Calon Pilihanraya Kecil Dun Kerdau - Syed Ibra

Fuh tajukkk boleh tahan politik jugak.

"Esok tolong kunci jam pukul enam" Kata emak. "Lor..nak pegi mana?" Aku terpinga pinga. Tak penah penah suruh aku set alarm. "Diorang kata ada PM nak datang". Terus aku "Nak ikut!" Mak pandang pelik. "Ha bangun la awal pagi esok"

Er sebenarnya saja lah kan nak pegi tengok. Nak merasa "kemeriahan" suasana pilihanraya.Gila kau duduk depan dalam sepuluh row dari stage macam tu. Hahaha. semangat ok! Dah la pegi dengan kumpulan emak emak. Jadi kena tukar style sikit lah. Jangan pakai baju kurung. kalau tak dengan aku sekali kena cop emak emak. Hahaha.

Lepas Dato Mat berucap berapi api (best jugak, tak bosan), muncul la pulak calon pilihanraya bersalam salaman dengan bakal pengundi. Syed Ibrahim. Nah tengok:


Dalam pukul 9:30 lebih kurang, sama macam dalam jadual, kira punctual la ni, PM sampai. Wah kau berasak gila orang. Aku pandang sajalaaaahhh. Auchhh Kak Mah merah menyala kau!




macam mana nak sayangkan kucing?

Magrib tadi mak bising bising pasal kucing beranak dalam bilik dia. Dalam almari. Habis semua kain kain. Aku pun pelik lah bila masanya kucing tu bunting? Memang la tak nampak sangat kot pasal dua ekor je anak dia. Cinonet pulak tu ha.

Nah, tengok:

kuku tajam yaaaawwww!!

Boleh ah amik gamba kucing kecik kecin newborn ni guna flash camera. tak mati kah? Aku macam suka pulak kucing ni pasal kaler dia cantik. Tapi masalah dia aku bukan reti nak sayang kucing. Geli. Tadi pun tahankan je nak amik gambar dia. Nak muntah bau T_____T

Ni kalau anak sedara aku nampak ni tak tau la lama mana bernyawa cinonet dua eko ni. Isk.

Cer kasi tips sikit camana nak sayangkan kucing. Oh, well boleh tak esok aku kasik dia minum susu Anlene biar tulang dia kuat. cepat sikit berjalan. Hahahahahahaha.


permainan Monopoly budak budak zaman sekarang

Aufa dan Arfa, sepupu kecik. Asal pegi rumah dia karang siaplah macam macam permainan dia ajak main. Kali ini main monopoly, permainan yang paling aku menyampah zaman kecik kecik pasal lembab matematik. 

Aku nak tanya, zaman kita dulu token hak nak jalan part kita tu macam mana rupa bentuk dia ha? Lupa dah.

Nampak? Kecik kecik dah guna kalkulator kira untung rugi bagai. Kau mampu?
Tapi bila dah main amboi bukan main lagi siap ada mesin kira kira engkau. Zaman tahun 80-an dulu haram laaaa. Guna la kebijaksanaan otak engkau. Agak agak bijak matematik boleh la main dengan jaya nya. Agak agak lembab, kira la pakai kaki tangan pensil kertas segala. Kalau macam ni suka la aku nak main kan

Aku agak zaman anak aku esok siap boleh print dokumen beli tanah ape main benda alah ni.


Boy....memang ah macam ni perangai dia

Three years old Amjad Hakimi. Eh, ni gambar tahun lepas, so dua tahun lebih. Anak tunggal lelaki. Jadi kau takde pilihan mesti kena geng dengan kakak kakak. Kalau kakak main masak masak, kau main masak masak. Kalau kakak main emak emak kau main emak emak. Kalau kakak main cikgu cikgu pfttt typical activity kanak kanak perempuan kau pun takde pilihan lain, jadi lah anak murid yang lepas tu kalau salah baca kena cubit. Hahahaha.

Lihat gambarajah ini :

Nampak? Mula mula Kak Ngah dah elok elok main, dah ready susun susun makanan makanan. Oh masa ni diorang main restaurant kot. Jenis karang bising datang tanya tanya nak amik order. Layan je la.

Lepas tu kakak pun dah aman je main dengan teddy bear dia. Teddy bears = pelanggan restoran.

Kemudian, datang raksasa eh i mean Amjad. Buat buat nak main sama. Makan ice cream bagai lah. Lepas tu tak sampai seminit habis restoran kakak kakak kena langgar tsunamjad/tsunami. Terabur habis makanan.

Memandangkan mama dia belum letak kaca atas meja taman ni, boleh la pulak kau nak mencelah tengah tengah tu kan.

End up....duduk dalam tu. Datang kakak kakak pegi report dekat emak. 

Ini lah dia budak lelaki. Ganas, habis restoran kakak kakak kena punggah. Dah kata, kau takde pilihan. Semua permainan kakak kakak dia akan turut serta tetapi sebagai raksasa pemusnah.



Minggu orientasi tingkatan satu

Secara jujurnya memang aku tak nak pun sekolah dekat sini. Alih alih bila Mak kata masuk sekolah itu. So takde pilihan. Dah lah kena duduk asrama, masa tu pulak bulan puasa.

Kawan kawan rapat aku takde yang masuk sekolah tu. Eh ade tapi dia macam boleh survive. Sekejap je dapat kawan. Aku payah sikit pasal muka jenis nak sombong pfffttt…roomate budak tingkatan satu pulak jenis baik decent bagai lagi lah senyap je kan.

Dah kata bulan puasa, harus lah kena bangun sahur kan. Tak pernah pernah bangun pukul empat pagi kau, menggagau bangun menangis nangis cari baju kurung tudung kasut beratur panjang panjang nak masuk dewan makan. Lepas tu waktu siang biasalah hari sekolah, aku tak ingat la plak macam mana orientasi dia.

Cumanya, waktu malam, boleh kira la berapa orang je budak budak tingkatan satu yang tak menangis. Normal ah menangis, lagi lagi bila mengenangkan bukak puasa makan tak best macam kan rumah. Memang tersedu sedu la kau atas katil dalam bilik.

Datang pulak kakak kakak senior suruh chill, pujuk pujuk ah lagi lah. Makin ke orang pujuk makin ke galak menangis.

ini lah asrama aku. bilik aku tingkat dua, bilik nombor 2A. tu nampak dalam gambar ni belah atas. kat kerusi batu ni, kat sini lah masa tingkatan lima petang petang kami lepak ramai ramai. atau lepas gotong royong tiap tiap hari ahad. sini lah tempat lepak, tempat sembang, tempat skodeng asrama lelaki. hahaha. public phone pun sebiji je masa tu. kau tengok sekarang? empat!! budak budak ni study ke bercinta bergayut? dan macam macam aktiviti lah kat sini. tapi masa tu takde lagi kerusi batu macam ni. duduk baring baring atas rumput. cool! lepas tu kena sergah dengan warden pasal tak senonoh sangat baring kat sini dan nampak dek bebudak lelaki dan ustaz karang. oh rindu ah. 
::gambar rembat dekat website sekolah::

Ah memang banyak gila la memori duduk asrama. Bulan kedua je aku dah buat hal. Tingkatan dua langsung kena tendang tak payah gatal nak duduk asrama. T___T

Dan lagi, biasalah bila kau masuk tingkatan satu, akan ada kakak senior yang bajet best gilaaaaaa bajet dialah segala galanya yang best gengster dan sebagainya padahal kau langsung tak gengster ok. Dah la tak lawa, buat perangai tak lawa, memang tak lawa la jadi dia.

Masa minggu orientasi ni jugak la selipar aku kena kebas. Cari punya cari ada depan bilik kakak tu. Nak ambik tak berani. Dia dah ada bunyi bunyi nak sound. Jadi, pandang je lahhhhhh.

Macam pfftttt!~


Kalau pergi penang wajib makan ini

Nasi Kandar

Char Koy Tiaw (selalu fail. haih camana hah eja makanan ni????)
Selain dua ini, makanan makanan lain adalah seperti pasembor dan laksa penang. (Duh...taip entry pagi pagi buta. lapaaarrrrr) Tu je lah yang aku rasa femes.  

Ok, dua jenis makanan yang aku display ni memang wajib lah kan. Kalau tak memang bukan pegi penang la nama dia. 

Nasi Kandar :
Makan kat Subaidah. Alaaaaaaa..subaidah ni tiga tahun aku makan masa study kat kedah. bosan dah. ingatkan nak la pekena tempat yang lain. Nasi Kandar Line Clear ke. Jadi, pilihan aku sama macam tiga tahun dahulu. Ayam goreng, bendi dan telur ikan. Kuah campor. Air limau. hahahahahhaha. takde kemajuan langsung kau ni Nurul. Eh, emak ambik telur sotong. Aku mula mula geli gila ok pasal bentuk dia macam telur ulat apetah. Tapi rasa satu macam sedap jugak.

Char Koey Tiaw :
Ini terpaksa sebenarnya.Takde pilihan. Kakak aku nak makan laksa penang tapi tak sempat, dah sampai seberang baru dapat. Tapi tak sedap pun. tak cukup rasa. Aku pulak memang tak rasa nak makan laksa. Jadi aku pilih char koey tiaw. Beza dengan koey tiaw biasa, char koey tiaw ni berkuah dan nasib baik lah sedap. Tak rugi aku order.


Penang Butterfly Farm

Ye anak anak. Tak habis lagi ye cerita Penang. Nak buat macam mana, orang kalau dah gila gambar, setiap detik semua benda nak capture payah la cerita dia kan. 

So tempat ni takde lah bosan. Walaupun cuaca panas terik tapi kat dalam dia macam sejuk dan damai jugak lah. Lagi lagi bila kau jejak ke kaki ke dalam tu tu dia beratus ke ribu entah rama rama duk terbang atas kepala, hinggap kat tangan kat badan eh seronok!

pandai baca kan? ok berikut adalah waktu melawat. jangan risau, takde kejadian macam yang menimpa kami di cameron highland dulu. apahal isnin nak off. ceh.

ni bagus ni. jinak. tak lari. senang kerja acik.

tak snap dari belakang dia. cantik. ada kaler merah merah.

yang duduk atas buai tu kemain lagi macam nak duduk selamanya. tak nak turun turun dah.



encik qiqi comel lalalalalala. geram makde tahu? geram! geram! budak paling baik tak banyak ragam

Oh ada beli FM dekat sini jugak. Apa hal entah sekarang gila FM. sapa sapa ada nak sedekah? Kecik tapak tangan, ladang rama rama ni aku tadahkan *grin*


Toy Museum, Penang

Kat area jalan nak pegi teluk bahang, dekat dengan masjid tsunami, jalan tanjung bungah. Itu kalau aku tak salah la. Kalau salah er maaf le. Teruja sungguh rasa masuk sini. Bukan aku la tapi Syahmie. Jangan tanya lah berapa ringgit masuk sebab aku dah lupa sebab bukan aku yang bayar. Haha. Jap survey, ha, harga masuk dewasa sepuluh ringgit bebudak enam ringgit. tetiap hari bukak sembilan pagi sampai lapan malam. Masuk Malaysia Book of Record lagi engkau.


ehem ehem! hahaha sila jamu matam bluwek.

naaahhhh..aku tak tau apa nama menatang ni entah. jangan tanya.

horrrr...hak ni eksaited ok. ingat dulu kecik kecik bapak la penakut menangis tengok dengan kazen movie ni. sebab tu aku tak minat sangat anak patung. takut jadi macam chucky ni ha. kejam kau. 

eh eh dia pegang bahu aku? hikhik

fantastic four

abam betmen dengan shrek. comel je anak anak shrek tu bergayut. haha

ini patung jugak ah?

monster inc. tapi sayang boo takde. dah ah comel! 

baaaa..nak sepak aku? kemain kau hehe. cerita ni kelakar. kungfu panda!

Mr. Incredible! Cerita ni aku dah hafal semua dialog dia. Punca, lepak dengan sepupu kecik dok replay hari hari movie neh.

Eh sekarang ni siapa yang teruja? Aku ke syahmie? Nampak macam gambar aku je yang bersepah. Hahaha.

Well, banyak lagi koleki toy. Lord of The Ring, X-Men, Star Wars, Smack Down, Dinasour, Doraemon, IP Man, The Matrix, Ironman, Star Trek, Harry Potter dan apa apa lah kesukaan lelaki memang bersepah tapi sebab aku tak minat haram lah nak amik gambar.

Memang worth la pegi sini. Kalau ada kesempatan boleh la pegi. Rambang mata nak capture gambar sampai habis bateri T___T


Asam Pedas & Sayur Betik

Resepi dari emak. Harap harap lain kali bila lupa macam mana nak masak boleh belek blog semula. Ye, memang nampak mudah tapi aku ni er tahu tahu lah, tak reti tak pandai tak suka masak tapi sekali masak..licin tau. Hek.

Ikan masak asam pedas. Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan, halia. Tumis. Masukkan lada kering yang dah blend dua tiga sudu tengok la ikan banyak mana. Lepas dah masak lada tu masukkan air sukati nak kuah banyak mana. Lepas tu masukkan air asam jawa sikit tapi make sure pekat. Perasakan garam gula masam pedas semua then masukkan ikan sama daun kesum. Agak agak dah nak masak, kecikkan api. Siap.

Berjaya masak dari mula. Asam Pedas Ikan Merah. Abang kata sedap. Ecewah.

Pernah makan sayur betik? Ok fine. Bukan lah sayur actually tapi buah. Tapi bila dah di masak ia jadi sayur. Betik make sure betik muda. Kupas kulit then hiris nipis nipis. Tumbuk bawang merah bawang putih, tumis, masukkan lada kering blend sikit, masukkan betik, perasa gula garam. Setel. Nah:

Kek Lok Si Temple, Penang

Aci tak kalau malas nak cerita pasal temple ni. Kalau nak baca cerita temple tengok dekat sini Wiki : Kek Lok Si Temple.

Penat macam nak mati ok mendaki nak naik atas temple ni. Serabut kedai kiri kanan. Apehal la abang ipar aku tak bawak kereta naik hah. Sudahnya, diorang tak nak naik sampai atas pasal dah pernah sampai. Jenis aku pulak eksaited gila nak naik pasal nak capture gambar banyak-banyak. 

Last last aku cakap dengan mak, ah alang alang sampai jom la naik, takkan nak tengok kura kura ni je? Gila kat zoo pun bersepah. Tapi siyes memang aku tak larat nak daki sampai atas pasal dengan pakai heel nya (oh no wonder la dah rosak tercabut tapak heel aku. baru ingat ni la punca dia) dan juga mak aku dah malas sebab seram. Dah petang dan takde sorang pun bangsa melayu bertudung macam kami naik sampai atas sana. 

Ni lah dia apa nama Liberation Pond (Sacred Turtle Pond). Chinese tradition believes that a turtle is a symbol of longevity, strength and 
endurance. It is an act of spiritual liberation when a turtle is captured and set free in this pond. Source : here)







Jadi lah.. itu je gambar yang dapat nye. Ok la dari takde. Tua esok bole recall balik..Oh aku dah pegi tempat ni.

Unesco World Heritage City - Penang


























Penang best. Tapi banyak tempat tak dapat pegi. Tak sempat. Banyak makanan sedap tak sempat rasa.

Teluk Cempedak memang indah tapi...

Sempena kelahiran si kecil Adwa', aku pegi la menjenguk minggu lepas. Alang alang menjenguk tu bawak budak budak pegi TC. Teluk Cempedak lah. Si Aufa asik lah ajak aku jalan jalan atas jambatan yang nak pegi pantai sebelah tu. Apa nama Teluk Gadong ke apatah aku malas nak check gambar dalam handphone. Bapak la malas nya tapi pegi la jugak.

Dah la macam seram jarak dia tinggi jugak la kalau tengok ke bawah tu. Tengah tengah elok jalan n nikmati pandangan suasana nyaman dan tenang laut (ah pebende ayat kau neh?), tiba tiba aku nampak ni :
Kau tak ngeri? Nasib baik jenis anak buah aku tak reti nak berlari atas jambatan ni. Buatnya terjun ke bawah tu sapa nak jawab?

Jadi, aku rasa terpanggil pegi buat report. Dah emailkan dekat Majlis Perbandaran Kuantan. Aku tak tau betul ke tak aku patut report kat sini. Belasah ke lah dah benda ni dalam Kuantan kan. Gasak la. Harap harap ada orang ambil tindakan sebelum anak orang terjun kat situ. 

Tapi jangan gundah, macam aku cakap, TC memang indah. 



Agak agak tak puas tengok, klik kasik besar  ye. Oh sebab  ni lah aku sayang Sony TX1. Dapat buat gambar camneh ha. Panorama view. Rasanya most digicam skang ada function ni kan. DSLR je aku rasa takde. Aku rasa lah. 

P/s : Sekarang macam suka pulak buat gambar old fashion macam ni. What they called it? Lomography? Yeah lomo lah sangatttttt.


Bayi Paling Comel 2011

Wah kau tajuk tak beragak, tapi sila betulkan kalau aku silap lepas tengok baby ini:

Kalau dari pandangan mata kau tak comel juga, maka aku cadangkan agar kau pergi lah buat pemeriksaan mata.

Well, ini baby lahir 3.51kg, normal delivery. Aku agak er terkoyak kot. Hakhakhak. *gelak gelak, kau esok camana nasib entah* Sudah la lebih due tiga hari, dah nak terberak pun baby. Fuh, nasib cepat kau keluar. Kalau tak merasa la melepak dalam ICU. Nauzubillah.

Rambut subhanallah punya hitam dan lebat. Lembut pulak tu. Suka aku usap. Mak dia kata senang nak beranak kalau rambut lebat. Ye eh? Tapi cukup 7 hari abah dia botakkan dah.

Ini lepas botak. Subhanallah punya comel kan?

Sudah lah comel putih melepak macam anak mat saleh, nama pun sangat wallah! Adwa' Humaira binti Khairuddin. Adwa' Humaira : Cahaya Kemerah-Merahan (Makcu aku lah yang kasi tau maksud) Oh well, ini anak ke empat makcu aku. Agak agak aku panggil dia Merah, Kena sekeh tak?

Dari kiri : Aufa Hanina, Arfa Haseena, Amjad Hakimi & Adwa' Humaira. Dah camana yang last tu tak comel kalau dah kakak abang dia cantik dan hensem?