Trip Ke Perak, 2014

#Throwback Trip bulan lepas ke Perak, ngam ngam soi sebelum banjir.

Last minute, plan berubah. Itinerary nya adalah seperti berikut:-

19/12/2014 (Jumaat)
11:30 malam - Berkumpul (Khamis malam)
12:00 malam - Bertolak dari Temerloh
6:00 pagi - Rehat di Hentian Sungai Perak / Solat subuh / Minum pagi
7:00 pagi - Bertolak ke Kuala Sepetang
10:00 pagi - Dijangka sampai ke Kuala Sepetang (Aktiviti river cruise - eagle feeding, perkampungan nelayan / melawat kilang arang, melawat paya bakau / makan tengahari & mee udang)
5:00 petang - Bertolak ke Kuala Gula
7:00 malam - Makan malam di Restoran Terapung Kuala Gula
9:00 malam - Check-in di Suria Apartment, Bukit Merah Laketown

20/12/2014 (Sabtu)
7:00 pagi - Minum pagi / Acara bebas
10:30 pagi - Check-out, berkumpul di lobi / Acara bebas di sekitar Bukit Merah
12:30 tenghari - Bertolak ke Kuala Kangsar / Makan tengahari / Solat Jamak
2:30 petang - Bertolak ke Batu Gajah/Kelly's Castle & ke Air Panas Trolak, Sungkai
7:00 malam - Bertolak pulang / Makan malam di R&R / Solat Jamak

**Disebabkan banyak aktiviti yang sudah awal, banyak plan yang terpaksa dirombak.

I ni, dah la khamis lepas kerja tu bergegas balik ke Temerloh, tidak lah kan nak tunggu dekat KL pukul 2 pagi even diorang akan lalu & masuk tol sungai buloh ni. Seram ya 2 pagi. Kalau 2 petang mak on saja! Dah sampai bergegas2 pegi ambik kunci rumah, balik rumah mandi siap siap dan gosok baju, pack barang zasss berkumpul. Pukul 12 lebih  baru gerak, still on plan.

Dalam bas bukan boleh nak tidur pun, sebab penat teramat berkejar-kejar, dengan kejap kejap anak orang tu nangis, anak orang ni nangis, so I pun tido tido ayam je. Kejap kang baru nak lena, bas berhenti dekat R&R pulak. Gagah sangat pukul 2 pagi makan nasik lemak nasik goreng bagai. Baru nak lelap lagi, dah sampai R&R Sungai Perak. Tak kira, nak mandi jugak. And the journey begin...


No comments: