Ayam ButterMilk

Resepi paling senang, cepat dan sedap. Tah, aku rasa senang gila kot.

Bahan bahan:
Ayam (potong bahagian dada - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum
Tepung jagung
Cili api - potong serong (Optional. Aku tak letak pasal nak bagi Adam makan, kang pedas plak)

Maafkan lah daun kari kering tu. Dah lama. Asal adooooo.

Cecara:
1 - Lumurkan ayam dengan serbuk kari lepas tu golekkan sama rata dalam tepung jagung + tepung gandum. Lepas tu goreng sampai masak. Macam ni ha:
Kiri : Ayam yang digolek dalam serbuk kari dan tepung jagung+tepung gandum
Kanan : Ayam yang dah siap di goreng.


2 - Panaskan kuali masukkan butter, kecikkan api biar butter cair.
3 - Masukkan bawang merah dengan bawang putih
4 - Dah naik bau masukkan daun kari
5- Dah agak garing, masukkan susu segar. Agak pekat sangat tambah air pun takpe.
6 - Perasakan garam sikit.
7 - Bila dah mendidih tu masukkan ayam tadi. Biarkan sampai kuah butter tadi pekat sikit tapi jangan sampai kering tak berkuah langsung.

Siap!

Senang yang amat! Tak payah nak bebeli kat kedai sangat.

Sekarang kemainnnnnn tak pakai dah santan santan. Semua main susu segar. Jaga kesihatan sangat lah konon! Hahaha. Okay apa sebab santan biasa kejap je dah tak elok bila dah guna even kotak pun kalau letak dalam freezer then bila defrost tu x fresh. Tapi susu segar kalau berhari hari duduk dalam fridge even dah bukak pun still elok lagi dan pekat, dan sedap je kat tekak aku. Name it, kari, masak lemak, kurma mak okay je rasaaaaaa. Dah la satu tin tu boleh dapat paling paling boleh dapat dua masakah. Jimat hokay?

Jadi, mari lah bertukar ke susu segar, okay?. Lagi enak, pekat, creamy dan sedap. Try k! :)



7 comments:

. LeyLamaLek . said...

I try, but why masin :( xtambah garam pn masin..
Buttermilk ni pttnya manis kn?

De' Nurul said...

U guna butter brand ape?

. LeyLamaLek . said...

Buttercup.. and susu cair f&n..

help pls :)

De' Nurul said...

ermmmm try to kurangkan butter kot.

astuty said...

butter kan ada jenis masin dan ada yg neutral.. agaknya awak ambik yg masin kot..

norhanizah imran said...

letakkk gula bos... :)

jenab rara said...

Mungkin kunyit tu. Masa awak gorg ayam tu ltak byk ke knyit. Buttercup tu x masin.