After a year..redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah.

Jumaat balik kampung. Saja saja. Takde plan nak buat apa. Terus balik rumah mak. Oh ada nenek (orang pahang panggil wan) Tiba tiba adam macam excited gila main bola dengan moyang dia. Bukan main sebenarnya tapi more to bullied moyang dia. Mau tak suka, orang tua tu dah tak larat nak tepis bola dia then cakap "Moyang kalah la macam ni. Adam menang" Amboi mengekek ngekek suka sebab moyang ni mengalah. Siap record bagai. Ada lah jugak kenangan Adam dengan moyang. Tapi bukan bola berat. Bola besar yang ringan tu. Tapi moyang frust tak reti bersembang dengan Adam pasal dia berlagak. Balik kampung suka over. Speaking. Duduk rumah tak nak pulak.

"Oyang...Where are u oyang?" "Nenek...wheres duck nenek?" "I want milk. Four!" "I want elephant! Woaaa big elephant!" Merujuk kepada fridge magnet gajah dekat peti nenek. Dan macam macam lagi lah dia tu. Sudahnya moyang dia cakap "Tak reti la moyang nak bercakap dengan cicit ni. Bahasa orang putih je"

Esoknya semua keluar ke rumah kakak. Mak pegi kursus haji. Kami hantar nenek ke rumah Makcu. Dan balik lunch kat rumah kak long. Happy gila dapat  kumpul ramai ramai. Dalam pukul 4, aku pegi saloon dengan kak long. Memang dah lama pun niat nak potong rambut. Setaun dah rasaya tak pegi potong rambut. Mintak la V-Shape. Aku tak harap sangat pun jadi cantik rambut tu sebab selalu kalau pegi potong mesti hasil dia tak memuaskan hati aku. Jadi, tak kisah sangat lah. Potong je lah. As long boleh ikat ok lah. Sudah lah sebelum potong tu dia dah merungut dekat partner dia, dah penat lah, peninglah pasal pregnant kot. Aku memang dah cuak dan redha serta pasrah je la apa jadi dengan rambut aku.

Bak kata Lisa, "Redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah" Hahahhaaha. Maka, aku redha dan pasrah je lah.

Then mintak dia cuci sekali. Mak aih!! memang best gila kakak tu ramas kepala aku. Berdetak detak dia tarik rambut. Lepas tu urut tengkuk, urut leher. Amboi. Sampai tertido. Puas betul! Sebenarnya aku malu jugak lah pasal sebelum pegi potong tu rambut memang dah berapa hari tak cuci. At least kalau nak pegi potong tu cover lah sikit dengan masalah kelemumur ape bagai kan. Ni tak, immediate aku buat keputusan nak pegi potong, maka hadap je lah kakak tu dengan rambut berkelemumur. Yikes! Pengotor betul. Then kakak tu pun tegur jugak lah "banyak kelemumur awak ni dik." Aku dengan muka panas nya "hehehe..saya dah berapa hari tak cuci ni kak. ni pun tak plan datang potong rambut ni. biasa la kalau tiga empat hari tak cuci memang masalah sikit" Kantoi aku. Ces!

Masa kakak tu cuci rambut aku, dia suprise gila pasal dia kata rambut dah kusut ingatkan bila cuci banyak la gugur, ni satu pun takde. Sebenarnya, aku pun cuak jugak kena bebel dengan kakak ni kalau rambut gugur banyak nanti. Sudahnya aku pun suprise takde rambut gugur. TAPI! Dia tak tahu sebelum aku datang potong tu, dua tiga hari asal usap rambut je siap la beguguran sekali.Dah rupa ada anak menyembur dok gugur gugur rambut. Ahahahahaha. 

Balik rumah, waahhhhh elok pulak kakak ni potong rambut aku. Sukaaa!!!! Harga pun reasonable la kot. Dah bertahun tak pegi salon kena rm32. Not bad. Aku puas ati. Dia kata infra-red sauna pun ada. Maka aku pun galak la nak try. Next time kot. 

Sampai rumah, call pulak kawan kaklong, magrib magrib buta tu dia datang umah kakak then kitorang (aku mak, kak long) berfacial bagai. Kak sue tu charge rm20 je. Ok lah.Sampai waktu menaip ni aku puas ati lagi. Banyak white-head hilang. Hidung pun licin. Muka berseri macam apa. Hahahah. Ni yang tiap kali balik ni mula la panjang je akal aku nak berhairwash, berfacial. 

Oh, yang lagi best sebab saloon ni untuk muslimah sahaja :)


-End-




USS Singapore : Ancient Egypt - Revenge of The Mummy

Lepas je naik Cyclon tu kitorang pegi la dapatkan mak dan mummy yang sumpah dah bosan tunggu kitorang. Diorang tak boleh nak buat apa, naik apa. Jadi duduk melepak tunggu anak anak tengok gelagat orang, layan suasana arab. 

Semorang gigih nak naik Revenge of The Mummy punya ride. Kabornye best berganda ganda sebab dalam gelap. Ok moh le kite.

Beratur agak menyakitkan hati jugak lah. Sama macam Transformers tadi tapi yang ni dalam sejam je rasanya. Tapi bila naik ride tu....

Tarik nafas dalam dalam!!! 

Ok mula mula biasa je. Dalam gelap, jumpa barang barang purba. Tenang je. Masuk selekoh, hambek. gelap gelita! Ride dah start laju. Sampai dekat satu tembok. Opppsss cracked! Tak boleh masuk dan zzzaaaaassss!! Ko punya coaster tu kena tarik ke belakang. Gila terkejut. Dah la safety dia cuma palang je kalau tak salah aku. Ha memang menggenggam gila gila lah aku. 

Yang paling kelakar masa tu kezen aku si Izzat eh dia boleh duk record plak guna handphone dia. Apa nak kata menjerit macam nak gila la si kakak dia suruh Izzat duduk diam diam simpan phone. Terpinga pinga budak tu. 

Ha lepas je kena tarik tu start la ride tu laju nak mampos. Lagi laju dari yang lain aku rasa. Dengan sejuk gila kat dalam tu. Gelap gelita. Berkabus bagai. memang pasrah gila je lah. 

Keluar keluar, aunty aku dah menjerit macam orang gila. Haaaa kalau bayar seribu pun aunty tak nak naik dah benda gila ni. hahahhahaha!

Mom. Ecewahhh dah macam pegi Egypt.


Lepas ni kita pegi makan. Kebuluran semorang.


Puasa

Tadi jumpa ni. Jadi aku nak share. Peringatan untuk diri sendiri jugak.

USS Singapore : Cyclon

Disebabkan aku tak sanggup nak beratur gila gila bila tengok Human punya waiting time 105minit! jadi aku menghasut adik adik sepupu ni naik Cyclon yang 35min je waiting time dia, which actually lagi membuatkan adrenalin kau rush macam nak mati. mana tak nya. Dia akan berpusing kepala kau ke bawah kaki tergantung! Tak nak rasa?? Rugi!

Human tu yang macam kita naik roller coaster biasalah. Takde terpusing kepala terjunam apa bagai. Aku alang alang nak naik benda gila tu biar lah gila sungguh! Hahaha.
Kai, Me, Zaty, Nai, Im


Jadi beratur lah kami semua ni termasuk lah Izzat 9 y/o ah tak kesah lah tu asalkan kau cukup tinggi nak masuk. kalau tak salah tinggi untuk masuk 122cm kot. Budak budak ni majoriti first time naik rolller coaster terus aku ajak naik benda gila ni. hahaha. Beratur boleh tahan lama jugak lah. Naik tangga tinggggiiiii!

Elok je sampai turn kitorang masing masing dah dupdapdupdap tak payah cakap. Aku rasa dada sesorang hahahhaha. Russshhh! Aku dah nekad nak bukak mata sepanjang ride tu pasal dulu ingat naik kat Timesquare aku pejam mata dari mula sampai sudah. Rugi! Jadi beranikan diri, here we go!

Dia punya ride takde slow melow. Terus main kasar zaaasssss macam naik bukit tu lepas tu haaaaaaaaaa menjunam!!! Budak budak ni dah menjerit macam apa! Aku bukak mata neh. Rasa nak tercabut contact lens. Kaki terbuai buai. Elok je dia amek corner overlap zzzaaassssss kebawah kepala hoi!  Lepas tu masa mendaki lagi depan tu kabus kan aku rasa macam pasrah je la hoi nak pegi syurga mana neh. Then elok je dia ke bawah lagi terasa badan tertolak nak jatuh hoi! gila seram. eh tapi aku sempat lagi tengok orang kat tanah yang macam semut. Wow not bad jugak tahap keberanian aku!

Nak menjerit memang tak dah! Pipi kebas hoi berlaga dengan angin. kalau aku menjerit aku rasa aku muntah atas langit tu jugak. Jadi aku diam dan enjoy je lah! hahahha Funny kot tak boleh menjerit kat atas tu.


Tapi tak lama pun. Satu minit je kot. Terus mendarat dan kepala pusing. Senyap kejap aku nak pegi amek kasut tu terhuyung hayang. Hahahah Best! Berbaloi! Puas hati. Lepas ni tak pandang dah roller coaster genting ke ape. Ceh, berlagak!



ADAM - Aku Darah Anak Malaysia


Mulanya tak nak update pasal novel ni dah lama jugak la dekat market. Tapi atas permintaan, update jugak lah.

ADAM untuk Adam. Smile :)

Dari novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid, tajuk ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)

Cerita ni berkisar pasal Hilman, hero yang umo 40++ tapi the way penulis dia describe aku terbayang Hilman ni sangat melayu dan gagah perkasa oh! *jatuh cinta* 

Dah lah nama Hilman tu aku suka. Hilman – Hayati. Sweet kan? Ok merepek. Enuf. Next!

*********************** “Dia muncul secara tiba-tiba, Dia menghilang entah ke mana…”********************


Sinopsis :

Bila Hilman dapat bertemu dengan anak nya Jeslina di NY setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka di ragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilam pula di tuduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuan nya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

Ha ni review versi aku lah: 

Hilman, sharpshooter untuk PDRM. Pernah selamatkan pegawai tentera US masa perang dekat Bosnia so dia kira cam hebat lah. Bukan calang calang orang. Lepas tu masa dia muda pernah derma separuh hati dia dekat sorang baby nama Mia Sara.

Jadi Mia Sara ni bila dah besar, dia kerja dekat Kedutaan Malaysia dekat US. Bila mak dia tunjuk gambar lelaki yang derma separuh hati dekat dia tu, started from then dia rasa macam jatuh cinta plak dekat laki tu. Ada instinct yang kuat dan rasa sayang yang melekat. Padahal tak pernah jumpa neh.

Si Hilman ni pulak wife dia dah meninggal masa lahirkan anak diorang. Wife dia ni anak orang kaya dan family dia tak restu. Jadi bila wife dia ni meninggal, lagi la mak ayah mertua dia benci dia dan amik anak dia dan pisahkan diorang. Sampai lah anak dia nak sambung study dekat oversea hanya 2 3 kali je dapat jumpa.

Pada masa yang sama, ada dua orang arab datang Malaysia nak buat plan ape benda tah. Dan ada seorang CIA agent, Ruben duk intip arab ni. Sampai la arab ni perasan dan berlaku kekecohan sampai arab ni kejar CIA Agent ni masuk sampai KLCC dan tawan KLCC jadikan delegasi US sebagai tebusan. Jadi, bila saat genting macam tu, arab ni ugut kata ada bom dalam KLCC dan mintak duit sebagai jaminan membebaskan tahanan then PDRM dah buntu nak buat apa so diorang panggil Hilman ni. Bla bla bla Hilman pun berjaya arrest diorang ni semua. Arab tu mati tapi CIA ni terselamat. Masa checkup kat hospital CIA ni dapat lari dan balik US. So PDRM offer Hilman naik pangkat, tak kasi bersara awal.

Masa kat US, Daljit, reporter dari Malaysia kena buat cerita pasal pilihanraya US antara parti democrat (President Jack William) dengan Parti Republicant (Baldwin Jr.). Masa dia tengah lepak lepak tu ada sorang mamat Gabriel tegur dia. Gabriel ni actually rakyat Malaysia, MIA (Agen Risikan dari Malaysia). Dia tolong Gabriel ni cari bahan untuk hangatkan kempen politik US ni.  Jadi, dia dapat gambar Mr. President dengan mistress dia dan mintak Daljit update cerita tu hantar kat Malaysia.

Kebetulan Jeslina, anak Hilman dapat study kat NY. So adik ipar dia, Alia bawak la Jeslina pegi sana awal dua minggu untuk biasakan diri. Sampai sana, dia call Hilman bagaitau kalau nak jumpa anak dia, datang NY. Hilman pun happy gila ah. Takde gangguan dari mak ayah mertua dia. Kat sana diorang sewa kereta. Satu hari tu Alia tak ikut pasal tak sihat. Jadi pegi lah Hilman dengan Jes je. Tapi asik dok sesat membawak ke malam. Tiba tiba dalam dok kalut cari jalan tu kereta diorang kena langgar. Hilman sempat dengar suara lelaki dengan perempuan bergaduh sebab salah diorang pegi langgar dua beranak ni.

Bila Hilman dengan Jes masuk hospital, Dr. yang merawat diorang ni kasitau Hilman ni memandu dalam keadaan mabuk. So situla la bermula nya konflik cerita ni. Actually yang langgar diorang tu Mr. President dengan Mistress dia. Diorang gaduh dan terlanggar Hilman. So semua akhbar tak dibenarkan buat liputan kes ni. Pasal nanti habis lah kerjaya politik president tu sebab kalau orang siasat then orang tau lah dia ada mistress. Dr tu plak kena buat laporan palsu kata Hilman memandu mabuk. Tapi Ruben, CIA Agent tau pasal hal ni dan nak tolong Hilman. Nak balas budi Hilman selamatkan dia masa tragedi kat KLCC tu hari.

Jeslina pulak koma. Dapat tau dek Ayah mertua dia lagi la mengamuk orang tua tu. Diorang terus datang NY dan mengamuk dekat Alia. Mia Sara pulak bila tahu tu Hilman lagilah berkobar dia nak bela Hilman. Diorang senyap2 pegi buat blood test dan positif. Hilman tak mabuk. So bila Hilman dah sihat dan otw nak bawak pegi penjara untuk tahanan, Hilman dapat lepaskan diri.

Jeslina pulak ada orang menyamar jadi doctor dan kasi suntikan bagi dia koma lagi sekali pasal tak nak jeslina ni jadi saksi utama. Atok dia sakit hati sebab rasa ada benda tak kena bawak jeslina balik Malaysia.

So Hilman stay dengan Daljit & Gabriel. Gabriel one of friend of Mia Sara. Masa ni macam macam jadi lah. Sampai satu waktu Hilman pegi dekat tempat dia eksiden tu dan recall balik semua kejadian tu dan dia tertangkap satu maklumat. Dia dengar orang sebut nama Mr. President. Dan masa tu dia tahu dah siapa dalang di sebalik semua kejadian ni.

Nak balas dendam punya pasal, macam macam penyamaran la dia buat sampai satu tahap masa tu President ni nak berkempen dan Hilman dan nekad nak bunuh dia dengan kepakarang dia, sharpshooter. Masa nk tembak tu macam macam dia fikir. Tentang semua orang yang di sayang Ayah dia Miasara Jeslina dan semua lah. Then tak jadi tembak. Tapi dia shoot dekat tapak tangan masa president tu melambai then dia blah. So semorang dah kecoh lah. 

Masa tu David Anthony, naib president duduk belakang jauh sikit dari president. So orang orang White House ingatkan David tu yang punya agenda tembak president sebab cara dia tu lain macam je.

Actually memang David tu pun ada motif. Dia ada semua rakaman skandal President dengan Mistress dia dan upah orang untuk curi document president. Dan dia jugak lepas tu ugut presiden untuk letak jawatan. Kalau tak semua gambar dan bukti penyelewangan lah ape benda dia sebarkan. Si president takde pilihan. 

Tapi elok je president nak berucap untuk letak jawatan datang la orang orang white house ni kata David ni dalang semua kejadian dan tangkap dia. Jadi, case closed. President pun tutup kes Hilman,kata dia biar Hilman bebas. Sebab dia, Hilman teraniaya. Jadi, skandal dia dengan mistress dia tak de sapa pun tahu.

Hilman pulak lepas kes tembak tangan president tu Ruben tolong dia lari ke Mexico dan seterusnya dapat balik Malaysia. Masa tu ayah mertua dia dah berbaik dengan ayah Hilman ni demi Jeslina. Elok je Jeslina tersedar dia tengok berita dekat CNN dan Nampak muka president terus bagitau itu lah orang yang langgar kereta diorang.

Lepas semua dah ok tu Mia Sara pun balik Malaysia dan Hilman terus luahkan isi hati dia dekat Mia masa dekat airport. Gabriel pulak kena bertugas menyamar dekat Israel, Daljit masih dekat US dan Ruben terbuka hati untuk masuk Islam lepas kejadian dengar azan masa dekat KLCC dulu tu.

Habis. Bacalah. Adventure! 

*Tapi tak boleh lawan novel psiko Fiksyen 302, mungkin novel ni dah lama so idea tu belum berkembang baik lagi. Cewwwaahh pandai sangat aku nak bagi komen, kang Ramlee ni suruh aku tulis satu novel kang ha menggagau kau!*


USS Singapore : Transformers Ride


Pagi tu sebelum bertolak semorang kecoh makan berat berat. Nak ambik tenaga katanya. Macamkan dalam USS tu takde tempat makan. Hahaha. Aku yang dah survey beria ia ni rilex je. Malas makan berat berat jap gi nak membuang satu hal. Kalau toilet dalam USS tu ada paip air ok lah jugak. Ni?

Ok, masa dalam bas rasa ke-excited-an tu terbantut sebab alahai tour leader aku bagi information entah apa apa. Sikit sikit “kalau tak salah saya” “kalau tak salah saya” padahal memang salah. Boleh tak kau study dulu sebelum bawak kami kami ni pergi? Kalau aku boleh study ape benda ada kat dalam USS tu, siapa yang sesuai naik siapa yang tak, kat mana tempat nak makan halal, kat mana surau, kenapa kau yang sebagai tour leader dan yang dah pernah pegi tak boleh nak kasi semua maklumat tu dengan yakin? Terus aku alahai dia nehhhhh.

Ok forget it.

Sampai sampai dekat sana, benda pertama yang aku silap adalah! SEPATUTNYA KALAU NAK NAIK SEMUA RIDE TU KAU ORANG KENA PEJAM JE MATA PEGI BELI TIKET EXPRESS $30. Kalau pegi dengan trip memang diorang takkan include tix express ni. Nanti kalau orang orang tua yang tak naik semua ride ape benda tu kan rugi. Jadi, beratur lah kejap nak beli. Tapi disebabkan tak tau dan expect “eh tak ramai lah orang” jadi kami terus masuk dalam. Tak ramai abah kau!

Memang lah tak ramai pasal semua orang tersembunyi dalam bangunan nak beratur naik ride. Pakcik makcik aku ape benda yang excited sangat nak naik Transformers Ride entah terus meluru ke sana. Aku rilex je. Padahal itu lah ride paling best gempak gila!


Jadi, bila dah beratur dekat depan ni, yang tukang jaga tu dah warn, beratur kalau takde express tix amik masa 2jam. Ecehwahhh…kitorang yang excited ni relax je. Ok beratur. Dengan mak & mummy aku pun beratur.  SUMPAH! SUMPAH tak larat ok. Panjang gila babi queue dia aku kata kau.. Dah la berlengkok lengkok macam nak beratur beli tiket wayang tu. Lepas tu boleh pulak elok elok beratur dalam bangunan air cond dia pegi tambah beratur kat luar tengah panas. Memang angin ah kan!!! Mak aku dengan mummy dah surrender lepas tanya budak jaga tu dia kata sapa yang beratur ni memang kena naik. Jadi mak aku dengan mummy surrender dan pegi lepak dekat Ancient Egypt. Yang kami ni bila dah beratur naik tangga dalam masuk dalam tu ingatkan terus dapat naik ride la.

Harapan lah!!! Dalam tu beratur lagi lengkong lengkong berbaris dalam tiga empat bilik kot. Memang menguji kesabaran gila ah. Sebab tu aku kata beli tiket express. Dah la awesome. Ada tiket tu kau pegi la ride puluh kali pun. Sekejap je k. 10minit :2jam aku kasik ratio dia. Mampu? Dah lah beratur sekian! Kau naik benda tu tak sampai 15minit pun jap gi.


Tapi bila dah dalam bilik bilik tu ok lah dia kasi tengok benda benda ape tah transformers punya, pastu screen macam mana nak naik ride tu ape semua. Memang ohsem gila!

Bila nak naik tu dia macam kereta. Ada 4 row. Satu row 4 orang boleh naik. Yang paling syok aku dapat naik depan sekali. Tayah cakap la awesome dia camana rasa kan! Memang jantung tu kalau boleh cabut lekat balik memang tercabut dah. Time berlaga dekat bangunan, kena seret, jatuh menjunam, kena tumbuk dengan sape yang jahat tu Autobot eh? Memang rasa berkecai jantung dengan badan. Hahahah then optimus prime sambut kau masa nak jatuh bangunan! Itu memang epic hoi! Memang terasa wooh kepala terjunam ke bawah! Aaaaa jantung nak terkeluar! Peeewwww!

Lepas tu bila bangunan meletup ade pulak dah api betul kat set tu. Aku sempat gak bukak spek 4D tu nak tengok screen. Hahahahhah Screen biasa je kot. Tapi dengan 4D spek tu pergghh! Meleleh!

*gila aku buat review ni, kalau tak tergoda memang korang takde perasaan* hahahha.

Sama macam mamat sebelah aku. Eh boleh pulak dia senyap sunyi aku tak dengar pun dia woooo urgghh aahhh ape benda semua reaksi. Eh kau takde perasaan ke ape bang? Pelik aku.

Keluar keluar je riuh mulut masing masing "weh best gila! tak rugi penat beratur. Ohsem gila weh!"  Ha ye. Tau lah ohsem best gila babi. Tapi lepas ni ingat! Beli express tix ye darling!

Dah keluar biasalah ada kedai souvenir  tapi ingat nak beli dekat gift shop tapi kau silap! Segala tshirt keychain FM ape benda semua ada dekat situ. Kalau transformer transformer lah. Kalau cyclon cylcon lah. Jadi, sila selit je la duit dalam poket seluar.

Okay, next ape pulak. Cyclon!

Hantaran Tunang 60 Dulang??

Jumaat haritu aku dipaksa balik oleh BFF aku sebab beliau nak bertunang. Even BFF tapi lepas SPM jarang gila dah jumpa. Setahun bape kali je. Nak pulak dia jenis keje shift lagi la tak sama time je balik kampung. Jadi atas dasar persahabatan aku balik lah jugak. Mula tu ingat nak datang pagi pagi buta tolong orang merewang. Lepas dah siap siap dengan sakit perut dengan tak selesa ape benda entah aku tak jadi pegi pagi.

Paranoid pun ye jugak . Japgi makcik makcik dekat kawasan rumah dia tu mulut hermm boleh tahan. Takut aku pulak kena serang. Ye lah, besfren dah tunang, kau bila lagi? T___T

Jadi aku pergi dengan Erma. member sekolah rendah jugak dan dah ada baby. Memang awkward gila lah aku ni. Masuk masuk rumah jumpa dia sembang sembang terkejut aku dia kata :

"Weyh pegi la tengok hantaran aku. Gila kau. 60 dulang lebih!"

Dia actually 11 dulang je. tapi jenis dekat kampung ni, kawasan blok dia memang meriah sikit. Dia ni pulak anak bongsu yang dah bertahun gila takde buat kenduri. Mak dia pulak jenis memang bercampur orang, kalau ada majlis orang, mak dia lah yang beria ia pegi tolong kenduri orang, jadi bila time kenduri dia, ha! 3 hari 3 malam buat preparation. Lepas tu makcik makcik dekat blok tu macam berpakat pulak satu rumah sponsor satu hantaran. Dah kau mana tak jadi berlambak macam tu. Jenuh la pihak laki bawak balik. Aku kata esok kalau kawin mesti ramai nak datang sebab tau dah time bertunang pun dah meriah macam apa kan. 

Sampai esok tu pegi kenduri tempat lain pun aku ada dengar lagi orang bercakap pasal kenduri tunang dia semalam tu. Makcik makcik tu kata "Eh cik Yah tu kalau Fina kawin aku rasa mau 7 hari 7 malam" Hahahha nasib tak tersedak aku time tuh.

Kiri : Separuh dari hantaran, meja pertama. Segan aku nak amik banyak banyak sangat gambar 

Pelamin pun kemain tak nak kalah. 

Untuk Fina dan tunang, semoga jodoh korang kekal. Jangan gaduh gaduh darah tengah manis ni. Aku bila? Lambat sikit. Special edition kataya ;)


Cruise Tasik, Putrajaya

Beberapa minggu lepas, aku, family abang dan family Kak long merayap ke Aquaria, iCity, Putrajaya dan Kuala Selangor untuk makan. Saja membuang masa duit dan tenanga.

Jadi ini sekitar di Putrajaya. 


Pamphlet. Harga tak ingat. Biasalah selaku orang yang di taja, aku tak ingat harga. Tapi kalau tak salah dewasa dalam RM25-RM30 macam tu lah.



My three little heros : Adam, Syahmi, Rifqi










Keseluruhannya, memang nice! Cantik gila view. Nak nak lagi masa pukul 6 petang tu cuaca amat amat baik. Panas terik lagi. So memang best lah. Kitorang pusing about 45minit. Masa dalam cruise tu dok dengar la cerita sejarah putrajaya la nama bangunan lah ape benda semua. Aku dah naik bosan dah. Tujuan utama nya nak pegi capture gambar. Bukan nak dengar ceramah.

Tapi, elok je orang tu bukak cerita hujung tasik cyberjaya tu ha nampak rumah Tun Mahathir kot tak salah aku, sebelah tu rumah Lim Kok Wing dan sebelah tu lagi rumah trio adik beradik KRU ha buntang mata masing masing. Excited! Dasar!

Lepas tu dah bosan yang amat aku selamba ajak kak ipar aku keluar dan ramai lah yang mengikuttttt. Ape lagi posing bang! Posing kak! Tapi seriau gilaaaa. On your own risk! Mana ada safety jacket. So berdebar debar je la nak mengawal anak anak takut kang ada yang terjun tasik kang.. Haru.

Tapi sebenarnya nak naik yang macam gondola tu. Murah pun murah. Boat dia pun lagi cantik berukir ukir. Tapi disebabkan baby bawah berapa tahun entah tak boleh naik so cancel la. Takpe, itu next time ya!

Daaa~

P/s: Berjalan je kerja nya. Lepas tu memberatkan blog dengan segala mak nenek gambar. Well, kenangan kan? :) Dari aku nak pegi cuci gambar yang memang tak kan buat tu, baik lah tepek sini dulu :)


Fiksyen 302 : Jangan Percaya!



Tak sangka jugak aku sepupu lelaki aku, Boy suka baca novel. Umor dah 25 tengah chambering. Ape jenis novel semua dia layan. Haritu novel Yes Boss! aku pun dia rembat. Balik kampung hari tu dia hulur kat aku novel ni. Kata dia kau kena baca ni. Best gila! *padahal dia sendiri pun baru baca separuh*

Lepas tu aku dengan kejam nya terus bawak balik habiskan baca dekat rumah aunty masa dekat Kuantan haritu. Hahaha. Lepas tu mula la nak tease dia nak cerita sampai ending cerita ni tapi sebab kesian so tak jadi. 

Dah nama bakal lawyer memang kena sangat la dia pilih novel ni. Aku baca sinopsis pun memang excited gila lah. Sampai sudah sebenarnya tak expect siapa pembunuh tu. Lain yang aku expect lain yang keluar.

Ok cerita dia kan, ada sorang secretary ni nama Zarina, kapel dengan *ok aku lupa siapa nama pakwe Zarina ni* hahahahhaha nak selak balik buku dah pulang kat tuan dia *grin*. Lepas tu Zarina ni kena bunuh dan orang yang bertanggungjawab tu katanya Dato (pun aku lupa nama apa). Tapi mahkamah bebaskan Dato ni pasal bukti tak cukup kuat. 

Lepas tiga tahun kes tu tutup, tiba tiba gempar lah pulak ada dua pembunuhan berasingan  yang melibatkan orang yang rapat dengan Dato tu tadi tapi cara yang sama.  So diorang syak ada orang nak balas dendam berkaitan kes tiga tahun lepas tu . Lepas tu Dato tu pun mati sekali. Dekat dahi mangsa ada tulis 302 (hukuman mati mandatori) lepas tu pembunuh akan membogelkan diri dan duduk bertinggung dekat sebelah mangsa dan mengaku bersalah. Tapi semua tu disahkan sakit mental. Jadi tak boleh nak jatuhkan hukuman.

So ada sorang peguam muda ni, Norhafiza Izura kena bela kes ni. Siasat punya siasat pun kes terbengkalai. Semua tertuduh tu bagi satu clue. Orang yang suruh mereka bunuh semua mangsa tu adalah Zonan iaitu roh jahat yang bernyawa tah camana tah ayat dia tapi gitu la. Zonan ni diorang describe macam roh ada kat mana mana, pakai topeng putih macam opera tu, cuma nampak mata saja.

Gila cerita ni dah la banyak watak Puas aku kena ingat watak satu persatu dan ingat karakter dia sambil terus fikir siapa yang bunuh.

Jadi, tahun 2032, doktor psikiatri yang terlibat merawat mangsa yang di tuduh membunuh tu buat kajian yang mana orang boleh balik ke masa lalu guna kapsul masa. Lepas tu dia pilih lah anak Dato yang mati kena bunuh dulu tu sebagai calon ujian pertama. Anak Dato ni, Rita dah jadi peguam. Dia dulu saksi kejadian bapak dia mati kena bunuh. 

Dia kena balik ke tahun 2012 untuk selesaikan kes tu. Nak tau siapa dalang di sebalik semua kejadian tu. Tapi sebenarnya doktor tu anjakkan ke 2014 tahun di mana peguam Norhafiza Izura ni mati kena bunuh. Dan diorang percaya hanya Norhafiza ni je yang nampak muka pembunuh/dalam di sebalik semua kejadian tu.  Jadi Rita ni kena jadi Norhafiza Izura masa tahun 2014. Tapi dalam diri dia masih dia, jadi dia boleh tau lah apa akan jadi 2032 nanti. Alah kira dia masuk dalam jasad Norhafiza tu lah. So banyak benda dia tak faham dan orang orang keliling dia pun masa tu pelik dengan perangai dia sebab actually dia Rita, bukan Norhafiza. Ha paham? Aku pun dah pening cane nak describe. Sebab tu aku kata novel ni banyak kena fikir

Masa Rita ni  duduk dalam kapsul masa tu, Zonan ni dah munculkan diri (tapi masa ni masih tak tau identiti Zonan ni k) so dia pecah masuk dalam bangunan tu dan crash kan semua benda. Bunuh doktor psiakiatri tu dan stopkan mesin kapsul masa tu. Jadinya Rita tu mengalami komplikasi hilang ingatan dan pertukaran watak. Bila sedar, dia terbawak watak Norhafiza. Bukan Rita. Fuh.

So bila dia jadi Norhafiza,  si Zonan ni cuak lah pasal dia ingatkan Rita tu hanya hilang ingatan, tapi bila Rita tu bertukar watak dengan Norhafiza, automatik dia tahu lah siapa Zonan dan bekerjasama dengan pihak polis. Lepas tu Zonan dah cuak so dia pun langgar Rita then masa langgar tu momentum dia kuat, jadi Rita dan jadi diri dia semula yang asal. 

Masa ni lah dia dapat surat wasiat dari mak dia yang dah meninggal dekat mekah bagaitau sebenarnya yang bunuh Zarina tu dulu bukan ayah dia tapi mak dia pasal cemburu dan bunuh secara tak sengaja. 

Kemuncak dia aku tak ingat ah camana tapi sebenarnya dalang di sebalik kejadian ni semua adalah kekasih Zarina. dia ni bapak gila cerdik. Dia study psicology, lepas tu pura pura jadi gila dan masuk hospital mental dan rasuk orang orang sakit jiwa kat dalam tu. sebab dia tau kalau orang gila membunuh, takkan di sabitkan kes 302. Dia pun wujudkan lah watak Lan Lani, pembunuh pertama.

Watak (yang aku ingat)

Dato Mahali  - suspek pembunuh Zarina
Zarina - mati kena bunuh
Kekasih Zarina
Sabri - bodyguard Dato Mahali
Isteri Dato Mahali
Nor Hafiza Izura – peguam yang mati tahun 2014
Rita – Anak Dato Mahali, peguam tahun 2032
Inspektor & Pesara polis yang tolong Norhafiza Izura (eh kau takde nama panjang lagi ke nak bubuh ha?)
Doktor psiakatri
Pesakit jiwa/pembunuh – Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Yeoh
Dina – bestfriend Farid


Sumpah lah sampai sudah aku ingatkan si Farid ni pembunuh dan si Dina ni wujud betul. Sebab aku selak selak la page hujung hujung tu pasal nak tau ah ending, letih nak memikir novel ni. Lepas tu Nampak ayat Farid happy dengan Dina. Rupanyaaaa!!!! Si Farid tu terus gila. Dina tu watak kedua dia. Pasal dulu dia kawan baik Dina ni. Sama sama analisis saham. Dina Berjaya untung juta juta dia rugi. Dahl ah cinta kena tolak, dek sakit hati dia bunuh Dina dan kadang kadang dia bawak watak Dina. Aku pun pun tak paham gila saiko. Dan terus lah dia gila.

Ape lagi nak cerita entah lah. Aku pun dah banyak hari nak tulis ni asik lupa. Novel pun dah pulang.

So, sila beli lah. Memang 5/5 lah rate aku kasi. Two Thumbs Up lah novelis Ramlee Awang Murshid.