KL Big Kitchen Festival

Last weekend, end of May, balik Kajang. Plan asalnya Ahad nak pergi Floria Putrajaya tapi nak ambik anak buah SIL pulak petang tu so tak jadi. Abang hantar I balik. Saja jalan jalan masuk KL. Memang plan nak pergi lunch juga. Tiba-tiba lalu dekat Dataran Merdeka macam ada festival. Nampak perkataan "foods" "kitchen" Eh eh macam best ni. Terus lah singgah. Panas berdenting tapi ada berangin sokay lah.
Ni dia punya Map. Kami lepak makan dekat Warisan


Before masuk tu, kena beli ticket which dia panggil Kupang. I dengan SIL dah heran heran. Kupang ke Kupon? Huhu. So beli lah RM1.
Tiket a.k.a Kupang a.k.a Kupon
Dan masuk,
Entrace

Just snap snap & snap tak tengok pun penanda arah ni. Hentam saja pegi dekat booth booth gerai
Building ni untuk perasmian kot
 So, pergi lah dari gerai ke gerai.
Worth the price! Chef  Ismail punya. Yang ada Restoran Rebung tu. Serawa Durian dia memang sedap gila. Terbaik. Walaupun dua ketul roti jala & kuah serawa berharga RM4 uhuk tapi sebab lazat, ha makan sampai licin bekas  

Yang sorang ni bubur, bubur & bubur. Ha jumpa pulak dekat Gerai Kuala Lumpur. Bubur Lambuk Kampung Baru. Sedap! Satu bekas RM3 ke RM4 tak ingat pulak

Lepas Abang dapat his giant sotong bakar, kitorang pegi station Warisan & Manisan pulak. Near the stage. Adam lah nak tengok orang nyanyi nyanyi main drum. Bingit ya amat. Tapi end up, tak dekat pun. Masuk kat Manisan beli popcorn. Kemudian lepak makan atas pangkin dekat Warisan. So Abang & Adam pergi amik anak buah. Me & SIL duduk tunggu sambil makan sambil main congkak & batu seremban. Kata Warisannnnn. Lepas tu gigih google how to play batu seremban. Dah berzaman tinggal tak reti main dah. Nasib lah congkak pandai lagi main. Siap one foreigner ni dengan anak & wife dia duduk tengok & tanya macam mana nak main. Tergagap gagap nak explain. Main aci hentam je ehe.

Batu Seremban

Masa duduk lepak dekat Warisan ni, ada kejadian. 
Masa tu angin kuat & open air takde halangan dari entrace Warisan ni. So angin dari padang tu tolak boards ni jatuh bertimpa timpa. Nasib baik lah lelaki yang duduk dekat meja hujung board tu cepat cepat lari dan bangun. Selamat. Cuma kipas patah. Second time,  bila keadaan dah reda tu kitorang tak perasan pulak ada sorang budak perempuan ni duduk kat meja yang sama tu. Sekali lagi angin kuat dan boards jatuh bertimpa timpa. Memang hentam budak tu. Kitorang tak nampak tapi rasanya memang teruk berdentum kena kepala dan bahu dia. Kecoh habis lah panggil all the crews & medic. Lama juga gayanya nak settle tu. Tapi tak adalah patah atau berdarah.

Tak lama pukul 5 lebih macam tu,  ada announcement ketibaan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) Wah. I excited!! Tak pernah tengok dekat dekat. Biasa tengok dekat TV dekat Internet je. So tunggu-tunggu ingatkan Tengku Puan pegi dekat booth yang VIP tu, sekali tak. Dia datang dekat Warisan & nak buat demo. Wah wah. 

Mula mula tengok dari jauh je. Lepas tu tak leh jadi ni, nak tengok Tengku Puan buat demo lah. So I pun menyelit sama lah dekat orang ramai, dekat photographer semua. Dah tak tahu mana satu official & orang biasa. Lantak la hehe. So dapat la tengok depan depan Tengku Puan yang jelita tu menumbuk sambal pakai lesung batu, menggoreng Sambal Hitam. Hoi lawaaaa, cantik, sweet, humble semua lah! Dah la pakai baju kurung je weh. Pembantu dia offer apron pun dia tak mahu. Caya lah! Respect habis Tengku Puan. I tumpang bangga la selaku rakyat pahang hihi. 

Lepas Tengku Puan dah siap melawat semua booth dekat Warisan tu, hujan turun selebatnya. Just after Amelina menyanyi pfftttt. Spoil sungguh rasanya. So terkandas la semua dekat Warisan. Me & SIL pegi beli Sambal Hitam & rojak. Tengok tengok ada orang bergambar gambar dengan Tengku Puan. Teringin nya nak gambar samaaaa! Tapi segannn, orang ramai & yang jaga Tengku Puan pun ramai. Segan nau. SIL rupanya dah pernah gambar sama & jumpa masa dulu dulu kat  Pahang dok aerobik sekali ngan Tengku Puan. Padanlah dia tak se-excited I. Huhuk. So dah segan segan tu tak dapat la gambar. Tak apa lah, dapat tengok live pun dah ok. Dengar macam ada dialek pahang juga masa Tengku Puan cakap tu. Caya lah!

Tengku Puan kebanggan orang Pahang. Hoyea!

Nah, belanja Boboiboy Halilintar

Dah petang, hujan dah reda, mari balik. Thank you Big Kitchen. Banyak makanan best best. 

KL Big Kitchen, terbaik!


No comments: