Cuti Merdeka 2012

Cuti merdeka yang lepas kitorang semua balik berkumpul dekat rumah kaklong & mak. Fun! 

Mula mula khamis malam tu balik rumah kaklong. Esok tu kitorang gotong royong (lah sangat!) masak Nasi Kurzi Johor. Aku lah ketua, konon! Kaklong suruh. Kahkahkah. Dia senang gila kot instant pack tu. Kau cuma kena pegi beli ayam atau daging je. Segala rempah sos biji gajus susu segala bala dah ada siap dalam pack tu beserta instruction. Beras pun sekali ada ok?! Lepas dah siap masak excited tunjuk kat Ad dan pujuk dia mintak resepi Nasi Kurzi original dari Bonda. Ehehe. Fuh fuh semoga bonda kasi. Amiinnn.

Sebab apa nasik aku ada putih putih ? Sebab campur nasik biasa. Tak cukoooppp!
Ha! Acar buah pun siap sekali okey. Bapak ah senang gila. Boleh lah berlagak masak macam kenduri kawin ni dekat kawan kawan wkwkwkw.


Malam pulak kitorang BBQ kaw kaw punya. Kambing! Aku berjaya buat sos lada hitam untuk kambing tu. Wallawwweeeyy! Senang gila baq hang!

Nah, homemade! Salah buah, lamb, mashed potato & sos lada hitam.
Kaklong sampai ke sudah terkagum sebab orang kedai tu potong daging kambing (it's biri biri actually) slice by slice macam yang kita makan dekat kedai tu. Dah la berapa slices entah ni (banyak!) baru RM25++ Kalau kat luar satu slice je dah berapa kan? Aku kagum jugak actually tapi tak lah seteruk kak aku hahaha. Sorry kaklong. 

 Then, sabtu malam tu kitorang balik rumah mak satu kereta dengan abang, kaklong semua. Mak dah balik pagi tu dengan abah & adik. Dah call mak dulu then mak tanya nak makan tak, konon semua taknak. Tapi balik rumah mak, biasalah, dia automatik jadi lapar. Penyakit apa entah. Lalu, aku pun dah jadi macam tersumpah apa entah. Terkenan nak bagi orang makaaaannnn je. Terus cari benda nak makan yang paling cepat. Megi goreng! Masak masak, eh eh semua join. Haha.

Lepas tu ambik tilam queen size semua bergelimpangan tido ramai ramai depan TV. Best gilaaaa okey! Abah mak, syahmie tido dalam bilik. Cucu nenek sorang tu mana boleh tak tido dengan nenek kalau ada nenek dia. Ah macam dia sorang bernenek. Yang lain, abang, kak nelly, adam, aku, kaklong, rifqi, adik tido ramai ramai depan TV. Ah layan sungguh berhimpit himpit. Haha!

Esok pagi pulak, mak masak nasik lemak. Ya Allah nikmat nya dapat makan nasik lemak emak. Memang berlemak baq hang! Masa goreng ikan bilis pukul 7 pagi tu aku tahu dah, aku tahu dah! Ini komfem mak nak buat nasik lemak. Dasar period kan, harus lah tak bangun subuh! Tapi dalam tidur tetap boleh bau. That's emak!

Sambil sambil breakfast tu terkeluarlah gossip keluarga paling best. Memang panas gilaaaaa ah. Hampir dua jam kitorang breakfast. Kot. Ok, sebenarnya bergosip. Hahaha. Dah sapa suruh topik best gila kan! Mendapat lah. Lepas breakfast pegi keluar cari lauk untuk tengahari dan melawat ladang sawit kejap. Syok sebab first time pergi. Tak senonoh betul. 

Anyway, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 Malaysia. Be good be nice always, okay? :)


1 comment:

sweethOneY said...

Syoknyaaaa baca entry ni senyum2 aku baca syok meriah !