19082013 : Pergi Tak Kembali

Isnin.
Cuaca mendung, redup. 
Boss masuk office. Bergembira riang ria dengan bos try new product and discussion.
Handphone was in silent mode.

Jam 4 lebih, masih lagi huhahuha di pejabat. Capai hp tengok text dari Dato'. Tengok ada misscalled dari Mummy and Kaklong. Its Zaty actually. Perasan whatsapp/text message kaklong and Zaty, "Wan dah takde.." "Wan dah meninggal"

Shocked!

Terduduk. Menggeletar.

Call Zaty tak dapat. Call Kaklong tak jawab. Call semorang. Call mak call adik. Call Dato'

Dapat cakap dengan Zaty. She confirmed the news. Jam 3 lebih Wan pergi tinggalkan kitorang semua.

Aku menangis takde arah dah dekat toilet. Call abang. 

Keluar toilet colleagues semua tengok semacam "Are u okay?"

"Im not ok. My grandma...meninggal" Suara keluar tak keluar, tersedu sedu. Kemas bag. Boss datang hug me. Lagi lah sedu. "Just go back. Dont worry about the job"

Sampai rumah tak tau nak buat apa. Blur. Capai capai capai, mandi. Asar, keluar. 

Jam 6 lebih sampai Gombak LRT station, balik dengan abang. Yang lain lain pun semua kelam kabut balik. Masing-masing dengan baju keje.

Whatsapp dengan Fara & Ayong. They said nak kebumi malam ni juga. Lepas magrib mandi n kafan.

Ya Allahhhh cepatnya. Yes its good mempercepatkan tapi kami tak ready....

Aku sampai, sarung jubah, wudhu, baca yasin tepi arwah. Tak sanggup nak tengok Wan dah terbujur kaku. 
Baca nangis, baca nangis, hilang spek tah kemana. Aku tengok orang lain bengkak-bengkak mata. Bibik pun.

Lepas isyak tukang mandi mayat dah ready, so mandikan kat bilik Tokbah & Wan. I was there. Tengok Wan tenang macam tido. Anak KakNgah mulut petah, "Nenek nak mandi. Nanti nenek nak tido, Nenek mati" Allahuakbar. One year old ++ baby said that. Mula la nangis lagi kami.

Usai mandi, aku usap usap kaki Wan. Sejuk. Cantik tak macam orang sakit.

Usai kafan, TokBah cium Wan "Berpisah dah kita Makwe" Allahhhh... Yes, Tokbah & Wan sweet. They call each other PakWe & MakWe. Well actually "AyahWe & MakWe" Panggilan ayah sedara & mak sedara yang tua tapi nice kan. 64 tahun hidup bersama....

Kemudian, anak cucu cicit semua.Dan, berangkatlah ke tanah perkuburan.

Jam 11 malam, arwah Wan selamat dikebumikan.

Alhamdulillah Wan menghembuskan nafas terakhir dengan sangat mudah. Wajah Wan putih dan berseri..Berisi dan tak cengkung. Tak nampak sakit. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Kau permudahkan segalanya.

Terima kasih Wan. Kami akan ingat segala pesan Wan, nasihat Wan, cerita cerita Wan, keletah Wan, ayat-ayat Wan. The famous quote yang kami selalu ulang ulang bila kami semua hiruk pikuk tengah malam tak reti reti nak tido. Wan akan bebel "Jadi jadi la! Rumah orang lain pun ada anak cucu, dah senyap sunyi tengah malam ni. Tido! tido! Jadi jadi lah tu"

Selamat tinggal Wan. Semoga Wan ditempatkan di kalangan mereka mereka yang beriman. Syurga untuk Wan. Kami takkan lupa doakan.

AlFatihah untuk Almarhumah Zaharah binti Abdul Rahman...

**Thank you Dato' for always support & tegur & nasihat & be my backbone.

Kuih Raya 2013



Marathon buat kuih sehari semalam. Kau mampu? Aku mampuuuuu (s)



So, cuti sebelum raya awal lagi. Niat di hati nak buat kuih, nak kemas rumah. Sekali apa nasib entah wiring man tak setel setel wiring sampai ke akhir ramadhan. Aku ni cuak lah kalau kalau tengah bakar kuih karang elektrik takde la bagai kan. Bentat pulak kuih aku karang. 



Bila dah ok, start la buat dari pagi membawak ke lepas berbuka membawak ke sebelum sahur. Gigih sangat!



Jadi jom belek resepi. Aku kutip kutip dari Internet jadi kurang ingat link nya. 



GOLDEN CORNFLAKES

Bahan-bahan

1 kotak cornflakes (yang paling besar) Brand Nestle

1 buku butter 

5 sudu besar golden syrup 

3/4 cawan gula

Paper cups

Color rice / manik warna-warni (optional)



Cara-cara

  1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati. Guna api kecil.
  2. Masukkan cornflakes dan gaul hingga sekata. 
  3. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup (tekan tekan bagi melekat sikit) dan tabur manik ke atasnya.
  4. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.

------------------------------------------------------------------------------------------



Dato' Version

Bahan-Bahan

1 kotak cornflakes (yang paling besar) Brand Nestle

1 buku butter 

1 pek almond flakes (bole beli kat kedai bahan buat kek)

5 sudu besar golden syrup 

3/4 cawan gula

Paper cups

Color rice / manik warna-warni (optional)



Cara-cara

  1. Sangai/panggang almond flakes. Ketepikan.
  2. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati. Guna api kecil.
  3. Masukkan cornflakes & almond flakes dan gaul hingga sekata. 
  4. Masukkan cornflakes & almond flakes ke dalam paper cup (tekan tekan bagi melekat sikit) dan tabur manik ke atasnya.
  5. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.



POPIA NESTUM

Bahan-Bahan

  1. 50 keping kulit popia
  2. 3 sudu besar susu tepung - blend kering
  3. 1/4 cawan gula - blend kering
  4. 1 cawan nestum - blend kering
  5. Berus besar
  6. Air
  7. Minyak masak
  8. Gunting

Cara-Cara

  1. Balut kulit popia dalam kain tuala good morning lembab (yang bersih lah of cozzz) supaya dia tak kering.
  2. Ambik sekeping, gulung, bila dekat hujung gulungan tu sapu dengan air, so that dia melekat macam gam. 
  3. Buat sampai habis 50 keping popia tu
  4. Gunting menyerong popia tu semua. Jangan nipis sangat nanti dia pecah. Potong gemok gemok pun takpe.
  5. Gorengkan dalam minyak panas dan tunggu semua popia yang dah digoreng sejuk.
  6. Taburkan bahan blend. Nak goncang ke gaul ke sukati. Aku biasa goncang sepenuh hati je. Settled! *Jangan tabur bahan blend masa popia panas, nanti bahan blend tak melekat dengan cantek*



BEBOLA CORNFLAKES

Bahan-Bahan

  1. 1/2 cawan butter 
  2. 1/2 cawan gula kastor 
  3. 1 biji telor 
  4. 1 sudu teh esen vanila 
  5. 1 cawan tepung naik sendiri (diayak) 
  6. 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit) 
  7. Piping bag
  8. Papercups

Cara Membuat:- 

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata. 
  4. Masukkan semua adunan ke dalam piping bag
  5. Picitkan jadi bebola dan jatuhkan dalam mangkuk berisi cornflakes.
  6. Gaul dengan cornflakes dan masukkan dalam papercup
  7. Bakar pada suhu 180c selama 15minit 

*Yang ni aku suka. Sapsapsoi je siap. Takde piping bag jangan risau. Be creative! Amik plastik yang biasa jernih tu ala yang buat bungkus air batu tu ha lepas tu gunting sikiiiiiiitttttttt je hujung dia. Bebola akan jadi pepetak la. Tak bulat sangat. Tapi sumpah kata memang senang, sekejap je siap. tak kotor tangan tak melekat. Mak sukaaa! Resepi wajib lepas ni aku buat tiap-tiap tahun baqhang!





CHOCOCHIPS

Bahan-Bahan

 Bahan A

  1. 1/2 cawang gula
  2. 1/2 cawan gula perang
  3. 1 cawan mentega (~150gm)
  4. 1 cawan minyak
  5. 1 biji telor
  6. secubit garam
  7. 1 sudu besar susu segar @ susu tepung
  8. 1 sudu teh esen vanilla

Bahan B

  1. 4 cawan tepung gandum (di ayak)
  2. 2 sudu besar serbuk koko (di ayak)
  3. 2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
  4. 1 sudu kecil cream of tartar (boleh ganti dengan 1 sudu kecil cuka)
  5. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  6. ½ cawan walnut cincang (optional)
  7. 1 cawan almond flakes (optional)
  8. 2 cawan semisweet chocolate chips

*Walnut tak letak. Tapi almond flakes berlambak-lambak aku letak sebab masa tu beli dekat kedai jual bahan cake, murah pulak satu pek tu memang heavenessssss lah kan. Choc chip pun aku tabur banyak. Biasa nya  beli kat pasaraya mahal dan sikit. Ni dapat murah (kot) dan banyak. Oh well!





TART NENAS KAKCIK

Well, kenapa Kakcik? Sebab mak aku punya resepi tu. Hahahahhaha.

Lil also can be defined as Kecik/Kakcik. Ah belasah saja.


Step by step lagi aku bagi. 

Tak jadi memang saja laaaaa~





KOKOCRUNCH COOKIES

Bahan-bahan

  1. 150 g mentega
  2. 2 biji kuning telur
  3. 1 biji putih telur
  4. 175 g gula icing - diayak
  5. 250 g tepung gandum - diayak
  6. 3 sudu besar serbuk koko - diayak
  7. secukup koko krunch - utk hiasan

Cara-cara 

  1. Mentega,gula dan telur digaul hingga rata.Masukkan tepung dan koko dan gaul lagi hingga sebati. Tutup doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 min
  2. Keluarkan doh dari peti sejuk dan bulat2kan sebesar guli,bubuh di dalam mangkuk kertas kecil2 dan hias dengan koko krunch.Pastikan koko krunch dicucuk ke dalam geguli doh
  3. Bakar pada suhu 160C selama 20 min.Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara



 

The Quote

Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Samaada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita. Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.

Syahmie, Adam & Rifqi : Rumah Nenek




Ini kampung awak semua.

Masa ni kita semua baru lepas celebrate birthday Nenek.

Pak Ngah yang suka bergurau.

Masa ni Pak Ngah nak bawak semua orang naik motor tapi dia buat buat nak bawak Adam sorang saja. Abang dengan Rifqi dan ready nak naik sekali Pak Ngah acah acah nak pegi. Abang dan Rifqi terkebil kebil. Lepas tu Abang dengan matured nya peluk Adik dan tolak ajak masuk rumah sambil kata "Jum Iqi". 

Ya Allah, touching sangat tahu tak?

Terasa macam tak di sayangi.

Tapi sebenarnya, Pak Ngah, Mak Ngah, Makde, PakTeh sayang Abang, Iqi dan Adam 300% tahu.

Pak Ngah was joking. But still, touching.

Lepas tu awak semua bergembira keliling kampung. 


Syahmie Hazeeq : Angry Bird




Dear Syahmie Hazeeq,

Ini beranda rumah lama Nenek. Kita suka lepak sini malam malam kalau balik kampung.

Masa ni Abang 6 tahun.

Abang sangat gila dengan Angry Bird dan Ultraman.

Makde tak sangka gila yang Abang boleh buat model all the characters Angry Birdy guna tanah liat. Menjadi!! Tapi lupa nak ambil dari hp ibu. 

Abang suka sangat melukis. Pantang jumpa pen dan kertas, you automatically become a very good boy. 

Good!


Iman Adam : First Pet



Dear Iman Adam,

Odoi was your first pet.

Masa ni umur awak 3 tahun 6 bulan.

Masa tu tempat kerja Umi bersebelahan dengan Petshop dan awak hari hari mengamuk nak bela ikan. End up, Abah beli. Siap lah dengan makanan, ubat untuk air dia dan sebagainya. Awak happy riang ria tahu tak.

Masa tu awak ada habit mengeluh like sikit sikit "Hadoooiiii....Hadooiiii" tapi knowing you , awak-yang-suka-tukar-ejaan-bahasa-pelik-pelik, hadoi became hodoiiiii.

So bila Abah tanya, "Adam, nama ikan ni apa?" Your answer was, "Odoooiiii".

So thats it!

Officially all your next fishes named as Odoi! Hahahahaha.

Bila Odoi yang ini mati, you blamed Umi. You said something like "Umi yang buat Odoi mati, Umi yang letak makanan dia tempat tinggi" Yea well boy, kalau letak tempat rendah, nanti awak kerja nya asik nak bagi Odoi makan. Karang mati kekenyangan pula dia. 

Makde belum sempat jumpa your next Odoi tapi Umi kata kaler dia kuning pucat or apa entah tapi memang tak lawa but to you,

"Odoi Adam cantik!!!"

End.

6 Pesanan Imam Ghazali

Ilmu. Untuk renungan kita bersama, InsyaAllah


Iman Adam : Kenaria Kondominium

2013. Pindah Kajang. New House. Masa ni kita dah boleh sembang sembang kan? Adam macam brader brader sangat masa ni tau tak . Later, Makde upload the vid.


Iman Adam : Mooooooo~

Buah Hati Makde. 3 Years 6 Month, Sunway Pyramid, 2013