Kisah Benar, Subhanallah.

Dua minggu lepas, melawat Kak Izza dekat hospital. Dia admitted due to some problem ape tah, uri ke bawah ke cane gitu lah. Lepas tu dia pun cerita. Kesah benar la ni.

Ada sorang patient dekat hospital ni, pregnant first baby. Dia nak bersalin normal. Tak nak operate kesahnya ni. Doktor suruh operate taknak, lepas tu terlebih hari rasanya. Dia tunggu jugak nak operate. Tunggu punya tunggu tak jalan jugak. Alasan dia, kalau operate, nak ngandung anak kedua senang, cepat sikit. Nak jadikan cerita, dia sedar sedar baby dah tak gerak. Dia dah panik, mintak doktor check. Doktor check scan bagai, agaknya lah kot, mana aku tahu tak penah pregnant, so check nak make sure keadaan anak tu camana. Check2 sekali takde movement, takde feedback apa pun. Last2 doktor sahkan anak dia meninggal dalam perut.

So kena keluarkan lah macam mana macam mana pun kan. Patient ni mintak taknak operate. Kasi la apa apa ubat pun doktor so that dia boleh keluarkan anak tu secara normal. Degil nih. So doktor pun kasi la ubat macam macam la. Dekat seminggu jugak, last last patient ni dah tak tahan, dia mintak doktor operate.

Jadi, doctor & nurses pun prepare la apa yang patut untuk patient ni. Untuk baby memang tak lah dah katanya dah meninggal kan. 

Sekali, bila dah belah perut, keluarkan baby tu, baby tu menangis. Yes! Menangis! Hidup ok! Baby tu hidup! H.I.D.U.P!! He's alive!

Subhanallaaaahhhh!! Doktor yang menyambut, nurse, patient tu, husband dia, semorang la dalam bilik bedah tu menangis ok. Aku yang dengar cerita tu pun menangis. Sebak tak yah cakap. Besarnya lah kuasa Allah kan! Kau guna teknologi apa sekalipun kata baby tu dah mati, tapi?

Itulah, kita ni jangan sombong sangat dengan Allah dan orang yang lebih arif.. Nak jugak normal lah bagai padahal doktor tu dah suggest awak kena bedah ni. Eh tak nak, nanti konon second baby senang cepat sikit. Sekali Allah tunjuk kuasa dia...takke insaf kita? Hujung hujung kau operate jugak. Kalau tahu, baik operate dari awal ye dak?

Hikmahnya operate, Allah nak tunjuk baby tu hidup. Selamat. Cer kalau paksa beranak normal, tarik kaki, tarik tangan? Jadi benda tak sepatutnya? Ha cane? Nyesal sampai mati.

Kata patient tu, lepas doktor sahkan anak dia meninggal tu, dia ada la satu hari tu rasa macam ada movement la dalam perut dia tapi ingatkan just perasaan dia je kan so dibiarkan lah.

Nak salahkan doktor tak boleh. Doktor dah suggest suruh bedah, tak nak. Doktor dah cek guna alat dia bagai, tak dapat kesan nadi etc, so kira tak bernyawa lah kan? So, declare lah mati.

Kuasa Allah.....pengajaran sangat. Jangan lah sombong. Jangan lah ikut kepala sendiri. Dengar lah nasihat pakar, nasihat orang yang lebih arif. Memang insaf lah aku hoi. 

For mommies to be out there, ingat la wey kesah ni. Memang....speechless. Subhanallah. Allah Maha Besar.

*Keseluruhan cerita aku takde la detail 100% tapi flow dia macam gitu lah. Tak ingat sangat exact word dari Kak Iza. Maklum la dah dua minggu lebih cerita ni.


1 comment:

Mama Haida said...

subahanallah....mujurla bb selamat kan...maknya tu taktau kot klu first bb operate ada can lg nk 2nd bb normal n bleh je nk cepat beranak lg sorg.hehe.mmg iktibar sungguh.