The Merlion Park, Singapura

Lepas raya, aunty tanya nak join tak pegi Singapore. 3D2N RM500 included USS Tix + Song of the Sea + Hotel. Lalu aku pun mcm wow!! Best ni. Lagi lagi family trip memang kecoh lah kan. Fikir punya fikir last last bila mak kata nak join jugak aku pun terus ah nak ikut lah. Bila lagi nak dapat harga macam ni kan? Pejam mata je la bayar.

Sebelum tu, gambar gambar ni semua dah update dekat FB. Dan di sebabkan laptop adalah sedikit jahanam, maka aku dah tak koser nak watermark bagai.

Oh thanks to Ayie sebab kasi pinjam DSLR yang ohsem gila. Bila aku nak beli sendiri entah. Lepas touch up sikit masa takde keje kat umak akak aritu ok la, cantik gila gambar =)

Mula mula sampai dekat Gelang Patah R&R pukul 5:30 pagi. Aku gigih mandi. Kalau tak mandi nanti tengahari kau sila la rasa berlengas yang amat. Lepas mandi breakfast, fill up white card untuk masuk singapura, kitorang pun gerak masuk. Keluar masuk imigresen kastam bagai, letih! Masuk singapura, mak kata....lahhh..ingatkan kering kontang macam shah alam panas terik, rupanya bersusun pokok besar besar. sejuk je. bersih!

First destination adalah Merlion Park. Wajibulghunnah kot pegi singapura kena pegi sini. Bergambar lah 40 minit dekat situ. Alhamdulillah cuaca sangat panas terik sampai aku dah rasa surrender ketiak basah bagai. Dah pegang DSLR paham paham lah. Elok elok nak amik gambar sendiri terus aku jadi photographer tak rasmi 3 hari. Dah la aunty tertinggal kamera. Ha elok, memang aku la jadi mangsa.

Nice view from Merlion Park. Berjasa jugak TX1 aku dalam dok tak guna tu.


Bila aku dah berkawan dengan anak anak gadis ni dan perangai pun dah lebih kurang, akak satu bas tanya "Awak sekolah form berapa?" Aaaaawwwwww!!! Muda nya aku. Hahahahaha! Then i asked her "Kak, er saya nampak macam budak sekolah ke? Hehe" ."Eh bukan eh? Laaa salah soalan la ni. Kecik je ingatkan sekolah lagi" Hahahah.. Well Biasa la cinderella,  petite :p



Mom in Singapore. Oh tengok gambar ni baru aku teringat belum sempat nak cuci gambar lagi. Adoi busy.
Board ni kelakar. Dah la letak dekat tempat tak strategik. Ke bawah pulak tu.


Lepas ni ke Arab Street pulak jom!

#to be continue..


4 comments:

Ayaa said...

babe. tell meeee ! mna nk cari pakej RM500 tuh ? nak jugakk !

Izzatul Azma said...

Sakannn cuti. Tp ramai anak dara kecik2 ye pegi cuti2 ni. Besttttt

farra fajima said...

wow nice sey. laenkali nak try ah jenjalan kt singapore lak :D

MR & MRS SAFUAN said...

best nye...
http://sehati0818.blogspot.com/