Tiket wayang

Aku bukanlah hantu sangat tengok wayang. Cumanya setiap kali tengok tu memang macam wajiblah aku nak menyimpan tiket nye tu. Ada la jugak berkeping keping dalam simpanan. Lepas tu semalam aku dok kemas kemas kotak nak asing asing kertas resit segala benda. Jumpa la tiket tiket ni.

Hampeh! Ada tu tiket tahun lepas dah tak nampak ape tulisan. Tapi yang aku jumpa ni :

Buli. Along, Ida, ingat lagi tak ni? Haha.

Ini masa aku buat diploma dekat Kuantan. Zaman bila? 13 Mac 2004. Eh birthday sepupu aku. Dah tujuh tahun ok! Dan jugak eh dah sembilan tahun aku berbesfren dengan Along dan Ida. OMG Girls! Sekejap je. Ida dah ada anak sorang kot. Kita bila lagi? Hahahha. Eh eh cerita buli ni memang kelakar to the max lah! Bayang kan lah dari start mula mula duduk dah mengekek ngekek gelak sampai dah habis wayang pun gelak lagi. Ke faktor tengok ramai ramai? Bila sorang gelak dia jadi macam berjangkit. Hah? Entah lah. Tapi memang kelakar habis. Ngangkung dengan Hantu Kak Limah pun tak kelakar macam ni. Eh cop cop. Hantu Kak Limah memang kelakar jugak sampai keluar air mata aku gelak. Eh tapi point dia kalau tengok cerita lucu ni kena tengok dengan orang yang betul betul sporting yang boleh gelak gila gila dah tak peduli jiran ke mak mertua ke laki balik keje ke ape. eh?

Ok off topic bff dengan kak limah.

Yang aku nak persoalkan kat sini, tiket wayang ni ikut gred cinema ke ape? Padahal Kuantan tu takde la top sangat macam KLCC ke ape nak guna kertas mahal kan. Atau kualiti kertas cetak tiket wayang zaman sekarang memang cikai? Haram putih je aku belek semalam tak nampak ape. 


No comments: