-
http://tmd03081.blogspot.com/2014/07/macam-mana-nak-kira-adunan-mana-nak.html
Check it out!~
13 comments:
Sedappppp aku suka tapi nak buat sorrylah jadi aku order saja hakhak. malam ni nak pick up nasib baikkk phewww kalau tak dah mengidam dah kena paksa ko buat pulak agagaga :P
Tiada suhu dan minit bakar ke sis?
Tiada suhu dan minit masak disertskan ni sis? Itu roll nenas kena sapu kuning telur lagi ke?
Nk bkar brape lame? X tulis pn..huhu
Nk bkar brape lame? X tulis pn..huhu
Assalam.. saya berminat untuk beli domain laman blog tmd03081 nih.. Boleh tak bagi alamat emel atau no tel untuk saya berhubung?
Assalamualaikum kak..
Saya dah cuba resepi akak.
Memang sedap:)
Cuma tepung tu koyak2 la.
Ade petua x kak?
Singgah promote Alat Buang Duri Nenas
Sis agak2 bpe gram tepung 2 klw 4 cwn
Boleh bg sukatan tepung dlm bntuk gram x sis
Telur bape biji?
Tepung bape gram?
Mentega bape banyak?
acuan tart tu mane nk dpt ek . kedai yg spesifik ?
Terima kasih kongsi resipi. Sedap! Mudah! Suami saya rajin nak buat sama2. Tapi kami guna jem beli siap je. Dpt la 90 biji lebih satu adunan..
Post a Comment