USS Singapore : Cyclon

Disebabkan aku tak sanggup nak beratur gila gila bila tengok Human punya waiting time 105minit! jadi aku menghasut adik adik sepupu ni naik Cyclon yang 35min je waiting time dia, which actually lagi membuatkan adrenalin kau rush macam nak mati. mana tak nya. Dia akan berpusing kepala kau ke bawah kaki tergantung! Tak nak rasa?? Rugi!

Human tu yang macam kita naik roller coaster biasalah. Takde terpusing kepala terjunam apa bagai. Aku alang alang nak naik benda gila tu biar lah gila sungguh! Hahaha.
Kai, Me, Zaty, Nai, Im


Jadi beratur lah kami semua ni termasuk lah Izzat 9 y/o ah tak kesah lah tu asalkan kau cukup tinggi nak masuk. kalau tak salah tinggi untuk masuk 122cm kot. Budak budak ni majoriti first time naik rolller coaster terus aku ajak naik benda gila ni. hahaha. Beratur boleh tahan lama jugak lah. Naik tangga tinggggiiiii!

Elok je sampai turn kitorang masing masing dah dupdapdupdap tak payah cakap. Aku rasa dada sesorang hahahhaha. Russshhh! Aku dah nekad nak bukak mata sepanjang ride tu pasal dulu ingat naik kat Timesquare aku pejam mata dari mula sampai sudah. Rugi! Jadi beranikan diri, here we go!

Dia punya ride takde slow melow. Terus main kasar zaaasssss macam naik bukit tu lepas tu haaaaaaaaaa menjunam!!! Budak budak ni dah menjerit macam apa! Aku bukak mata neh. Rasa nak tercabut contact lens. Kaki terbuai buai. Elok je dia amek corner overlap zzzaaassssss kebawah kepala hoi!  Lepas tu masa mendaki lagi depan tu kabus kan aku rasa macam pasrah je la hoi nak pegi syurga mana neh. Then elok je dia ke bawah lagi terasa badan tertolak nak jatuh hoi! gila seram. eh tapi aku sempat lagi tengok orang kat tanah yang macam semut. Wow not bad jugak tahap keberanian aku!

Nak menjerit memang tak dah! Pipi kebas hoi berlaga dengan angin. kalau aku menjerit aku rasa aku muntah atas langit tu jugak. Jadi aku diam dan enjoy je lah! hahahha Funny kot tak boleh menjerit kat atas tu.


Tapi tak lama pun. Satu minit je kot. Terus mendarat dan kepala pusing. Senyap kejap aku nak pegi amek kasut tu terhuyung hayang. Hahahah Best! Berbaloi! Puas hati. Lepas ni tak pandang dah roller coaster genting ke ape. Ceh, berlagak!



2 comments:

Naddy said...

rugilah x naik human. human lagi takut sebab safety dia kat pinggang je, memang rasa macam nak jatuh sentiasa.

sweethOneY said...

Hahahah sorryla aku nak naik. Memang takkan. Bukan jiwa aku ni, aku rasa semua ni adalah satu seksaan