ADAM - Aku Darah Anak Malaysia


Mulanya tak nak update pasal novel ni dah lama jugak la dekat market. Tapi atas permintaan, update jugak lah.

ADAM untuk Adam. Smile :)

Dari novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid, tajuk ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)

Cerita ni berkisar pasal Hilman, hero yang umo 40++ tapi the way penulis dia describe aku terbayang Hilman ni sangat melayu dan gagah perkasa oh! *jatuh cinta* 

Dah lah nama Hilman tu aku suka. Hilman – Hayati. Sweet kan? Ok merepek. Enuf. Next!

*********************** “Dia muncul secara tiba-tiba, Dia menghilang entah ke mana…”********************


Sinopsis :

Bila Hilman dapat bertemu dengan anak nya Jeslina di NY setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka di ragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilam pula di tuduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuan nya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

Ha ni review versi aku lah: 

Hilman, sharpshooter untuk PDRM. Pernah selamatkan pegawai tentera US masa perang dekat Bosnia so dia kira cam hebat lah. Bukan calang calang orang. Lepas tu masa dia muda pernah derma separuh hati dia dekat sorang baby nama Mia Sara.

Jadi Mia Sara ni bila dah besar, dia kerja dekat Kedutaan Malaysia dekat US. Bila mak dia tunjuk gambar lelaki yang derma separuh hati dekat dia tu, started from then dia rasa macam jatuh cinta plak dekat laki tu. Ada instinct yang kuat dan rasa sayang yang melekat. Padahal tak pernah jumpa neh.

Si Hilman ni pulak wife dia dah meninggal masa lahirkan anak diorang. Wife dia ni anak orang kaya dan family dia tak restu. Jadi bila wife dia ni meninggal, lagi la mak ayah mertua dia benci dia dan amik anak dia dan pisahkan diorang. Sampai lah anak dia nak sambung study dekat oversea hanya 2 3 kali je dapat jumpa.

Pada masa yang sama, ada dua orang arab datang Malaysia nak buat plan ape benda tah. Dan ada seorang CIA agent, Ruben duk intip arab ni. Sampai la arab ni perasan dan berlaku kekecohan sampai arab ni kejar CIA Agent ni masuk sampai KLCC dan tawan KLCC jadikan delegasi US sebagai tebusan. Jadi, bila saat genting macam tu, arab ni ugut kata ada bom dalam KLCC dan mintak duit sebagai jaminan membebaskan tahanan then PDRM dah buntu nak buat apa so diorang panggil Hilman ni. Bla bla bla Hilman pun berjaya arrest diorang ni semua. Arab tu mati tapi CIA ni terselamat. Masa checkup kat hospital CIA ni dapat lari dan balik US. So PDRM offer Hilman naik pangkat, tak kasi bersara awal.

Masa kat US, Daljit, reporter dari Malaysia kena buat cerita pasal pilihanraya US antara parti democrat (President Jack William) dengan Parti Republicant (Baldwin Jr.). Masa dia tengah lepak lepak tu ada sorang mamat Gabriel tegur dia. Gabriel ni actually rakyat Malaysia, MIA (Agen Risikan dari Malaysia). Dia tolong Gabriel ni cari bahan untuk hangatkan kempen politik US ni.  Jadi, dia dapat gambar Mr. President dengan mistress dia dan mintak Daljit update cerita tu hantar kat Malaysia.

Kebetulan Jeslina, anak Hilman dapat study kat NY. So adik ipar dia, Alia bawak la Jeslina pegi sana awal dua minggu untuk biasakan diri. Sampai sana, dia call Hilman bagaitau kalau nak jumpa anak dia, datang NY. Hilman pun happy gila ah. Takde gangguan dari mak ayah mertua dia. Kat sana diorang sewa kereta. Satu hari tu Alia tak ikut pasal tak sihat. Jadi pegi lah Hilman dengan Jes je. Tapi asik dok sesat membawak ke malam. Tiba tiba dalam dok kalut cari jalan tu kereta diorang kena langgar. Hilman sempat dengar suara lelaki dengan perempuan bergaduh sebab salah diorang pegi langgar dua beranak ni.

Bila Hilman dengan Jes masuk hospital, Dr. yang merawat diorang ni kasitau Hilman ni memandu dalam keadaan mabuk. So situla la bermula nya konflik cerita ni. Actually yang langgar diorang tu Mr. President dengan Mistress dia. Diorang gaduh dan terlanggar Hilman. So semua akhbar tak dibenarkan buat liputan kes ni. Pasal nanti habis lah kerjaya politik president tu sebab kalau orang siasat then orang tau lah dia ada mistress. Dr tu plak kena buat laporan palsu kata Hilman memandu mabuk. Tapi Ruben, CIA Agent tau pasal hal ni dan nak tolong Hilman. Nak balas budi Hilman selamatkan dia masa tragedi kat KLCC tu hari.

Jeslina pulak koma. Dapat tau dek Ayah mertua dia lagi la mengamuk orang tua tu. Diorang terus datang NY dan mengamuk dekat Alia. Mia Sara pulak bila tahu tu Hilman lagilah berkobar dia nak bela Hilman. Diorang senyap2 pegi buat blood test dan positif. Hilman tak mabuk. So bila Hilman dah sihat dan otw nak bawak pegi penjara untuk tahanan, Hilman dapat lepaskan diri.

Jeslina pulak ada orang menyamar jadi doctor dan kasi suntikan bagi dia koma lagi sekali pasal tak nak jeslina ni jadi saksi utama. Atok dia sakit hati sebab rasa ada benda tak kena bawak jeslina balik Malaysia.

So Hilman stay dengan Daljit & Gabriel. Gabriel one of friend of Mia Sara. Masa ni macam macam jadi lah. Sampai satu waktu Hilman pegi dekat tempat dia eksiden tu dan recall balik semua kejadian tu dan dia tertangkap satu maklumat. Dia dengar orang sebut nama Mr. President. Dan masa tu dia tahu dah siapa dalang di sebalik semua kejadian ni.

Nak balas dendam punya pasal, macam macam penyamaran la dia buat sampai satu tahap masa tu President ni nak berkempen dan Hilman dan nekad nak bunuh dia dengan kepakarang dia, sharpshooter. Masa nk tembak tu macam macam dia fikir. Tentang semua orang yang di sayang Ayah dia Miasara Jeslina dan semua lah. Then tak jadi tembak. Tapi dia shoot dekat tapak tangan masa president tu melambai then dia blah. So semorang dah kecoh lah. 

Masa tu David Anthony, naib president duduk belakang jauh sikit dari president. So orang orang White House ingatkan David tu yang punya agenda tembak president sebab cara dia tu lain macam je.

Actually memang David tu pun ada motif. Dia ada semua rakaman skandal President dengan Mistress dia dan upah orang untuk curi document president. Dan dia jugak lepas tu ugut presiden untuk letak jawatan. Kalau tak semua gambar dan bukti penyelewangan lah ape benda dia sebarkan. Si president takde pilihan. 

Tapi elok je president nak berucap untuk letak jawatan datang la orang orang white house ni kata David ni dalang semua kejadian dan tangkap dia. Jadi, case closed. President pun tutup kes Hilman,kata dia biar Hilman bebas. Sebab dia, Hilman teraniaya. Jadi, skandal dia dengan mistress dia tak de sapa pun tahu.

Hilman pulak lepas kes tembak tangan president tu Ruben tolong dia lari ke Mexico dan seterusnya dapat balik Malaysia. Masa tu ayah mertua dia dah berbaik dengan ayah Hilman ni demi Jeslina. Elok je Jeslina tersedar dia tengok berita dekat CNN dan Nampak muka president terus bagitau itu lah orang yang langgar kereta diorang.

Lepas semua dah ok tu Mia Sara pun balik Malaysia dan Hilman terus luahkan isi hati dia dekat Mia masa dekat airport. Gabriel pulak kena bertugas menyamar dekat Israel, Daljit masih dekat US dan Ruben terbuka hati untuk masuk Islam lepas kejadian dengar azan masa dekat KLCC dulu tu.

Habis. Bacalah. Adventure! 

*Tapi tak boleh lawan novel psiko Fiksyen 302, mungkin novel ni dah lama so idea tu belum berkembang baik lagi. Cewwwaahh pandai sangat aku nak bagi komen, kang Ramlee ni suruh aku tulis satu novel kang ha menggagau kau!*


1 comment:

aryu said...

Ya,adam sgt best
u lupa review yg hilman ukir nama ADAM atas lantai tu.

heheee.