USS Singapore : Ancient Egypt - Revenge of The Mummy

Lepas je naik Cyclon tu kitorang pegi la dapatkan mak dan mummy yang sumpah dah bosan tunggu kitorang. Diorang tak boleh nak buat apa, naik apa. Jadi duduk melepak tunggu anak anak tengok gelagat orang, layan suasana arab. 

Semorang gigih nak naik Revenge of The Mummy punya ride. Kabornye best berganda ganda sebab dalam gelap. Ok moh le kite.

Beratur agak menyakitkan hati jugak lah. Sama macam Transformers tadi tapi yang ni dalam sejam je rasanya. Tapi bila naik ride tu....

Tarik nafas dalam dalam!!! 

Ok mula mula biasa je. Dalam gelap, jumpa barang barang purba. Tenang je. Masuk selekoh, hambek. gelap gelita! Ride dah start laju. Sampai dekat satu tembok. Opppsss cracked! Tak boleh masuk dan zzzaaaaassss!! Ko punya coaster tu kena tarik ke belakang. Gila terkejut. Dah la safety dia cuma palang je kalau tak salah aku. Ha memang menggenggam gila gila lah aku. 

Yang paling kelakar masa tu kezen aku si Izzat eh dia boleh duk record plak guna handphone dia. Apa nak kata menjerit macam nak gila la si kakak dia suruh Izzat duduk diam diam simpan phone. Terpinga pinga budak tu. 

Ha lepas je kena tarik tu start la ride tu laju nak mampos. Lagi laju dari yang lain aku rasa. Dengan sejuk gila kat dalam tu. Gelap gelita. Berkabus bagai. memang pasrah gila je lah. 

Keluar keluar, aunty aku dah menjerit macam orang gila. Haaaa kalau bayar seribu pun aunty tak nak naik dah benda gila ni. hahahhahaha!

Mom. Ecewahhh dah macam pegi Egypt.


Lepas ni kita pegi makan. Kebuluran semorang.


1 comment:

sweethOneY said...

Hahahahahahhaha cayalah aci !!