[Review] - Ninjavan Malaysia

Pernah dengar tentang courier service/delivery nama Ninjavan?
Haha, me first time kot. 
Masa beli barang dekat Lazada.
Biasa kan Pos Laju, Skynet, GDex, Ta-Q-Bin kan? Biasa lah nampak van van diorang tu.
Ni Ninja? Mende neh?
Nampak delivery services tu?

Tengok website comel je logo dia. 

Comel benor 


Kesahnya, I order barang dari Lazada ahad malam tapi menghampiri Isnin jam 12.00am++ macam tu.
Lepas tu kau Isnin & Selasa dah nak meroyan barang tak sampai hahahhaa.
Takde lah, kalau macam kita order barang online seller kan, kalau macam Isnin tu kita bayar pagi, kalau dia pos before 1pm hari yang sama, selalunya 98% I akan dapat barang the next day. Gituuuu~
Tapi kesahnya sekarang Lazada stock banyak gila okay takde nak melayan karenah kau sorang.
Nak kena verifiy dulu etc etc.

So back to Ninjavan ni.
Bila nya Lazada dah update Isnin malam tu kata "Your item(s) has been shipped with our logistic partner" haruslah mak tasabarrrr kan. So selasa tu keep refresh website dia, pukul 11am baru barang nya ada. 
Kan rabu public holidayyyyy, so haruslah gelabah.
1) Macam kan tak penyabar sangat nak tunggu hari Khamis
2) Letak nickname je, acana kalau dia nak nama dalam IC macam kes pendrive haritu?
3) Handphone kan hilang, acana kalau dia call?

Oh Ohhhh I dah panic.
Terus lah buka website dia dan contact by call tak jawab, hantar general customer support.
Apa yang bestnya, support team diorang reply email kita within half an hour! Wowww!
Biasa kan kalau service2 ni jenuh sikit lahhhhh.
Support team diorang memang best! Melayan je soalan soalan I lepas tu diorang tolong update kan alternate number.
Lepas tu I tak puas hati lagi ni. Dasarrrrr~
Hantar lagi kat website dia nak mintak juga hantar barang tu hari tu juga sebab dalam kepala I alah barang dah ada kat office dia then office dia Subang je, bukan jauh punnnn.

Pun diorang reply dengan sabarnya, mintak maaf tak boleh hantar hari yang sama, kena tunggu Khamis sebab esoknya Rabu public holiday. 
Kau neh, paham tak procedure tu apa maknanya? 

Koser lah nak melayan kau sorang ok.
So I pun pasrah dan menyerah lols!
Tunggu lah Khamis.


Tiba tiba Khamis pagi, around 11am macam tu, Ninja datang hantar barang. 
Weeehooo!!
Happy gila mak.
Tapi kau jangan blur blur pulak macam mak ni, excited punya pasal lupa  nak bayar hahahah.
Bayar dulu, kau kan buat COD. Ha bayar baru ambik barang.
Ok dah dapat, puas hati!
Haruslah pergi email lagi, hantar kata-kata puji-pujian sikit sebab bagi good service kan.

Masa ni dah gumbira dah barang dah transit

Yang ini tak perasan dia update around 10am lah kot?

Lepas dah terima barang dia update terus.
Retrieve proof of delivery  tu gambar tandatangan yang kita sign kat electronic device masa receive barang tu


SO, APA YANG BESTNYA DENGAN NINJAVAN NI?
1) Support team pantas & sabar reply email
2) Support team sangat membantu
3) Janji ditepati. Kata nak hantar hari Khamis, ok Khamis I dapat
4) Icon comel! Lol.
5) Process delivery yang mudah. Takde fill up apa apa, bagi nombor IC & sign kat electronic device
6) Tracking proses update each process
7) Packaging yang kemas

Okay, so to Ninjas, selamat maju jaya. 
Semoga setanding DHL on fine day!

Ikhlas dari hati, 
Satisfied customer.


[Review] - Lazada : Beli Handphone Di Lazada

So lepas kejadian handphone hilang haritu,  I pun browse lah handphone di Lazada.
Before that, memang ada nampak few bloggers advertise pasal phone ni.
Sedang promosi di Lazada katanya.

So lepas dah jatuh cinta dengan features dia, fikir-fikir nak order ke tak?
Kang kalau lambat lambat karang takut promo dah habis atau stock habis.
Lepas tu risau juga ye lah, kang bayar-bayar handphone tak sampai sadis weh.

Lagi satu, macam mana nak beli online I takde phone ni.
Kang transaction kan request OTP, nak OTP celah mana nombor I block sementara.
Tu lah yang  bodoh-bodoh haritu tak ambil je replacement simcard.
Lepas tu tengok ada option COD.
Which I pun baru tahu haritu lepas officemate ada beli barang, dia kata nanti kalau Lazada ada hantar barang tolong ambil dan bayar. Eh boleh eh?
Okay so I pun tengok dekat option dia ada COD ok cun.
Terus lah place order kan.

Stock available - June 23rd,2016


So ini lah dia yang sampai termimpi-mimpi bila nak sampai delivery nya tu. 
Hahhaha tak kelakar okay mimpi item has been shipped.
Menyampah betul, seksa jiwa raga menunggu.

ZTE Blade V7 Lite

Ya, ya, China phone & tak famous.
Hey tapi dekat Rusia famous tau. Second hit item ke cemana entah haritu baca.
Lol kau sekarang kat Malaysia, bukan Rusia, hujung-hujung je samaaa~ 
Tapi menengokkan features dia yang super awesome tu, ah jatuh cinta lah!
Selfie 8MP with flash. hashtag selfieraya lah kita~~
Fingerprint sensor multifunction ehermmm!
Metallic body super slim, Android Marshmellow
Yang tak berapa nak ohsem nya bateri dia sikit je, 2500mAh ke berapa entah sobsss~
Ah okay itu nanti kita cerita di review.

Okay, so macam mana nak beli handphone dekat Lazada ni?
Nampak tak yang I petakkanmerah tu.
First, you all kena tengok ada tak option Cash on Delivery Available?
Sebelum tu kena masukkan poskod kawasan you all nanti dia check.
Kat yang I tulis postcode tu nanti dia ada keluar postcode kawasan korang. 
Kalau ada bagus, tak lah risau kena tipu.
Kalau tak ada, pasrah ajalah deknon, berdoalah supaya barang sampai dengan jayanya.

Next, kalau ada stock, nanti dia bagi estimation date bila barang yang you all nak beli tu akan sampai so boleh lah buat kira-kira.

Next lagi, Add cart! Then macam biasalah - checkout, check delivery address (nak hantar ke mana) then buat online payment. Pastikan simpan resit/payment proof dia tu.
**Screenshot and paste to paint (easier) and save. 

Then, tunggu lah email dari Lazada beritahu item has been successfully order, verified, ready to shipped, shipped (ada tracking number boleh check which courier service diorang guna) then sampai lah you all terima barang you all.
I punya courier service is Ninjavan.
First time dengar hahahah. Service pun okay lah bagus juga.
Nanti review.

So beli handphone ke apa ke kat Lazada tu, kena teliti. Jangan pula jadi macam I beli pendrive last time tak perasan ITEM SHIPPED FROM OVERSEA makaaaanya, ya sebulan lah tungu. Pun ada dia tulis dekat tepi tu kalau barang tu dari overseas,, so please alert ya anak-anak.

Harap membantu. Thank you.

Handphone Hilang Di Jalan TAR

Source: http://thespinkstudio.com/products/sabar-patience-minimalist-poster 
Dugaan ramadhan.

Last weekend, pergi Jalan TAR nak cari baju.
Dari pagi membawak ke petang tu memang lah I alert sangat-sangat dengan bag & phone.
Purse memang tak bawa lah just bawa IC and bank card. Easy.
Hujung-hujung, dah beratur nak bayar masa tu, langsung terlupa pasal HP.
Battery was very low so I charge.

That moment yang tak ingat langsung.
Either I charge masuk dalam bag atau pegang then masa nak finalize kain-kain tu kot terletak atas timbunan kain-kain serious I'm not sure.

Nak simply tuduh orang seluk pun tak boleh sebab takde bukti.
Nak tengok CCTV pun macam putus harapan je sebab orang ramai gila.
Muaz, tahu tahu je lah kan?
Keluar-keluar tu nak reply whatsapp SIL sekali eh mana handphone?
Macam apa dah berdebar pusing-pusing dalam kedai tu but still memang tak boleh nak recall langsung macam mana boleh takde handphone tu.
Dalam hati pasrah gila dah memang dah hilang ni.
Sama macam kes bag I kena toreh 2013 (kalau tak salah) dekat Aeon Kepong. 
Masa tu phone Samsung juga, habis battery juga kes nya. 
Back to Jalan TAR, balik-balik memang jenuh berzikir berdoa lah mintak Allah sabarkan hati & redha. 
Siapa yang jumpa tu I redha tu dia nak ambil dan guna tapi tak payah lah godek-godek phone tu.
Delete je lah semua dan format dan silakan lah guna.
Banyak nya memory, notes and all dalam tu huwaaaa~
Nak menangis meraung pun memang tak dapat balik kan? 
So bersabar je lah bulan-bulan puasa ni. 
Alhamdulillah, adalah hikmahnya tu nanti.

Ke I dengan Samsung ni memang tak berjodoh ke cemana ni? Lol.

Jadi anak-anak, please ya, kalau pergi tempat sesak-sesak jangan lah nak leka sangat. Beg tu silangkan kalau boleh and always make sure letak  belah depan badan. I punya silap ialah, letak belah tepi badan ke belakang entah. That's why lah antara penyumbang nya. Padahal whole day before kejadian tu letak belah depan. Tapi tu lah, benda kalau dah nak jadi memang macam tu. Leka sekejap je, goneeeee~

So lepas tu esoknya, pergi UMobile request new simcard untuk nombor yang sama. 
Tapi sebab tak sure lagi nak beli phone apa, so tak tahu nak guna simcard apa.
Kalau micro simcard (standard android phone) ia guna mico - FOC je tak perlu bayar.
Tapi kalau nano simcard (iphone) kena bayar RM10.90. Gitu.

Actually lepas pada tu I ada survey lah satu phone and terbaca dia request nano simcard tapi masa tu tak decide lagi nak beli ke tak.
But then yang bodohnya I kenapalah tak ambil je micor sim tu dah sah-sah FOC. 
Nanti kalau tak boleh guna, tukar je lah nano sim ye tak?
Ni balik bodoh-bodoh camtu je. 
Just mintak centre tu suspend nombor tu sekejap sampai nanti I datang balik ambil new sim.

**Masa post entry ni, I dah beli new phone. Tengah tunggu ketibaannya. Later will review.


Pembakaran Terbuka

#Throwback

Masa balik cuti nak puasa haritu kalau tak salah, I jadi terajin macam mana entah.
Tolong mak sapu laman belakang rumah.
Tapi malangnya penyakar sampah patah batang dia, memang bongkok tiga lah nak menyakar.
Patahhhhhh~
Tak tahu siapa punya kerja bertakik takik pokok manggis emak tu. Oh yes haritu manggis dah berbuah, hope raya sempat makan
Punyalah dah tua pokok ni sampi berselirat akar-akar dia

Lepas tu mak perkenalkan penyakar sampah orang dulu-dulu.
Dia kata dulu arwah Aki sapu sampah guna bendalah ni lah!
Ini legend I tell you!

I pun try and it works!! Hahahhaha

Let me ask you, what makes you feel relax, calm, warm, cozy & homey?
Mine, by looking at this;
Warm 

Entah, rasa macam ahhh rindunya bau ni.
Bau ini nanti I akan rindu & kenang sampai bila-bila.

Selalu berangan nak hampar tikar makan tengahari dekat belakang ni tapi masih belum kesampaian. Nanti minta adik buat pangkin lah syok juga~


Be creative & Innovative kononnya.
Cari pasu bunga emak yang dah tak elok, bakar sabut dalam tu dan mari kita membakar ikan
Ah lazatnya ikan bakar ala kampung. Fresh, bakar dengan asap sabut. Hum hummm.
Ah rindu. Bau asap means - rumah, mak, kampung, childhood memories, love.

What's yours?


Hope For The Best But Prepare For The Worst

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

After one and another, dalam jangkamasa yang singkat..
Demam
Kuning/jaundice
Masalah hempedu
Operation - bile/gallstone
Infection
Blood pressure dropped
Admitted ICU - support machine
Cancer Stage 4
Most of inner organs dah tak boleh berfungsi
Bloated - Operation keluarkan dripped water
Ya Allah, Yang Maha Pemurah, ampunkanlah dosa-dosanya, mudahkanlah urusan nya, ringankan lah beban kesakitannya, berikanlah kekuatan dan kesembuhan ke atasnya, berilah ketabahan & keredhaan kepada suaminya, anak menantunya, adik beradiknya, kaum keluarganya, 
Please pray for my Aunty. She is very ceritical now. 
Tak sampai satu bulan, semua yang diatas berlaku. Allahuakbar.
Doktor kata tiada harapan, tapi berdoa lah kita, di bulan mulia yang penuh rahmat ini semoga Allah mendatangkan keajaiban. 

Biiznillah.


Happy 2nd Birthday, FiaFia

#Throwback

Haritu buat makan-makan dekat rumah Mak sempena birthday Luthfia.

Sebab dah last minute (tak cukup seminggu), Secret Recipt reject Kaklong request untuk buat edible image. So I pun google here and there, dapat lah satu edible image printing service area SD. Dia charge RM20 per piece. Ok lah. I hantar layout, esoknya dia confirm then post ke Kaklong. Tapi I made mistake. Supposed I choose CYMK tapi pergi buat format RGB so comeout dia color tu lari but that's okay lah as long ada. So Kaklong hantar pergi SR then diorang deco.

I balik Jumaat malam tu, esok pagi nya pergi cari barang dengan Kaklong, pergi amik cake & pulut baru balik kampung. Anak-anak dah post siap siap before that.

Boleh la dari takde

Cantik kan? Makde yang teringin ni. HahahaIni tempah dengan Kak Roha Mentakab. Tapi Mak kata next time kalau nak tempah, tempah yang kosong je. Asingkan serunding sebab ada Acik-acik yang tak makan ayam. Baekkk!~


Kitorang cuma goreng-goreng frozen food je. Kuih-kuih Mak tempah dekat jiran, mee kari tempah dekat Mak Andak. I tak dan pun nak rasa mee kari tu sebab hari panas so minum air je banyak. Memang tak bole nak masuk. Esok pagi tu nak makan panaskan, dah basi. T___T


Abang Adam & Drama

Abang Adam & Drama Lagi
Abang Adam tu memang sampai ke malam dramanya. Malam tu, nenek nak salin kuah mee kari dalam bekas kecik. Abang Adam pergi duduk depan depan nenek nak tengok. Sekali tu nenek terlepas bekas tu terus banjir kuah kari. Abang Adam masa tu ternampak katak dekat pintu. Dia memang pentakut katak like Makde. So terkejut nenek tertumpah kuah kari kat kaki dia, nampak katak pulak kat pintu, terus Abang Adam gelabah teruk. Dia nak lari, tapi sebab lantai dah licin dia tak bole bergerak dan jatuh lah tersembam. Berdarah mulut. Kesian Abang Adam meraung teruk. Takut, terkejut campur sakit. Memang huru hara. 

Makde & Nenek terus bawa Abang Adam masuk toilet mandikan bersihkan & pass ke PakNgah. Terus senyap Abang Adam lepas tu nak tidur dengan Ummi hahahhaha.

FiaFia & Moyang
Yang paling gemok dimenangi oleh Makde. 
So FiaFia semoga membesar menjadi anak yang solehah, bijak, membahagiakan & membanggakan keluarga. Aamin..


AD #5 - Hero



Weekend Getaways – Melaka & PD

So, before puasa haritu,  SIL text ajak pergi Melaka.

Tujuan utamanya nak pergi ambil Shen Adam (Bantal Busyuk) dah dua bulan tertinggal tak ambil-ambil. Boleh je nak biar terus tapi SIL macam sayang pula sentimental value tu hahaha. Dah la serupa pocong. Diikat atas bawah macam candy.

Sabtu pagi bergerak la kitorang, pun dah lewat juga, sampai Melaka jam 12++, beli coconut shake, sotong & dodol cair kat area mana I tak sure sangat. Sedap!!
Beli card & gift, suruh Adam tulis “terima kasih sebab jaga shen adam” 

Lepas tu kitorang pergi naik Menara Taming Sari.


Sampai chalet pun dah petang, check in, solat & kemas-kemas pergi pantai. Tapi sayang tak dapat tengok sunset sebab hari mendung. So layan anak-anak main air je la. Pantai dia tidak la macam pantai dekat belah-belah pantai timur pasir halus dan kawasan luas tapi I lagi suka yang kawasan macam ni kot sebab ada pokok-pokok boleh duduk & dekat sangat dengan laut. Tak panas sangat.

Then lepas maghrib, dinner BBQ. Sepatutnya kitorang pilih shell out tapi SIL tersalah deal. Next time perhaps? Tapi BBQ dia pun sedap!

Dah sudah makan tu, layan perasaan la tepi pantai. Dengan angin kuat nya, best sangat! Tenang je.


Then pukul 10 macam tu semua masuk chalet borak-borak pukul 11 nak get ready tido dah, sekali angin kuat sangat-sangat sampai takut nak tido. Sebab atap zink. Dia jadi bergegar2 atap. Risaukan esok bangun-bangun takde atap je hahaha. I tido pun tak lena. Sedar-sedar anak baring sebelah. 
Nampak kapal-kapal berlabuh
Mula lah membayangkan oh zaman melayu melaka dulu gamaknya macam ni lah kot. Kapal dagang besar-besar berlabuh, orang ramai berdagang-dagang, how nice!
Sampai ke cerah menikmati suasana pagi






Tak lama bangun subuh tengok suasana tenang je, so I pun keluar menikmati suasana pagi tapi a bit spoilt sebab ada anjing bermain-main tepi pantai. Tak tau mana datang entah. Sedangkan owner dia melayu. Anjing sesat kot?

Selalu dapat pesisir pantai luas kan. Nah sekarang ambik ni.






Lepas anak-anak dah bangun semua, kita pergi breakfast dan kemudian layan anak-anak main air sampai la pukul 11++ naik chalet mandi2 siap2 untuk check out. Bergambar2, lunch & sambung lagi bergambar. Pukul 2 petang baru gerak keluar dari chalet.

I love you so much baby

"Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu"

"Sungguh dasyatnya cintaku kepada kamu"



Me, Darling Sil & My Handsome Baby

Cantik kan langit membiru dengan pokok kelapa lagi. 
Maha Suci Allah
Chalet dia ni unik sangat. Sebab mula mula masuk akan jumpa ladang sawit, jalan adventure je tanah merah then tiba-tiba jumpa laut. Ahahhaha kan best kalau ada laut juga belakang kebun sawit rumah mak?
Luas kan? Ada mini playground lagi

Kreatif

Overall, chalet ni best sangat kawasan dia. Memang privacy tak campur orang lain. Pantai pun privacy. Kawasan luas & cantik landskap dia. Dia dah hujung-hujung selat gitu kot? Bilik just nice. Tapi bilik air bertangga. Kalau macam nak bawah Abah susah lah sebab risau nak turun tangga tu. I pun punya la hati-hati takut sangat jatuh kat tangga tu. Then it would be more nice kalau lantai bilik air tu letak tiles. Takde la geli sangat right.

Lepas tu, pergi PD sekejap. Lalu PNB Ilham Resort nak tengok Rumah Api tapi tak boleh masuk pulak kereta. Anak-anak tido so tak jadi la. Teringat zaman praktikal PNB dulu pegi course dekat Ilham, cover amik video, siap panjat menara dia tengok view PD.

Lepas balik dari Melaka tu,  gerak ke Ostrich Farm. Panas berdenting-denting! Busuk pulak tu bau haiwan. So merayap la dalam tu bagi makan haiwan, bergambar berpeluk-peluk dengan ostrich LOL, tengok demo keluarkan telur ostrich, pegi tengok dinasour & buat activity. I menembak! Hahah tak percaya betul. Fefeeling DOTS pulak tetiba. Nasib la ada few yang mengena sasaran. Beli souvenir, keluar minum then gerak balik KL. 

First time dapat peluk ostrich! Hahahah awesome!
Yea, baby saya yang handsome tu rongak teruk sebenarnya, nak berganti gigi kekal. Time baby kemain lagi cantik gigi. Bertabah lah setahun dua ni nak dapat gigi baru T____T

Adam stepped on ostrich's egg
Gigih betul meniru aksi dinasour 

Cepat lah Adam nak jumpa kawan baik Adam ni!
Makde, cepat lah ambik gambar Adam nak bagi makan kawan baik Adam ni.

Ya laaaaahh kawan baik kau lah sangatttt~

Singgah R&R solat, sampai rumah anak-anak buat hal pulak. Spoilt mood semorang. Dah bawak berjalan buat perangai lagi! Gerammmm je menengoknya! Mandi basuh baju siap-siap pegi KPJ Shah Alam pula tengok Hariz warded then abang hantar balik. Esoknya MC sebab cirit-birit makan tak ikut timing & makan merepek-merepek mendapat lah!~

Oh, sebelum terlupa, untuk sesiapa yang nak review/info chalet tu, ni facebook dia :  D'Qnut Chalet And Restaurant. https://www.facebook.com/dqnutchalet/?fref=ts  atau di blog mereka : http://dqnutchalet.blogspot.my/

Jangan salah baca D Qunut / Doa Qunut sudahhhh~