Pagi tu sebelum bertolak semorang kecoh makan berat berat.
Nak ambik tenaga katanya. Macamkan dalam USS tu takde tempat makan. Hahaha. Aku
yang dah survey beria ia ni rilex je. Malas makan berat berat jap gi nak
membuang satu hal. Kalau toilet dalam USS tu ada paip air ok lah jugak. Ni?
Ok, masa dalam bas rasa ke-excited-an tu terbantut sebab
alahai tour leader aku bagi information entah apa apa. Sikit sikit “kalau tak
salah saya” “kalau tak salah saya” padahal memang salah. Boleh tak kau study
dulu sebelum bawak kami kami ni pergi? Kalau aku boleh study ape benda ada kat
dalam USS tu, siapa yang sesuai naik siapa yang tak, kat mana tempat nak makan
halal, kat mana surau, kenapa kau yang sebagai tour leader dan yang dah pernah
pegi tak boleh nak kasi semua maklumat tu dengan yakin? Terus aku alahai dia
nehhhhh.
Ok forget it.
Sampai sampai dekat sana, benda pertama yang aku silap
adalah! SEPATUTNYA KALAU NAK NAIK SEMUA RIDE TU KAU ORANG KENA PEJAM JE MATA
PEGI BELI TIKET EXPRESS $30. Kalau pegi dengan trip memang diorang takkan
include tix express ni. Nanti kalau orang orang tua yang tak naik semua ride
ape benda tu kan rugi. Jadi, beratur lah kejap nak beli. Tapi disebabkan tak
tau dan expect “eh tak ramai lah orang” jadi kami terus masuk dalam. Tak ramai
abah kau!
Memang lah tak ramai pasal semua orang tersembunyi dalam
bangunan nak beratur naik ride. Pakcik makcik aku ape benda yang excited sangat
nak naik Transformers Ride entah terus meluru ke sana. Aku rilex je. Padahal
itu lah ride paling best gempak gila!
Jadi, bila dah beratur dekat depan ni, yang tukang jaga tu
dah warn, beratur kalau takde express tix amik masa 2jam. Ecehwahhh…kitorang
yang excited ni relax je. Ok beratur. Dengan mak & mummy aku pun
beratur. SUMPAH! SUMPAH tak larat ok.
Panjang gila babi queue dia aku kata kau.. Dah la berlengkok lengkok macam nak
beratur beli tiket wayang tu. Lepas tu boleh pulak elok elok beratur dalam
bangunan air cond dia pegi tambah beratur kat luar tengah panas. Memang angin
ah kan!!! Mak aku dengan mummy dah surrender lepas tanya budak jaga tu dia kata
sapa yang beratur ni memang kena naik. Jadi mak aku dengan mummy surrender dan
pegi lepak dekat Ancient Egypt. Yang kami ni bila dah beratur naik tangga dalam
masuk dalam tu ingatkan terus dapat naik ride la.
Harapan lah!!! Dalam tu beratur lagi lengkong lengkong
berbaris dalam tiga empat bilik kot. Memang menguji kesabaran gila ah. Sebab tu
aku kata beli tiket express. Dah la awesome. Ada tiket tu kau pegi la ride
puluh kali pun. Sekejap je k. 10minit :2jam aku kasik ratio dia. Mampu? Dah lah beratur sekian! Kau naik benda tu tak sampai 15minit pun jap gi.
Tapi bila dah dalam bilik bilik tu ok lah dia kasi tengok
benda benda ape tah transformers punya, pastu screen macam mana nak naik ride
tu ape semua. Memang ohsem gila!
Bila nak naik tu dia macam kereta. Ada 4 row. Satu row 4
orang boleh naik. Yang paling syok aku dapat naik depan sekali. Tayah cakap la
awesome dia camana rasa kan! Memang jantung tu kalau boleh cabut lekat balik
memang tercabut dah. Time berlaga dekat bangunan, kena seret, jatuh menjunam,
kena tumbuk dengan sape yang jahat tu Autobot eh? Memang rasa berkecai jantung
dengan badan. Hahahah then optimus prime sambut kau masa nak jatuh bangunan!
Itu memang epic hoi! Memang terasa wooh kepala terjunam ke bawah! Aaaaa jantung
nak terkeluar! Peeewwww!
Lepas tu bila bangunan meletup ade pulak dah api betul kat
set tu. Aku sempat gak bukak spek 4D tu nak tengok screen. Hahahahhah Screen
biasa je kot. Tapi dengan 4D spek tu pergghh! Meleleh!
*gila aku buat review ni, kalau tak tergoda memang
korang takde perasaan* hahahha.
Sama macam mamat sebelah aku. Eh boleh pulak dia senyap
sunyi aku tak dengar pun dia woooo urgghh aahhh ape benda semua reaksi. Eh kau
takde perasaan ke ape bang? Pelik aku.
Keluar keluar je riuh mulut masing masing "weh best gila! tak rugi penat beratur. Ohsem gila weh!" Ha ye. Tau lah ohsem best gila babi. Tapi lepas ni ingat! Beli express tix ye darling!
Dah keluar biasalah ada kedai souvenir tapi ingat nak beli dekat gift shop tapi kau
silap! Segala tshirt keychain FM ape benda semua ada dekat situ. Kalau
transformer transformer lah. Kalau cyclon cylcon lah. Jadi, sila selit je la
duit dalam poket seluar.
Okay, next ape pulak. Cyclon!
1 comment:
Hi Nurul. It's a really interesting site that you have there and I really love the the posts on your lifestyle blogging.
Ok, just a quick introduction about myself. I am actually from everydayonsales.com and I have found your website thru google. We are a site that offers information on daily promotion / warehouse sales in Malaysia. I can see that you actually have a linkback (under shopping & sales) to some other site and we are hoping that we can be part of your website, where we would actually want you include our link on your page. Of course you can visit our website www.everydayonsales.com and check us out. We can actually do a link exchange where I will list your site as a friend to everydayonsales and you website link will be put on our site. You will be part of the everydayonsales friends community :) in this link exchange and there will be many campaigns awaits for you.
Let us know whether this is possible and we Let us know whether this is possible and will communicate further on this. Do revert to me and if you do have any queries, let me know. Do hope to hear from you soon.
BTW, we are also having the photo contest and you would like you to know. Show us you most influential women and win big. You can check out the details thru URL:
http://www.everydayonsales.com/womens-day-2012-photo-contest
Regards
Chan @ www.everydayonsales.com (hy.chan@everydayonsales.com)
Post a Comment