Arab Street, Singapura

Disebabkan hari ni tak banyak kerja, jom cepat cepat sambung cerita Singapura-ra-ra-ra

Okey, lepas je lepak lepak buang masa dekat singa singa merlion tu, bas berhentikan kami dekat sini:

Ini lah dia, Restoran Two Zam Zam yang popular seantero dunia tu ha. Dapat la jugak aku merasa secebis sebab uncle beria ia pegi beli. Rasa? Hmmm entah. biasa je. Malaysian Food jugak lah yang nombor 1. Sorgaaa makanan kan!
Masjid Sultan, Bersih woohhh masjid dia. Telekung semua selesa lah. Mak aku lah kata pasal aku menjepun masa dekat sini.

Belakang masjid ni ada kedai sourvenir.

Menyesal, sumpah menyesal tak beli baju t shirt dekat sini. Konon nak tunggu pegi tempat yang lagi banyak choice. 

Lain kali, kalau dah dasar pegi rombongan, jangan nak berangan la nak pilih pilih. Mana jumpa pegi je la. Kalau tak sampai sudah tak jumpa, jadik macam aku, menyesal sampai hari ni. Padan muka aku! Nasib jugak lah FM dengan keychain dekat sini murah murah so sempat lah beli dekat sini. Murah i tell you! $1 saja. 

Reminder : Tak payah la nak convert pulak $1 tu jadik RM2.50. Memang tak murah lah cerita dia. Kau dah allocate banyak mana dollar kau, kau anggap je lah dollar tu macam RM, jadi shopping je lah guna dollar tu tanpa banyak kira nak convert convert bagai. Kalau jenis nak berconvert sepanjang masa, sorry lah ye, tak payah shopping. Duduk diam diam tengok harga barang, convert lah sampai ke malam.

..bersambung.

 

1 comment:

sweethOneY said...

hoi murahnyaaaaaaaa nyesal tak kirim !