Hantaran Tunang 60 Dulang??

Jumaat haritu aku dipaksa balik oleh BFF aku sebab beliau nak bertunang. Even BFF tapi lepas SPM jarang gila dah jumpa. Setahun bape kali je. Nak pulak dia jenis keje shift lagi la tak sama time je balik kampung. Jadi atas dasar persahabatan aku balik lah jugak. Mula tu ingat nak datang pagi pagi buta tolong orang merewang. Lepas dah siap siap dengan sakit perut dengan tak selesa ape benda entah aku tak jadi pegi pagi.

Paranoid pun ye jugak . Japgi makcik makcik dekat kawasan rumah dia tu mulut hermm boleh tahan. Takut aku pulak kena serang. Ye lah, besfren dah tunang, kau bila lagi? T___T

Jadi aku pergi dengan Erma. member sekolah rendah jugak dan dah ada baby. Memang awkward gila lah aku ni. Masuk masuk rumah jumpa dia sembang sembang terkejut aku dia kata :

"Weyh pegi la tengok hantaran aku. Gila kau. 60 dulang lebih!"

Dia actually 11 dulang je. tapi jenis dekat kampung ni, kawasan blok dia memang meriah sikit. Dia ni pulak anak bongsu yang dah bertahun gila takde buat kenduri. Mak dia pulak jenis memang bercampur orang, kalau ada majlis orang, mak dia lah yang beria ia pegi tolong kenduri orang, jadi bila time kenduri dia, ha! 3 hari 3 malam buat preparation. Lepas tu makcik makcik dekat blok tu macam berpakat pulak satu rumah sponsor satu hantaran. Dah kau mana tak jadi berlambak macam tu. Jenuh la pihak laki bawak balik. Aku kata esok kalau kawin mesti ramai nak datang sebab tau dah time bertunang pun dah meriah macam apa kan. 

Sampai esok tu pegi kenduri tempat lain pun aku ada dengar lagi orang bercakap pasal kenduri tunang dia semalam tu. Makcik makcik tu kata "Eh cik Yah tu kalau Fina kawin aku rasa mau 7 hari 7 malam" Hahahha nasib tak tersedak aku time tuh.

Kiri : Separuh dari hantaran, meja pertama. Segan aku nak amik banyak banyak sangat gambar 

Pelamin pun kemain tak nak kalah. 

Untuk Fina dan tunang, semoga jodoh korang kekal. Jangan gaduh gaduh darah tengah manis ni. Aku bila? Lambat sikit. Special edition kataya ;)


2 comments:

Tie HT said...

salam sgah sini :)

alhamdulillah, murah rezki org kata..untung orang berbuat dgn org lain..tambah2 lagi org yg ikhlas..mesti meriah kan :)

De' Nurul said...

Setuju :)