Sabah Borneo : Day 2 - Kinabalu Park

04 Disember 2015

Singgah di Kinabalu Park. World Heritage Site!

Takde apa yang menarik sangat cuma merasai semangat pendaki pendaki. Bergambar di pelantar bermulanya starting point untuk pendaki. Sepatutnya dari sini boleh nampak view Gunung Kinabalu tapi sebab kabus tebal sangat satu apa pun tak nampak. Dah macam alam lain. Huuuu..

Heritage! 
Kalau pendaki-pendaki ni, mesti semangat juang tinggi ni nampak sign ni
Melepasi pagar ni dah boleh mendaki tapi dengan syarat ada permit lah. Tak dapek la kau nak on the spot mendaki kat situ.
Kelihatan pendaki pendaki baru turun. Hebat!
Kinabalu Park. 
This. Masa mula mula sampai lagi teruk kabus tak nampak apa. Ni tahan sikit.

So, itu je. tiada apa yang menarik kat sini. Tak lama pun dalam setengah jam dan beredar. 




No comments: