Sentosa Island, Singapura

Lepas balik dari Jurong Bird Park tu, kami gerak ke Sentosa Island pulak. Dia pegi ikut USS. So turun bas, naik je escalator ni :

(Masa ni memang tak tahu okay apa aku akan nampak lepas keluar dari benda bulat tu. Sumpah tak tahu)

Keluo keluo je.. tarraaaaa!!! aku nampak dah benda biru bulat ni! Excited gila tak payah nak cakap la kan. Terus meluru pegi amek gambar *jakun biasa lah* Padahal bukan nak pegi sini ni. Sampai tour leader aku rasa dia pun naik menyampah tengok kejakunan aku. Hey sukatilah! Bukan menatang ni ada tepi rumah pun nak begambar hari hari.

Dah ah tu, benda ni tak stop ok. kau kena get ready betul2 bila dia sampai tu cepat cepat place kan bontot dekat seat tu. Nasib la kalau terjatuh. Aku bapak gila cuak masa ni.

Disebabkan entry ni dah lama terperam, jadi aku da lupa nama mendalah ni. Skyride kot tak salah. Nak naik di 2way, pegi balik $12 kalau tak salah. Actually boleh pilih, turun naik gokart, tapi sendiri bawak, balik baik skyride. Tapi sumpah aku cuak gila nak naik gokart tu hoi. jap gi terbabas terus terjunam ke laut sape nak jawab? Sudah lah masa nak naik ni bertekak sakan depan kaunter. Budak budak laki memang la nak naik go kart tapi alahai cenonnet lagi. MakPak memasing takut nak kasi naik ha bertekak la anak beranak situ. Last last semua naik Two way skyride ni.


Pulak tu safety dia takde! Just besi penghadang tu je. Bayang ah sampai kat puncak tengah tengah tu dengan angin lagi, pastu kau tengok bawah tinggi (kalau gayat, lupakanlah hoi!), tengok pulak laut depan mata kan. Nak amik gambar sendiri pun memang al-CUAKkun gila. Takut kamera/handphone jatuh berkecai. Fuuuuuuuhhh! Mak aku pakai sandal sarung lagi kelakar. Siap tanggal selipar takut tercicir. Memang kencang jugak ah jantung masa ni.

Sini takde ape sangat pun. Semua ride atau ape benda nak naik macam Menara yang macam Menara Taming Sari tu kena bayar, cable car kena banyar tak hagak $24 sorang, mak aku nak naik tapi fikir dekat seploh kali. Tayah la mak. Tak berbaloi langsung. Lepas tu macam macam benda la nak naik semua harga tak hengat. tapi kalau kau kaya, apa ada hal? Sementara nak membawak ke pukul 6 tu, lepak minum je lah.

Ha just duduk duduk macam ni je. Gila! Tu bawah tu Sentosa Island lah tu. Takde ape sangat pun.





1 comment:

sweethOneY said...

aku tak dpt byg ko ni tinggi mana sebenarnya T_T hihihi

eh ride tu sumpah seram. Mcm kat bukit merah tu. Itu naik dalam themepark tu je lalu kot atas pun aku dah gayat. Kalau kena naik ni ? Mengucap dulu !