Triffle Puding Mango

Yang tak berapa nak jadi. Hahahahah

Tapi bangun bangun tido, pagi pagi buta tu kaklong dah merasmikan. Terus dia kejut aku "Eh, sedap la puding awak buat tu"

Woooo...terus bermotivasi nak bangun pagi. hahaha. Nah, cer tengok:

Tak jadi kan? Jeli dia sangat sangat sikit. Ke aku ambik puding? Ah layan lah. Sepatutnya kalau nak lawa guna strawberry flavour, so bila kaler merah strawberry tu lawan kaler kuning kastad tu kan ke lawa. menyerlah. tapi dah takde aku bantai la mango. jadi, bila orange + kuning = tak menarik kan? Ah, janji masuk tekak sedap, sudah! 

Ini versi cubaan. Ingat kalau jadi sedap, boleh buat hujung bulan ni untuk birthday emak. dan kaklong pun kata sedap, nanti mesti wajib buat hujung bulan ni dua tiga bekas nak kasi orang makan *pengsan*


***********************

Updated. K la. Resepi yang aku ejas ejas sikit.


Bahan:
1 buku kek gulung
1 tin susu cair
5 sudu besar gula-nk manis lg ltk la byk lg
4 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn 1/2 gelas air)
1 tin fruit coktail
1 kotak jelly nona (perisa strawberry) nk perisa lain pn bole-ikut suka


Cara :
potong kek gulung..susun penuh dlm bekas dan mampat
(seeloknye bekas jernih/kaca..kalau nak hidang utk tetamu..biar cantek!)

pastu masak susu cair, 1 tin air, gula sampai mendidih..
then masukkan bancuhan tepung kastard..kacau lagi sampai agak2 pekat...

curahkan dalam bekas jernih/kaca yg dh ltk kek td...

pastu masak jelly ikut arahan kt blkang kotak

kemudian curahkan atas adunan kastard...
taburkan buah2an dalam tin.. sejukkan..letak dalam peti.



Kredit resepi : Mamatisya. Anyway, mamatisya letak whipped cream so nampak lagi cantek. sila la pegi tengok.


*perisa strawbery kalau nak lawa kan kan nanti kaler merah lawan kuning. Macam aku dah terdesak takde yang strawberry guna la mango flavour.


No comments: