Bubur jagung campur sagu

Haritu buat bubur kacang macam fail sebab kuah dia meresap dalam kacang apa kena entah. So tak payah upload lah. Bubur jagung ni ok. Jagung dia superb. Manis!! Makan mentah pun sedap.

Bahan-bahan:
2 tongkol jagung, hiris ambik isi dia. 
Santan kotak 200ml
150liter air 
4 sudu besar sagu
1/2 sudu garam
6 sudu gula
1//2 ketul gula melaka, potong kecik kecik

Cecara: 
Basuh jagung, toskan
Basuh sagu, jangan rendam. Toskan.
Masukkan santan, air, jagung dalam periuk. Didihkan, api kecil.
Masukkan garam, gula, gula melaka. Kacau sampai gula melaka hancur.
Masukkan sagu. Kacau sekali sekala. Tunggu sampai sagu jernih/kembang.
Tutup api.

Lidah ada, sila rasa manis tawar masin dia. Rasanya kalau ikut tekak aku yang ni better. Resepi asal dia aku tambah tambah.

santan kotak adalah paling senang. pekat dan likat. aku rasa nak minum je santan tu +__+

bawak balik kampung, licin ho liaaaauuuuu!!!

Nota pengajaran : Akak ipar aku beli jagung banyak gila letak dalam plastik hitam nak bawak balik kampung. Aku letak tepi pintu. Abang aku ambik pegi buang. Dia ingat sampah. Padan muka masing masing. Lain kali jangan letak plastik hitam, jangan letak tepi pintu, letak dengan beg beg balik kampung supaya nampak tak sampah dan agak agak cek dulu sampah boleh? Hahaha. Haih takde rezeki nenek aki wo atok nak makan jagung key elllll.


Donut gebu dan sedap!




Senang betul nak dapat donut gebu sedap sekarang. Pegi beli dekat foodstore berdekatan. Dijamin tak mengecewakan. Tu pun kalau kau pandai masak lah. Kalau campak dalam kuali minyak membahang bahang api besar, donut rentung nama dia. Dah tu jangan nak salahkan orang yang jual plak.


Huggies Tent & Tunnel

Sapa sapa yang ada anak pakai diaper Huggies dari taun lepas dok kumpul point, boleh la tebus haritu kan. Dapat khemah. Kalau point berlebih lebih dapat la tunnel sekali.

Adam bangun bangun muka excited gilaaaa terus nak masuk.




KL Gangster

Bak kata Mya, "Hero, pakai baju penjara pun hensem!" Kan? Hahahahaha sungguh. Serabai rambut tak berminyak tak pakai smart smart macam Shark pun tetap menawan hati.

Mula mula sakit hati gila deal degan GSC online. Dari taun lepas nak book tak dapat. Rupanya aku yang bermasalaaaaahhhhh. Dan pegi turn off pop up blocker sapa suruh. Seat tinggal lagi dua ni. Debar tak payah cakap la nak book. Hahahaha kecoh. Last last block dulu. Pegi bukak Mozilla (sebelum ni guna google chrome), and thats it! Boleh pun rupanyaaaaa. Aku je yang merepek meraban pegi turn off itu ini. Ceh. Sudahnya, bapak la senang.

Catat confirmation ID, terus contact Mya, jum jum. Er, actually segan dengan Mya pasal dia nak kena amik aku dari Shah Alam. Jauh kot 20mins kan tak salah. Tapi masing masing dah kebosanan duduk dalam gua (ayat mya) hahahhaha, jadi jom lah keluar tengok alam. Since Mya kata dia ok je nak ambik, so takde la segan sangat dah -_-

senang gilaaaaaaaa

Oh oh...merasa lah beratur dekat Gold Claass punya kaunter. Padahaaaaalll nak collect tiket je. Hahaha. Tak payah print bagai, sebut je confirmation ID, zaaasss dia kasi tiket.


Cerita ni takde heroin. Kalau ada pun Zati. Zati tu kalau takde watak dia pun ok jugak. Bukan penting sangat pun. Aaron as Malik herohensemmacho bergabung dengan King dalam dunia penggangsteran (?) sampai group diorang jadi gah gila. Dapat pulak Shark lakonan Samsol yangbajetnakhotalwaysnaksmartsmart buat taik kat Malik sampai masuk dalam 5 taun. Lepas keluar, Malik cam suci la bertaubat la kira. Adik dia, Jai lakonan Adi Putra (adeh...cam macho gila plak nama Jai nih. kena dengan Adi), jenis nak rebel manjang! Dah la tu, tamak. Gelap mata gelap hati. Tabur duit sikit dah gigil.

Jai ni pulak masuk geng Shark, duit punya pasal. Shark neh da sakit hati sangat bapaktiri dia, King asik la nak sebelahkan Malik, tekad nak bunuh Malik ni. Tak dapat Malik, Abang Long Dil lakonan Zizan yang superlawak jadi mangsa. Kena tikam. Mengamuk la Malik terus nak join balik group Dragon. Dalam group ni ada Ajib, kawan baik Malik yang last last tolong Malik tumpas kan Shark. Cewah ayat aku tumpaskan. Hahahah. Alah, last biasalah hero, mana boleh mati.

Ajib lakonan Soffi Jikan memang cool ah "Kalau wa sembelih lu 18 bahagian, baru lu tau apa itu erti penyesalan" Kehkehkeh. Dengan muka yang tak leh blah. Zizan plak, kereta kena bakar sempat lagi buat lawak "Kereta wa kena bbq beb!" Ayat yang makin jadi trademark "Eh syial ah!! Ptuihhh!"

Adiputra body makin haaaawwwttt okeyh! Keketak! "Meme ah!" Ada satu part dia tengok budak budak merempat tido tepi kaki lima, dia selit duit dalam poket budak tu, selimutkan. Tacing ok.

Overall, 4.5 bintang dah ah. Pasal potong part Samsol. Sibuk sangat cakap baku. Naik menyampah pulak. Dah tu, nak watak jahat smart smart je. Bluwek. Duduk diam diam mengarah sudah la bangggg. Lagi macho tau! Tapi macho jugak part "Abang besar sudah keluar. Wa ingat lu sudah mampos!" Kekeke.

Aksi real. Darah tersembur real. Kaca pecah real. Best. Part cintan cintun pun takde. Tu yang lagi syiok tu.


Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam!!


Belajar Menyuap

Agak agak liat nak makan, suruh dia suap sendiri. Komfem laju je makan. Tak tau lah sebab makan sedap ke, dia rasa fun makan sendiri ke, atau deria makan dah pulih lepas sakit kangkang aritu, entah. yang pasti, he enjoy it.

Novel : Juara Carta Cinta

karya terbaru Lynn Dayana


Klik gambar untuk baca sinopsis. Sinopsis je buat aku tak tentu arah nak dapatkan novel ni aritu. Ini kalau buat drama bersiri ni kalah Nora Elena ni aku rasa.

Cerita ni berkisar pasal Maya dan pakwe pakwe di sekeliling dia iaitu Reza, lelaki yang dia gila gilakan dari zaman sekolah rendah tapi mamat tu sikit pun tak peduli pasal dia, end up dapat tau jadi gay. Adnan, bekas tunang, bila muncul balik sebelah rumah, dah kawin ada bini tapi bini tak boleh ngandung, tu yang angau balik nak dapatkan si Maya.  Haqiem,  jugak jiran sebelah rumah, bekas kekasih dan muncul Haiqal, jejaka sweet sampai sudah.

Juara Carta Cinta memang gila! Gila sungguh. Semalaman aku baca sampai pukul 4 pagi. Siap menangis bagai bengkak bengkak mata. Padahaaaalll mana ada pun part over sedih. Aku je beria imaginasi terlajak. Padahal cerita ni banyak yang kelakar. Tersengih sengih tergelak gelak aku. Nak jugak sudahkan baca. Nakjugak. Sudahnya terlajak lajak sampai 4 pagi. Dapat pulak astro lupa bayar, internet hidup segan mati tak mau. Lagi lah takde benda nak hadap.

Mula mula aku baca cerita ni pasal Maya. Cool je watak dia neh. Maya ni novelis dan ada kedai cenderahati. Julie dengan Laila pembantu kedai dia. Budak berdua ni memang kecoh. Masuk part Mimi, minah gedik sengal gila, jiran baru yang sangat annoying. Mimi tolong sepupu dia Haqiem pindah rumah. Tapi lagak Mimi dah macam bini Haqiem. Padahaaaal sepupu je kot. Dapat pulak si Haqiem ni ex-boifren Maya. Haqiem seronok lah. Boleh sambung balik hubungan konon. Maya dah sakit kepala mana nak layan perangai Haqiem, perangai Mimi. Si Haqiem plak jenis berlembut hati sangat dengan Mimi. Boleh biar je Mimi dok maki maki Maya. Hoih kalau aku laaaaah dah lama Mimi tu aku siram dengan air panas.

Part tak boleh blah, Maya duduk lepak dekat balkoni layan lagu. Si Haqiem tegur. Lepas tu datang Mimi menyibuk. Beli pokok konon. Nak kasi Haqiem oksigen konon. Tengok ni :

kelakar!


Elok je jiran sebelah takde kat rumah, si Maya pegi siram pokok Haqiem dengan air panas. Sampai kiamat pun tak subur! Hahaha.

Tak habis dengan jiran yang tu. Dapat pulak jiran baru, Intan. Sopan baik peramah. Ok la. Tapi tak lama! Rupanya Intan tu bini bekas tunang Maya, Adnan. Dah pulaaaak. Nak terbalik dunia Maya rasa. Sebelah sini bekas pakwe, sebelah sini bekas tunang. So, bermula la episod nak merebut hati. Sampaikan bila Intan dapat tau, dia kasi Maya karipap inti julap. Nasib jugak Maya tak makan, dia kasi kat Julie.

Haqiem bersungguh nak tawan hati Maya balik
Dalam pada tu, ada jejaka lain yang menarik minat aku dalam novel ni. Awesome gila mamat ni. Kelakar manjang. Kepala penuh idea itu ini. Haiqal. Nah sikit:


Haiqal memang fun gila. Adakah berkenalan letak nama Mohd Stranger? Tak patut!! Maya makin lama makin senang dengan Haiqal. Elok pegi dating berdua, dah Maya kena petir pulak dah. Lepas tu, macam macam benda pelik Maya dapat. Mimpi seram. Ada mati mati bunuh bunuh, ada orang mintak tolong. Sampai dia nak jadi gila. Cuma Haiqal je yang dia percaya nak cerita dan tolong dia. Masa Maya masuk hospital, tiga tiga orang mamat ni ada datang. Ha gasak la situ semua nak berebut si Maya. Adnan pun tak sedar dah ada bini. Naaaakkkk jugak. Dapat pulak tau Intan mandul. Hah lagi lah dia tawar hati dengan Intan dan mengharap dekat Maya. Kesian gila dengan Intan. Haqiem elok elok sweet dari mula dah jadi macam kesian dan annoying sikit. Haiqal je yang sweet sampai sudah. Ecewahhhh.

haiqal yang penuh dengan teori dan falsafah


Satu hari, tengah tengah malam, Maya dapat mimpi lagi. Cecepat dia call Haiqal then Haiqal bawak dia keluar. Bila dah pagi, diorang balik rumah, Haiqal tumpang solat. Maya duduk dekat balkoni. Bila Haiqal keluar, Haqiem nampak dan salah faham. Dia ingat Maya berdua duaan dengan Haiqal. Patut la Maya ye ye tolak dia.

Dah dasar orang sakit hati, Haqiem call mak ayah Maya kasitau pasal Maya. Ayah Maya terus call mak bapak Haiqal ajak berunding pasal dah kenal masa Maya masuk hospital dulu. Tak lama lepas tu Maya kena balik kampung dan terus kawin. Dah ala ala Nora Elena, balik kampung tengok pelamin bagai dah siap. Haiqal pun gabra gila kena nikah. Memang lah dia nak tapi tak secepat tu. Gabra habis. Dalam pada tu bersyukur jugak dia pasal Haqiem buat report dan fitnah diorang, dapat dia nikah dengan Maya. Hahahaha. Padan muka Haqiem. Makan diri. Last last Haqiem pasrah, terima Mimi. Macam kaduk naik junjung la Mimi dapat Haqiem. Hahahaha. Adnan dengan Intan pulak amik anak angkat.

Pasal mimpi Maya tu rupa rupanya si Haiqal ni penulis novel thriller paling popular. Karya terbaru dia nak cari cover lukisan yang berkaitan la. Rupanya mamat yang lukis gambar cover tu pembunuh kejam. Dan benda tu berkait kait la dengan Maya yang akhirnya Maya dapat tolong setelkan kes orang hilang mati kena bunuh tu.
Overall cerita ni memang best gila. Macam macam elemen ada. Buat aku nak ulang ulang lagi baca. Part Haiqal la paling layan sekali. Best!! Tagline dia pun best

Kembali sayangi aku – Adnan
Mari Raikan Cinta - Haqiem
Aku + Kau = Cinta Atas Awan – Haiqal


Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung

Aku sangat rapat dengan Makcu. Lepas SPM dia mintak aku jaga anak dia baru lepas pantang masa tu. Dengan takde pengalaman aku pun jaga la time dia kerja. Lepas tu dia kena kursus sebulan tak bawak baby. So, aku dengan pakcu dan baby (aufa) stay rumah Makde dekat Kuantan. You name it, basuh lipat gosok kain baju baby, baju kerja pakcu, uruskan baby dari kencing berak, mandi, makan, susu, sakit segala bagai, semua aku buat. Lepas tu masuk kolej which pakcu jadi lecturer kat situ, lagi lah rapatnya aku dengan baby aufa ni. 

Dah masuk uni, kerja masih rapat cuma tak macam dulu. Kalau dulu mana mana pegi mesti aku dia ingat, tak boleh orang usik dia melainkan aku, mama abah dia saja. Lepas ada anak sedara, tiap kali cuti sem memang kerja aku lah tu menjaga budak budak ni. Sampai sekarang.

Duduk dengan Acu, banyak aku belajar pasal nak urus rumah tangga, nak urus anak, nak manage semua benda. Memang aku salute gila. Dia sikit tak berkira dengan anak. Mainan semua yang bukan cap ayam tiga empat ringgit. Alasan, tahan lasak. Ye betul. Nak banding mainan beli dekat kedai kaki lima, tak boleh blah. Dua hari main, ranap. Ini, dua tiga taun main, still ok. The way dia organize anak anak dia, barang, makanan, pakaian, semua benda lah memang aku respek gila. Aku memang nak ikut cara dia once ada anak nanti. Teliti dan terancang.

Pendidikan anak anak pun toksah cakap la. Tiptop. Astro ceria? Diharamkan. English. English. English. Tapi agama tak lupa jugak. Kakak (aufa) sekarang dah darjah 3. Jadi pengawas dah pun. Sebelum pegi sekolah pagi, lepas mandi solat subuh dulu. Balik sekolah suruh solat, takde banyak cakap. Sejuk je mata tengok. Degil memang lah. Biasalah budak budak.

Bila aku datang rumah dia, mesti nak solat jemaah dengan aku. Nak mengaji dengan aku. Berebut rebut la tiga orang ni. Cuma amjad tak lah. Kecik lagi.

Lepas Maghrib. Kak Ngah & Amjad. Ajar Amjad Alif Ba Ta.

Kak Ngah, Amjad, Kakak. Adwa still baby tak join.


Imam Muda Paling Cute

Safwan Rifqi, 10 bulan.
Dik, kenapa macam terjuling plak dah?

Comel? Anak buah number 3. 

Skype dengan abah





Anak anak zaman sekarang kannnn…berteknologi sangat! Abah pegi keje sekangkang kera pun menangis bagai nak rak. Jadi, suruh lah abang aku on skype. Pasal nampak muka. Kalau handphone dia terpelik pelik pulak macam mana menatang phone tu boleh keluar suara.

Bila dah on skype, tiga puluh saat je tengok laptop, lepas tu dah nampak muka abah, terus happy dah. Terus melayan kartun dia. Budak kecik ni memang lah!

Tu belum cara cara nenek ada komputer tu. Line internet dah ada kat rumah, Cuma laptop je takde. Aku rasa kalau ada laptop ke komputer ke mau hari hari berskype dengan nenek. Budak budak sekarang kan. Kemain lagik. Kita dulu takde der nak merasa mengadap komputer keluar muka mak abah bercakap cakap online.


Memori Indah 2009 - Paka


Momen indah masa bulan puasa 2009 di Paka. Rumah Along. Memang fun tak payah cakap banyak. Tercengang cengan aku beli sata murah gila secucuk ada 4 bijik cuma RM1. Tak dapat der kat tempat lain. Manis dah frust lepak tepi pantai tak boleh makan kepok lekor, sotong goreng tepung. bulan puasa kot oih!

Pffttt..Along kata kalau dia kawin aku kena cuti seminggu teman dia buat preparation. Kalau kau kawin sebelum aku boleh la beb. Kalau aku kawen dulu, ada harapan ke laki aku nak bagi? Kehkehkeh.

Ah, rindu!


Jodi Picoult – Change of Heart

Sebenarya, masuk Popular dekat IPC haritu, aku nak beli satu novel romantik komedi thriller melayu, tajuk dia Juara Carta Cinta. Aku baca sinopsis macam best gila kot. Sekali cari punya cari tak jumpa. Tanya pekerja situ, dia check habis stok. Kecewa!

Belek lagi novel lain, tak de dah yang berkenan. Pasal aku fikir, takpelah, boleh order online. Lagi murah kot!
Jadi, aku pun pergi lah dekat section bahasa inggeris. Eh, macam syok jugak layan novel english pasal aku sekarang banyak masa terbuang. Kalau baca novel inggeris mesti lama nak layan. Almaklumlah, bukan aku anak mat saleh yang cair inggeris nye. Kalau novel melayu tak payah cakap. Sehari dua hari habis khatam.

Belek belek dan belek, dapat lah satu buku. Aku fikir, kalau cari novel romentik mesti aku tak habis baca pasal tak paham sangat. Bukan macam novel chenta melayu, laju je berderau derau masuk menusuk kalbu. Hahaha.

Jadi, aku pilih thriller novel. Pasal kalau thriller ni dia macam obses sikit nak baca, nak tau lagi dan lagi. Tengok dekat fiction, nampak lah satu novel ni. Tajuk dia aku tak layan. Aku cuma fokus part “Number one bestselling author”. Jadi kalau ada word macam tu mestilah novel tu best kan? Err..Ke tak?

Lepas tu pulak wording dekat depan cover dia tu buat aku tertarik. “Your daughter needs a new heart. The only match comes from a murderer. WHAT WOULD YOU DO?” Pandai! Pandai dia buat aku tertarik. Bila macam tu, kita rasa nak baca lah kan kenapa dan apa jadi lepas tu. Sinopsis dia pun best. Ada la lagi dua tiga novel dari penulis ni yang macam menarik. Tapi sudah lah berbahasa inggeris, harga pun mahal dari novel berbahasa melayu lain. Jadi, perlahan perlahan lah. Kita sudahkan ini dulu.

Jadi, aku pun tak tahulah zaman bila aku akan habis membaca novel ni. Sebab tu buat dulu entry. Nanti kalau dah sudah baca baru aku review. Yang aku tau, mesti makan minggu jugak nak habis ni. Ye lah minggu, kot bulan? Kot tahun? Hahahahha!

Takpelah, janji aku ada benda nak dibaca. Dan oh, ini novel inggeris pertama aku beli. Harap harap berbaloi lah. Sila tepuk!






Oh damn, malam tadi tidur terbawak bawak dalam mimpi. Ape jenis perangai ni hah?


Popeyes With Zana

Lepas je merayau dekat program kerjaya yang takde hasil tu, aku pegi makan dengan Zana. Dah pukul 5 baru nak cari makanan. Sumpah lapar. Zana ajak Mekdi. Aku kureng sket. Terus aku cadang Popeyes. Keh keh keh. Amek kau. Ketagih sampai sekarang. Dah la sembang lama gila macam kedai makan (?) tu kau yang punya. 



Meet My Bestie, ZanaKhalid



Pertama Kali Terbang Di Awan Biru


Subhanallah. Para para pilot mesti tenang je dok kat atas tu hari hari kan? Kalau cuaca macam ni memang sangat mendamaikan. Gambar gambar ni captured masa pegi Sarawak last year. Bulan 3. Gaji pekerjaan pertama belum dapat dan kena paksa rela ikut pegi Sarawak. Sudahnya, dapat gaji bayar balik tiket katerbang.

Pengalaman mendebarkan dan entah apa apa adalah tertinggal kapal terbang. Cewah. Dia punya ayat macam rilex je. Macam tertinggal bas. Tahan Sarawak, kalau nak pegi Amerika? Memang tak payah berangan dah la. Nak bayar tiket bukan sikit punya duit nak keluar. Nasib baiklah abang ipar aku tak mengamuk. Dengan redho, dia beli tiket baru. Abis, pakej semua dah book. Kakak aku lah. Sibuk nak cari digicam baru. Last last amek kau. Sampai sampai dah tak boleh naik. Insaaaafffff. Nasib jugak la ada next flight dua jam lepas tu. Merasa lah aku pegi Sarawak. Kalau tak start keta, balik rumah duduk dendiam tak payah nak menyesal bagai.  Oh, ini adalah first time ever naik kapal terbang. Pffttt. Orang lain kemaen lahir lahir dah terbang sana sini kan. Jadilah....