Taxi Driver Yang So Annoying

Last weekend, dah hampir maghrib. Nak balik rumah dari IOI City Mall ke rumah tak sampai 10mins pun sebenarnya.

Situation 1: My very bad sebab tak ingat full address dan tak ingat jalan
Situation  2: Driver teksi yang super annoying.

After movie, nak balik. Tak adalah nak guna apps MyTeksi. Sebab banyak kot cab kat luar IOI tu. So pergilah dekat sorang driver ni dan tanya dia. Beritahu nama tempat.

Situation 3: Dia pun sure tak sure jalan tapi kata boleh hantar. I pun okay boleh lah. Lagipun dah penat dan nak magrib dah malas nak berlama lama kat luar.

So the driver pun start gerak. Dan membebel pasal perangai executive driver (yang cab biru selalu bawak orang pegi hotel & airport tu), cerita perihal driver luar semenanjung yang rude, driver yang tipu and so on but at the same time nak bgtau dia tak macam all those drivers la. So i pun ada satu positive thought lah dekat this driver. And dia sangat talkative. Macam macam nak disembangnya. Tak nak dicop sombong etc I jawab jugak lah. 

Lepas tu things get worse sebab I memang tak ingat langsung jalan sebab biasa abang bawak ada 2 3 jalan yang tak sama. So mmg bercelaru lah which ada tol ke ada apa apa sign ke plus dah gelap memang I failed.

Adam sometimes dia mmg pickup jalan even he is 6y.o. hahahaha yes bengong kan mengharap ke nephew nak tahu jalan. Tapi sebab dia tak biasa dengan org luar so dia pun dah merepek. The driver kejap sure jalan ni kejap tak. Oh, i dah start nak bengang rasa.

In meantime, the driver start membebel and kept pushing me "takkan tak ingat langsung jalan?" "Ni, lepas ni ada tol semua ingat tak?" "Takpe2 bawak istighfar" ok thats pretty good lah suruh orang istighfar  tapi tetap pressure I this and that. Dengan sangkut dekat jammed lagi. Memang hazab lah. Adam dah tertidur. Pity him.

So, lepas dah sesat barat gila gila tu baru I teringat nak call abang. So call. Hp pulak buat hal. Meter berjalan nih. Luckily bawa hp office. So dapat call and asked driver cakap ngn abang. Itu pun mengelat nak suruh I sendiri cakap. Hoi kalau aku tahu jalan lepas dah cakap dengan abang, tak payah lah sesat barat macam ni.

So lepas dah cakap tu, he gets clear picture pasal jalan. Tapi nak menyampai ke rumah tu, astaghfirullahal'adzim... pantang jumpa signboard, junction,  landmark dan apa apa lah yang boleh jadi bahan, dia akan keeeeppppp remindddd and push me!

"Ha ni ingat lepas ni nampak tu, ikut jalan ni"
"Ha tu nampak signboard tu. Nama jalan tu, ingat!"
"Okay lepas gerai makan ni, ada masjid, ha ingat. Ingat tau! Ingat tak?"
"Ha macam mana? Ingat dah?"
"Ha ingat tak ni? Lepas ni ingat tahu?"
"Bawak istighfar. Bawak istighfar" 

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau rasa stress ke tak stress?

Me being me. I mana boleh dah stress stress serabut serabut macam tu, dengan anak tido lagi, orang dok push to the max macam tu, sumpah tak boleh tahan. Memang cepat la nak menangis. Dan dah menangis pun. Sakitnya hati Tuhan saja yang tahu. Sampai satu tahap I dah nak menjerit sangat tapi kenangkan that driver tu pangkat pakcik dan suruh istighfar bagai, takkan I nak menggila meroyan pulak kan? Buatnya dia tak hantar balik, drop me somewhere etc, mati lah! 

So I was like dah tinggi suara sikit "Tak ingat! Saya serabut ni so please lah tak payah suruh ingat ingat. Jangan cakap dengan saya!" Lol! Memang entah apa apa sangat masa tu. Suara tahap nak menangis dan I dah tak ingat apa benda entah I cakap sebab dah serabut gila masa tu.

Okay finally berjaya sampai rumah. Alhamdulillah. Meter showed RM26++ lepas tu that driver tanya nak kira macam mana ni? 

"Tak kisah lah encik nak kira macam mana pun" ---- betul lah kan? Sebab kau punya teksi so kira ajalah ikut meter dan tambah tol whatsoever.

"Eh tak boleh lah macam tu. Saya bukan jenis macam tu. (Like nak kata dia tak sukahati charge gitu). Lagipun bukan kita nak jadi macam tu kan?"

So dalam hati I macam sejuk lah juga sebab dia akan bagi diskaun, perhaps? Sebab sama sama salah kan? Tapi bila dia kata "RM30 boleh?" Sebab tol dan juga charge MyTeksi. Hahahahaha for route yang tak sampai 15minutes kalau ikutkan jalan yang betul dalam RM12 mencanak naik ke RM30 sebab sesat barat, nonsense gila. I memang dah blur, dah maghrib, anak dah tidur, perasaan memang mix giler masa tu. Tak boleh dah nak fikir logik ke tak. Ah lantak lah. Janji dan selamat sampai dan stress habis dengan driver ni. 

So I pun hulur duit dan tunggu baki. Sempat tu that driver tanya "Tak pe ke ni? Boleh? Sebab saya tak nak la nanti jadi buah mulut pulak" Oh tahuuuuu tak nak jadi buah mulut tapi kau tak bertimbangrasa ni nak kira macam mana? Mulia sangat perangai kan? Tapi memang mulia pun lah sebab tak habis lagi tu suruh I istighfar dan konon-konon kesiankan Adam. Gituuu. I was "Okay, takpe, okay, dah sampai dah, okay". Tak boleh nak bercakap dan berfikir dah. Makin lama duduk dalam tu makin sakit hati rasanya.

So kejut Adam, Alhamdulillah dia bukan jenis crancky kalau kejut bangun tido. So bawak dia naik and text abang & sil bagitau dah sampai rumah sambil menangis2. Hahahhahaha. Penat stress maghrib maghrib lagi la Cik Syai dok menyucuk kan! Adam terus segar dan blur tengok bertetesan I menangis depan dia sambil type kat phone. Kakakakah. Cengeng sungguh. (Remember menangis sebab penat stress train buat hal dan berkejar nak balik kampung?. Maghrib jugak tu LOL. Memang me+magrib not a good friend lah cerita dia) So yeah lepas tu ambil wuduk solat & stress-free. 

So here, bila aku ingat balik, 

RM26+Tol RM1 = RM27
RM27+MyTeksi Charge RM2 = RM29 and plus sen so yeah boleh lah tu RM30

Tapi!!!! I tak guna pun My Teksi apps kot!!!! Memang I ada cerita dengan that driver masa pergi tu guna MyTeksi apps (which driver tu sangat behave dan baik. Siap tanya lagi nak guna jalan biasa atau tol highway. Kalau jalan biasa jammed sikit. kalau highway even tol baru RM0.50. Lepas dah decide baru jalan. See? baik kan? Thats why I macam start to like the MyTeksi punya apps. That driver sembang-sembang pun more on that apps tanya macam mana dapat dan bagitau actually boleh dapat diskaun guna promo code -sent via email- tapi masa tu email notification tak masuk so I tak tahu dia punya code masa nak booking tu and he even teach me more about the apps)

Tapi driver petang tu, dah la I tak guna MyTeksi pun lepas tu dia kata dia nak charge on MyTeksi sebab dia pun biasa guna and I dah guna tadi siang so I boleh bodoh bodoh agreed! Haaaaaaahhh silly gila! Sila lah boo me ramai ramai. T____T Tak teringat langsung ni. Lepas dah waras ni baru teringat balik. Shame on you lah driver! Tak guna tapi nak mintak charge? Apakah?  Boo me sebab agreed! Sigh. Tapi tak apalah, rezeki dia mungkin? 

So, moral of the story is:-

1) Kalau driver tu sure tak sure tempat kita nak pergi, tak payah lah naik. Buat sesat je. Meter berjalan jugak. Kalau jenis yang boleh diskaun takpe? Dapat yang macam I neh? Hazab!
2) Tunjuk address. Simpan address. Penting!
3) Be more careful especially kalau hari dah gelap
4) Ingat nombor teksi. Senang if apa apa (tapi i ni rabun malam teruk so hmmmm)
5) Use MyTeksi apps. Lebih cepat dan tepat and no issue. If anything, boleh report to the developer.

P/s: Tadi pagi ambil teksi nak naik office, boleh buat bergaduh jugak lah. Hari hujan. So I mintak pakcik tu drop depan office tapi dia tak nak sebab jalan sempit dan payah nak pusing sebab kereta banyak dekat gerai makan. Pissed off betul pagi pagi kena macam tu tapi kenangkan dia pakcik tua, dan I bukan lah jenis nak biadap sangat dengan orang tua nak cakap kasar-kasar tak sampai hati even the fact is kita bayar kan  er tapi tertutup pintu dia kuat sebab nak cepat sobs. Apa lah masalahnya. Jalan sempit kereta banyak lols standard lah. Bukan nya duduk dekat padang pasir pffftttt dan sebenarnya takde banyak kereta punnnn. So I pun turunlah tengah hujan laju-laju cross jalan dengan spec dah kelabu gila sebab keluar aircond dan hari hujan kang kena hujan pening pulak dan nasib baik tak berlanggar dengan motor. Oh indahnya pagi isninku.


No comments: