Celcom Oh Celcom!

Tadi Mak call tanya pasal renew long life time prepaid or whatever name it is. Sebab Mak dah dapat SMS suruh topup for yearly renewal. Alah yang bangsa buat credit validity sampai setahun yang dia charge RM30 tu. 

Same as my Digi last time ada buat. Renyah nya Tuhan saja yang tahu. In my case haritu, salah beli starter pack/simcard. Hanya simcard tertentu saja yang boleh buat. Call Digi Customer Service for more info. Sudah lah salah beli simcard, so I kena upgrade pulak simcard tu (kena charge lah of course. kau ingat free?) Kemudian charge lagi untuk service and mak nenek apa entah. Redho je lah kekdahnya ya sebab simcard digi tu hanya berguna bila balik kampung for full blast network coverage je. Jadi tak berbaloi nak topup setiap bulan/minggu. So settled lah mine. 

Berbalik dekat cerita celcom ni tadi.

I pun macam biasalah bukak CimbClicks untuk topupkan Mak punya phone. Sekali rasa pelik bila tiba tiba ada option Celcom Airtime dengan Celcom Network. Seriously, selama ni I memang tak perasan langsung dah bertahun guna. Atau sememangnya dah lama dan hanya I yang tak perasan? Buka dekat website, dia jadi bercampur aduk atas bawah terabur airtime dengan network. I dah pening. To be fair, buka apps dekat handphone, okay ada tapi ke bawah sikit. Okay fine maybe I yang tak perasan selama ni sebab tak scroll down.



Nak elakkan dari salah topup, call Celcom punya customer service. Menangis juga ya kalau sedekah RM50 begitu saja dekat Celcom even bulan mulia ni hoi.

So I pun tanya apa beza Airtime dengan Network. Dia kata tak sama then budak lelaki customer service tu nak verifykan phone number so that dia boleh tengok pakej apa dan advise nak guna topup mana. I bagi lah number. Tapi number tu under my dad. ke mom entah lupa. Tapi yang nyata parent lah dan diorang di kampung. 

Jadi, I tanya lah nak topup airtime ke network? 

So budak customer service tu kata dia kena check dulu simcard tu simcard pakej apa. Adalah dia sebut pakej pakej nya. Entah mana lah nak tahu I bukan pengguna Celcom. Tapi yang nyata nombor tu memang dah lama kot. Since Mak pakai handphone, mana pernah lagi dia tukar nombor. So sebab tak tahu pakej apa, dia tak boleh check eventhough dekat system kan ada details nombor tu didaftar atas nama siapa. And I even mentioned nama my dad kot! Supposed takde masalah pun kalau kita sebut nama yang betul (like Digi last time atas nama adik, so sebut nama dia dan IC number, settled! Easy Peasy) Yang celcom ni acah mak labu confidential sangat sampai nak bercakap dengan tuan punya pendaftar nombor tu dah kenapa?

Oh come on!!! I just nak topup aja kot. Nak tahu nak pilih topup mana yang betul. Gaya tak nak kalah celcom ni. Macam kan nak bagi code rahsia je kekdahnya. 

So I dah omg omg dekat situ. Nak marah beria, bulan puasa, bawak mengucap sikit ye. 

So I tanya, let say lah kalau pendaftar nombor tu dah tak ada, meninggal contohnya (Nauzubillah) contoh lah. contoh. So macam mana?

Tahu budak customer service tu cakap apa?

"Kalau kes macam tu, bawak surat kematian ke center berdekatan then kita tukar atas nama Cik"

Hahhahahahha hoi rasa nak hantuk kepala dekat dinding!

Isunya sekarang ni, I CUMA NAK TOPUP AJA & TAK TAHU PAKEJ APA.

Yang melarat sampai bawak IC mak nenek segala bagai tu kenapa? Come on! Ni perkhidmatan rangkaian telekomunikasi ke perkhidmatan kewangan yang nak kena sampai macam ni sekali ni?

Serious I tak puas hati.

Sekali lagi I bagitau ya, Digi haritu, masa I nak tukar simcard plan which sim tu daftar atas nama adik, diorang just mintak nama dan nombor IC adik I saja ye. Tak de nak bercakap cakap dengan dia bagai nya. Sebab benda tu dah ada dalam sistem. Verify sajalah dari situ. Nak nama ke ic ke alamat rumah ke ha ambik lah. And one more thing, my dad tu pendengaran dia kurang baik. Dah kalau dia tak dengar, how? Nak bawak surat doctor pulak? Celcom...celcom..Kamu tu kelakar banget tahu ngak?

Kesahnya, tak dapat lah nak I nak tahu pakej apa dan tak dapat lah nak topup sebab takut salah as budak customer service tu insist gila nak bercakap dengan my dad. Hoh! Lempang karang baru tahu!

Lantas, google sajalah. Paham lah sikit sikit yang airtime untuk credit while network entah untuk network la kot. Atau untuk data? Entah. Malas nak amik tahu. Guna airtime je lah. 

Haih network provider yang lain tak kecah pun airtime ke network ke. Topup sekali harung sudah. Berbelit belit lah kau Celcom oih. 

Ya maybe it was my fault sebab tak perhati kewujudan celcom network tu sebelum ni. Tapi bukan itu masalah nya. Masalah sekarang ni, procedure kau tu hah! Sampai nak bercakap dengan tuan punya nombor, kalau mati nak surat mati as proof bagai. Amboih! Isunya, nak topup je ponnnnn..

Dah dah. Habis pulak pahala puasa karang marahkan Celcom ni. Akhir kata, kalau I yang salah, ribuan ampun lah ya. Maklom lah, orang kampung tak reti sangat terms terms canggih manggih ni.

Bye

Salam Ramadhan.
Ramadhan 2015: Canggih!, Malam tarawikh pertama, solat isyak, sujud rakaat pertama berdentum dentam bunyi mercun kuat gila dan lama gila. Pakkal tak melatah aku dengan pak imam. Baru solat isyak belum masuk terawih. Meriah naw.


6 comments:

RV adyani said...

Huhuhuhu..masa suruh beli, janji macma-macam kan...bila part customer services...macam2 juga alasan diberi..

Unknown said...

Air time utk kredit lah...cam rm10 dptlah kredit 10rggt tuh...
Network plak kalo xde kredit tp line still on...tgk berapa harga yg kita beli network tu..kalo utk setahun, maka selama setahun lah line kita akan hidup walaupun kredit dah kosg 0 = 0.00sen..ok itu yg apa sy tahu lah...
tp celcom ni kdg mmg cam gampang...gayanya nk kn butir² perubadi n nk bckp dgn tuan punya simcard dh mcm kita ni costumer nk rompak duit 7-8juta...phuuuiii.. kbai

Unknown said...

Mmg hampeh celcom nie

Izzatul Azma said...

OMG ! Exactly macam aku kena hari tu !! Phone aku tetibe kena barred padahal aku rasa aku takde pun tunggakan ke apa. Aku ni urgent ni nak call laki aku pasal aku otw nak jumpa dia masa tu. Aku call customer service Celcom nk tanya kenapa kena barred mati mati dia nak cakap dengan laki aku jugak sebab register atas nama laki aku. Masalahnya aku cuma nak tau usage aku berapa sekarang yang Celcom barred line aku kenapa.. Sriously hangin gila time tu. Pastu suruh laki aku pulak call Celcom untuk tanya hal ni. Dah macam mana aku nak bagitau laki aku untuk call Celcom kalau aku pun tak dapat nak call dia kannn srious ngeng gila lah. Orang ada emergency ke apa ke susah gila nak cakap dengan CS dia.. semua nak cakap dengan registered owner je. Merapu !

Hayati Suhari said...

Izza kannnnn haru biru betul.

cavallera79 said...

Lebih kurang kes aku gak la ni. Nak tukar nama orang lain atas nombor celcom postpaid yg aku tgh pakai la ni ke nama aku. Nk kena owner asal dtg ke cawangan utk isi form dan sign dgn aku pun ada sekali. Aku ckp owner jauh mcm mana? Klu owner jauh bole suruh owner tu g ke branch celcom yg terdekat utk fill up form. Aku tny xleh ke klu juz call owner tu n verify thru phone je yg dia willing nk transfer nombor tu kt aku? Kan simple. Tp yg Celcom poyo ni jwb "x bole encik sbb ni procedure nk tukar nama". Ekenen aku ckp...."nombor ni dh lama aku pakai n consistent byr tiap bulan. Klu susah2 mcm ni baik aku tukar nombor n servis provider lain je. So rugi la celcom hilang one customer". Tetap jugak nk stick ngan procedure poyo tu. Aku rasa minah customer servis ni x kisah pun sbb bkn company bapak dia pun. Janji hjg bln dpt gaji je. Celcom pun 1 hal, x reti nk buat procedure utk menyenangkan user.