Seharian Di KLIA

Recently, I in-charged untuk kemasukan pekerja asing untuk office. So total adalah dalam 10 - 15 orang macam tu. Rumit jangan ceritalah. Kemuncaknya, kena pergi fetch workers di airport. KLIA sana. Strict! Really strict! Untuk pengambilan pekerja asing di KLIA Immigration,  hanya yang ada approval pass dari Putrajaya Immigration sahaja yang boleh masuk, belum lagi ceritalah the process nak dapatkan pass tu lagi. Memang memeningkan dan stress.

So one day, supplier beritahu workers akan tiba waktu malam around 10pm like that. So I discuss dengan office boy office yang akan bawa van ke sana, dia kata nak pergi malam. So okay, malam tu juga kami nak pergi buat clearance. 

Well, KLIA procedure tak serabut macam KLIA2. Just berurusan di Immigration counter sahaja then boleh keluar. Jalan nak ke foreign worker's arrival hall pun tak kusut. Not like KLIA2, penuh liku jalan rahsia dia I tell  you. Pro & Cons jugalah. KLIA luas gila, sampai bertawaf-tawaf I dalam tu going back and forth tapi tak sesak, orang tak ramai. KLIA2 ada polis bantuan akan escort (I dont know maybe my first time went there tak tau mana nak jalan that's why escort), tapi KLIA relax je dia biar I sensorang, suruh ikut another folk yang tujuan sama dengan I. Terkulat kulat lah kita ni ha mengikut. Tapi okay lah, lepas tu pergi next time dah pandai dah. 

So, berbalik ke cerita tadi. Lepas dah dapat pass tu, I pun naik lah ke internatiol arrival buat clearance, arrival pukul 10:30pm katanya. Mana tahu bila naik atas tengok information board tu, flight delayed pulak pukul 12am baru landed. So lepak lah minum, scroll FB semua dan 12:30am masuk ke dalam settle kan semua. 

By 1am, tiba-tiba officer beritahu 2 orang tak lepas masuk sebab dalam data dalam system salah. Its like dua orang tu, tertukar data each other. Hah! Serious cuak. So kena masuk lah ke dalam Immigration punya operation office. Boleh tahan ya jauh dia nak menapak ke sana. Kalau siapa yang pernah masuk KLIA international arrival hall tu kan ada banyak immigration counter. Ya, for foreign workers punya counter hujung belah kiri, immigrationoperation office pulak nu ha, hujungggg sekali belah kanan. 

So, masuk-masuk sana jumpa higher officer juga lah pangkat nya sebab I tengok cop dia tu, dia pun try to help, settle kan apa yang boleh. Malangnya, tak dapat. Lalu I dengan pasrah nya, dah pening kepala, penat, mengantuk semua ada balik lah. Tinggalkan dua orang tu dulu, esok kita find out apa nak buat. Nak call boss pun macam tak best pula dah dekat 2 pagi. Maka balik lah, pukul 3 pagi sampai rumah memang nampak tilam bantal je dah. 

Next day, supplier berurusan dengan Kedutaan di negara asal diorang. So, kedutaan kata esok pagi datang jumpa officer yang in-charged. Dia dah deal dengan officer tu dan workers masih belum di cop NTL (No To Land) so tak perlu pergi ke bangunan AMC untuk buat clearance before 12pm. Alhamdulillah.

So. next morning, awal-awal pagi pergi lah lagi ke KLIA dengan office boy. Sampai sana officer in-charged keluar minum pulak. Ok, tunggu sampai officer masuk. Sekali bila jumpa dia, dia kata workers dah kena NTL. Omg! Macam mana ni? Sebab semua orang tahu, bila kena NTL, chances nak clear tu memang tipis gila. AMC people sangat strict gila!

Mujur lah I memang dah prepare surat to AMC siap-siap. So, return pass, keluar KLIA, pergi ke AMC. FYI, AMC ni Airport Management Centre. Bila workers dah kena NTL, KLIA Immigration Officer memang takde hak langsung dah. Apa-apa, semua kena refer dengan AMC. 

So we went to AMC. Jumpa front officer dekat counter. Cerita details. Tunjuk surat yang Embassy email dan dokumen semua. Malangnya, diorang berkeras tak nak bagi kelonggaran, tak nak bagi pelepasan. Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir. Ulang ulang & ulang. Diorang punya reason nak reject tu boleh tahan ^*#$(@ juga, ada ke minta original letter dari embassy. I mula la mengamuk depan tu. Encik ingat  (negara asal pekerja) tu dekat? Like harini boleh pegi amik orginal? Alangkan guna DHL pun dua hari baru nak dapat. Macam-macam excuses & suggestions I bagi untuk lepas. Tak dapat-dapat. End up, menangis depan counter. Hahahahaha. Silly! 

Ye lah, I memang macam gitu. Kalau dah stress tahap tak boleh tolong, badan penat, otak rasa tak boleh fikir dah, frust! Frust, lalu menangis lol. Tapi cover juga lah.

Last-last informed to supplier. Supplier pulak ke embassy. I told him to tell Embassy to call AMC. So within 30minutes macam tu, I dapat call dari sorang officer dari Putrajaya ke mana entah. Dia try to help. Suruh baca surat dari embassy tu then only she referred to her boss and dapatkan consent. Kemudian, ada lagi officer dari dalam keluar jumpa beritahu tunggu Pengarah AMC ke Pengarah bahagian apa entah habis meeting, diorang akan refer to him and let me know. So tunggu lah.

Elok-elok dekat pukul 1 pm tu, I dapat good news, kata dah dapat kebenaran untuk bawa masuk, so front officer akan uruskan. Alhamdulillah. Since masa tu dah lunch break, maka kena tunggu after 2pm. I rela tak breakfast, tak lunch haritu sebab tak nak buang masa nak tunggu benda ni settle cepat. Lagipun entah mana dekat AMC tu tak nampak bayang cafe pun. Hanya mampu cari surat je for zuhur then turun balik tunggu surat. 

Sekali department yang in-charged tu tukar shift pula. Idk if AMC ni macam KLIA juga 24hours. Tapi rasanya macam tak. Tapi kenapa ada tukar shift? Dah bila tukar shift tu nak kena pula lah higher officer call that department untuk inform case I ni. Tunggu punya tunggu, 3:30pm baru settle dapat surat tu. Then, patah balik lah kita ke KLIA. 

You know what, dah la nak masuk untuk clearance tu kena bayar RM45+/- sekali masuk. Since pagi tadi I dah masuk & dah return pass, takkan nak bayar lagi kan? Banyak cantek! So I argue juga lah dengan officer tu cerita pasal NTL etc, and somemore pass tu actually valid for whole day so why I nak kena bayar lagi kan? So okay, bayar untuk charge pass tu je dalam RM2, plus GST RM0.12. Kau nak juga GST kannnn. 

Dah dapat masuk tu kena ke operation officer dulu hantar surat tu baru patah balik ke airport lounge tempat workers kena tahan sebelum kena hantar balik. So happy lah ni dah nak ke hujung process ni, boleh balik. I bertekad tak nak masuk office, boleh balik awal yeay! 

Sekali mana tahu, kena bayar pula hoi! Kita ni beria lah risaukan workers tak makan tak minum ye lah tak bole keluar dari lounge tu nak makan apa? Rupanyaaaa, dah macam duduk asrama. Makan 3x sehari okay!! Mahal jangan cakap lah. Breakfast RM10, Lunch & Dinner RM20, airport provide. Tak lagi masuk charge duduk dalam tu. Total per person RM140 +/- Mak oi! Dua orang dah dekat RM300. Mana bawa cash! So, guna debit. CIMB & Maybank dua dua card tak boleh baca. I risau dah takut float je matilah!

Check account okay then gi keluar pulak ke ATM, draw cash. Then I tanya staff kat situ, let say workers still NTL & kena hantar balik, siapa yang tanggung dia punya cost tu? Staff tu kata kalau worker ada duit, diorang bayar, kalau tak airlines akan bayar sebab diorang ada agreement apatah dengan airlines macam tu. Entah, for me macam tak fair pulak sebab kenapa airlines yang kena bayar kan? Tapi malas nak tanya lebih, settlekan kerja I je better. Then alhamdulillah siap semuanya.

Dah sudah bayar, bawa pulak pekerja ke operation office tadi. Back & forth macam tu macam nak patah kaki. So pukul 5pm baru settle dan keluar. Sekali yang sorang tu ada luggage lah pulak. Kau dah kenapaaaa bawa luggage? Orang lain bawa satu beg je cukup dah. Ni dia sampai dua. Yang hand carry pun ada juga, yang luggage pun ada juga. 

So pergi lah pulak ke Malindo Lost & Found counter. Jauh dia jangan cakap lah, sikit lagi I nak pengsan dah. Lapar, penat semua ada. Sekali beg dia tak jumpa jumpa. I serious rasa nak marah dah. Geram betul. Nak marah worker satu hal bawak beg banyak-banyak dah kenapa? Nak marah Malindo system satu hal, kau dah kenapa takde dalam record?? Tah ye tidak ada ke tak beg ni. Last2 lodge report je. Kalau next 14days tak jumpa, claim je. Luckily lah dia ada satu lagi beg. Adalah juga baju nak pakai gamaknya. 

Then I pun pergilah return pass, dan beli fast food. Lapar tak de arah dah ni. Keluar keluar dah pukul 6, berenti Petronas solat asar dan balik. 

Tadi kau bertekad tak nak masuk office kan? Memang tak masuk lah oi kalau sampai office pun dah pukul 7pm. Hahahhaha. Sampai office, tapau nasi pulak, yes I'm so hungry, stress semua ada. Ambil kereta & balik.

Phewwww. 

What an experience! Tolong lah jangan berulang dah benda ni. Penat & stress dia, Tuhan saja yang tahu.

Apapun, million thanks to KLIA Immigration officer yang really nice, willing to help, bertimbang rasa, tak garang dengan I. Compared to foreigners yang masuk bilik operation tu memang macam-macam karenah & perangai jumpa. Semoga those officer tak kena darah tinggi lol. 

Sekian, a day full of tension.


Lemang To'ki, Bentong, Pahang

Lepas turun Cameron haritu, singgah Bentong untuk minum petang (padahal dua jam sebelum tu baru je lunch hahaha). Mula mula nak pergi Rumah Terbalik Bentong. Kelakar ada, nak marah pun ada sebab cari tempat tak jumpa, rupanya dia dalam bangunan kedai je. Ikut waze dah sampai tapi tak nampak. Tanya orang yang minum-minum kat kedai tu, dua family kot I tanya, dua-dua tak tahu. Siap katanya dekat bandar. Aik? Kata orang sini tapi tak tau. Lepas masuk kereta, ke depan sikit je, selang lima enam kedai then Abanglong kata, eh ni! Hek eleh, sebaris je kot dari tempat yang I tanya orang tu tadi hahahaha. Tapi disebabkan hari dah petang sangat & rumah tu tiga tingkat so macam tak berbaloi. Next time lah pergi kot. 

So pergi lah minum ke kedai Lemang To'ki. Facebook: https://www.facebook.com/LemangToki/ 

Mercu Tanda?

Rare


Best gila okay sini! Lemang fresh-fresh! Ayam Bakar, Daging Bakar & other dishes. Tapi kitorang makan set lemang, ayam & daging bakar je. Rendang semua dah habis tinggal serunding je. 

Rasa nak borong! Haha

Prices

The staff. Kaunter Lemang & Rendang

Ikan Bakar pun ada. Tapi tak sure lah memang ada ke tak sebab kami pergi hari Isnin dan on the board tu Isnin dia cuti 

Kaunter bayaran Lemang & Ayam Bakar tak sama dengan kaunter nasi campur/minuman

Ayam Bakar

Daging Bakar

The Hero, Lemang. Sampai terbalik-balik gambar. Punya lah excited nak makan
 So pada yang craving & mengidam lemang yang sedap tu, boleh lah ke sini. Kalau dari KL tak jauh pun, dari Tol Gombak tu tak sampai sejam pun ha: Google Maps. Ataupun waze je Lemang To'ki Bentong. InsyaAllah, sampai. 

Location : Tepi simpang tiga.

Next time tahu dah la kot kalau raya nak beli lemang kata mana. Order dulu, seminggu awal katanya, on the way balik boleh singgah ambik. Yeay. 

#TahunMelawatPahang2017 #HogohPahang #DekatJe


Souvenir From Cameron Lavender, Cameron Highlands

Tambah koleksi fridge magnet.

With Candy Stick & Car Freshner


2017, New Year In Cameron Highlands

So last week, lepas confirmed je cuti I pun bergegas balik ke Kajang jemput Mak Abah. Sabtu pagi gerak balik Pahang, hantar Mak Abah, terus ke rumah Kaklong. Siap-siap pukul 1 tengahari baru lah naik Cameron. Berhenti makan di Raub, solat dan sampai rumah Cameron jam 6 petang lepas  dah berhenti beli sayur sayur semua. Mandi & tolong kakak masak-masak untuk dinner. After dinner, we went to Pasar Malam.
Rombongan Fia, Iqi, Ja, Ami, An 

Great, I didn't bring my jacket/sweater. Sejuk Ya Ampun. Dengan hujan sepanjang masa, suhu 16c, maka pakai lah inner. 

Balik pasar malam dah near 12am, sampai rumah nampak dari balcony & coridor ada orang pasang firework. Waaaaahhh! Last time, datang New Year 2014 juga tapi takde apa apa pun. 

Tak pasti sejak bila ter in love dengan Lavender~
Next morning, we went to Cameron Lavender Garden. Jauh juga lah dari Tanah Rata nak kesana. Dengan jammed nyaaaa~ Buka waze dia bagi jalan jauh, dekat satu jam nak sampai. Fuh~ Tapi sebenarnya dekat je, cuma sebabkan jammed, maka jadilah satu jam. Itupun mujur kami pergi dah hujung-hujung cuti, kiranya orang dah tak ramai. 


Ingat nak merasa aiskrim lavender, tapi was-was pula dengan status halalnya. Nak tanya, yang menjualnya non-muslim so er, takpelah tak jadi tanya. So beli fridge magnet buat tambah koleksi.
Cameron Lavender

Lavender From Hokkaido katanya~

Banyak sangat dolls warna ungu ni especially dalam souvenir shop dia. Comel comel semua!

Love, Lavender~

Petunia

Mini windmill?

Cameron Lavender Garden, Ibu & Fia

Acacah candid pun boley~

Love, Fia

Why so creative?

Rafflesia mural

Fia  & Lavender

Monopod lupa bawa. Memang buruk lah gambar cerita dia~

Keluar dari situ, singgah  beli sayur, ubi keledek etc. I siap beli pokok pudina/mint cantik sangat, sekali dah sampai KL, sebab dah dua hari beli, banyak anak dia mati lol. Harap2 yang masih hijau tu bertahan lah ya. Dan juga terpengaruh beli bunga. Lol. Lavender segar yang dah diawet katanya tahan dua tahun, ok we'll see.
Lavender Yang Tahan Dua Tahun Tu Kononnya. With a ring. 2 pcs RM10 hoi dah la cantik, beli lah apa lagi!

Segar bugar my mint tree sebelum layu menyembah  bumi
Next, ke playground sambil picnic untuk lunch. Balik rumah, ada orang datang betulkan lampu, wiring and all. Malamnya, dinner steamboat di luar. Balik, hari masih awal, maka layan Baymax dengan anak-anak
Hall


Balcony view at 8:45am.
For rent please visit: http://iriscameronhighlands.blogspot.my/ 

Next morning, dah nak balik. Aaaa~ sekejapnya. Lepas masak, kemas-kemas tengahari keluar pegi makan ice-cream, borong strawberry & balik.

Tips untuk beli strawberry: Kalau nak beli untuk bawa balik, please beli yang masih ada hijau-hijau sebab nanti bila dah sampai KL/rumah by the time nak makan esoknya, buah tu jadi masak elok merah & ranum. Kalau beli yang dah merah ranum kat atas (Cameron) nanti balik rumah dia dah benyek/lembik.

And yea, tiba tiba rasa macam menyahut seruan #TahunMelawatPahang2017 #HogohPahang #DekatJe

Ahahahha~



Hello, 2017

How do you start your 2017?
Berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik?
Berazam untuk meningkatkan amal ibadah?
Berazam untuk well-planned agenda harian/mingguan/tahunan?
Apa jua azam yang telah kita sematkan, I wish "Semoga Kita Dilimpahi Keberkatan Dalam Hidup, Rezeki Yang Melimpah Ruah, Kebahagiaan Yang Berpanjangan, Nikmat Kemanisan Iman, Kesihatan Badan Akal & Fikiran Dan Semoga Bertemu Jodoh Bagi Yang Masih Mencari Serta Berkekalan Jodoh Bagi Yang Sudah Memiliki Dan Dimiliki"

By the way, few months ago, ada cari planner dari Kina. Tapi sold out untuk 2017. December haritu dapat juga dari agent. Terus lah order sekali dengan Kanvas & Semusim Di Barzakh (Best seller & review terbaik, maka kita beli lah nak baca).

Orang kata, kalau kita letak cactus berdekatan komputer, ia akan menyerap radiasi dari komputer. Maka, kita cubalah.
Semoga tak mati.

Plannerhut

Plannerhut



Semoga 2017 menjadi tahun yang terbaik untuk myself & yours. Allahumma Aminn, insyAllah...