Song of The Sea Show, Singapore

Tiket masuk untuk Song of The Sea Show adalah $10 per person. Dekat Sentosa Island.

Kitorang masuk untuk show pukul 8:30 pm sampai 9:15pm. Takde lah lama mana. Tapi puas hati lah. Dah la buat open kat tengah alam tepi pantai tu ha. Kalau hujan saje basah sia sia aku rasa. Tapi show dia fantastic gila, enjoy sangat. Memang ternganga la jugak tengok show atas langit, kalerful, muzik dungdangdungdang.

Takde ape nak cerita sangat, sila layan gambar dengan video kat bawah ni ha. Enjoy!








Ok layan video pulak:

Masa ni starting show. Lepas lagu can mali can ni girl tu nyanyi lagu india ape tah. Sweet gila. Aku suka! Cerita dia pasal Ali yang nak selamatkan Princess Amy. Lepas tu ada magic song ape tah. lupa dah T__T

 
Ok yang final ni best gila layan. Muzik dia fuh! Lepas tu dengan colorful fountain yang memang layan habis! 

Enjoy? Best kan! Nak lagi puas pegi lah sendiri Komfem menganga! 
See ya entry USS pulak. Ohsem gambar bersepah lepas ni aku tak tanggung!


Sentosa Island, Singapura

Lepas balik dari Jurong Bird Park tu, kami gerak ke Sentosa Island pulak. Dia pegi ikut USS. So turun bas, naik je escalator ni :

(Masa ni memang tak tahu okay apa aku akan nampak lepas keluar dari benda bulat tu. Sumpah tak tahu)

Keluo keluo je.. tarraaaaa!!! aku nampak dah benda biru bulat ni! Excited gila tak payah nak cakap la kan. Terus meluru pegi amek gambar *jakun biasa lah* Padahal bukan nak pegi sini ni. Sampai tour leader aku rasa dia pun naik menyampah tengok kejakunan aku. Hey sukatilah! Bukan menatang ni ada tepi rumah pun nak begambar hari hari.

Dah ah tu, benda ni tak stop ok. kau kena get ready betul2 bila dia sampai tu cepat cepat place kan bontot dekat seat tu. Nasib la kalau terjatuh. Aku bapak gila cuak masa ni.

Disebabkan entry ni dah lama terperam, jadi aku da lupa nama mendalah ni. Skyride kot tak salah. Nak naik di 2way, pegi balik $12 kalau tak salah. Actually boleh pilih, turun naik gokart, tapi sendiri bawak, balik baik skyride. Tapi sumpah aku cuak gila nak naik gokart tu hoi. jap gi terbabas terus terjunam ke laut sape nak jawab? Sudah lah masa nak naik ni bertekak sakan depan kaunter. Budak budak laki memang la nak naik go kart tapi alahai cenonnet lagi. MakPak memasing takut nak kasi naik ha bertekak la anak beranak situ. Last last semua naik Two way skyride ni.


Pulak tu safety dia takde! Just besi penghadang tu je. Bayang ah sampai kat puncak tengah tengah tu dengan angin lagi, pastu kau tengok bawah tinggi (kalau gayat, lupakanlah hoi!), tengok pulak laut depan mata kan. Nak amik gambar sendiri pun memang al-CUAKkun gila. Takut kamera/handphone jatuh berkecai. Fuuuuuuuhhh! Mak aku pakai sandal sarung lagi kelakar. Siap tanggal selipar takut tercicir. Memang kencang jugak ah jantung masa ni.

Sini takde ape sangat pun. Semua ride atau ape benda nak naik macam Menara yang macam Menara Taming Sari tu kena bayar, cable car kena banyar tak hagak $24 sorang, mak aku nak naik tapi fikir dekat seploh kali. Tayah la mak. Tak berbaloi langsung. Lepas tu macam macam benda la nak naik semua harga tak hengat. tapi kalau kau kaya, apa ada hal? Sementara nak membawak ke pukul 6 tu, lepak minum je lah.

Ha just duduk duduk macam ni je. Gila! Tu bawah tu Sentosa Island lah tu. Takde ape sangat pun.





Duit Syiling Baru 50 Sen 2012

Nice kaaaaannnnnn?

Masa ambik baki duit dekat mekdi tadi, nampak ada satu syiling bersinar sinar. Bila pegang, eh? Cantik nyaaaaa!!!!! Actually kaler dia lagik lawa la dari dalam gambar ni. Kuning keemasan gitu. Ok, simpan, tak mau guna, sayang.


Arab Street, Singapura

Disebabkan hari ni tak banyak kerja, jom cepat cepat sambung cerita Singapura-ra-ra-ra

Okey, lepas je lepak lepak buang masa dekat singa singa merlion tu, bas berhentikan kami dekat sini:

Ini lah dia, Restoran Two Zam Zam yang popular seantero dunia tu ha. Dapat la jugak aku merasa secebis sebab uncle beria ia pegi beli. Rasa? Hmmm entah. biasa je. Malaysian Food jugak lah yang nombor 1. Sorgaaa makanan kan!
Masjid Sultan, Bersih woohhh masjid dia. Telekung semua selesa lah. Mak aku lah kata pasal aku menjepun masa dekat sini.

Belakang masjid ni ada kedai sourvenir.

Menyesal, sumpah menyesal tak beli baju t shirt dekat sini. Konon nak tunggu pegi tempat yang lagi banyak choice. 

Lain kali, kalau dah dasar pegi rombongan, jangan nak berangan la nak pilih pilih. Mana jumpa pegi je la. Kalau tak sampai sudah tak jumpa, jadik macam aku, menyesal sampai hari ni. Padan muka aku! Nasib jugak lah FM dengan keychain dekat sini murah murah so sempat lah beli dekat sini. Murah i tell you! $1 saja. 

Reminder : Tak payah la nak convert pulak $1 tu jadik RM2.50. Memang tak murah lah cerita dia. Kau dah allocate banyak mana dollar kau, kau anggap je lah dollar tu macam RM, jadi shopping je lah guna dollar tu tanpa banyak kira nak convert convert bagai. Kalau jenis nak berconvert sepanjang masa, sorry lah ye, tak payah shopping. Duduk diam diam tengok harga barang, convert lah sampai ke malam.

..bersambung.

 

Havin a diarrhoea is really nitemare

Petang Rabu, 4 Januari 2012 customer gila gila punya perangai. Banyak karenah sangat. Aku stress sampai cirit birit kau tahu. Lepas makan cookies yang Norren kasi tu aku terus rasa tak tentu arah. Seram sejuk satu badan. Ah sudah, petanda ni. Petanda nak demam! Well aku tak tahu nak salahkan cookies ke atau apa benda yang aku makan pun entah.

Dah la kerja memang setambun dekat atas meja tak siap. Tapi tak boleh jadi, tak tahan. Terus turun bawah pegi klinik, menggigil gigil dah macam apa. Orang pandang dah macam apa. Aku memang tak tentu arah gila kot. Sekali ambek, orang bapak ah ramai gila nya. Aku pun buat muka kesian dekat kaunter tanya lambat tak doc nak check. Then gamaknya staff tu tengok aku dah macam nazak sangat, dia kata takpe, aku boleh potong Q, tapi tunggu dalam 2 3 orang la. Aku ok je la. Masa tunggu tu kalau tak mengenang malu, memang berguling dekat situ lah. Dia punya angin membawak ke dada seksa gila aku rasa.

Elok je doc check dalam lima minit macam tu kasi ubat, bermacam jugak la. Aku legaaaaa tengok pil kecik kecik. Harga pun tak gamak lah RM60 dan ini makan dia :


Lepas tu balik kerja lepas pegi amik SIL, singgah pulak pegi tapau makanan. Dah la lama dekat sejam kot. Aku dah menggelupur macam apa dalam kereta. Memang tak boleh blah. Memang dah sampai tahap menangis ah.

Balik rumah je hambik tak tau berapa kali masuk toilet. Sampai tahap yang bawak keluar sekali dengan muntah terus. Rasa nak pitam aku. Hazab! Bergelodak gila perut membawak ke dada, kepala. Lepas dah telan ubat sapu ubat segala ok la pukul 11 boleh la lelap sekejap. Sekali pukul 1 terbangun lagi! Toilet lagi! Muntah lagi! Lepas pada tu ok pengsan, esok tak kerja. Hari jumaat dah ok tak pasal pasal pegi klinik tu mintak MC untuk hari rabu tu. Sikit lagi nak kena sound dengan doktor.

*************************

12 Januari 2012, Khamis

Lagi sekali perut aku memulas mulas tak hengat. Kali ni lagi teruk dari rabu tu. Dua tiga kali jugak lah bangun malam dan muntah. Esok nak bangun pegi keje lembik. Mandi kasi ilang panas sikit then pegi klinik. Ok Doc kata panas, tinggi. Demam. 38 suhu. pergh! Padahal aku tak de rasa panas langsung pun. Pelik. Doc kata ok memang kadang2 kita tak sedar kita demam tapi sebenarnya demam. LOL! Lalu MC lah hari tu dan terus tak pegi dinner ofis. Ubat kali ni berjenis jugak lah. Enam kot. Tapi lagik murah dari klinik yang first tu. Still, mediveron. Dan pil kecik kecik. Suprisingly, aku boleh telan semua ubat. Yipppieee!



Sekian. 

Note : Sakit cirit birit jangan buat main main. Silap silap boleh kejang badan hilang air. Belum lagi tahap penggelupuran dia tu. Fuh. Serik! *dua hari je la seriknya*


The Merlion Park, Singapura

Lepas raya, aunty tanya nak join tak pegi Singapore. 3D2N RM500 included USS Tix + Song of the Sea + Hotel. Lalu aku pun mcm wow!! Best ni. Lagi lagi family trip memang kecoh lah kan. Fikir punya fikir last last bila mak kata nak join jugak aku pun terus ah nak ikut lah. Bila lagi nak dapat harga macam ni kan? Pejam mata je la bayar.

Sebelum tu, gambar gambar ni semua dah update dekat FB. Dan di sebabkan laptop adalah sedikit jahanam, maka aku dah tak koser nak watermark bagai.

Oh thanks to Ayie sebab kasi pinjam DSLR yang ohsem gila. Bila aku nak beli sendiri entah. Lepas touch up sikit masa takde keje kat umak akak aritu ok la, cantik gila gambar =)

Mula mula sampai dekat Gelang Patah R&R pukul 5:30 pagi. Aku gigih mandi. Kalau tak mandi nanti tengahari kau sila la rasa berlengas yang amat. Lepas mandi breakfast, fill up white card untuk masuk singapura, kitorang pun gerak masuk. Keluar masuk imigresen kastam bagai, letih! Masuk singapura, mak kata....lahhh..ingatkan kering kontang macam shah alam panas terik, rupanya bersusun pokok besar besar. sejuk je. bersih!

First destination adalah Merlion Park. Wajibulghunnah kot pegi singapura kena pegi sini. Bergambar lah 40 minit dekat situ. Alhamdulillah cuaca sangat panas terik sampai aku dah rasa surrender ketiak basah bagai. Dah pegang DSLR paham paham lah. Elok elok nak amik gambar sendiri terus aku jadi photographer tak rasmi 3 hari. Dah la aunty tertinggal kamera. Ha elok, memang aku la jadi mangsa.

Nice view from Merlion Park. Berjasa jugak TX1 aku dalam dok tak guna tu.


Bila aku dah berkawan dengan anak anak gadis ni dan perangai pun dah lebih kurang, akak satu bas tanya "Awak sekolah form berapa?" Aaaaawwwwww!!! Muda nya aku. Hahahahaha! Then i asked her "Kak, er saya nampak macam budak sekolah ke? Hehe" ."Eh bukan eh? Laaa salah soalan la ni. Kecik je ingatkan sekolah lagi" Hahahah.. Well Biasa la cinderella,  petite :p



Mom in Singapore. Oh tengok gambar ni baru aku teringat belum sempat nak cuci gambar lagi. Adoi busy.
Board ni kelakar. Dah la letak dekat tempat tak strategik. Ke bawah pulak tu.


Lepas ni ke Arab Street pulak jom!

#to be continue..


Arab Street & Masjid Sultan, Singapura

Lepas sesi bergambar dengan mak dan anak singa, bas drop kami dekat sini. Arab Street! Restoran Two  Zam Zam yang popular gila dengan murtabak dia. Aku rasa jugak em biasa je kot. Ke pasal tengah kenyang dan main makan cubit cubit sikit je entah.

Masjid sultan ni seberang jalan restoran two zam zam tadi. Tandas dalam masjid ni gila bersih. Tak pakai selipar pun tak geli. Mak aku kata telekung pun diorang jaga bapak gila punya bersih. Mak kata la. Aku mana tau, tak leh solat masa ni.



Dekat belakang masjid ni ada jual souvenir murah dan cantik. Menyesal gila tak beli tshirt terus kat sini sebab lepas pada tempat ni aku dah tak jumpa tempat lain yang jual souvenir street macam ni. Tension sungguh.