Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands

Tiap tiap hari sabtu dekat cameron highlands, akan ada satu pasar malam dekat brinchang.

Menurut orang yang duduk sini, iaitu Yie yang tolong carikan rumah untuk kitorang, dia kata kalau nak cari strawberry murah murah dan fresh, ini lah masanya. dekat pasar malam. standard rm20 3 kotak. pandai pandai la cari. Kalau nak cari hari lain, dekat strawberry farm boleh jugak, mungkin dapat lagi murah dan boleh main petik makan terus dari pokok, tapi itu hanya kalau kau ada kabel atau kenal baik dengan tuan punya kebun, jadi boleh lah. Macam aku pegi tahun 2006 dengan pakcu. Kalau tak kirim salam je lah.

dah sampai. mari mari. nampak macam pagi? tak lah. ini sebenarnya ciri ciri kamera canggih saya. iman adam dah macam pegi amerika dia punya style

pelik tengok jari tiba tiba merah tak hilang lagi. oh, iman adam teman nenek pilih buah.

nyum nyum!!

kemain kau. setaun da dapat stoberi coklatttttt


mak bapak eh yang beria. anak ngikut je la dah sejuk sejuk tak mampu melawan


errr..takpe kan tepek stoberi kat sini? lalalala.

Kalau nak beli sourvenir, tuju je la pasar malam. Yang mana gila fridge magnet boleh dapat seringgit satu. teh kotak kat sini pun jatuh lima ringgit sekotak. dua kotak baru seploh hengget. murah kan? tapi tengok brand jugak. aku pun tak reti sangat. yang beli kat kak rai, bukan kat pasar malam dan brand tu aku tak nampak pun kat pasar malam, jadi tu pasal lah mahal sikit kot.

Oh lagi, ahad pagi ada pasar tani. dekat tapak pasar malam brinchang ni jugak. dia tutup dalam pukul dua petang. kau pegi la dalam pukul 1 - 1:30 tu memang akan dapat lima belas kotak stoberi dengan harga seploh hengget. hahahahhaha hangus duit beli stoberi je. itu pun kitorang tak sengaja singgah. alih alih amek kau. cendawan pun dapat lima peket seploh hengget. gilaaaa.


Fun Fair = Pasar Ria??

Cuba cakap last kau berpoya poya dekat funfair zaman bila?

Mak aku bukan lah jenis yang angkut anak anak dia pegi bersuka ria tabur duit main permainan itu ini tikam duit dapat hadiah bagai. Seingat aku tak sampai tiga kali kot pegi funfair ni. Last agaknya sebelum sekolah menengah. 

Jadinya kelmarin, memandangkan abang dengan akak aku masing masing dah ada anak dan alang alang ada funfair dekat sini, apa kata kita pegi, instead of nak pegi main benda benda ni dekat times square ke genting ke, meh la buang masa dua jam dekat sini.

benda wajib naik. alasan : teman anak sedara



part ni bapak la lawak gila. si akim ni ala ala aawww sket ah. lepas tu gayat penakut nak mampos. dia duduk depan aku tu yang boleh snap. "Makde..tolong la. akim gayat ni. akim sumpah ni. akim insaaaafffff tak nak naik dah ni. akim nak muntah ni makde tolong" tak berenti dia cakap sambil tekan dada pejam mata. Aku naik nak pengsan gelakkan dia. Meleleh leleh air mata. Pucat pucat muka. Hahahhahahha

Iman Adam, anak buah kesayangan.


Suka sangat dia datang sini. Mengepak ngepak. Lepas tu mulut melopong lopong tengok lampu sana sini. Abangcik pulak rasa hebat sangat dah dapat sauk (tangkap) ikan guna penapis, lepas tu dapat hadiah. Eleh, tak yah nak rasa hebat sangat. Memang akan dapat nye tangkap itik tu dan akan dapat hadiah.
Ni lah benda yang aku nak naik sangat. Tengok macam adventure gila je pusing kemain laju.  Sekali naik ambek kau! Insaf tobat macam ape dah kat atas nu. Dia punya memusing memang ah. Sampai balik rumah aku pening meloya terus mandi. Jalan pun macam orang mabuk dah tak jejak tanah. Memang tobat sungguh la tak mau naik dah (esok lusa naik lagi...time kena macam tu memang la tobat bagai. hakhakhak)

Lepas tu aku membawak la Nisha naik kereta langgar. Sedaya upaya neh lalu kut tempat takde orang. sakit badan oih kena langgar dan melanggar. badan kalau muda tak pa lah. Lagi macam biasalah merry ro round ape benda lah. Tapi yang penting, aku, kak ipar, kakak aku, aie memang menyumpah naik benda tu. Kak aku sampai dah mengucap berzikir bagai. Yang aku ni sampai kebas kebas pipi tergamam tak tau nak cakap ape dah. Dah la seatbelt takde. Dia tahan dengan besi tu je. Kalau kau tak kuat pegang, tercampak mati, sia sia je ok! 


Cupcake Coklat

Yang simple gilaaaaaaa. Kau tak payah pegi curse beria-ia pun bole buat okeh. Gigih la aku dengan Makcu masuk kedai buat kek lepas tu shock semua benda nak beli semua benda nak pegang. Agagagagagaga. Nah, hasil yang tak berapa nak cun tapi bolehhhhh laaaaaa. Yang penting sedap dan habis ok!

yang ni tepek dekat facebook. takde lah nampak cacat sangat kan! Hahahahah

ok, yang ni rupa sebenar. tolong la jangan gelak -_-"

nah, model kecik bersama cupcake. Orang-Purple tu sebenarnya kalau aku buat lagi gelap mungkin lah cantek sikit kot. nak jugak lah kan menangggggg

Resepi
boleh dapat dalam 26-28 cupcakes saiz sederhana


300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur


Cara-cara


Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.


Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.


Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Sumber : Sini


*Topping aku buat syle lain



Bahan-bahan Topping Buttercream Icing


1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)


1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak dua kali) 
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)


Cara-cara


1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.


2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.


3. Titiskan pewarna, putar sampai dapat warna yang kita nak


Sumber : Sini


Kalau nak dia naik betul2 sekata, letak half cup je adunan tu. Lepas dah bakar dan sejuk cupcake tu, pandai pandai la kau orang deko guna nozzle. Senang je kannnn. 








i-mobile s389....jadilah...I jugak kannnn..

Balik dari cameron haritu terus pegi kuantan. elok elok nak charge handphone, terus tak boleh. Ah sudah...kot kot lah orang call nak offer keje ke ape kan, tak ke kelam kabut aku?

Terus la pegi Kuantan Parade. Niat memang nak handphone murah dan biasa biasa sangat. Dah nak amik Sony (sony lagiiikkkkk -_-") tapi apek tu cong cong aku la plak handphone ada tv. ceh. mula la aku pun geletik.

Bayar la tiga ratus hengget. So far boleh laaaaa. Handphone murah, kau tak payah la nak expect macam iphone ke blackberry ke kannnnn....

Nah, i-mobile s389

tak lah. ni bukan blackberry. macam jerrrr -_-"



Laksa Asam

Macam biasa, mengutip resepi dari emak.

Bahan :
Laksa - separuh bungkus
Ikan kembung - 4 ekor
Asam keping  - 2 keping
Lada kering (blend) -  3 sudu
Bawang merah (blend) - 5 biji 
Belacan - sebesar ibu jari

Daun Kesum 
Bunga Kantan
Garam
Air 

Cara : 
Laksa rendam semalaman atau rendam sekejap then rebus sampai kembang.

Rebus ikan + garam + asam keping
Blend isi ikan dengan air rebusan tadi 
Blend tulang kepala ikan semua tu dengan air rebusan, tapis
Tambah air (ikut nak kuah banyak mana tapi jangan cair sangat)

Masukkan lada kering yang dah di blend, ikut suka nak pedas banyak mana, bawang blend, belacan, daun kesum, bunga kantan, garam sikit, asam keping yang rebus ikan tadi. Masak.

Agak agak dah pekat sikit kuah, dah masak, dah berasa asam garam semua cukup, tutup api.

*hiris bawang dengan timun masa nak hidang atau masa nak makan


Kalau ada sumur di ladang

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Pantun melayu. Mesti semua pernah dengar kannnn? Tapi berapa ramai yang tahu, yang ambil tahu apa itu sumur?

Serious shit, pada umur 26 tahun ni lah baru aku tau ape makna perkataan sumur tu. Haih, kenapalah cikgu bahasa melayu aku dulu tak bagitau ape benda sumur ni? Mati mati aku ingat sumur tu macam kayu kayu kering ke ape benda entah.

Tapi semua nya berubah petang tadi. Kat luar tepi rumah aku ada kolah yang dah tak guna. Dulu dulu kan glemer kolah bulat tu buat tadah air kat luar rumah. So ade la lagi sebijik kat rumah ni. Yang kami kami ni tengah lepak kat beranda rumah. Tiba tiba, bibik tanya, "itu sumur ya buk?" sambil tunjuk ke arah kolah tu.

Aku pun pelik la, ape benda sumur. Terus otak aku tune pantun di atas. Mula mula aku ingat paya tepi rumah tu dia panggil sumur. Hahhahahahaha.

Lepas tu dia kata "alah, sumur, kok yang ada air dalam nya, bisa buat mandi, buat masak itu, ya di sana panggil nya sumur,  tiap tiap keluarga pasti ada satu sumur kecil"

"Oh...kat sini panggil telaga atau perigi la bik. tapi tu bukan telaga atau perigi. tu nama dia kolah, buat tempat tadah air je"

Yang aku pelik, kenapa selama ni aku tak pernah nak ambil tau ape benda sumur tu. Hahahaha memang menjadi persoalan betul lah! Jenis tak reti bahasa melayu memang macam ni cara dia. Eh kejap, kenapa mesti sumur? Kenapa tak pakai telaga atau perigi? Ni pantun ni asal dari mana ni?

Nah, sesapa yang bandar sangat yang tak kenal sumur/telaga/perigi kan. Amik, tengok pepuas:

ini yang di belakang rumah sebelah reban ayam sebenarnya

Sumur : Sumur atau perigi adalah sebuah sumber air yang digali. Namun selain sumber air, sumur juga bisa merupakan sumber minyak atau gas. sumber : wiki

Dadih Mangga

Dalam tekak aku kata tak sedap tu, rasanya bermangkuk mangkuk dah masuk dalam perut. Haha. Dadih adalah benda paling seronok, sedap dan mudah di makan. Satu minit pun dah boleh habis.

Pagi tadi, jiran jiran macam biasa duduk berlonggok kat beranda rumah. Adoih...Nak kata menyampah ada jugak lah pasal cari la time petang petang sikit kan. Eh cop, petang pun bersidai jugak kat laman rumah aku. Ape bende daya tarikan ada kat rumah ni entah. Ke aku tarikan tu? Muahahahhaha. Ye lah. Pasal ada baby kot.


Tapi aku tak suka la pagi pagi nak bertandang pasal aku bangun tido "awal" kannnnnnnn. so bila dah hingar bingar kat luar alamak...tak best betul nak masuk dapur cari makanan. stok dapur plak memang mak aku saja gamaknya letak dapur tu dari luar rumah dah boleh nampak. Karang free free aku kena perli macam mana?


Nasib baik ah peti ais terlindung sikit, terus la aku mendadih tiga empat mangkuk. Lepas tu buat baik la kasi jiran jiran rasa. Eh, boleh la plak kata semua sedap. Yang tekak aku ni kata tak best. Pasal mangga ni tak lemak sangat, tak masam sangat. semua dok kata sedap, bole buat time birthday party la ape semua. Ke tekak orang tua semua macam tu???

tak payah resepi sangat lah. pegi beli dadih segera cap nona tu, susu cair setin, kalau takde bekas pi beli bekas dia, balik masak setengah jam je dah bole clear dapur, siap bubuh dalam peti ais.


Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star

Gambar empat tahun lepas. Fuh, masih dalam simpanan. Masa ni gambar cikai cikai guna handphone saja. Hey tapi empat tahun lepas sesiapa yang mampu pakai handphone berkamera dia kira ok ok la. Takde la hebat tapi boleh la (padahal guna duit scholarship beli haha). Eh tapi masa tu kawan kawan aku pun kemain dah beli digital kamera. Loan masuk je kemain lagi expo itu ini jual kamera bagai.

Jadi, kami (Aku, Shida, Tasya dan Ita) pegi la merayap ke mana mana entah. Takde tujuan. Tak pasal pasal pegi belok masuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star Kedah. Masa tu dah petang. Pehhhh lengang. Kosong. Merepek repek la kami sakan bergambar.

Tiba tiba, eh sunset! Sunset. Berebut rebut nak amik gambar sebab sekejap je. Masa ni angin kuat. Jadi, itu lah jawapan kenapa tudung aku macam pffttt baru pandai pakai tudung semalam.

Malangnya ini je gambar yang aku ada. Yang lain da burn dalam cd pastu apa masalah entah CD tu tak boleh read. Budak budak ni jahat ok kata aku banduan terlepas. Choi sungguh mulut masing masing.


Ompok Ikan

Ompok? Iye ke entah nama dan ejaan dia macam ni. Bila aku tanya emak apa nama makanan ni, mak kata ompok. donno how to spell it right. hentam saja lah. hahaha
Jadi, ini ompok ikan (aku masih rasa bersalah tak pandai eja ye ke tidak nama dia hahahha):

dah siap masak, boleh makan

Bahan bahan dia : ikan 8- 10 ekor, lada kering yang dah siap mesin atau cili api pun boleh, kunyit hidup, daun kunyit 5 6 helai, serai 5 6 batang, asam keping.

Cara cara : Basuh ikan dan tos. Tumbuk kunyit hidup. Lumurkan dengan asam keping, garam dan kunyit. Tambahkan dua tiga sudu sukati nak pedas banyak mana, gaulkan dengan ikan tadi. Amik serai ketuk ketuk dia susun dalam periuk. lepas tu susun ikan. lepas tu susun pulak daun kunyit atas dia lapis lapis sikit. Pastu, letak air agak agak tenggelam ikan. Masak atas api sederhana, sampai tinggal sikit je kuah atau boleh jugak tak nak kuah langsung. Sukati. Jangan sampai hangit. Tutup periuk dan tak payah kacau ikan tu. Biar sampai masak.

Ompok ni masakan minang kot rasanya. tak perlu banyak kuah pun actually. dia kering kering. makan dengan nasi panas memang ah.

Oh lepas tu aku masak cendawan. Gila dua peket sikit ya rabbi. Makan dua orang pun tak cukup. Haha. Mahal lak tu. Jaga, pegi cameron nanti aku borong banyak banyak.


Yang ni tak payah resepi ah takat masak cincai cincai macam ni semua orang mampu kot.

Penawar Migrain

Jam 1:30 tengahari kebiasaannya mak aku akan sajikan aku dengan makanan sedap sedap ceramah agama. Pasang radio pahang dengar ceramah. Jadi, aku sebagai anak yang baik taat mendengar kata takde lak pulak nak pegi sumbat headphone dengar lagu dum dam dum dam kan. Jadi, dengar ajalah ceramah. untung untung tambah point nak ke sana esok. cewah!

Hari ape entah tak ingat. Tengah tengah ustaz ni ceramah pasal apa entah (kau semua entah nurul. dengar ke tak sebenarnya ni?) dia kasi tips macam mana nak ubat migrain mengikut cara islam. Pasal ubat ubat doktor tak jalan dah kan. Jadi, tak payah cakap sebelum mak aku suruh salin pun aku dah capai handphone nak salin apa ustaz tu nak cakap. Sebab tak jumpa pen dah. Lagipun biasalah aku kan penaip message yang handal. Rindu nak sms dengan boifreng T__T

Tapi sebelum tu, ustaz tu cakap la punca punca migrain ni sebab apa. Cuba check balik tengok betul tak. Antaranya bila berak tak tutup kepala, jadi setan pun bersukaria lumur taik atas kepala kita. seronok kan? layannnn je. lepas tu kau sakit kepala macam nak mati salahkan hormon lah period lah cuaca panas lah. padahal??!! dah la tu masuk jamban tak kira kaki dah, dengan doa pun tak baca..memang lah kan!

Jadi, apa nak buat ni? Sila amik bahan bahan ini :

Garam kasar, kacang hijau dan lada hitam


Letak semua bahan ni atas suratkhabar, aku tak sure rasanya campur campur kot benda ni. Takde la pulak ustaz tu kasi sukatan ke ape. Cumanya garam kasar tu 2 kilo. Lepas tu pijak benda benda ni sambil selawat. Dah sudah tu simpan. Esok ulang lagi sampai hilang rasa sakit. 

InsyaAllah la hilang migrain tu. Aku cuma share benda ni. Tapi tak praktik kan lagi. So kalau sesapa yang memang hardcore gila sakit kepala migrain tu cubalah. Mana tau berkesan dari nak menelan ubat ubat spital kann.




Tiket wayang

Aku bukanlah hantu sangat tengok wayang. Cumanya setiap kali tengok tu memang macam wajiblah aku nak menyimpan tiket nye tu. Ada la jugak berkeping keping dalam simpanan. Lepas tu semalam aku dok kemas kemas kotak nak asing asing kertas resit segala benda. Jumpa la tiket tiket ni.

Hampeh! Ada tu tiket tahun lepas dah tak nampak ape tulisan. Tapi yang aku jumpa ni :

Buli. Along, Ida, ingat lagi tak ni? Haha.

Ini masa aku buat diploma dekat Kuantan. Zaman bila? 13 Mac 2004. Eh birthday sepupu aku. Dah tujuh tahun ok! Dan jugak eh dah sembilan tahun aku berbesfren dengan Along dan Ida. OMG Girls! Sekejap je. Ida dah ada anak sorang kot. Kita bila lagi? Hahahha. Eh eh cerita buli ni memang kelakar to the max lah! Bayang kan lah dari start mula mula duduk dah mengekek ngekek gelak sampai dah habis wayang pun gelak lagi. Ke faktor tengok ramai ramai? Bila sorang gelak dia jadi macam berjangkit. Hah? Entah lah. Tapi memang kelakar habis. Ngangkung dengan Hantu Kak Limah pun tak kelakar macam ni. Eh cop cop. Hantu Kak Limah memang kelakar jugak sampai keluar air mata aku gelak. Eh tapi point dia kalau tengok cerita lucu ni kena tengok dengan orang yang betul betul sporting yang boleh gelak gila gila dah tak peduli jiran ke mak mertua ke laki balik keje ke ape. eh?

Ok off topic bff dengan kak limah.

Yang aku nak persoalkan kat sini, tiket wayang ni ikut gred cinema ke ape? Padahal Kuantan tu takde la top sangat macam KLCC ke ape nak guna kertas mahal kan. Atau kualiti kertas cetak tiket wayang zaman sekarang memang cikai? Haram putih je aku belek semalam tak nampak ape. 


Roslan Madun

Roslan Madun, Sapa? tak kenal? Kalau orang pahang tak kenal memang ah dia. Ni pejuang lagu lagu asli negeri pahang. Lagu dia memang layan.

Ya. Just name it bebeh! Kolot ke old fashion ke tak stylo ke kampung ke macam orang tua ke aku peduli ape kan. Hahaha. Telinga aku jadi aku punya suka nak dengar lagu apa.

Dua lagu yang aku suka nak dengar :

Lemak Manis


Sila play. Kalau suka bagus, tak suka tak payah nak kutuk kutuk sangat. tak penting.

Menghilir Di Sungai Pahang


Jangan nak hip hop balada rock sangat. Lagu asli kena layan jugak. bye.


Jurugambar termuda


Bapak borek anak rintik. ni lah dia. Aku takde dekat tempat kejadian jadi kemungkinan besar memang Adam dok angkat kamera ni sendiri dok tiru ape yang abah dia buat dok snap sana sini. setahun baru sayang! setahun!

Eh tapi ok jugak. Belajar la dari sekarang. nanti adam dah empat taun, makde beli slr tolong amik gambar makde cun cun okeh!


Anak nabi kita


Dah lama tak nyanyi lagu ni mula la merepek meraban. Syahmie version : 
Anak nabi kita ada tujuh orang, tiga lelaki empat pompuan pompuan (apakahhhh????), kasim abdullah ibrahim fatimah, zainab umi kalsum (ke laut) siti soleha. SOLEHA?????
Ape bang? Soleha???? Rokiah lah!!!  pecah perut aku gelak. meraban gila. elok lagi dia nyanyi dua tahun lepas. haih syahmie syahmie.


Triffle Puding Mango

Yang tak berapa nak jadi. Hahahahah

Tapi bangun bangun tido, pagi pagi buta tu kaklong dah merasmikan. Terus dia kejut aku "Eh, sedap la puding awak buat tu"

Woooo...terus bermotivasi nak bangun pagi. hahaha. Nah, cer tengok:

Tak jadi kan? Jeli dia sangat sangat sikit. Ke aku ambik puding? Ah layan lah. Sepatutnya kalau nak lawa guna strawberry flavour, so bila kaler merah strawberry tu lawan kaler kuning kastad tu kan ke lawa. menyerlah. tapi dah takde aku bantai la mango. jadi, bila orange + kuning = tak menarik kan? Ah, janji masuk tekak sedap, sudah! 

Ini versi cubaan. Ingat kalau jadi sedap, boleh buat hujung bulan ni untuk birthday emak. dan kaklong pun kata sedap, nanti mesti wajib buat hujung bulan ni dua tiga bekas nak kasi orang makan *pengsan*


***********************

Updated. K la. Resepi yang aku ejas ejas sikit.


Bahan:
1 buku kek gulung
1 tin susu cair
5 sudu besar gula-nk manis lg ltk la byk lg
4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn 1/2 gelas air)
1 tin fruit coktail
1 kotak jelly nona (perisa strawberry) nk perisa lain pn bole-ikut suka


Cara :
potong kek gulung..susun penuh dlm bekas dan mampat
(seeloknye bekas jernih/kaca..kalau nak hidang utk tetamu..biar cantek!)

pastu masak susu cair, 1 tin air, gula sampai mendidih..
then masukkan bancuhan tepung kastard..kacau lagi sampai agak2 pekat...

curahkan dalam bekas jernih/kaca yg dh ltk kek td...

pastu masak jelly ikut arahan kt blkang kotak

kemudian curahkan atas adunan kastard...
taburkan buah2an dalam tin.. sejukkan..letak dalam peti.



Kredit resepi : Mamatisya. Anyway, mamatisya letak whipped cream so nampak lagi cantek. sila la pegi tengok.


*perisa strawbery kalau nak lawa kan kan nanti kaler merah lawan kuning. Macam aku dah terdesak takde yang strawberry guna la mango flavour.


tumblin' monkeys


Kiri : Aufa gigih sumbat semua monyet monyet.
Kanan : Arfa cuak tarik monyet monyet takut ramai sangat yang jatuh. Karang kalah. Hahaha.
Yes yes menang. Sikit je monyet jatuh.

Pffttt kau nurul. Agak agak la dengan budak budak pun nak berdengki. Hahaha eh fun ok main menatang ni. Cuak gilasssss kalau sekali tarik stick tu berjujut jujut jatuh. Kecewa ok. Komfem komfem kalah. 

Bagi aku game ni best. Happy dengan family, jadi rapat. Gelak gelak memang fun lah! Lepas tu main agah agah "ayok ayokkk.. jatuh banyak. kalah! kalah!" hahahaha. Dia lebih kurang macam main apa tu yang susun susun kayu blok tu, uno ke apetah. 

Tadi aku pegi tengok kamus online menatang tumblin ni ape nak translate kasi sedap sikit. Jadinya,  tumble : jatuh lintang pukang,  jatuh berguling, bersepah. Ahahahaha. tepat sekali!