Trip Ke Perak : Kuala Sepetang

So, lepas dah mandi & breakfast di R&R Sungai Perak, kami pun bertolak ke Kuala Sepetang. In planned, nak melawat kawasan paya bakau (which tak sudah sudah iklan sayangilah paya bakau kita yang dekat tv tu dok mengasak kepala dah kenapa entah), melawat perkampungan nelayan, bagi makan helang, melawat kilang arang dan seterusnya makan tengahari.

Mula mula tour pasal Paya Bakau. Menarik. Tak dengar sangat pun penerangan. Sibukkan jaga Fia & ambik gambar je untuk reference budak budak sekolah sesapa yang nak cari info nanti I tepek karang. Tapi seronok tengok pokok bakau. Lain dari yang lain. Tiba tiba teringat twilight dalam hutan eh. Oh Edward Cullen! Jacob tak boleh ye. Itu pujaan hati Yang Tuan Terutama Dato’. Eh!? *grin*
CikPia pun bersemangat!


Ramai dayang & hulubalang hulubalang CikPia nampakkkk

Pak Abu sedang khusyuk memberi penerangan ye anak anak
Kemudian, di bawa river cruise ke kampong nelayan

Perkampungan nelayan.

Perkampungan nelayan lagi. Captured dari dalam bot
Dah habis mabok sungai *terasa jugak la pening sikit main dengan bot oleng oleng tu*, tour guide, Pak Abu. Kemmain nama, Pak Abu uols! Bawak kami ke Kilang Arang.
Abang dah kenapa?

Lepas dah setel tu, pegi lunch pulak. Diorang sediakan nasi putih, ayam masak merah, sayur campur, tembikai dan air sirap soda. Sedap! Dan sesiapa yang nak merasa Mee Udang Banjir Makteh, boleh lah. RM10 semangkuk. It depends. Ada yang dah pernah pegi lain lain gerai ada yang RM13 ada yang Rm7 semangkuk.. Tapi udang memang heaven! Bebesar dan banyak. Memang banjir lah! Actually tak adalah special mana, ia more like mee bandung tapi takde telur camtu. Tapi yeah, sedap!


Mee Udang Banjir Makteh, Gedabak gedabak udangnya


Then, bergerak ke Bukit Merah. Tak dan 10minit bas bergerak, semua tumbang. Penat apa entah.

N.


2 comments:

Khairul said...

Terima kasih kerana melawat perak.
Dari sekolah mana ni ya?

Hayati Suhari said...

Oh, ini company trip.