Petang Rabu, 4 Januari 2012 customer gila gila punya perangai. Banyak karenah sangat. Aku stress sampai cirit birit kau tahu. Lepas makan cookies yang Norren kasi tu aku terus rasa tak tentu arah. Seram sejuk satu badan. Ah sudah, petanda ni. Petanda nak demam! Well aku tak tahu nak salahkan cookies ke atau apa benda yang aku makan pun entah.
Dah la kerja memang setambun dekat atas meja tak siap. Tapi tak boleh jadi, tak tahan. Terus turun bawah pegi klinik, menggigil gigil dah macam apa. Orang pandang dah macam apa. Aku memang tak tentu arah gila kot. Sekali ambek, orang bapak ah ramai gila nya. Aku pun buat muka kesian dekat kaunter tanya lambat tak doc nak check. Then gamaknya staff tu tengok aku dah macam nazak sangat, dia kata takpe, aku boleh potong Q, tapi tunggu dalam 2 3 orang la. Aku ok je la. Masa tunggu tu kalau tak mengenang malu, memang berguling dekat situ lah. Dia punya angin membawak ke dada seksa gila aku rasa.
Elok je doc check dalam lima minit macam tu kasi ubat, bermacam jugak la. Aku legaaaaa tengok pil kecik kecik. Harga pun tak gamak lah RM60 dan ini makan dia :
Lepas tu balik kerja lepas pegi amik SIL, singgah pulak pegi tapau makanan. Dah la lama dekat sejam kot. Aku dah menggelupur macam apa dalam kereta. Memang tak boleh blah. Memang dah sampai tahap menangis ah.
Balik rumah je hambik tak tau berapa kali masuk toilet. Sampai tahap yang bawak keluar sekali dengan muntah terus. Rasa nak pitam aku. Hazab! Bergelodak gila perut membawak ke dada, kepala. Lepas dah telan ubat sapu ubat segala ok la pukul 11 boleh la lelap sekejap.
Sekali pukul 1 terbangun lagi! Toilet lagi! Muntah lagi! Lepas pada tu ok pengsan, esok tak kerja. Hari jumaat dah ok tak pasal pasal pegi klinik tu mintak MC untuk hari rabu tu. Sikit lagi nak kena sound dengan doktor.
*************************
12 Januari 2012, Khamis
Lagi sekali perut aku memulas mulas tak hengat. Kali ni lagi teruk dari rabu tu. Dua tiga kali jugak lah bangun malam dan muntah. Esok nak bangun pegi keje lembik. Mandi kasi ilang panas sikit then pegi klinik. Ok Doc kata panas, tinggi. Demam. 38 suhu. pergh! Padahal aku tak de rasa panas langsung pun. Pelik. Doc kata ok memang kadang2 kita tak sedar kita demam tapi sebenarnya demam. LOL! Lalu MC lah hari tu dan terus tak pegi dinner ofis. Ubat kali ni berjenis jugak lah. Enam kot. Tapi lagik murah dari klinik yang first tu. Still, mediveron. Dan pil kecik kecik. Suprisingly, aku boleh telan semua ubat. Yipppieee!
Sekian.
Note : Sakit cirit birit jangan buat main main. Silap silap boleh kejang badan hilang air. Belum lagi tahap penggelupuran dia tu. Fuh. Serik! *dua hari je la seriknya*
No comments:
Post a Comment