Jakel Mall, Kuala Lumpur



Y.E.S
Just teman housemate je sebenarnya. 
Sekali terserempak dengan abang, sil & adam. 
Hahaha meriah jadinya!
Sales kaw kaw punya sampai rambang mata. 
Ada sorang salesgirl tu, tak dibaginya I pilih kain sendiri. 
Dia kata rugi. 
Better amik yang happy hour. 
3 pasang RM100.
Masalahnya yang kau tunjuk tu outdated design dan sangat tak lawa.
Macamkan nak habiskan stock sangat. 
I know you maybe got some commision sebab masa kita nak bayar dia akan keluarkan buku resit tapi lahaii agak agak lah.
Lepas tu pegi dekat happy hour lagi. 
Nak sangat beli untuk mak satu tapi dah rambang Ya Tuhanku. 
Si sales person pulak push push suruh amik. 
Bengangggg je. 
Tak  boleh bagi orang berfikir dan choose dengan lebih tenang ke?
So yeah last dapat lah satu. 
Overall okay lah Jakel Mall ni. 
Walaupun orang ramai tapi tak kusut sangat.
Tapi speaker dia yang tukang lelong happy hour tu some time menjengkelkan jugak.
Tapi marketing strategy dia pandai. 
Hahahha dia suruh orang masuk certain-certain bilik then pegang kain tu before dia launch happy hour price, dia kata nanti dia tanya boss berapa nak kurangkan tapi those yang nak beli kena pegang dulu. Means, kau dah agree lah before tau the price. Hahhahaa.
So RM400++ sepasang kain jadi RM150. Hoih kain pesen apa entah RM150 sepasang.


Minestrone Soup

Apa itu Minwstrone Soup?
Minestrone (/ˌmɪnɨsˈtrni/Italian: [mineˈstroːne]) is a thick soup of Italian origin made with vegetables, often with the addition of pasta or rice. Common ingredients include beansonionscelerycarrots, stock, and tomatoes.


Sumber : Wikipedia
Siapa yang ajar & memperkenalkan I dengan this Italian soup? Of course lah the most handsome BBFF. On Dec 2014, Dec 2015 baru menjadi. Entah dah pernah buat ke belum before tak sure lah. Lupa. 

Lets start. Olahan resepi. Tak boleh paste sebiji sebiji resepi nya sebab itu adalah sangat mahal & exclusive untuk I sorang. Kakakah. Ok well, actually lebih kurang je dengan mana mana resepi pun it just mine so very special. Ngeheeee~

Bahan2:-
Pasta / Nasi - Both I tak guna sebab nak sup je
Ayam/Meatball
2 bawang besar - dadu
4 bawang putih - cincang
1 batang celery - potong 
1 biji kentang - dadu
1 batang lobak merah - dadu
Cendawan butang - hiris nipis
Kacang peas - optional
Kobis bunga - hiris nipis
Apa apa jenis sayur 
(I letak kobis nak habiskan stok. Last year makan dengan Italian Rest. dia ada letak terung)
Sedikit oregano - I tak letak takde stok
1 sudu besar blackpepper - tumbuk 
4 biji tomato
Tomato puree - Ikut nak rasa masam mana/sos tomato pun boleh
Garam gula secukup rasa
Daun pasley/basil/bawang/sup - tak letak lupa  beli
Olive oil
Air

Cara2nya:-

1) Panaskan olive oil, tumis bawang bawang sampai naik bau. Masukkan ayam/meatball kalau ada. Kalau takde letak sayur yang keras keras dulu macam carrot, kentang. Dah agak empuk, masukkan air dan tomato.

2) Bila tomato dah hancur, masukkan sayur sayur lain dan juga blackpepper. Kalau nak makan dengan pasta, boleh masukkan pasta masa ni. Dah hancur tomato masukkan all bahan2 yg remain td n sikit blackpepper. 

3) Renehkan. Slow cook. Kalau tak nak pekat boleh tambah air. Masukkan garam gula. Dah cukup rasa boleh tutup api dan bismillah...

Mari tengok hasil Minestrone Soup tak cukup bahan I. Heeee.
Voila!!


Reepi yang you bagi tu banyak sangat kuantiti nya tapi its okay nanti boleh makan lagi. 
Bangun pagi, terasa segar dan hilang sakit sakit tekak! 
Alhamdulillah. 
Dengan izin Allah.
Thank you BBFF. 
Next, nak ajar masak apa? Heee.


Sabah Borneo : Day 4 - Welcome Back To KL & Souvenir

Last day, 

Pasar Tamu.

Dekat sini I cari lah souvenir untuk office dan juga foods. Dapat lah juga pearl bangle untuk Mom, untuk anak anak gadis I, Kakak & D. Eh eh tiba tiba anak anak gadis I hahahaha. Then the famous Amplang & Kuih Cincin for housemates, office, moms & BBBBFFFFFFF. Hahahha gewram tak tau kenapa. 
 
Mine. Ok lah buat kenangan. Nice tak macam typical pearl bangle. Hihi. Pearl & Jade

Moms'. Actually nak cari yang putih tu pearl. Salah amik. Dah rambang. Your mom tak tau pakai ke tak macam ni huhu.
RM10 boleh dapat 7 pcs di Pasar Tamu. Ok lah tu.

FM! 

Kakak & D


Kakak tu kata kalau nak kilatkan pearl ni, bakar je dengan lighter. Dia siap demo kat I lagi. 
Oh ini di Pasar Philipine. 
Malangnya, dekat Pasar Tamu takde satu pun baju I berkenan. Mahal, design tak lawa, kain tak sedap. Frust! Pujuk hati, takde rezeki. Kalau ada adalah. Kemudian, beritahu Irsyad (tourist guard) yang I nak pergi Pasar Philipine sebab kat situ ada nampak kedai baju. Dia kata okay sebab Iwan (Driver) pun nak singgah beli foods. Okay.
Dekat bahagian bawah ada tulis Sabah-Bornoe kalau I tak salah. Tapi memang glow betul try letak dalam bilik gelap hahaha.
So singgahlah kejap. Alhamdulillah dapat! Syukur. Design rare habis ikut suka I. Theme Head Hunters the famous legendary. Yang lawa nya bukan apa, sebab dia glow in the dark. 

Masa boarding tu, serious sakit kepala sakit tekak. Flu! Cabin yang sejuk. So masa dah take off I decided nak letak balm dekat hidung bagi boleh bernafas sikit. Worse come to worseeeee, hidung jadi pedih menyengatttt rasa macam nak putus campur panas sejuk tak tahu nak cakap. Sangat tak selesa. Maybe ini juga sebab kalau pilot flu, diorang memang tak boleh nak fly. Tekanan udara sama kot. Serious, memang tak selesa. 

Sampai sampai KL, Abang whatsapp tanya dekat mana. Dia kata dia dah sampai. I was like, oh, hantar orang kot? Tak expect pun dia nak fetch. I masa tu dah terfikir nak balik Temerloh dulu & MC dengan kepala tingtong dah ni. Tup tup keluar je arrival hall, dah tercangok dua beranak tu lambai lambai. Lols! Feeling balik oversea sangat hahahhaha. 
Tiba tiba ada my darling baby, Adam hahaha. Berpencak lah korang


Then cerita tak bestnyaaa, bas yang supposed fetch kitorang, tersadai rosak dekat Gombak. Luckily ada abang. So dia bawa la abang ipar pegi Nilai kejap amik MPV siapa entah adik dia ke ape then bawa semua orang balik Temerloh. Bags semua tinggal Kajang nanti esok diorang pick.

Yang lagi haru, I punya beg souvenir tak tau siapa yang pergi alih masuk MPV sana. Satu haaalll nak tunggu balik that bag patah balik KL esoknya. Pergi klinik As Salam Bangi, sedap dia charge RM100++ sebab pergi dah malam dan dibaginya MC 2 hari yet still not so okay. 

Balik holiday tak sihat, really tak best! Huhu. 

Overall, alhamdulillah trip Sabah was awesome! Thank you Allah sebab bagi view yang cantik cantik. 

End.


Sabah Borneo : Day 4 - Muzium Sabah

December 06th, 

Back at KK.
Pagi kemas kemas baju untuk terus check out. Kemudian sarapan dan bergerak ke Pasar Tamu. Cuaca dia subhanallahhhhh terik sangat sangat. I dah rasa bad sign. Tak sedap tekakkk. Lepas ke Pasar Tamu masuk ke muzium. Berasa lah sejuk sikit. 

I dah confuse dengan tulang rangka  ikan paus yang dikatakan the actual skeleton. Besarrrr & panjangggggg. Actually di Muzium Sabah atau di dalam Akuarium UMS? Entah lah. 



Ini replica bekas yang masyarakat sabah dulu dulu bawak pergi berburu tu right? Yang pikul belakang tu. Tak tahu apa nama dia.



Actually muzium ni quite nice! Banyak bahan bersejarah, dekat tingkat dua ada bahagian replica binatang, ada gua, ada bahagian tenunan & kraft dan macam macamlah. Tak berapa nak recall sebab takde gambar. No photos are allowed. 
See?



Di ruang legar utama muzium ini, terletaknya rangka tulang ikan paus Bryde sepanjang 18.6 meter. Bangkai ikan paus ini ditemui terdampar di pantai Pulau Gaya pada 17 Disember 2006. Terdapat sebuah buku skrap bergambar yang disediakan oleh pihak muzium untuk rujukan pengunjung. Buku ini menceritakan secara ringkas kronologi penemuan bangkai ikan paus ini hinggalah kepada kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tulang-tulang oleh Jabatan Muzium Sabah sebelum rangkanya disusun dan dibangunkan semula untuk dipamerkan. Source : Link

Tapi ni gambar entrace. Nampak lah sipi sipi rangka paus tu. 

Lepas dah keluar muzium, kami ke Tanjung Aru Beach minum minum. Masa ni I dah feeling sangat tak best. Minum soursoup juice yang kureng yet mahal! Lepas tu pergi makan dan bergerak ke airport. Check-in luggage, dan solat. 

Flight 7pm yet delayed setengah jam. 
Merasa sunset di airport




Sabah Borneo : Day 3 - Kundasang War Memorial

December 05th, 

Actually tempat ni tutup jam 5 petang, dan kami sampai ngam ngam jam 5 petang. Alhamdulillah dapat masuk. So agak rushing. Kakak kakak was like "menyesal duduk lama lama dekat hot spring. kalau tau sini lagi best baik datang sini awal awal" Ahahahaha. Nasib lahhhh. 

I tercari cari juga mana port yang cantik yang selalu orang relate dengan war memorial ni. Rupanya di puncak selepas mendaki dan melalui beberapa theme garden. But unfortunately I couldn't get my best spot & best view (kohkohkoh acah acah photographerrrr sangattt kauuuu). Entah lah kenapa. Maybe sebab hari dah terlalu lewat dan gelap mata dah kelabu kelabu campur sejuk. 

Oh next time, can apply this tips. Tiba tiba terfikir. Boleh google the best photos, best spot kalau sampai dekat tempat yang kita nak pergi tu kalau tiba tiba blank tak tau nak amik shot dari angle mana. I memang fussy sikit angle gambar. Kakakakkah agaiinnnnn acah acah lah kau photog. Nak best spot best view bagai. Well....hahaha. 

Jadi, hadap je lah angle yang tak menarik dari unofficial photog ni haaa. Taken using Samsung Galaxy Note 3. Note 3 ni siang je kebabom lawa gambar dia. Malam mohon kau simpan je lah phone ni sebab sangat buruk kejadian gambar dia. Tak lawa langsung. Hahahaha.

Entrance
Lets donate. 

Gigih I baca the history. Seksanya "265KM SLOW WALK THROUGH HELL!" Bayangkan!
"Gone But Not Forgotten, Barren But Not Broken"

Luthfia & Ibu, Australian Garden



Oranges. Yours truly.

Sunset 

The Spot yang sepatutnya boleh jadi lagi nice kalau i backward sikit tapi sudahlah, nasi sudah menjadi bubur lols. 

Acah acah pro-photog sangat kauuuuu 

Ok, pulanglah mengisi perut dan bertolak ke KK. Sampai KK, baru dapat online sebab line Umobile di Kundasang/Ranau very poor. Slow dan putus putus.  
Dapat news Almarhum Tunku Abdul Jalil  telah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah. Semoga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah SWT, semoga kaum keluarga kaum kerabat semua redha dan tabah, semoga Allah kurniakan kesabaran tahap tinggi dan bekalkan perkara perkara yang baik baik dan manis manis sebagai tanda kasih dan ingatan supaya lebih kuat menghadapi hari hari mendatang tanpa Almarhum. Allah ambil sebab sayang, insyaAllah dengan segala perkara (yang menggembirakan keluarga, rakyat, bagi keceriaan, kegembiraan dan pertolongan kepada semua), insyaAllah, Allah Yang Maha Agung itu akan tempatkan hamba dia yang baik hati, rendah hati ini ke dalam syurgaNya, usahlah berduka Ayahanda Sultan, Bonda Sultanah, Kekanda Adinda, Sanak Saudara. Aaminn...

Sabah Borneo : Day 3 - Ranau Hot Spring

December 05th, 

Sebenarnya macam sangat tak sesuai pergi ke kolam air panas tengah hari buta luls. Jam 3 petang matahari tegak atas kepala pergi berendam air panas ape hal? Hahaha. 
World's Heritage! I'm not sure its either under the UNESCO or not. 

MasyaAllah. Sungai dekat sini sangaaaatttt mendamaikan kalbu! Air jernih bersih hijau! Terpegun kejap. Segala puji bagi Allah. 

Then best hot spring experience was at Baling, Kedah back on 2009 i guess? Lupa dah. Masa study di UUM dan balik rumah Sya di Baling. Malam tu kami ke hot spring. Memang best. Dia ada private pool for ladies, ada level by level punya pool, ada yang siap berpagar tak boleh masuk sebab tooooo hot karang melecur kau sia-sia dekat situ. So imagine, malam yang sejuk tu berendam dalam air panas, natural hot spring. Terjaga dan bersih! Superb! Okay rindu those moments. 

Okay back to Ranau. Pun bersih juga setakat mata kasar lah. Air pun dia buat saliran kira air tu mengalir tak de lah termendap dan geli. So anak anak main rendam rendam kaki je. I tak join pun. Tak kuasa nak bukak kasut basah basah and all. Dan ia terlalu terbuka jadinya hmm.
Rendam kaki je lah anak anak oih. Korang pun bukan tahan sangat mandi air panas. Acah acah je macam dekat Sungkai hari tu, dan 5 minit, berlari semua cari kolam air sejuk. 

Acah acah dulu celup kaki

Aiceh macam kan besar sangatttt. So si kecik Fia pun gigihhhhhh. Acah acah besar sangat. Tahan pulak kau panas panas tu. 


Besar nanti kalau gaduh gaduh Makde tayang balik gambar korang ni tahu?
Dalam satu jam lebih dekat sini so kami pun beredar pulang. Back to Kundasang untuk ke War Memorial. 

On the way back to Kundasang, dihidangkan dengan view Kinabalu cantik ni. Allah...cantiknya.





Sabah Borneo : Day 3 - Fish Spa

December 05th, 

So, pagi 5 Disember kami ke Ranau, to be specific at Sungai Moroli, Kg. Luanti. agak jauh jugak lah rasanya dari Kundasang. Untuk merasa river fish spa dan juga ke kolam air panas. 
Kaunter pendaftaran. Boleh beli makanan ikan satu peket dua puluh sen dan untuk bawa masuk camera pun kena charge Rm3  per group.

Ngam ngam sampai hari hujan. So kena lah tunggu sampai hujan reda dalam 15-20 minit macam tu. Fish spa dekat sini uniknya sebab apa? Sebab ia bukan ikan belaan dalam kolam. Ini rare punya. Ikan ikan dalam sungai. Dan besar besar. I expect macam ikan ikan kecik-kecik yang biasa dekat kedai kedai fish spa tu. Tak de derrrr. Sekali datang semua gedabak gedabak punya ikan. Ngeri pulak rasa. 
Nah. 

Ada pulak keli albino sesat 

Hah. Jinak jinak. Tepi tepi tebing je.


Mula mula tak  nak celup kaki. Tapi nak merasa. So masuk la dekat tepi tepi. Geli nya jangan cakap laaaaahhhh!!! Serious rasa nak terkencing. Geli betul ikan banyak banyak macam tu kerumun kat kaki. Uhuh. Macam mana kalau you yang pengggeli itu?  Hahahahhaha.

Hero kau ya. 


Anak anak pun excited bagi makan. Iqi was so excited among others. Dia ni pelik sikit. Tak geli pulak tu. Siap ke tengah lagi nak bagi makan ikan. 

Tapi tak lama pun dekat sini sebab satu group diperuntukkan 15minit je sebab orang terlalu ramai. So lepas dah kena tiup whistle sampai dekat 3x tu, beransur lah kami, bagi chance orang lain pulak.  

Relax je peace yaaawww atas tu. Dengan papan macam kan nak reput je cuak pulakkkk

Sebelum  balik, acah acah la naik jambatan gantung. Debor jugak bergoyang tak sudah. Sekali Iqi boleh ikut belakang dan berlari atas tu. Mak eeehhhhhh I pulak yang cuak risau jatuh. Dapat pulak perangai tak gayat kau kat sini?

Tak lama terus masuk van dan beredar ke hot spring. 


Sabah Borneo - Homestay Kaki Gunung : Anjung Rehat Jamsari

04 Disember 2015

Ini ada lagi satu homestay yang sangat menarik untuk siapa yang nak menginap di kaki Gunung Kinabalu. With the view of Mountain of Kinabalu, sungai di belakang homestay, bunyi air sungai mengalir sangat mengasyikkan dan mendamaikan. Awesome, amazing, masyaAllah! Indah sangat suasana nya. 

**Besok paginya, I merayap lah snap gambar


Ini rumah owner rasanya, merangkap reception office.

Awesome view, subhanAllah

Rumah Pink ni lagi awesome. Ada dua rumah. Tapi I takde gambar dalam dia. Ada loteng satu, Design memang modern style hotel. Bilik air tiptop hotel style. Ada balkoni luas. Dari balkoni boleh nampak Gunung Kinabalu so very clear dan belakang tu sungai. Fuhhhhh.. Dan! sewa promosi masa ni hanya RM170 per night. Nangis tak? T___T Anak anak be like, Ala...kenapa kita tak pilih homestay ni? Hahahah

Taman depan main house



Ini view dari Anjung Rehat Jamsari





Ini di bahagian belakang. Sungai.

Whole view dari jalan depan 

Mulanya, kami saja jalan jalan petang tu, lepas tu pergi homestay depan May Homestay Grey Cottage yang kami inap tu. Nampak the owner. So abang & kakak kakak I pun borak lah tanya tanya pasal kejadian gempa last time macam mana? Ada effect tak. Cerita punya cerita, terus masuk rumah dia tengok homestay dia. Baru siap fix dan renovate. Kitorang tak expect lah homestay dia awesome sebab dari luar macam  biasa biasa je. 

Sekali dah masuk, nah kau! Hadam!
Tangga dari hall untuk naik ke bilik tidur

Hall turun ke ruang dapur

Dapur dan bilik air

Dapur Nice

View dari pintu di balkoni menghadap ruang makan dan dapur. Baju merah tu owner dia. 

Bilik


Ni main house. Masih dalam promo RM400 untuk satu rumah ni. Ada 3 bilik kalau I tak silap dan ada bunk bed 2 set. Meriah la tidur! Siap ada loteng lagi ada katil tambahan. 

Owner dia memang baik. Padahal kitorang kecoh nak tengok tengok je bukan nak sewa bermalam pun hahahha tapi layanan dia sangat bagus. Cerita pasal tanah, pasal rumah semua. Cerita pasal planning homestay ni. Bawak masuk tiap tiap homestay dia. Tak kisah pun anak anak hiruk pikuk.

Yang penting gila murah sewa dia (for promo ni lah). Ohya, tadi I surf untuk siapa siapa yang pernah menginap sini macam takde. Tapi jumpalah FB Page dia: Anjung Rehat Jamsari (Link)

Siapa yang nakkan suasana yang sangat damai, boleh lah menginap di sini. Bangun pagi berlatar belakangkan Gunung Kinabalu dan bunyi sungai mengalir...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 

Both homestay
May Homestay Grey Cottage
Anjung Rehat Jamsari