Sabah Borneo : Day 4 - Muzium Sabah

December 06th, 

Back at KK.
Pagi kemas kemas baju untuk terus check out. Kemudian sarapan dan bergerak ke Pasar Tamu. Cuaca dia subhanallahhhhh terik sangat sangat. I dah rasa bad sign. Tak sedap tekakkk. Lepas ke Pasar Tamu masuk ke muzium. Berasa lah sejuk sikit. 

I dah confuse dengan tulang rangka  ikan paus yang dikatakan the actual skeleton. Besarrrr & panjangggggg. Actually di Muzium Sabah atau di dalam Akuarium UMS? Entah lah. 



Ini replica bekas yang masyarakat sabah dulu dulu bawak pergi berburu tu right? Yang pikul belakang tu. Tak tahu apa nama dia.



Actually muzium ni quite nice! Banyak bahan bersejarah, dekat tingkat dua ada bahagian replica binatang, ada gua, ada bahagian tenunan & kraft dan macam macamlah. Tak berapa nak recall sebab takde gambar. No photos are allowed. 
See?



Di ruang legar utama muzium ini, terletaknya rangka tulang ikan paus Bryde sepanjang 18.6 meter. Bangkai ikan paus ini ditemui terdampar di pantai Pulau Gaya pada 17 Disember 2006. Terdapat sebuah buku skrap bergambar yang disediakan oleh pihak muzium untuk rujukan pengunjung. Buku ini menceritakan secara ringkas kronologi penemuan bangkai ikan paus ini hinggalah kepada kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tulang-tulang oleh Jabatan Muzium Sabah sebelum rangkanya disusun dan dibangunkan semula untuk dipamerkan. Source : Link

Tapi ni gambar entrace. Nampak lah sipi sipi rangka paus tu. 

Lepas dah keluar muzium, kami ke Tanjung Aru Beach minum minum. Masa ni I dah feeling sangat tak best. Minum soursoup juice yang kureng yet mahal! Lepas tu pergi makan dan bergerak ke airport. Check-in luggage, dan solat. 

Flight 7pm yet delayed setengah jam. 
Merasa sunset di airport




No comments: