First time pegi Kinokuniya kena beli buku mahal mahal?

Petrosains full. mana la aku nak heret anak buah aku ni. movie orang beratur macam ular terlengkok lengkok. Ok, masuk kedai buku. Terpusing pusing aku cari tempat budak budak punya buku. Mulut ni gatal sangat berjanji konon konon nak bawak dia pegi tengok dinasour. hamjadah nye. celah mana ada dinasour dalam KLCC tu pun aku tak tau lah. Padahal tengok dekat web, exhibition dia dekat Penang, jom lah kita. Tapi macam konfiden je ye ye ade. aku pun pegi.

Bila dah takde, budak kecik ni tadi tukar plan dia nak beli buku dinasour. Sekali dia jumpa. Dia dah pegang kemas kemas buku tu. Aku ambik, pusing belakang tengok harga. Ergghhh!!! Tak leh jadi ni.

"Abang, jom kita pegi tengok dekat sana. sana tu lagi banyak buku dinasour yang best best. Yang ni tak best. gambar dia tak lawa" Aku terus heret dia sambil cuba berdiplomasi.

Sampai section belah sana, dia mengamuk tak nak, nak jugak buku tadi. Aku biarkan. Dah la membaca sepatah haram pun tak pandai lagi, komfem la dia tak jumpa kan buku tu. hahahha. tup tup boleh plak dia jumpa rak yang tadi tuh. fuh! kuat betul ingatan. Apa lagi, cepat cepat lah aku sorok buku tu. Bila dah tak jumpa dia menangis lah sebab memang dia yakin buku tu kat situ dan memang betul pun, cuma aku dah sorok. hahahaha.

Lepas tu aku gigih la belek belek buku, jumpa la yang aku berkenan, kena pulak dengan umur dia. 2in1. Buku merangkap puzzle. Harga pun not bad RM25. Auku tunjuk dekat dia, pujuk pujuk ok lah dia nak. So pegi bayar. 

Ini bukunya. Harammm la aku nak kata ada puzzle kat situ kalau dia tak find out sendiri. Malas aku..bukan dia reti lagi nak mempuzzle.
Ada empat bahagian. Underwater, Jungle, Polar, Safari. Masak aku bercerita
dan ingat nama menatang ni semua. haih.
Sengih tak sengih lepas paw mak sedara dia. eh tak, aku yang suruh dia pilih
buku kot. nak salah kan dia plak. hahahhaha.
Berbalik pada buku dinasour tadi, aku tak hilang akal lagi la nak beli buku ala ala sejarah dinasour dekat budak tiga tahun yang belum reti membaca. kalau sembilan ringgit tahan lagi. ni sembilan puluh ringgit hoi boleh beli mekap aku dua tiga bulan hokey!


4 comments:

tqaAwesome said...

huahuaahuaa
RM90? botak la kepale ekau.

nseb bek dapat pujok eh. kalau tak melayang ~_~

Lady SharpShouter said...

oit, apsal anak buah ko senyum cam kena pakse? aku rasa mcm dia tak puas ati ko tak bg buku 90 hengget tuh.haha

The Nurul said...

@tqaAwesome tu lah. berpeluh jugak la. hahaahaha

The Nurul said...

@Lady SharpShouter tu bukan senyum. tu kena suruh say EEEEE. hahahahaha