Iman Adam : Smart IQ

2015. 

Kira Adam tahun ni 6 tahun lah even though last month baru je jejak 5 tahun. Tu lah kau, lahir lagi hujung tahun. Jadinya, dah tak boleh nak suka hati tak nak school. Tak macam last year, entah berapa kali je entah sarung uniform tu. Lepas tu tak nak sekolah dah. Alasan, ada budak pukul dia. Setiap kali orang tanya, itu lah cerita dia ulang kali, so betul lah tu gamaknya kena pukul kena buli. The best part, budak perempuan pulak tu yang buli dan pukul dia. Lols! Anak sapa lah tu garang benaw. Yang awak pulak memang jenis tak buat orang, memang jenis tak membalas, redho je lah kekdahnya hahhahaha.

So, tahun ni, Abang & SIL hantar masuk Smart IQ dekat Kajang. Katanya, cikgu cikgu akan ajar secara blind-folded technique which belajar guna deria something like that . Macam orang OKU penglihatan. Tengok dengan mata hati/mata otak kekdahnya ha. So sambil mata tertutup tu lah yang akan belajar kenal warna, kenal huruf, berlari elak halangan, memanah, membaca, menghafal dan sebagainya. Mudah-mudahan Adam dapat adapt sekolah baru ni dan lebih cepat belajar, insyaAllah with this method, senang untuk dia menghafal Al-Quran, jadi hafiz insyaAllah. Makde doakan. Mudah-mudahan. Amin. 

Untuk weekend session pun ada, untuk kids, teenagers, adult pun ada nak belajar teknik ni. Tapi kata SIL, cikgu cikgu kata, kalau dah tua ni berkarat sikit. Payah sikit lah hahahhaha.

Feel free to surf:- http://www.smart-iq.my/

Left: Registration day. Try uniform.
Center: First day
Right: Second day

Amboi, seronok nampakkkkkk. First day, siap dihalaunya Abah suruh balik. Jangan tengok Adam nak pegi school katanya. Ok good boy! Jangan first week je bersemangat waja sudah ya nakkkk?

Aiceh, dengan macho nya nak masuk kelas sorang sorang. Bagus! Berani.
Tapi.....beg ultraman tu makde tak boleh nak tahan lah. Cute sangat! Hilang kejap macho.

Lupa nak tanya, pegi school bawak ultraman tak? Hahhahah

P/s: We have your videos, later on lah kalau rajin makde update.

N

Makanan Tradisi Perak

So, masa lunch dekat tepi Sungai Perak last year, bulan 12 haritu, ada orang buat festival rakyat apa benda entah. So banyak lah makanan yang tak pernah kenal dipersembahkan. Tapi spoil lah sebab sekejap sangat dapat join sebelum kena panggil balik. 

Jom, tengok few of makanan tradisi Perak, which dia bagi sample kalau nak rasa. Tapi mak tak dan nak rasa  uolsssss. Dapat merasa laksa perak dan tapau sambal daging hitam & sambal serai tapi kena buang dek bibik. Sobsss. 

Nah, siapa rajin boleh cuba. Resepi attached.

*RIGHT CLICK pada gambar, OPEN LINK IN NEW TAB untuk besarkan gambar*.

Kebebe

Umbut Bayas MasaK Lemak Putih

Gulai Kawah Daging Umbut Pisang

Daging Masak Hitam

Nasi Lemuni

Ni bahan untuk masakan mana entah. 

Ikan Pindang Daun Seniar. 

Ikan Pindang Daun Seniar

Pais Ikan Keramat

Resepi Pais Ikan Keramat.

Dadar Telur Ikan Loma.
Yang ni la hoi! Tak sempat nak rasa. Tapi tengok dia masak gila tempting. Bila lah nak try buat ni. Ikan Loma pun tak kenal masalah nya. Sedehhhhhh!

Ikan pekasam ni pun tak sempat beli tau uhuks

Hah! Kau ingat Kiah Pekasam tu dalam Astro je ke? Ni real punya okay. REAL!

Home made laksa. Terasa lain dia punya laksa tu. 

Cara buat dia. Acuan tu mahal oi. Rare gila. 
Haish, bila lah lagi dapat bertenang tenang merasa semua makanan makanan yang tempting tempting ni weyh? N

Trip Ke Perak : Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah

Lepas dah buat syarat bergambar di Kellie's Castle, then bergerak lah ke Sungkai. Dekat dekat pukul 5pm sampai. Sumpah kelam kabut gila. Sampai2 beli tiket naik tram laju laju ke toilet salin baju dan pergi solat, dengan Fia dah mengamok serupa apa lapar, dengan Amie yang bising tak nak mandi kolam. Eleh memang lah kau tak Nampak lagi. Yang kau Nampak semua pokok sawit macam balik rumah nenek je. Sekali dah tukar baju ambik, dia dulu meluru melulu masuk kolam air panas lepas tu merah habis muka then bising abang tak suka la kolam ni panas sangat. Hahahhahah. Dengan Fia Fia pun I celup. Mula mula kaki, lepas tu siram badan sikit sikit lepas tu rendam, angkat-celup badan. Then pegi bawak anak anak ke Mountain WaterPark. Barulah hiphiphoorey anak anak Syahmie lah terutama. Fia dah susu dah sedap kena air suam, otw nak ke waterpark tu boleh tido!? Hahahhah lawak betul anak dara ni.


Awal awal lagi dah bagi warning tssskkk

Location maps. Jangan sesat.

Harga Tiket. Okay lah.

Wristband. Eh ye ke panggil gitu?

Dah setel, masuk ikut sini untuk ke tram dan ke tempat mandi manda

As we can see, arah arah ke mountain springs pool/kolam air sejuk, egg boiling/tempat rebus telur/cafe, private jacuzzi, toilet, dan sebagainya tapi sebab kan kalut, reti snap je lepas tu dah lupa jalan. Hampir sesat lah cerita dia nak ke mountain pool tu

Lepas dah snap, baru perasan. Uh, rosak gambar haku

Yang duduk berpagar ni bapak la panasnya gamak eh?


Okay, sini kolam air panas. For us suam lah. Tapi for budak panas gamaknya. Semua tak tahan. Merah merah muka. Dah la takde slide.



Okay, jomlah bergerak ke kolam sejuk.  Syahmie dah melompat macam apa dapat jumpa kolam sejuk sekali slide. 

Tak ramai kan? Memey ar. Dah nak tutup. Dah pukul 6 petang masa ni hahahha.

Kolam budak belah kiri, kolam dewasa belah kanan 

Tak payah kira berapa puluh kali entah dia dok ulang slide ni. Sukalah. Asal bahagia sudah.

Sebenarnya, bawah slide tu agak dalam kalau tak reti nak slide down. Macam iols lah. Tenggelam sekejap dalam tu. Sakit hidung lemas. Kesian Iqi. Terabai sekejap lepas tu menangis tak reti turun. How bad lah i tak menjaga betul betul sobss

Main tepi tepi pun dah cool. Good boy!

Orang dah nak balik, baru bangun budak kecik ni. 

Okay sini tempat rebus telur. Dia siap jual lagi per small basket kalau tak salah.  Tapi sebab dah petang sangat so tak dapat nak tengok kemeriahan orang dok merebus. Tinggal lagi satu team je.
Senang nak set jam kalau dah ada sign gini ha.


Panas gila nih. Yang suhu dalam 38c ke ape entah macam tu adalah juga orang dok berendam tapi sebab kecik sangat dan air macam tak mengalir so errrr. 

Last, sedap oi bilas badan dengan air tempayan ni. Sejuk giler. Ni dekat sebelah kolam air panas tadik. 

So yeah, best sini! Next time nak pegi dalam keadaan bertenang tenang. 

Tapi yang tak syoknya, tak tahu lah siapa punya kerja berak dekat tebing air tu. Gila. Tahi ok? Besar pula tu. Yucksss! Management mana entah tak angkat buang. Bila dah nak tutup tu baru diorang buang. Yucks. Yang tu lah paling spoil!

By 7pm, orang ramai dekat toilet, nak tukar baju semua, last2 me, Kak Non & Sofia kena tinggal hahhaha jalan la kaki ke bas. Tak jauh pun dalam 2-3 minit je. Then gerak balik, stop kat R&R Ulu Bernam for makan & solat n lepak jap tengok bola piala AFF Suzuki ngeheheheh. Sampai Temerloh nearly 1am. By 10pm tu elok je lalu depan rumah lepas keluar tol sungai buloh tapi tak gamak nak drop sebab penat gila n barang entah mana mana. So balik la Pahang dulu. Dah setel all, by 3 am dah setel semua kat rumah baru boleh tido. Good night world! 

I enjoyed my trip very well. Mak suka lah sebab dapat tambah koleksi FM dan paling terseronok dapat pegi kampong YTTDYMTPAA. Amboi kau shortform nya tak boleh nak panjang lagi ke? Hahhahaha. Such a great place! Serious, selama ni tak banyak tahu pun ada apa dekat sana so bila dah pergi hah kau.

Okay now I’m missing the Dadar Telur Ikan Loma yang tak sempat nak rasa tu. How??


N


Trip Ke Perak - Kellie's Castle

Next, ke Batu Gajah for Kellie’s Castle. 

Sampai sampai dah pukul 3pm. Nak berkejar ke Sungkai lagi. Kolam Air Panas. Takkan anak anak nak mandi sejam je kan? Benda nya tutup jam 7 malam. Nak ke sungkai tu pun mahu mahu sejam juga. 

Sampai je kat Kellie’s hahhahahahha semorang like huh surrender. Huh tak nak lah turun! Mana taknya hoi. Dah la parking jauh. Tengok pulak istana tu seberang sungai. Nak menapak naik bukit lagi memang tidaklah cerita dia kan. 

Driver kasi setengah jam hhahahha gila? By the time sampai kat kaki istana pakcik tu pun dah setengah jam haku rasa dengan nak q beli tiket lagi gambar2 dekat board dia lagi memang tak ler. Kak Non dah bising. "Alah tengok rumah orang tak siap nak buat apa?" Hahhahahah ok kak! Win!! Hahhaha. 

Tapi I tak kira lah. Nak pegi just for snap pic dan beli FM hahahahha. Naik atas tu lain tahun lah ye sebab ianya kena pergi bertenang tenang menikmati texture, port cantik untuk photograph baru lah best. So yea, I just snap pic buat syarat pernah datang dan dapat lah beli FM yang tak lawa tak de choice boleh la dan mahal ya amat. 

Hmmmpph! Tapi dah namanya hobby dan gila FM, okaylah okaylahhhhh porcelain FM saja dah RM9.50 gila apa. So 40mins +/- setel. Kaklong dan lagi lukis gamba Fia. Lepas tu kamilah ahli rombongan paling last naik hahahha sebbaik tak kena marah ehe.


Yang atas sekali tu tak seriau ke hoi tak de dinding bagai?

Boys. "Pegi stand dekat S sana. S for Syahmie & Safwan" Gitu, director katanya. Ngikut je la kata makcik kau yang garang ni lols

Buat syarat. 
Itu pun iols buat contoh dekat girl yang tukang snap tu. Kabo kat dia. "Berdiri kat sini, Amik pic macam ni, nampak semua ni. Macam yang saya amik kat pic awak tadi" Tu dia aih, mengarah! Hhahahah ofkosss. Kot tak, gambar buruk tak best. Sebab tu ler tak suka orang amikkan gambor iols nanti end up tak jadi seperti yang diharap. Kalau I yang amik gambo uols takpe, anytime sajaaa.

Mentang mentang kau sorang je yang jual benda alah ni  kat situ, pandai kau mencekik ye? Dah la takde choices, mahal pula tu. KFINE.



So, Kellie's Castle. Checked!


N.

Trip Ke Perak : Bukit Merah & Kuala Kangsar

Ahad,  subuh subuh bangun mandi kemas kemas barang turun breakfast dan check out terus jam 9 pagi aktiviti bebas around bukit merah. I was like always, cari fridge magnet. Wajib tu! 

Jeti untuk ke pulau orang utan. Tapi tak pergi lah. Cuaca mendung pagi ni
#CikFiaSayang

I love this pic. Hahaha pandai naw berlawan mata dengan Abang
I Love Bukit Merah. Rubber Magnet. Soookaaaaa!

1 set . Okay lah 1 for me, 1 for D



Then bergambar semua, havin an ice cream dan bertolak ke Kellie’s Castle (according to plan) tapi entah macam mana awal lagi ke ape entah tersadai dekat Kuala Kangsar. Yeah KK Bandar Diraja, I’ve been there! Suka sangat kau kenapaaaaa. Tihihihi.

Pusing pusing Bandar, ahli rombongan tak setuju nak masuk Galeri Sultan Azlan Shah. I okay aja best apa Cuma dah ramai yang tak nak plus hujan sikit so tak jadi. Cari jalan nak u-turn until found satu gerai ke ape entah tempat buat labu sayong. Haruslah berhenti kan but I didn’t buy any labu pun. Tak de function hoi nak beli labu lain la dah kawen kot lah boleh nak hias rumah kennn hahahha. Nak beli mug pun tak boleh sebab diorang kata dah cat so tak sesuai untuk buat minum. KFINE.

Yang bawah sekali belah kiri tu katanya oven. Untuk bakar tanah liat. Pun boleh.
Dah pusing pusing tu jam dah 12:30pm, so lunch time even kenyang lagi. Nak lunch dekat tepi Sungai Perak if im not mistaken? Tapi siapalah kepala rombongan entah bawak meredah jalan bapak jauhnya hoi stress mak! Bila balik elok pulak kau ikut jalan dekat. Menyampah betul haku. Tapi hilang menyampah sebab by that time ada festival rakyat, segala mak nenek juadah tradisi masakan & adat perak ada. Mak sukaaaaaaaa. Iols kan tak boleh benda benda rakyat tradisi2 ni kan sukaaa. Mind you, tradisi ya. Bukan eksotik. Eksotik like benda benda pelik dan menggelikan tu silalah nyah jauh jauh. Sempat lah snap few pics & merasa laksa kuala (homemade laksa I tell you) dan dapat sampel daging masak hitam & sambal serai tapi entah macam mana dah nak cepat letak2 dalam plastic dan sampai rumah rasanya bibik buang sebab cari takde T____T tak de rezekilah mak. 

*telanairliur*


Makan laju laju dan berkejar ke festival depan. Ingatkan dapat la lama lama sikit sekali baru snap snap pic dan rasa laksa, tak sempat nak beli ikan pekasam, dah kena panggil suruh balik tssssk. Nanti kita update makanan tradisi perak okeyh?

Next destination, abanglong nak juga pergi Kellie's Castle. Walapun mendapat tentangan, hahahha sebab dah lewat, nak jugak dia. So okay. Ikut kata boss ya anak anakkkk. 

N.