Kenanga Wholesale City (KWC)

Haritu pegi Jalan TAR untuk cari tudung dan survey untuk orang kain chiffon ela nak jahit baju which nak beli borong. Masuk Nagoya, tersembang dengan sorang akak salesgirl ni dia kata try pegi tengok dekat Hang Tuah kat area KWC. Banyak tempat pemborong. Aku pun okay lah try nak gi tengok sebab kalau kat Nagoya beli banyak banyak pun cuma boleh dapat RM5/RM6/RM7 per meter depends on gred kain. Takde diskaun banyak pun even beli sekayu. So macam mahal lah kan. 

Yang kiri ni kedai biasa, kain tak best dan mahal.
 Yang kanan yes Nagoya kain cantik kaler cantik dan boleh la kan harga dia.


Jadi, aku pun masuk Sogo sekejap nak cari slacks, biasa lah Sales is second name for Sogo kan? Hahaha. Tapi takde yang ok sangat pun slacks. Jeans banyak lah.Hmmmmm fikir fikir meh la pegi KWC dah alang alang kan.

Jadi, naik train ke Hang Tuah RM1.70 dari Bandaraya. Bila dah sampai tu aku cam dah tercangak cangak. Tanya kat kaunter tu, dia tunjuk pegi belah kiri. Ok. Then terus nampak signboard penujuk jalan ni:

Jalan dalam 500m, a bit scary sikit lah sorang sorang kawasan dia cam tak happening sangat. Ye lah, tempat orang borong kan. Cuak jugak tapi takpe, redah je lah. Dah lah kawasan cina, yang pekerja pulak bangla, vietnam, indon, myanmar hah memang aku tak rasa macam duduk dekat Malaysia kot. Jalan je lah sampai jumpa ni:

Pastu masuk dalam memang selesa yang amat.Shopping mall, bersih sejuk. Cuma aku tak selesa sebab pakai wedges dah sakit kaki hoi tapi sebab gatal nak melawa meninggi sikit redah jugak lah kan padahal ada beli flat spare tapi malas nak tukar.

Jadi start the mission hunting for baju. Konsep dekat KWC ni lebih kurang macam GM Plaza la. Borong. Minimun pieces kena beli 3 atau 4 atau 6 helai. Depends dengan kedai lah. Jadi, kalau beli at least 3pcs (ikut kedai) boleh lah dapat baju tu RM20 sehelai. So 3 helai RM60. Right? Itu kalau beli sekali 3helai lah. Kalau tak, nak beli satu boleh, tapi harga sehelai dia jadi RM40/RM50 something macam tu. Sebab konsep dekat sini, kau beli borong, kau dapat murah. Faham tak?

Itu harga aku bantai je la tengok lah jenis baju/dresss. Ada yang RM30 per pcs for borong. Tengok jenis kain design semua lah.

Jadi, sempat la snap few:



Dah nama cino kaaannnn peplum pun pesen takde lengan. Terus tak selera nak beli.

Jadi, terus lah cari slacks, dapat. puas hati cuma labuh tu komfem lah aku kena lipat/kerat dan jahit balik kan. Dia suh aku ambik 3pcs then dia kasi 10% diskaun tapi pusing pusing dalam tu tak jumpa yang berkenan so malas lah. Ada yang berkenan tapi free size besar gila shirt tu. Sobbbsss. So, bayar je lah normal price yang okay lah way cheaper than sogo tadi tu.

Balik, merayap plak cari kedai kain ela area tu jugak. Dapat la 4 kedai dan puas hati jugak lah. Boleh lah.

Nanti lah, gaji boleh lah serbu KWC ni. Kena pegi ramai ramai baru boleh nak beli banyak benda share share ;)


4 comments:

Irda Adillasafwati Idris said...

Assalam sis.. murah ke kain ela kat KWC ni as compared to Nagoya? saya nak beli sekayu2 ni.. any suggestion?

wardah janah said...

KWC ade jual borong kali ela chiffon jga ke?

Hayati Suhari said...

Rasanya tak ada kain ela chiffon. Sebab kakak dekat Kamdar tu ada suggest pegi carik dekat KWC tapi bila pergi tak jumpa pun.

Siti Aishah Wadud said...

Selalunya kain ela kt kenanga tu di kedai bawah. Kedai lama y bederet kt luar tu