Sambal Ikan Bilis

Semalam lepak lepak tengok resepi, aku jumpa satu resepi yang simple gila tapi sangat mengecurkan air liur. Jadi, lunch tadi bertekad nak buat jugak. Selama ni aku punya resepi bahan yang sama tapi cara dia lain sikit. dan yang ni rasa macam lagi ok kot.

Resepi dari sini 

Selalu aku buat tak tumbuk. Tapi kali ni, goreng dulu ikan bilis sampai rangup. Lepas tu minyak lebih dia tu goreng lada hijau + lada merah sukati nak pedas banyak mana dengan bawang banyak banyak sket. Sukati. Kalau rasa suka bawang banyak taruk bawang. Tapi kang jangan la melampau sampai jadi sambal bawang plak -_-"

Lepas tu tumbuk ikan bilis tadi, tumbuk lada dengan bawang yang dah masak tadi tu, campur garam gula sket, serbuk perasa ikut lah selera tekak masing masing. Lepas tu makan dengan nasi panas memang sangat fuh fuh.

Tengah makan aku rasa macam eh esok nak buat satu balang lah. Nak makan dengan roti boleh, nak meratah pun boleh. Hahaha. Tapi tahan ke eh?

Oh ye, resepi bebola roti goreng telur tu pun aku dah try dan alangkah terkejut gila aku empat biji adam boleh habiskan. Lepas mintak, mintak lagi. Hahahhahaha. Tak sia sia aku masak. Ok, macam biasa bole kawin. Kahkahkah.


Melaka River Cruise

See? RM10 only kan? Berbanding naik duck tours yang bole jalan atas darat laut tu sangat tak best dan tak berbaloi. nanti yang tu update lain.



Nengok? Bawah jambatan pun cantik ok.

Menatang Eyes on Malaysia ni tepi sungai, tapi aku tak naik pun pasal rasa tak best je. Pastu Pirate Ship dia, agak agak terlaju, tercampak tak dalam sungai? Haha


Checkpoint dia banyak. Merata bole naik. Tapi kitorang naik kat base dia. Ape entah nama dia. Tak ingat kat blah mana. Kalau nak tau lagi google ah. Klik sini dan jugak sini. Tapi, sila naik malam. Siang takde ape yang best. Panas ade lah kot. Malam layan sikit.





Popeyes Louisiana Kitchen, Midvalley

Adam yang dah makin hensemmmmm!!!

Aku order ni. Macam muak dah asik asik ayam je, so kita try Fish & Shrimp plak. Yummy!!

Tak, ayam dia bukanlah hangus macam ni. Ni effect edit kaler terlebih ni. Ayam dia maveles!


Nah, abah pulak.



Sikit jam lagi, aku rasa menatang popeyes neh boleh beat KFC ok. KFC bebalik ayam, ayam, ayam. Muak. Kat sini udang ada, ikan ada. Tapi mahal sikit lah. Eh, tak kisah la, janji sedap.

Aku surf jugak ne ha pasal Louisiana ni. Ramai cerita yang dekat TTDI jer. Masa nampak kedai ni kat Midvalley kitorang macam cuak jugak nak masuk. Halal ke tak ni. Tengok ramai je Muslim masuk, masuk je la. Lepas tu biasa nya kalau non-halal kat Malaysia ni, ada diorang tulis kan. Aku cari jugak logo halal, samaada memang tak dipaparkan atau aku yang tak perasan entah lah.

Ok, makanan dia memang superb lah. Macam aku kata, tak lama lagi habis la KFC. Potato dia punya sos memang best gila. Lepas tu siap ada kuih macam biskut, makan dengan strawberry jam. Mana mana meal, memang akan ada itu. Coleslaw dia pun sedap.  Tak rugi mencuba ok. Dan oh, air mangga dia pun sedap!

Oh ya, Popeyes ni halal ok. Boleh la try.

*My pic has been removed due to inappropriate clothes*


Kerang Masak Sambal


Basuh kerang sebersih bersih nya, tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dua batang. Panaskan minyak, tumis bawang merah bawang putih sampai naik bau, masukkan dua sudu lada mesin (sukati nak pedas mana), agak agak dah kering, masukkan serai, then masukkan kerang. tutup. masak sampai hilang air kerang. kadang2 air dia ni dah lama baru keluar. So, tunggu lama sikit la.

Siap.

Kalau lah jadi kat aku, mau mati keras kat situ

Malam tadi aku dengan abang dan adam gerak dari KL nak balik Mentakab around 11:30 pm. Sejam lepas tu, sampai dekat Kg Bongsu, dah exit highway. Memang gelap gelita dekat situ. Macam mana entah, aku terlelap. Tetibe aku rasa macam tak sedap hati. Kereta macam melelong sikit. Bau tayar hangit kuat gila. Kecut perut jangan cakap la. Abang aku pun stop kereta. Tengok tengok tayar pecah. 

Aku sebab abang aku cool, maka aku pun relax je lah duduk lagi dalam kereta. Tak lama lepas tu abang aku suruh turun, dia nak tukar tayar. Tapi almalangnya, takde spanar yang macam bersilang nak bukak skru tayar tu. Guna playar mampus tak lepas. Cop, spanar dengan playar sama ke tak? Aku hentam je ok!

Puas la dia call kawan kawan dia. Kalau dekat highway boleh gagah lagik call PLUS ke ape benda kan. Takde la cuak sangat. Ini, dah namanya kau bukan kat highway, kirim salam je lah diorang nak datang menolong kan. Nasib jugak jenis abang aku ni ramai kawan. Kalau aku? Wassalamuuuuu.

Dalam dok menunggu tu, tengok jam dah pukul 1 pagi. Gila ah kau. Dah la lori je yang banyak lalu. Kereta jarang jarang. Puas kitorang tahan, tak. bukan kitorang, abang aku je. Kekekeke. Harammm lah sekor pun nak berenti. Ape entah diorang ni? Tak nampak ke perempuan cun duduk depan kereta terang terang tersuluh dengan lampu? Ape ingat aku hantu ke? Hahahahaha


Ade la satu dua yang berenti pasal abang aku nak pinjam spanar je. Jek (?) dia ada. Agaknya orang tu pun takde menatang spanar tu, diorang pun blah. Aku dah cuak gila. Dah la tengah hutan, nasib la sayup sayup nampak cahaya lampu rumah orang. Nak jalan gerak duduk bawah lampu jalan memang tak boleh langsung dah. Rim dah tercabut.


Dalam pukul 1:30 pagi macam tu baru la kawan abang aku sampai bawak spanar lagi ape entah. Tak sampai 10minit tung tang tung tang setel! Nak mendapatkan spanar tu je Ya Rabbi Ya Karim dekat sejam. 

Kalau jadi kat aku la gamaknye...tido dalam kereta je kot kelubung sampai besok pagi pasal penakut ya rabbi. jangan kata la aku nak pegi turun tengok tayar tahan kereta bagai. Nauzubillah.

P/s : Macam mana tayar kereta tak pecah tak meletup kalau kau bawak macam pelesit bang oiiii..segala lubang kau main langgar? Tsskkk. Dah oh, korang kalau orang tahan kereta tengah malam nak nak ada perempuan tolong la berenti T__T tu nasib baik aku tak dukung adam sekali. Kalau tak kang ada plak eksiden depan aku, pasal ingat ada hantu kendong anak T__T dan nasib baik adam tak bangun bangun dan tak menangis tersampuk hantu ke ape dan jugak nasib baik KRU belum tayang cerita Karak. Muahahahhaha.



Roti Jala + Kuah Lempok Durian

Aku memang tak reti nak makan roti jala dengan kuah kari. makan tu makan lah. tapi kalau letak kuah kari dengan kuah lemak manis, maaf lah kari tu memang takkan merasa la masuk tekak aku. Nak nak lagi kalau kuah lemak manis tu ada durian. Hah, babai lah kari. Kebetulan haritu pegi Melaka abang aku beli lempok durian. Aku sumpah la first time tengok rupa lempok tu. Makcik tu kata bole campur dalam bubur kacang hijau. Tapi aku da tak tahan nak makan benda manis, jala pun jala la.

Nah. Roti Jala versi aku. Biasa lah, resepi emak

Bahan roti jala: 

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 camca pewarna kuning (kalau takde letak kunyit)
Sedikit garam

Cara
Aku blend je semua ni. Senang, sebab tak nak dia berketul. Blend sampai likat (tak cair sangat, tak keras sangat). Kalau cair sangat, tambah tepung. Kalau keras (keras ke ape eh patut guna hahaha) tambah air.

Bahan Kuah
Satu keping gula kerek
3 sudu gula
Separuh biji kelapa (perah amik santan)
2 sudu besar lempok durian

Cara
Masak semua bahan di atas atas api kecil sampai kuah pekat





(1) Ni la benda untuk menjala nyer.  kalau nak pegi beli kat kedai tak tau nama sebut je la acuan roti jala.
(2) Neh ha la rupa lempok durian. Sebelum ni aku ada cerita pasal dia. Klik
(3) Nah, aku menjala. Huduh bukan? Lepas tu kau pandai pandai la nak gulung dia. Lipat dua macam tisu, tapi jangan rapat sangat, lepas tu gulung. Mudah.
(4) Kuah lemak manis lempok durian

Pada sesiapa yang tak kenal gula kerek (termasuk aku sebelum ni -_-" ) boleh la klik sini


Akhirnya…dapat jugak bergambar dekat ladang teh

Dari dulu lagi memang berangan gila nak pegi amek gambar dekat tengah tengah ladang teh tapi dah dua kali pegi cameron pun masih tak dapat dapat nak tunaikan impian tu.

Last last, dengan akak ipar yang memang sekepala gila gagah jugak turun dekat ladang teh tu. Dah lah hujan lebat. Terpaksa la lepak lepak minum teh dulu dekat atas tu. Tak sedap koooottt teh kat situ. Sedap lagi aku buat.

Tak kira. Nak tepek gambar banyak banyak. Tak suka jangan tengok, kbai.




Ayam masak tempoyak

Ini antara masakan terbaik mak yang menjadi fevret aku. Yang memang tak pernah fail. Dapat kuah dia pun jadik lah. Pathetic gila. Hahahah. Dah benda sedap nak buat camana kan?


Bahan : Ayam, tempoyak, cili padi, serai, kunyit hidup, daun kesum, bunga kantan.

Cara : Basuh ayam, tos letak dalam periuk.  Tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Gaulkan dengan dua tiga sudu tempoyak. Lepas tu gaulkan dengan ayam. tambah air untuk kuah. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, garam gula sikit.