Hantaran Kawin Ikut Birthday?

Haritu, ada lah kira macam sedara aku kawin. Aku nak gelak pun ade. Sadis pun ade.

Pengantin ni birthday dia 14 Disember. Tahun aku tak sure bila entah. Lepas tu aku usha usha la dia punya hantaran kawin. Sekali kakak ipar aku kata. Ikut tarikh birthday dia. RM14k. Mak aih. Ok lah yang tu, budak tu pun educated, kerja so macam fair lah kot. 

Yang buat aku nak gelak guling guling bila akak ipar aku cerita, kakak pengantin ni belum kawin. Lepas tu bila si boifren kakak pengantin ni usha usha wang hantaran, makwe dia ni kata la ikut birthday. Tepuk dahi la member. 
"Ah sudah. Kalau ikut birthday, birthday awak 31 Disember so kena RM31k lah?"
Aku berguling guling gelak. Sian doh mamat tu. sabar je la. anyway, joke je pun.

Jadi, kalau aku? RM7k je ah? Selamat la poket laki aku. ~


14 comments:

LadyRye said...

ceh! besday aku 30hb awat aku tak mintak 30k?? rugi sungguh sebab laki aku bagi ikut besday dia 11k! hahaha!

dia yang cerdik ka aku yang bodo???

The Nurul said...

@LadyRye ang rugi kak. rugiiiiiiiiii. bijak no laki ang. hahhahahahhahahaha

Heidi Shafiq said...

giler la.. untung la sape besday 1 dec.. :P

The Nurul said...

@Heidi Shafiq phew nasib baik i tengah tengah je. hahaha

tqaAwesome said...

waaa tqa dapat 4k jela. haha T__T

Fina Sophie said...

@Heidi Shafiq

ahaha y untung heidi? 31 dis ke 1 dec? sbb i 1 dec XD

anyway,
if 1 dec, kesianlah. kena carik nombor lain. kikiki

The Nurul said...

@tqaAwesome kena cari tarikh cun lagi tqa. ahhahaha

The Nurul said...

@Fina Sophie yang, dia lelaki untung la kasi 1k je kalau 1hb. hahahaha.

E.d.Y said...

macam jual anak dah tu..huhu

miszlullaby said...

huhuhu...ML hari tu mula2 nk ikut birthday jugak,tp kene marah.kikiki.Mak kate birthday is birthday,jgn samakn dgn hantaran.Sebab duit hantaran selalunye pihak lelaki akn bg awal dari time kenduri,so pihak prempuan akn guna duit tu utk buat preparation la.By the time hari akad tu nanti,just display duit/cheque je.So,mak kate kira betul2 bajet kawen kita,and baru tentukan wang hantaran.Tapi klo orang tu dah stok anak org kaya,xkesah r kot.hihihi..

The Nurul said...

@E.d.Y itu lah. kalau laki tu kayer gilaaaaa boleh la kot

The Nurul said...

@miszlullaby oh macam tu ke. tak tau pulak. hahaha. jadinya kena buat perkiraan betul betul la eh. k k good info :)

Mama Haida said...

haha nasib baik tak buat camtu klu tak mampus angah bayar 24k.hahaha...klu ikut besday dia plak nganga la kami sebab 1k je.kuang3

Nurul Huda Rahim said...

eh aku selalu berangan nak wang hantaran ikut umur aku. bleh ka mcmtu? haha.