Selamat Tinggal 2012

Selamat tinggal 2012.

Selamat tinggal tahun yang penuh kesakitan.
Selamat tinggal tahun yang penuh kedukaan.
Selamat tinggal tahun yang penuh keperitan.
Selamat tinggal tahun yang penuh ujian.
Selamat tinggal tahun yang penuh tangisan.
Selamat tinggal tahun yang penuh pancaroba.
Selamat tinggal tahun yang penuh keinsafan.

Selamat tinggal tahun yang pernah memberi kebahagiaan.

Selamat tinggal tahun yang telah mengajar erti kebahagiaan.
Selamat tinggal tahun yang telah mengajar erti kesyukuran.
Selamat tinggal tahun yang telah mengajar erti persahabatan.
Selamat tinggal tahun yang telah mengajar erti kesabaran.

Selamat tinggal tahun yang memberi kesedaran.
Selamat tinggal tahun yang memberi pengajaran.

Selamat tinggal tahun yang penuh berliku.

Selamat tinggal tahun yang merubah segalanya dalam hidup.

Dua belas bulan. Dua belas bulan yang terlalu banyak pahit manis. Segalanya amat manis di permulaan, tawa, suka gembira bahagia, di pertengahan bertukar resah, gelisah, kemudian bertukar air mata, derita, dihambat keperitan yang maha dasyat, dan diakhiri dengan air mata kesakitan, air mata keinsafan, air mata penyesalan.

*Sakit dada tahan sebak, pedih mata tahan air mata*

Tapi, aku tak salahkan takdir. Tak pernah menyalahkan takdir, menyalahkan sesiapa. Semua nya salah aku. Salah sendiri. Salah yang dicari. Salah yang tak datang sendiri.

Tak perlu diluahkan di sini. Biarlah kenangan itu hanya Allah, aku dan dia yang tahu. Tak, salah, bukan putus cinta. Bukan.

Terima kasih atas segalanya Allah. Terima kasih untuk semua ini you. Ampun dan maaf jua untuk juta kalinya.

Allah, Thank you Allah. Alhamdulillah untuk semua ini.


*Maher Zain-Thank You Allah*

Selamat Tinggal 2012. Terima Kasih Untuk Semua Pengajaran Yang Kau Berikan.

Sebenarnya cool je macam tu

Tadi keluar pegi shopping mall. Disebabkan malas, maka sarung jeans jubah. Bila dah jubah takkan la tudung selempang ye tak? Maka lilit la shawl besar. Dah jubah,takkan lah kaki togel ye tak? maka sarung lah stoking jugak. Tapi rock tetap rock. Disebabkan kesian dekat wedges yang tak pernah pakai since beli tiga empat bulan yang lepas, maka sarung lah. Lepas tu hazabullah kaki sakit yeeeeee. Yeay. Padahal dah rasa nak pakai flat je tapi eh nak jugak melaram. Tengok! Niat tak betul padan lah sakit kaki kau. Padan muka sekali lagi. 

Amazingly, surprisingly, bila kau dah pakai macam tu, rasa cool okey. Tiba tiba jadi sopan, tak kelam kabut walaupun tersangat banyak benda aku kalutkan tadi (oh well, kalut sokmo) tiba tiba takde seorang makhluk Allah yang berlainan jantina dok feewit hai kak long sorang je? (kaklong abah kau!). Oh tenangnya dunia. Tiba tiba aku rasa aku jadi eh eh apasal cam baek sangat ni. Senyum kat orang and so on lah yang baik baik perangainya. Beratur panjang2 kat kaunter nak bayar coz ade customer buat hal pun eh boleh relax tak merempan lagik. Cer kalau bertshirt tudung selempang jeans ketat, bengkak dah dada tahan marah. Ni aku kata aku lah. Toksah nak terasa sangat.

Jadi, yeah. Tak salah aku kata pakaian mencerminkan peribadi kita. Dah kalau kita pakai like ustajah ustajah, takkan nak berperangai seperti perempuan sawan pulak ye tak? Meroyan merungut merusuh mengeluh merempan manjang. Been there done that. Semua orang salah. Semua benda tak betul.

So,

Lepas survey a thing, beli birthday present Adam, masuk Popular merenung buku buku. Memberontak nak amik semua tapi sabar. Yang ada pun tak terbaca lagi. Pilih dengan tenang. Tengok tajuk je, dah membuak hati nak amik. Letak amik letak amik letak amik. Takpe lah mahal pun. Amik je lah. Amboiiiiii kaaaaaauuuu. Kalau novel cinta mengarut tu cepat je tak tengok harga dah. Ni buku agama, motivasi harga sama je tapi dok main letak amik letak amik ye?

Bila tengok semua novel cinta tadi alahaaaaiiii lawak nya la rasa. Balik balik, jadi maid orang kaya, cerita kawin paksa, dengan tengku this tengku that. gf tengku this tengku that jahat, at the end jatuh cinta bla bla bla. dua tiga buku aku belek yang novel tu watak utama tengku this tengku that. Oh come on. Mmg novel sekarang tak berkualiti (even ayat sempoi dan menarik) atau aku yang dah tua tak larat nak layan dah novel berangan macam ni? Hahahahahahaha.

Maka, udah udah lah berangan. Mari lah pijak bumi sikit. Nah baca :
Moga moga dapat habiskan kesemuanya. Amin.

Tajuk "Pujuklah Rasa" dengan "Tuhan Sedang Menguji Kita" tu aku tak tau lah kenapa menyentap hati sangat. Itu yang amik tu. Aku muslim sinopsis belakang dia best sebab selalu budak kecik akan tanya kita "Siapa Allah?" kan? Jadi nak jawab apa? Aku harap ada jawapan dalam buku tu. Tafsir, yer. Sejak dua menjak memberontak nak baca makna makna ayat AlQuran tapi sebab English excellent sangat sampai tak terbaca yang dalam apps handphone jadi amik yang kecik dan convenient nak bawak merata dan last, 101 Rahsia Penguat Rohani harap harap dapat kekuatan dekat situ.


Jadi, mana dah aku melalut ni. Oh ya, betul lah macam tajuk entry ni. Sebenarnya cool je pakai macam tu. Waaaaaaayyyyyyyy cool! Jadi, esok aku akan menggila memborong baju baju yang macam itu. Doakan istiqomah ye. 

Aku sebenarnya seronok sejak dua menjak ni orang orang keliling macam berlumba lumba berubah ke arah lebih baik. Named it, kaum keluarga, rakan blogger. Eh seronok! Then kau boleh share everything dengan diorang. Walaupun kita tak tau penyebab apa orang tu berubah tapi jangan sibuk. Lantakkan. Janji, kita dan dia ke arah yang lebih baik dan cool!

Aaaaaahhhhh cant wait for tomorrow. Shopping & Birthday Celebration & Heaven Foods. Syukur. Terima kasih Allah. Terima kasih you. Terima kasih semua.

*Hugs*







Membudayakan pengambilan VitC dalam kehidupan seharian

Cewaaaahhhh tajuk tak boleh nak blah. Dah macam kan tajuk assignment. Hahahaha.

Meh tengok:
Beli barang RM100++ dapat lah kalendar yang ada coupon lagi dalam dia. Yeay!

Sekarang kan Guardian ada buat promo Xmas. Mana mana tempat, mall pun mesti ada jugak kan. Jadi, sejak dua menjak reti minum vit c ni aku pun beli lah. Mula mula dulu Guardian buat promo yang sebotol kecik tu je RM10 untuk 10 biji tablet. Jenis larut dalam air. So best sangat lah untuk aku yang gigih nak amik vitamin tapi bangsa tak boleh nak telan pil kan? 

Jadi bila dah try Kordel's Vit C ni aritu, sukaaaaaa sangat maaakkk!!! Dah lah rasa dia sedap yang amat, pastu nak demam tak jadi demam. Magic kaaaauu! Tapi nak lagi sedap letak dalam satu cawan air je. Secawan ok. Memang kau tak rasa minum vitamin. Rasa minum air oren botol. Serious aku cakap!

Maka gigih aku promo kat semorang, padahal bukan dapat apa pun. SIL suka, aku dia semorang suka jadi, kemarin ada promo Buy 2nd for 50%. Gigih lah aku berpakat dengan semorang ngan member2 sekali beli. So untung lah jugak. Dapatlah kitorang 4kotak. Total ada 14botol. SIL n dia amek 4 botol, aku 3, member2 lain sorang sebotol. Untung gila. Harga biasa untuk pack tu (2kotakfree1botol) is RM70 tapi kitorang dapat (4kotakfree2botol) RM105 instead of RM140. Sebotol jatuh lah RM7.50. Ha cepat lah pegi borong weh.

Sekarang ni, jenis tersedar dari lamunan sikit since tengok ramai orang orang tua sakit itu ini bila tu, jadi iolss macam takut kaayyy. So, nak menjaga kesihatan sangat sangat supaya tak de penyakit kronik bila dah tua nanti, insyaAllah. Kita mencegah dari awal ye tak. Tapi kalau tertakdir nak kena, macam mana nak halang, tapi selagi boleh kawal, cegah cubalah. Minum vitamin c, minum susu untuk tulang eventho bukan minum Anlene tapi tak kesah lah janji susu. Bantai je lah. Kurangkan minum minuman bergula, yes dah jarang sangat since minum susu every day n night. Banyak minum air kosong. 

Dan, tengah tunggu PMC. Pure Marine Collagen sampai. Harap harap itu pun akan membantu kesihatan dalaman, insyaAllah. So, uolsss bila lagi nak start? Ke aku yang lambat? Hahahaha. Ye lah, sedar diri sikit, awak ni dah nak masuk 30 tahun, jadi jangan perasan sistem tubuh tu sama dengan budak budak 18 tahun even muka comel macam budak sekolah. Eh! Hahahaha 

Ohya, bukan setakat badan, rambut gigi habis aku nak membela sekarang. Gigih berfloss n listerine. Hahahaha teruk sangat kesedaran mendadak ni. Istiqomah, istiqomah ye untuk kesihatan jangka panjang even kita tak tahu bila kita punya ajal tapi selagi bernyawa ni, jaga lah kesihatan elok elok. Gitttttuuuuu~


Rahsiakan Musibah..


Assalamualaikum wbt.

So, im back.

Berapa lama dah tak update ni. Tak sempat takde masa. Banyak benda jadi. Banyak sangat. Tragedi Oktober. Sangat meninggalkan kesan untuk selama lamanya. Seumur hidup.

Musibah diri sendiri. Musibah keluarga tapi yang aku nak ceritakan adalah musibah keluarga.

Jadi, kisahnya..

Hmmmmm....

Aku dah taip panjang lebar. Tapi, tengah tengah cerita, aku tiba tiba teringat ayat Chika dalam satu entry dia dulu iaitu "belajar rahsiakan musibah" then aku pun google Riwayat Hadith Thabrani :
“Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, yaitu merahasiakan keluhan, merahasiakan musibah dan merahasiakan sodaqoh (yang kita keluarkan).” (HR. Ath-Thabrani)
“Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahasiakannya dan tidak dikeluhkannya kepada siapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuninya”. (HR. Ath-Thabrani)
Takpe lah, tak jadi nak cerita. Biarlah aku & orang orang yang berkenaan je tahu. Tak baik bukan. Macam kata hadith tu, jangan mengeluh, belajar lah rahsiakan musibah, keluhan dari pengetahuan umum. InsyaAllah.

Baru lepas baca ni http://andari3020.wordpress.com/2011/05/25/merahasiakan-musibah/ terkesan sangat. Menitik air mata.“Pada saat kita diuji dengan kehancuran dan kerapuhan…. Biarkan itu menimpa kita… Tapi ingat jangan ada yang lain yang harus turut merasakan penderitaan kita yang diuji…. Biarkan derita itu hanya kita yang merasakannya, dan bagikan semua kebahagiaan yang kita dapat kepada semua…”

One of the blog yang aku surf untuk cari maklumat pasal hadith ni bukak instrumental sedih yang amat yang biasa macam dalam drama drama melayu tu..komfem lah lagi laju menitik air mata

Dari dari musibah ini jugak lah aku belajar muhasabah diri. Betapa banyak dosa yang dah aku buat, menzalimi diri sendiri, menzalimi orang lain. Yea, ada hikmahnya semua musibah ini. Belajar lah lagi muhasabah diri. Telek diri sendiri dulu dan dekat situ dapat jawapan kenapa ditimpah musibah. Tidak kira musibah yang sengaja di cari atau musibah yang telah ditetapkan,  belajarlah untuk redha, belajar bersyukur dengan setiap nikmat dan musibah sebab semua tu akan ada hikmahnya. Akan ada kebaikannya di masa akan datang. 

Musibah, muhasabah, berubah. 

Suka dengan ayat ni :
Maka….jika kita perlu mengadu masalah…meluahkan rasa..carilah sahabat….carilah Allah….hanya Dia yang Maha Memberi pertolongan… merayulah padaNya supaya kita memperoleh kekuatan dan dapat mengubat hati yang rawan….supaya hati kita lembut dengan dugaan Tuhan…supaya kita dapat menggunakan semua orang disekeliling kita sebagai punca tenaga positif untuk meneruskan kehidupan sehari-hari….insyaAllah… (Jangan Begitu)
Untuk Dia, terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan dan masih bagi peluang untuk berubah. Sentiasa mendengar, sentiasa ada setiasa menerima biarpun terlalu banyak dosa dan janji yang dimungkiri. Juga untuk dia, terima kasih you sebab sentiasa ada, sentiasa di situ, sentiasa sabar, sentiasa menyokong, sentiasa mengawasi , biarpun perit tetapi sentiasa ada dan setia membimbing tanpa lelah. Sungguh, demi Allah, I terhutang nyawa dengan you. Budi, jasa, pengorbanan you takkan i lupa dan takkan dapat i balas sampai mati. Terima kasih yang tak terhingga.

Here,begins with the end...

Kenanga Wholesale City (KWC)

Haritu pegi Jalan TAR untuk cari tudung dan survey untuk orang kain chiffon ela nak jahit baju which nak beli borong. Masuk Nagoya, tersembang dengan sorang akak salesgirl ni dia kata try pegi tengok dekat Hang Tuah kat area KWC. Banyak tempat pemborong. Aku pun okay lah try nak gi tengok sebab kalau kat Nagoya beli banyak banyak pun cuma boleh dapat RM5/RM6/RM7 per meter depends on gred kain. Takde diskaun banyak pun even beli sekayu. So macam mahal lah kan. 

Yang kiri ni kedai biasa, kain tak best dan mahal.
 Yang kanan yes Nagoya kain cantik kaler cantik dan boleh la kan harga dia.


Jadi, aku pun masuk Sogo sekejap nak cari slacks, biasa lah Sales is second name for Sogo kan? Hahaha. Tapi takde yang ok sangat pun slacks. Jeans banyak lah.Hmmmmm fikir fikir meh la pegi KWC dah alang alang kan.

Jadi, naik train ke Hang Tuah RM1.70 dari Bandaraya. Bila dah sampai tu aku cam dah tercangak cangak. Tanya kat kaunter tu, dia tunjuk pegi belah kiri. Ok. Then terus nampak signboard penujuk jalan ni:

Jalan dalam 500m, a bit scary sikit lah sorang sorang kawasan dia cam tak happening sangat. Ye lah, tempat orang borong kan. Cuak jugak tapi takpe, redah je lah. Dah lah kawasan cina, yang pekerja pulak bangla, vietnam, indon, myanmar hah memang aku tak rasa macam duduk dekat Malaysia kot. Jalan je lah sampai jumpa ni:

Pastu masuk dalam memang selesa yang amat.Shopping mall, bersih sejuk. Cuma aku tak selesa sebab pakai wedges dah sakit kaki hoi tapi sebab gatal nak melawa meninggi sikit redah jugak lah kan padahal ada beli flat spare tapi malas nak tukar.

Jadi start the mission hunting for baju. Konsep dekat KWC ni lebih kurang macam GM Plaza la. Borong. Minimun pieces kena beli 3 atau 4 atau 6 helai. Depends dengan kedai lah. Jadi, kalau beli at least 3pcs (ikut kedai) boleh lah dapat baju tu RM20 sehelai. So 3 helai RM60. Right? Itu kalau beli sekali 3helai lah. Kalau tak, nak beli satu boleh, tapi harga sehelai dia jadi RM40/RM50 something macam tu. Sebab konsep dekat sini, kau beli borong, kau dapat murah. Faham tak?

Itu harga aku bantai je la tengok lah jenis baju/dresss. Ada yang RM30 per pcs for borong. Tengok jenis kain design semua lah.

Jadi, sempat la snap few:



Dah nama cino kaaannnn peplum pun pesen takde lengan. Terus tak selera nak beli.

Jadi, terus lah cari slacks, dapat. puas hati cuma labuh tu komfem lah aku kena lipat/kerat dan jahit balik kan. Dia suh aku ambik 3pcs then dia kasi 10% diskaun tapi pusing pusing dalam tu tak jumpa yang berkenan so malas lah. Ada yang berkenan tapi free size besar gila shirt tu. Sobbbsss. So, bayar je lah normal price yang okay lah way cheaper than sogo tadi tu.

Balik, merayap plak cari kedai kain ela area tu jugak. Dapat la 4 kedai dan puas hati jugak lah. Boleh lah.

Nanti lah, gaji boleh lah serbu KWC ni. Kena pegi ramai ramai baru boleh nak beli banyak benda share share ;)


No original battery for Samsung

Bulan lepas, lepas install satu application ni dekat handphone tiba tiba phone aku hang. Battery cepat gila mati lepas tu kalau dah charge penuh penuh pun dia still sekejap gila dah kong. Bila aku nak amik gambar touch je capture, terus plup! Mati bateri. Bila on balik, dari yang full gila tadi terus zero. Heran betul. Mula la aku menyalahkan apps tu. Dah tak pasal pasal aku pegi reset factory setting. Bongok! Habis hilang semua contact number & all the notes whatever yang aku save. Bodoh pandai. Ni lah dia!

Lepas tu bila bukak bateri dia, bateri dia cam pelik, bila nak tutup tu kena tekan kuat kuat seems like battery tu mengembung. Sumpah aku tak tau kalau battery tu problem dia mengembang camtu. Pastu cerita kat abang. Dia kata tu battery problem tu. Oh degil, taknak percaya. Gigih nak pegi Lowyat sebab nak cari balik kedai tu sebab phone still in warranty. Just try my luck lah konon.

Sampai Lowyat, kedai tu suruh naik tingkat 4 untuk Samsung Customer Service. Tu diaaaa....Baeeekk punya orang ramai gila. 40minit jugak la menunggu. Ok. service dia ok. Dia kata tak boleh check sebab bukan tugas dia cuma dia kata kalau bateri mengembung macam tu yes battery problem cumanya kalau nak tinggal untuk check boleh lah. Then boleh amik dalam masa 3-5hari bekerja rasanya. Dia pulak bukak tiap tiap hari 8am-8pm.

Aku fikir fikir, nak balik Pahang then weekend nak pegi Morib, of course lah nak guna phone nak amik gambar bagai n mcm macam hal lagi lah. Dia plak cakap sekarang Samsung tak keluarkan dah original battery untuk model Samsung Galaxy W. Kilang da stop produce buat masa ni. Kalau nak boleh beli bateri kat luar lah. Fikir fikir okay lah aku try beli baterry dulu kalau still problem, baru hantar service balik. Punya laaaaahh taknak berpisah dengan phone. Kahkahkah. 


Pegi merayap rayap kedai bawah tu, ada yang china punya tak worth. Sampai la jumpa satu kedai yang memang board dia Samsung je. So aku pun gi tanya. Kata dia yes memang original battery takde. Original battery means warranty dari Samsung dah takde. So kalau beli pun, akan dapat warranty kedai. Ok la kedai tu nak bagi aku RM69 which aku dapat la RM65 lepas pepujuk apek tu. Warranty dari kedai 6 bulan. Worth! 

Pasal apa aku cakap worth? Pasal, kalau beli dengan Samsung pun, macam orang customer service tu cakap warranty dia cuma  bulan dan harga dalam RM90++. So kira lebih kurang sama je lah. Dapat harga murah sikit dan warranty 3 bulan. Aku rasa okay sangat dah. 

Jadi beli dan boleh terus on sekejap sebab battery dah nazak nak mati time tu. Bertahanlah 4 jam lebih dengan 70% batt. Sampai rumah terus charge. 

Punca battery phone aku kong tu sebabnya, overcharge ye! Memang selalu sangat buat habit charge pun lebih masa. Tiap tiap malam charge bangun pagi baru nak cabut. Tu pun kot cabut. Kadang tinggal je. Plug pun tak off. Pastu selalu guna time charge. Ha elok la. 

Sekarang insaf okay. Bunyi je batt full, cabut terus aku. 

Satu lagi apek tu pesan tak yah install anti virus sebab jangan risau android apps semua ok. Kalau antivirus nanti dia akan sentiasa scan and scan and scan sampai lah low bateri. Pheww.

Last last dengan games pun aku uninstall sekali.


Gold Coast Morib



Saya sampai dah Gold Coast. Awak orang?

Kahkahkah Gold Coast Morib je pun. Bulan Palma Tree ape benda entah yang chalet atas air tu. Aku pun sampai ke harini heran macam mana lah lekat nama Gold Coast? Lah sangat kan! Dedolu ada emas ke cane citer dia kat tempat tu heh?

Mula mula sampai checkin lepak dalam bilik Adam buat hal tak nak turun mandi pool sebab bilik air ada jakuzi. Jakuzi kau! Seronok sangat main sampai kecut jari jari. Sejam lepas tu, turun pegi pantai sebab ada voucher apebenda eh yang naik motor kat tepi pantai tu. Lantak lah aku lupa nama dia.
Sedih kan pantai dia? Maaf laaaa memang bukan berciri ciri untuk mandi manda ye. Nak mandi manda scuba diving bagai cari tempat lain. Sebab tu lah dia buat water themepark kat sini kot sebab tahu pantai dia memang sangat tidak menyelerakan.

Malam, dinner. Aku turun lambat around 8pm. Standard lah kan? Takde lah lambat sangat ye tak? Tapi kecewa nak mati. Dah la lapar gila turun ni, sekali makanan habis. Dan lambat gila nak refill. Dah la tak variety. Yang ada cuma nasik ayam, nasi putih lauk pauk kampung, goreng goreng apatah, buah & kuih agar agar honeydew. Dan aiskrim. Dah la open air. Bau errgghhhhhh busuk. Bau laut tu gamaknya. Memang potong habes lah selera. Not recomended for food! Nak lepak tido main waterpark boleh tapi i say NO to the foods. Sorry.

Naik bilik lepak lepak takde ape nak buat berendam dalam jakuzi, bored still. Tido.

Bangun pagi, hello!!!

Niceeeeee!!!!




Hye handsome yang masam! Jum turun. 

Excited katakau nak naik slide biru yang berpusing pusing tu sekali not allowed pasal aku tak pakai proper swimwear okay! Geletisnyaaaaaa muka tak boleh nak kerek lagi kot safety guard kat sini. Damn! Tapi actually memang bagus pun sebab alangkan naik swirl slide yang kuning pendek tu pun aku tersangkut sangkut sebab baju kesat, ni nak naik yang tinggi tu? Entah kurun keberapa nak sampai bawah. Silap silap tersangkut. Satu hal pulak diorang nak selamatkan aku. Hahahahaha


Gigih beli pelampung dinasour sampai 25hengget tapi tak guna sangat pun. Haih la Adam. Satu benda tak best. Aku sunburn gilababi okayyyyy! Bawak sangat sunblock 130spf punya tapi haram tak pakai. Sebab pagi tu macam okay redup sekali abang tinggal aku ngan adam pukul 11 lebih diorang nak kemas barang nak checkout n mandi balik, terus lah masa tu adam pun tak nak keluar aku mengekor je la dia memang terbakar habessss. Hitam dahi macam orang alim bersujud. Gitttuuuuuww~. Tapi orang lain elok je aku tengok. Geram beteeeeeiiii!!

Jadi, room rate normal RM400++ kitorang ni beli voucher Gropun dapat la dalam RM180++ 2D1N + Dinner + Breakfast + Tiket themepark. Tiket themepark kalau nak beli asing RM35 adult, RM20 kids. Dah jangan tanya lelebih. 

Sekian. 

 Love,Me, Muah!


Back!

Hi semorang. Sehat? Saya? Kurang sehat + busy + problem here & there, went around tak sempat nak menulis dekat sini. Hidung, tolong jangan panas sangat, kepala tolong jangan pening sangat dan badan tolong jangan demam esok. Kejap lagi kita telan ubat ok. Sila bagi kerjasama. Banyak benda nak simpan dekat dalam ni actually. Ok, let start....next entry. Esok aku publish.

Macam rasa nak maki diri sendiri pun ada up entry macam ni. Blergh. Sebenarnya aku nak makan tunggu abang ipar ni. Tolong la balik cepat woi. Tak nak la makan malam2 sangat nanti gemok. Lepas tu aku nak terus telan ubat zzzzzzzzzzzzz.




Shopping With Adam

Kecoh! Dan rambang mata nampak Vitagen serta Yakult. His favourite <3


Kisah Benar, Subhanallah.

Dua minggu lepas, melawat Kak Izza dekat hospital. Dia admitted due to some problem ape tah, uri ke bawah ke cane gitu lah. Lepas tu dia pun cerita. Kesah benar la ni.

Ada sorang patient dekat hospital ni, pregnant first baby. Dia nak bersalin normal. Tak nak operate kesahnya ni. Doktor suruh operate taknak, lepas tu terlebih hari rasanya. Dia tunggu jugak nak operate. Tunggu punya tunggu tak jalan jugak. Alasan dia, kalau operate, nak ngandung anak kedua senang, cepat sikit. Nak jadikan cerita, dia sedar sedar baby dah tak gerak. Dia dah panik, mintak doktor check. Doktor check scan bagai, agaknya lah kot, mana aku tahu tak penah pregnant, so check nak make sure keadaan anak tu camana. Check2 sekali takde movement, takde feedback apa pun. Last2 doktor sahkan anak dia meninggal dalam perut.

So kena keluarkan lah macam mana macam mana pun kan. Patient ni mintak taknak operate. Kasi la apa apa ubat pun doktor so that dia boleh keluarkan anak tu secara normal. Degil nih. So doktor pun kasi la ubat macam macam la. Dekat seminggu jugak, last last patient ni dah tak tahan, dia mintak doktor operate.

Jadi, doctor & nurses pun prepare la apa yang patut untuk patient ni. Untuk baby memang tak lah dah katanya dah meninggal kan. 

Sekali, bila dah belah perut, keluarkan baby tu, baby tu menangis. Yes! Menangis! Hidup ok! Baby tu hidup! H.I.D.U.P!! He's alive!

Subhanallaaaahhhh!! Doktor yang menyambut, nurse, patient tu, husband dia, semorang la dalam bilik bedah tu menangis ok. Aku yang dengar cerita tu pun menangis. Sebak tak yah cakap. Besarnya lah kuasa Allah kan! Kau guna teknologi apa sekalipun kata baby tu dah mati, tapi?

Itulah, kita ni jangan sombong sangat dengan Allah dan orang yang lebih arif.. Nak jugak normal lah bagai padahal doktor tu dah suggest awak kena bedah ni. Eh tak nak, nanti konon second baby senang cepat sikit. Sekali Allah tunjuk kuasa dia...takke insaf kita? Hujung hujung kau operate jugak. Kalau tahu, baik operate dari awal ye dak?

Hikmahnya operate, Allah nak tunjuk baby tu hidup. Selamat. Cer kalau paksa beranak normal, tarik kaki, tarik tangan? Jadi benda tak sepatutnya? Ha cane? Nyesal sampai mati.

Kata patient tu, lepas doktor sahkan anak dia meninggal tu, dia ada la satu hari tu rasa macam ada movement la dalam perut dia tapi ingatkan just perasaan dia je kan so dibiarkan lah.

Nak salahkan doktor tak boleh. Doktor dah suggest suruh bedah, tak nak. Doktor dah cek guna alat dia bagai, tak dapat kesan nadi etc, so kira tak bernyawa lah kan? So, declare lah mati.

Kuasa Allah.....pengajaran sangat. Jangan lah sombong. Jangan lah ikut kepala sendiri. Dengar lah nasihat pakar, nasihat orang yang lebih arif. Memang insaf lah aku hoi. 

For mommies to be out there, ingat la wey kesah ni. Memang....speechless. Subhanallah. Allah Maha Besar.

*Keseluruhan cerita aku takde la detail 100% tapi flow dia macam gitu lah. Tak ingat sangat exact word dari Kak Iza. Maklum la dah dua minggu lebih cerita ni.


Jom Melawat Ladang Sawit Nenek

Lepas gossip gossip haritu, semua pun decided nak pegi tengok ladang sawit.. Mula mula abang je nak pegi, lepas tu semua pun nak join. Tak pernah pegi lepas tebang getah dan start tanam sawit sampai dah berhasil. Lagipun sebab bukan kitorang yang usahakan, serah dekat Felda, jadi tak pegi tengok pun. Mak dengan adik je pegi tengok. Sekarang adik jadi mandur ladang. Ewah kau, heaven lah duduk dengan emak. iJelly gila.

Aku bukan tak pernah langsung pergi ladang. I did. 17 tahun lepas,i think. Masa sekolah rendah. Last masa darjah empat rasanya. Kesahnya, pegi lah few times ikut emak time cuti sekolah, kutip getah sekerap buku dari satu pokok ke pokok. Masa tu darjah dua rasanya. Lepas tu, aku dengar bunyi macam tapak kaki berkejar kejar. Memang ngeri gila ah. Aku cuak gila la kan. Takut lah hoi ingat babi ke ape. Hutan kot. Sekali tengok satu geng lembu berlari. Laju oih. Aku dah pucat pucat tak tahu nak lari ke mana. Duduk membatu terus. Since then, memang fobia dengan lembu okay. Tak pergi dah ladang lepas tu. Memang kerja aku kemas rumah je time cuti sekolah.

So, masuk ladang, wah wah wahhhhhh bersih jugak! Clear! Takde la takut kalau ajak pegi kan. Pulak tu aman damai je. Bau takde, nyamuk kurang. Bak kata kak ipar aku, next time kita picnic la dalam ladang ni bagi menghargai jasa ladang. Ewah! Good idea apa kan. Next time k. Next time.

Budak budak ni, my naughty nephews suka sangat lah masuk tempat gini. Kutip buah relai pastu bergaduh berebut rebut nak bawak balik tunjuk ke nenek kononnya. Terharu la hoi orang tua tu. 

So well, biasalah, sesi bergambar:

Happiness!
Anak anak sedara Makde, Korang beruntung tahu ada nenek tempat bermanja. Bermanja, yes i mean it! Dan ada kampung yang best! Jangan lupa ini kay. Love you all!


Cuti Merdeka 2012

Cuti merdeka yang lepas kitorang semua balik berkumpul dekat rumah kaklong & mak. Fun! 

Mula mula khamis malam tu balik rumah kaklong. Esok tu kitorang gotong royong (lah sangat!) masak Nasi Kurzi Johor. Aku lah ketua, konon! Kaklong suruh. Kahkahkah. Dia senang gila kot instant pack tu. Kau cuma kena pegi beli ayam atau daging je. Segala rempah sos biji gajus susu segala bala dah ada siap dalam pack tu beserta instruction. Beras pun sekali ada ok?! Lepas dah siap masak excited tunjuk kat Ad dan pujuk dia mintak resepi Nasi Kurzi original dari Bonda. Ehehe. Fuh fuh semoga bonda kasi. Amiinnn.

Sebab apa nasik aku ada putih putih ? Sebab campur nasik biasa. Tak cukoooppp!
Ha! Acar buah pun siap sekali okey. Bapak ah senang gila. Boleh lah berlagak masak macam kenduri kawin ni dekat kawan kawan wkwkwkw.


Malam pulak kitorang BBQ kaw kaw punya. Kambing! Aku berjaya buat sos lada hitam untuk kambing tu. Wallawwweeeyy! Senang gila baq hang!

Nah, homemade! Salah buah, lamb, mashed potato & sos lada hitam.
Kaklong sampai ke sudah terkagum sebab orang kedai tu potong daging kambing (it's biri biri actually) slice by slice macam yang kita makan dekat kedai tu. Dah la berapa slices entah ni (banyak!) baru RM25++ Kalau kat luar satu slice je dah berapa kan? Aku kagum jugak actually tapi tak lah seteruk kak aku hahaha. Sorry kaklong. 

 Then, sabtu malam tu kitorang balik rumah mak satu kereta dengan abang, kaklong semua. Mak dah balik pagi tu dengan abah & adik. Dah call mak dulu then mak tanya nak makan tak, konon semua taknak. Tapi balik rumah mak, biasalah, dia automatik jadi lapar. Penyakit apa entah. Lalu, aku pun dah jadi macam tersumpah apa entah. Terkenan nak bagi orang makaaaannnn je. Terus cari benda nak makan yang paling cepat. Megi goreng! Masak masak, eh eh semua join. Haha.

Lepas tu ambik tilam queen size semua bergelimpangan tido ramai ramai depan TV. Best gilaaaa okey! Abah mak, syahmie tido dalam bilik. Cucu nenek sorang tu mana boleh tak tido dengan nenek kalau ada nenek dia. Ah macam dia sorang bernenek. Yang lain, abang, kak nelly, adam, aku, kaklong, rifqi, adik tido ramai ramai depan TV. Ah layan sungguh berhimpit himpit. Haha!

Esok pagi pulak, mak masak nasik lemak. Ya Allah nikmat nya dapat makan nasik lemak emak. Memang berlemak baq hang! Masa goreng ikan bilis pukul 7 pagi tu aku tahu dah, aku tahu dah! Ini komfem mak nak buat nasik lemak. Dasar period kan, harus lah tak bangun subuh! Tapi dalam tidur tetap boleh bau. That's emak!

Sambil sambil breakfast tu terkeluarlah gossip keluarga paling best. Memang panas gilaaaaa ah. Hampir dua jam kitorang breakfast. Kot. Ok, sebenarnya bergosip. Hahaha. Dah sapa suruh topik best gila kan! Mendapat lah. Lepas breakfast pegi keluar cari lauk untuk tengahari dan melawat ladang sawit kejap. Syok sebab first time pergi. Tak senonoh betul. 

Anyway, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 Malaysia. Be good be nice always, okay? :)


Kampung = Syurga


Nak di biar melarat larat. Takut demam. Main kat luar tengah panas berdenting. Nak dilarang kesian jarang jumpa tanah. Gini la jadi kalau biar. Dengan takde selipar, takde baju main tanah main batu main pasir. Lantak korang lah. Nanti mandi bersabun dettol segala. 

Untung la ada kampung. Ada atok nenek yang masih alhamdulillah sihat walafiat. Merasa suasana kampung. Untung sangat! Dah besar nanti tengok la ye perangai masing masing ni. Syahmie bagus sangat main korek korek tanah tabur atas kepala Adam. Si Adam redha je lah. Lepas tu nenek la tukang bersihkan rambut dan kepala sebelum mandi. 

Macam macam hal!




Derma Darah

Aku rasa terpanggil panggil nak derma darah lepas raya. Maka pergi lah sabtu lepas ke Hospital Temerloh, unfortunately, makmal tabung darah bukak weekdays je. Office hour. So tunda. Isnin pegi ke Hospital Jengka pulak. Semangat ni!

Thanks to my ex cikgu sains, Cikgu Hasmizol Hassan. Dia la pencetus semangat aku nak derma darah. Dia kata wife dia dulu masa nak bersalin memang haru la sebab nak kena cari penderma darah tu. Incase tumpah darah. Darah jenis O. So tak boleh terima sebarang darah. Jadi, perempuan ni bawak bawak la menderma mana tahu time kita nak beranak nanti kita tak cukup darah, masa tu orang tolong kita pulak kan. Lucky me, my blood type is B+.

Tapi huru hara sikit la sebab takde sambutan sangat kan. So nak kena isi form, tunggu dia check HB, mine ngam ngam 13.6. Normal HB for women is 13.5. Lepas tu bawak jumpa doctor kat Emergency Room untuk approval & check apebentah. Then baru lah ok. 

Masa dia nak cari urat tu sembur dengan apetah tak macam dulu. Pedih sikit la. Lepas tu aku selamba je tengok dia cucuk jarum. Pegawai tu tanya tak takut ke? Siap boleh tengok. Ah relax je aku. 

Makan daraaaaahhhhh! Auummmm!!

Sementara aku nak bangun lepas derma tu, pegawai tu duduk sebelah aku menyembang. Gila tak selesa hoi. Dah la lelaki. Kita ni kan baring. Sampai habis aku tarik selimut. Sembang sembang then dia kata hati hati la lepas ni darah dah baru mungkin dia nak makan macam macam. Cepat lapar etc. Aku gelak je konon boleh control tapi sekarang rasa nak menangis. Damn lah asik lapar. Idk ini disebabkan oleh derma darah atau PMS dalam dua tiga hari lagi aku nak period. 

Duhhhhhhh. Bye.


Raya 2012

Salam syawal. 

Cerita raya 2012 takde lah havoc sangat tapi yes, fun! Disebabkan aku seorang je anak dara dalam rumah mak maka akulah yang kena kerah segala tenaga. Kuih raya aku buat, masak untuk pagi raya pun aku especially menu wajib, dendeng. Mak pantau gitu gitu je. Dan tukang rasa. Penat gila. Dari tengahari sampai ke petang baru siap dendeng tu. Itu cecara buat 2kg daging tu. OK cerita lain kali.

Jadi tahun ni turn semua kakak abang aku balik beraya rumah mak. Meriah la untuk keluarga kecil kami. Mak abah, kakak, anak dia dua orang, abang & wife dan anak sorang, aku dan adik lelaki. Yes since emak bercucu lima tahun lepas, kami tak pernah balik beraya pertama dekat rumah wan yang jarak hanya 40minit. Raya kedua biasanya baru balik sana.

Dulu kawan kawan selalu bising dan merajuk tak nak datang beraya rumah aku sebab memang kitorang tak pernah. Never a once celebrate raya dekat rumah. Balik balik rumah wan. Balik balik rumah wan. Yes i was happy sebab dapat kumpul dengan sedara mara sepupu sepupu. Sooooo meriah! First year raya dekat rumah sendiri awkward gila tapi sekarang fun gila kot! Sebab dah boleh hafal dah menu apa rumah orang ni, rumah orang tu. Hahaha. Jadi dah boleh bajet dah nak masak apa untuk rumah sendiri.

Tapi masing masing blur tak tahu nak masak apa. Aku teringin gila nak makan baked mac&cheese pagi raya jadi aku usahakan buat. Dapat lah dua tray. Dan masak spageti. Kau mampu raya makan spageti? Hahahahaha. Tapi yang bangang nya, masak sikit gila macam makan untuk family kitorang je. Cuma sempat dua family jiran je datang beraya, lepas tu habis. Jadi petang tu orang lain yang dah tau masak spageti, terus kempunan. 

Wah! Menjadi. Dapat sambutan nampak spageti aku. Hahahaha. Ok, raya haji or next year kena masak spageti. Sebab dah terjanji dengan diorang raya tahun depan kalau umur panjang aku masak. 

So...

Pagi raya, ada kejadian sedih sikit lah. Bukan lah kejadian apa cuma tradisi lain sikit. Dah berubah. Kaklong punya idea. Sebelum start bersalam salaman, kami beristighfar beramai ramai mengenang salah silap semua bagai. Kaklong bagi ucapan ala ala tazkirah la, panjang lebar sentuh bab mak abah memang menitik la air mata, merah hidung bagai. cair mekap oi. Lawyer memang sedap la bercakap Kitorang yang lain membantu tak berkutik pun. Memang sejarah betul raya 2012 ni. Masa nak salam mak abah adik beradik toksah cakap lah tersedu sedan masing masing. Phheeww.

Tak dan nak berlama lama, ada jiran datang. Cepat cepat bersurai semua.

Hah, syahdu okey. Raya korang macam mana??

Baru sedar, gambar raya takde. Dengan mak abah pun tak bergambar. Apppaaraaaa~

Ni je yang ada. Jadi laaahh. 
Purplicious!!




Tart Nenas Gulung (Step by Step)

As requested by Ad. Meh nak tunjuk. Cewah! Macam kan terer!  Aku memang saja exaggerated kasi nampak Wow! Hahaha. Tapi believe me, melt in your mouth!

Ok resepi ni memang sedap. Resepi emak, dari kecik. So kita bagi resepi yang boleh dapat dalam 60-80 biji ok? Ini memang sumpah step by step aku bagi.

Ok, mula mula pegi cari pegi beli dia punya acuan. Macam ni :

Bahan bahan Inti:
2 biji nenas
2 cawan gula 

Bahan bahan tart:
4 cawan tepung gandum
2 biji kuning telur
1 buku mentega. Brand BUTTERCUP sahaja ok. Brand lain, tak jamin sedap ke tak. He.

Tak kenal buttercup? Alah alah, macam ni:
Version penyek lepas kena campak dalam peti. Oh ya, masa raya ada diskaun tau. Biasa RM4.00 something tapi bila raya dia jadi RM2.00 something. Tak ingat tapi memang diskaun lah. Sila pegi borong banyak banyak dekat pasaraya. Jimat! Sekian, hantu buttercup.


Meh tengok pulak cara cara nak buat inti dia:
Kupas nenas elok elok. Nampak saya pakai gloves? Yes sebab jari sensitif gila takut terluka dan pedih. Lepas tu buang la yang duri duri tajam dia tu. Bersih bersih. basuh. Potong kecik kecik. Letak dalam blender, bubuh air sikit then blend sampai hancur lumat. Then tapis bagi tos air nenas tu.


Lepas tu masak pulak inti tu.:
  • Lepas blend tu tapis. 
  • Agak agak dah kering air dia, terus masuk dalam kuali, api kecik. masak sampai air dia kering. 
  • Lepas tu baru bubuh gula. Kacau sampai likat & sebati.
  • Then angkat, sejukkan.
  • Dah sejuk, bentukkan inti tu. 
Tips! nak senang bentukkan inti dia:  Setiap kali nak jemput inti nak bentukkan tu, celup jari dalam air. So dia tak sticky & senang nak betukkan. If not, melekat lekat jari.

Dah setel inti, buat crust/doh/tart dia pulak.




  • Mix/gaul kuning telur dengan mentega sampai jadi ala ala crumbs/ serbuk 
  • Pastu masukkan tepung sikit sikit
  • Gaul/uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  • Setel.

Bentukkan doh macam silinder ni nanti senang nak masukkan dalam acuan.






Masukkan doh, lepas tu pegang acuan tu guna dua2 tangan  macam syringe/picagari ubat tu then tolak untuk keluarkan dok sambil tarik acuan ke belakang.  Ha lepas tu letak inti kat atas tu then gulung. Dalam 2 lapis ok lah kot 

Ah sudah, faham tak weyh korang? hahahaha. 






 Bila nak picit doh ni make sure acuan belah dalam tu ke atas. So dia jadi macam gambar blah kiri. Faham kot eh?

So, details tak? Hahahaha. tak jadi jugak tak tahu lah korang.

Selamat mencuba ok.

****Update****
- Bakar pada suhu 180c. 15minit.
- Kalau nak sapu kuning telur dekat atas doh tu, campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning, mix dan sapu sebelum masuk dalam oven.

Soalan soalan dekat comment tu dah dijawab :- http://tmd03081.blogspot.com/2014/07/macam-mana-nak-kira-adunan-mana-nak.html

Check it out!~


Throwing Things is Cool Makde, No?



Fasa yang sangat mencabar nak membesarkan budak sorang ni. Hyper, Cerdik. Banyak perangai. Sigh.

Aku sejak dua menjak ni memang beraaaaannngggiiiinnnnnnn je dengan budak kecik ni. Tangan dia tu tak boleh langsung tengok benda bersusun elok elok. Named it! Ape je benda tak dia campak? Aku pun laju je la tangan piap tangan dia kan. Geram! Kalau dalam bilik asal masuk je memang siap segala mekap, lotion, handphone, buku tah ape benda lagi memang berterabur la dalam bilik. Blusher satu memang selamat dah hancur bertaburan. Compact powder belum pakai pun dah retak. Tahniah anak.

Last time dicurahnya lotion aku, tabur buku atas lantai, main! Hah lantak kau lah. Tak larat nak marah. Sehari kalau aku tak memetir kat telinga dia memang dia tak aman kot. Adaaaaa je benda nak di buang nya. Ada je perangai nak dibuatnya. 

Baru ni, masa orang tengah sibuk sibuk bukak puasa, dia makan nasik sambil main tab. Takde sorang pun perasan pintu bilik air terbukak. Lepas tu dia boleh pegi rendam tab mak dia dalam baldi. Kena kotor kot. Dah keluar bilik air, "Ummi..nah!" Hulur tab basah dekat mak dia. Apa nak kata, naik hantu la kak ipar aku kaaannn!!! Tapi tangan dia tak naik, just diam je tahan marah. Kak ipar aku kata kalau membantai dia macam nak putus nyawa pun ape lah sangat harga tab tu nak banding nyawa anak. Nak dapat  bukan senang. Abang aku jangan cakap la, ketar kejap Adam tengok abah dia mengamok. Ha rasakan. 

Lepas tu kemarin, ambik carrot dalam peti time aku sibuk masak, dia boleh rendam dalam bathtub dia, bawak mandi. Errgghhhhhh berangin la aku.Orang nak masak nak makan dia boleh main rendam pulak. Semua benda nak buang. Semua benda nak rendam dalam air. Adaaaammmm!!!!

Pastu tangan dia tu sikit sikit nak melepuk muka kita. Kalau tak sakit takpe lah jugak hoi. Kadang tu sampai berair jugak la mata.

Tu gambar atas tu, habit ape entah, tak kira pagi petang siang malam nak main menyorok dalam selimut tu. Dia, backhoe, elephant, bantal busuk wajib masuk. WAJIB!!

Stress aku.

Habis daya, doa je la lepas solat mintak tahan sabar, tahan nafsu marah. Eyh, kalau orang jenis baran tak ingat dunia, selamat dah ni aku rasa, memang berlebam dah badan dia. Memang kes dera jadi sudahnya.

Nauzubillah.


Kuih Bakar (Pandan)

All time favvy. Jenis bingka bingka gini memang aku sukaaaaa. Aritu dah try Bingka Labu. Nyums! Ok, kali ni yang simple gila.
Patutnya kedudukan dia ni tegak . Itu yang bila terbalik tu semacam je nampak.Tapi sedap dan tak manis sangat.  *Nakjugakmenang* 

Bahan bahan:
1 cawan air pandan
1/4 cawan gula
2 1/2 tepung gandum
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar butter (optional)
3 biji telur
1/2 sudu kecik garam
Dua tiga titis pewarna hijau
Bijan

Cara cara:
- Masak air pandan (Rebus 5/6 helai daun pandan dengan 2 cawan air, sebab nak dapatkan secawan air pandan tu nanti. Lepas tu titiskan pewarna hijau sampai puas hati nak hijau dia jadi camana, bright ke soft ke sukatilah. Then blend daun pandan tu dengan air yang dah rebus tu, tapis amik secawan air dia) Ha detail mak bagi ni. Hahaha.

- Atau kalau darurat sangat takde daun pandan atau malas, campurkan secawan air dengan perisa pandan yang dalam botol tu.

- Lepas tu blend semua bahan lain termasuk air pandan ni sekali. Kecuali bijan

- Sapu loyang dengan minyak keliling dan dasar loyang.

- Tuang semua bahan blend tadi.

- Tabur bijan. Kak Hana kabo, letak bijan masa separuh masak. Baru lah tak hangit bijan tu. Aku? Pegi kedai sangat, bijan lupa beli.

- Panaskan oven.

- Masak 50-60 minit suhu 180. Aku selagi atas dia tak berkerak, selagi tu aku tambah masa bakar dia. Berkerak tu yang best tu.

Resepi asal : Kak Hana

Ok? Gudluck.


Obsesi

Pernah tak antara korang yang ada anak kecik, anak buah anak sedara atau sedara mara yang punya obses kepada sesuatu. Contoh paling senang bantal busuk. Mesti ada kan. 

Lemme tell about my nephew, Iman Adam. Obses terhadap:
- Bantal busuk
- Elephant
- Backhoe
- Orange (Name it, orange, carrot, colours & eveything)

Pegi jalan nak bawak masuk kereta, nak tidur nak masuk buai, nasib tak bawak mandi. Pfftttt


Chicken Pie

Keinginan nak buat benda ni dah lama. Setahun ada kot. Tapi tak suka yang beli sebab ada mix vege. I no like mix-vege. Tasuka.

So google here and there. Dapatlah. Resepi asal here: http://www.myresipi.com/top/detail/6142

Ni kat bawah resepi derhaka aku.


DOH PIE :
100gram butter
250gram tepung gandum
1 biji kuning telur (dipukul)
Sedikit air
Secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE:
1 biji kentang (potong dadu)
3 ketul dada ayam (potong dadu)
Setengah biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (larutkan tepung jagung dengan 2 sudu besar air)

CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
- Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
- Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda ayam lobak merah dan kentang yg telah digoreng tadi
- Masukkan gula, garam, sos tiram, lada sulah & bancuhan tepung jagung.
- Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat.
- Rasa, kalau kurang tambahlah apa yang patut
- Sejukkan inti pie (Aku tapis bagi tos minyak kalau terlebih minyak)

 CARA-CARA MEMBUAT DOH: 
- Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Masukkan telur, butter, garam.
- Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung so tambah tepung. atau kalau tak jadi jadi doh, jadi macam serbuk breadcrumbs tu tambah air).
- Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. (Buat nipis nipis je)
- Then masukkan dalam acuan. Tekan tekan bagi lekat elok elok.
- Cucuk dasar doh dengan garpu bagi tak menggelembung nanti bila masak. Tepi tepi pun cucuk.
- Masukkan inti. Then lapis lagi dengan doh. Cantum cantumkan dia bagi melekat, nanti bila masak tak terbukak atas dia.
-  Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak.


- Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

Siap buk!

Gambar dari mula menguli tak de sebab tak konfiden jadi. Kang buat penat amik gambar je. hahahah.

Inti!


Dah siapkan doh, masukkan inti

Tutup dia! Hantar masuk oven

Alhamdulillah even termasin sikit dan puff doh tu tebal sikit. 

Makan sebijik pun dah kenyang gile ok!

Next time nak buat lagi. Tapi buat nipis sikit. Gudluck sapa yang nak try! Kemain gudluck kat orang. Diri sendiri buat puding karamel pun tak lepas. Malu lah sikit. Hahahhahah.




Sambal Nasi Ayam Penyet

Hari tu masa dekat rumah kaklong, bibik buat sambal sedap. Rasa dia ala ala sambal ayam penyet. Balik KL aku apa lagi, teringin dan menggugel la. Kang tanya bibik kang tak paham plak aku cecara dia. Jadi jumpa lah resepi.

Tapi aku takde tomato. Lepas dah twit twit, Na cakap boleh je ganti asam jawa. Aku tengok dalam peti ada limau nipis. Ok, cun. Boleh lah tu nak masam cuma kalau tomato kan ada rasa dia tu yang lagi best tu.

Meh.

*Resepi yang dah dikucarkacirkan

Bahan:

Minyak masak
5 biji Cili merah/Cili besar (potong kecik kecik)
5 biji Cili padi (Ikut suka nak pedas banyak mana, potong kecik kecik)
4 biji Bawang kecil/merah (hiris)
2 biji Bawang putih (hiris)
3 biji Tomato. Sebab takde tomato aku ganti 2 biji limau nipis dengan asam jawa sikit.
1 inci Belacan
3 sudu besar Ikan Bilis
2-3 sudu gula merah/secukup rasa (Aku guna gula biasa main agak agak je lah)

Cecara:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.
Goreng belacan. Angkat.
Goreng bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi sampai layu. 
Tumbuk semua bahan di atas.
Lepas tu masuk balik dalam periuk, minyak sikit je. Masak balik.
Perah limau nipis dan tambah asam jawa sikit.
Tambah gula. Gaul rata. 
Siap!




Untuk Adik Adik Yang Baru Bernikah

Ni kisah 2 3 bulan lepas. Ada la sorang budak ni baru kawin. Aku pun semangat la wish Selamat Pengantin Baru apa bagai kan? Supposedly say thanks cukup lah atau I pun doakan U cepat cepat berjodoh whatsoever lah ayat lebih kurang gitu lah kan. Tapi taaaaakkkk. Dia balas "Thanks, awak bila lagi?" Oh tahulah kau tu baru je sudah nikah. Tak pe lah. Dan mengAWAKkan aku je? Oh sentaphatimaknak! Bukannya kau tak kenal aku. Kalau sebelum ni boleh panggil akak why all of sudden berAWAK? Sentap ok. Jenuh pujuk hati bersangka baik. Terus aku tak komen dah lepas tu. Hu. 

Sentap ok. Sentap.


Lafaz Sakinah

Benda ni popular dekat Melaka dengan Johor je. Aku tak tahu lah kalau tempat lain macam Pahang boleh buat ke tak. Kena reqest & bincang dengan Tok Kadi kot. Tapi, turn aku nanti aku rasa nak buat sebab feeling barokah dia tu lain macam dan eh komfem meleleh lah air mata. Ha masa tu baru la nak insaf dan rasa sebak rasa tanggungjawab tu bila dah nak beralih ke kehidupan baru. Ni kang tak, SAH! je terus happy happy. Tak best lah. Majlis nikah kena syahdu syahdu sikit boleh?

Eh cakap macam nak nikah dalam masa terdekat plak. Tak lah, just sharing lagu nasyid FarEast - Lafaz Sakinah. Memang sumpah sedih lagu ni. Lirik dia berkenaan penyerahan anak gadis kepada suami. Sape yang dengar lagu ni tak sebak atau nangis memang aku salute lah.

Ni contoh ucapan ibu ke anak, aku jumpa kat http://www.ekmirabat.com/2012/01/lafaz-ikrar-sakinah.html Puas cari contoh skrip yang full, takde.

Sedih kan? Bayangkan mak baca masa ni memang berderai la air mata. Mekap kemana lantak lah.

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku 
Tangisannya kini ku serah padamu 
Bukan bermakna dia bukan milikku 
Fitrahnya perlukanmu 


Jadikanlah dia wanita syurga 
Mengerti benar akan maharnya 
Taat itu bukan hanya pada nama 
Indah ia pada maksudnya 


Ku akur Akan pesanmu 
Puterimu kini amanahku 
Iringilah 
Dengan doamu 
Bahagia kami dari redhamu



Panduan Solat Tarawikh

Syoknya ramadhan. Berbondong bondong pegi solat terawih. Sumpah seronok. Tapi ada masa, takkan dapat nak pegi solat dekat masjid. Jadi, kena buat sendiri dekat rumah. Tak tau macam mana? meh nak share. Lengkap ini. Untuk solat beramai ramai ataupun sendirian:


Selamat beramal! :)


Ayam ButterMilk

Resepi paling senang, cepat dan sedap. Tah, aku rasa senang gila kot.

Bahan bahan:
Ayam (potong bahagian dada - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum
Tepung jagung
Cili api - potong serong (Optional. Aku tak letak pasal nak bagi Adam makan, kang pedas plak)

Maafkan lah daun kari kering tu. Dah lama. Asal adooooo.

Cecara:
1 - Lumurkan ayam dengan serbuk kari lepas tu golekkan sama rata dalam tepung jagung + tepung gandum. Lepas tu goreng sampai masak. Macam ni ha:
Kiri : Ayam yang digolek dalam serbuk kari dan tepung jagung+tepung gandum
Kanan : Ayam yang dah siap di goreng.


2 - Panaskan kuali masukkan butter, kecikkan api biar butter cair.
3 - Masukkan bawang merah dengan bawang putih
4 - Dah naik bau masukkan daun kari
5- Dah agak garing, masukkan susu segar. Agak pekat sangat tambah air pun takpe.
6 - Perasakan garam sikit.
7 - Bila dah mendidih tu masukkan ayam tadi. Biarkan sampai kuah butter tadi pekat sikit tapi jangan sampai kering tak berkuah langsung.

Siap!

Senang yang amat! Tak payah nak bebeli kat kedai sangat.

Sekarang kemainnnnnn tak pakai dah santan santan. Semua main susu segar. Jaga kesihatan sangat lah konon! Hahaha. Okay apa sebab santan biasa kejap je dah tak elok bila dah guna even kotak pun kalau letak dalam freezer then bila defrost tu x fresh. Tapi susu segar kalau berhari hari duduk dalam fridge even dah bukak pun still elok lagi dan pekat, dan sedap je kat tekak aku. Name it, kari, masak lemak, kurma mak okay je rasaaaaaa. Dah la satu tin tu boleh dapat paling paling boleh dapat dua masakah. Jimat hokay?

Jadi, mari lah bertukar ke susu segar, okay?. Lagi enak, pekat, creamy dan sedap. Try k! :)



2012, July 7th

Sempena hari lahir haritu, biasalah ucapan yang sudah dijangka "Bila nak kawin?" "Bila nak naik pelamin?" Esok kalau dah kawin, kalau rezeki anak lambat tanya pulak bila nak beranak, dah dapat anak tanya lagi bila nak menambah. Ujung ujung senyap gitu je. Like masa aku takde lesen kereta dulu. Sibuk hingaq sangat aih satu kampung bila nak buat lesen bila nak buat lesen. Dah la satu sen pun tak bagi (kot lah hadap sangat aku nak buat lesen kan?) Alih alih bila dah dapat lesen, ha senyap kat situ tak bunyi apa dah pun. Motip? Ah biasalah. Orang. Kalau tak hingaq lagu tu, orang-orang lah pulak kan.

Takpe lah. Lumrah lah tu. 

Ok here i just wanna share birthday wishes kawan kawan yang OhMyAllahhhhh....sweet sangat! For me lah.

First, one and only lah, Ad.

Touching gila ah wish. (Ah kau kalau dah suka semua pun nak touching kaaaaaannnnnn)


Then dari my besties:




Zana paling sweet out of all! Malam berinai dengan mandi bunga tak tahan tu. Ni penangan masa kawin Lisa dulu lah aku canang nak heret semua besties mandi bunga dengan berinai. Komfem minah ni tuntut nanti. hahahaha.

Oh my lovely cousin pun. Muda 5 taun dari aku tapi she's the best couzie i eved had. Pantang jumpa gossip saja.


Kau nak kawin dulu dik? Kawin ah. Aku kasi chance. Tak kesah punnnnn. Asal Famy jaga kau elok elok cukup ah. 

Thanks for all those sweet wishes. Banyak lagi kat FB nu. Tapi ini antara best of the best lah kira. Semoga doa doa kalian terutamanya ehem yang jodoh tu dimakbulkan. Dah nampak dah yang terbaik. Tapi belum tentu Tuhan kata aku yang terbaik untuk dia kan.. Jadi, kita berdoa sajalah :) 

 Oh oh ada gossip best. Pasal birthday wishes ni jugak lah tapi nanti lah kita sambung lagi. Panas!