Throwing Things is Cool Makde, No?



Fasa yang sangat mencabar nak membesarkan budak sorang ni. Hyper, Cerdik. Banyak perangai. Sigh.

Aku sejak dua menjak ni memang beraaaaannngggiiiinnnnnnn je dengan budak kecik ni. Tangan dia tu tak boleh langsung tengok benda bersusun elok elok. Named it! Ape je benda tak dia campak? Aku pun laju je la tangan piap tangan dia kan. Geram! Kalau dalam bilik asal masuk je memang siap segala mekap, lotion, handphone, buku tah ape benda lagi memang berterabur la dalam bilik. Blusher satu memang selamat dah hancur bertaburan. Compact powder belum pakai pun dah retak. Tahniah anak.

Last time dicurahnya lotion aku, tabur buku atas lantai, main! Hah lantak kau lah. Tak larat nak marah. Sehari kalau aku tak memetir kat telinga dia memang dia tak aman kot. Adaaaaa je benda nak di buang nya. Ada je perangai nak dibuatnya. 

Baru ni, masa orang tengah sibuk sibuk bukak puasa, dia makan nasik sambil main tab. Takde sorang pun perasan pintu bilik air terbukak. Lepas tu dia boleh pegi rendam tab mak dia dalam baldi. Kena kotor kot. Dah keluar bilik air, "Ummi..nah!" Hulur tab basah dekat mak dia. Apa nak kata, naik hantu la kak ipar aku kaaannn!!! Tapi tangan dia tak naik, just diam je tahan marah. Kak ipar aku kata kalau membantai dia macam nak putus nyawa pun ape lah sangat harga tab tu nak banding nyawa anak. Nak dapat  bukan senang. Abang aku jangan cakap la, ketar kejap Adam tengok abah dia mengamok. Ha rasakan. 

Lepas tu kemarin, ambik carrot dalam peti time aku sibuk masak, dia boleh rendam dalam bathtub dia, bawak mandi. Errgghhhhhh berangin la aku.Orang nak masak nak makan dia boleh main rendam pulak. Semua benda nak buang. Semua benda nak rendam dalam air. Adaaaammmm!!!!

Pastu tangan dia tu sikit sikit nak melepuk muka kita. Kalau tak sakit takpe lah jugak hoi. Kadang tu sampai berair jugak la mata.

Tu gambar atas tu, habit ape entah, tak kira pagi petang siang malam nak main menyorok dalam selimut tu. Dia, backhoe, elephant, bantal busuk wajib masuk. WAJIB!!

Stress aku.

Habis daya, doa je la lepas solat mintak tahan sabar, tahan nafsu marah. Eyh, kalau orang jenis baran tak ingat dunia, selamat dah ni aku rasa, memang berlebam dah badan dia. Memang kes dera jadi sudahnya.

Nauzubillah.


1 comment:

Mama Haida said...

haish.wajdi pon akan menjadi begitu gamaknya nanti.hahahah.skg sebok nak ngerjakan adek.tgkla dia kerjakan adam ketika adam demam aritu kan?sangat menggeramkan.hahahahah.akk n angah sabaaarrrrr je tp kalau dh tak tahan halilintar la bergema kt dia.adoih sian dia hari2 kena jerit.huhu