Kasrah Family Day #2010

Atas dasar banyak sangat cabaran dan rintangan yang entah apa apa entah, sudahnya family day “big family” 2010 buat kat mana tahu?

Yes..balai belia.  Sudah la panas terik bahang gila tapi tak mengapa. Dapat kumpul ramai ramai sekali sekala seronok jugak. Kumpul pulak time raya haji. Memang save bajet sebab lauk ambik dari lembu yang tok abah korban je.

Aktiviti pagi, kumpul adik beradik tok abah. Maksud dia tok sedara aku, mak sedara sepupu dan jugak anak anak diorang lah. Sesi bacaan yasin, kata kata aluan, ambil gambar, makan makan balik. Petang, sesi keluarga kami pulak. Kassim + Zaharah = KASRAH. Abang aku lah punya idea. Lekat sampai sekarang.

Ini dia Tan Sri dan Puan Sri Kasrah. Tok Abah dan Uwan aku.
Aku cuma nak kongsi gambar happy happy ja. Nak sedih sedih tak dak.

Main bola tengah panas terik atas padang futsal. Yeah selamat hitam ye semua. Mengagumkan, semua empat lima orang manusia di atas yang main bola ni dok ambik gambar main bola jadi profile picture facebook mereka. Awat bang? Rasa hot ah dok tepek gambaq main bola? Hahaha.
Aku suka gambar ni. Cuba kau tengok, dua manusia tak dak kepala. Hahaha.
Part ni budak budak suka sangat lah. Makan gula gula. Sapa tak mau? Aku pun dok rembat satu gula gula stoberi ni.
Budak budak dok main ulang alik bubuh ayaq dalam botoi tengok sapa penuh dulu menang.
Hat ni bapak main tipu. Jahat sungguh abang aku. Dok bawak lari tong ayaq tak kasi depa semua cedok dalam tu. Sakit perut dok gelak masa ni. Sungguh sungguh budak budak ni kejar abang aku nak cedok ayaq. Hhahaha.
Ni seronok. Part last sekali. Dok main poco poco. Pakteh aku yang rambut dah putih tu jadik leader dia. Merapu meraban aku ikut. Dah lama tinggai. Tak ingat langsung dah. Tapi funnnnn!!!!!!
Dok berpasang dengan budak budak kenit lari bawak bola pingpong dalam sudu. Kau tengok. Sikit tak agak yang pakai topi tu. Orang lain mana ada. Hahahaha. Orang gedik memang macam tu. Nasib lah.. Kalau dah hitam tu hitam jugak lah nurul oih..tak payah nak kaver kaver lagi dah. Kehkehkeh.
Golongan veteren dan beranak kecik kebanyakan tak mau turun padang pasai panaih sangat. Karang pengsan satu keja nak pi antaq hospital.

Gambar ada lagi juta juta. Cukup lah sampai sini. Muntah pulak kau orang karang.


7 comments:

♥ Juliana Violet ♥ said...

Bestnye...
Jeles I tengok...
hihihi...

CGG said...

meriahnye family kamu dear:)
heppy tgk..

The Nurul said...

@♥ Juliana Violet ♥ala..jangan la jeles. nnt u plan lah dengan family u jugak :)

The Nurul said...

@♥ Juliana Violet ♥ala..jangan la jeles. nnt u plan lah dengan family u jugak :)

Amni said...

best2! susah nak kumpul family ramai-ramai macam ni dear.....

The Nurul said...

@CGGni baru yang taun ni. tak best sangat. yang taun lepas lagi happening. nnt i update.

The Nurul said...

@Amnikalau nak buat benda camni kena plan awal n tengok tarikh yang available. kalau tak..hancus. ni pun ada yang tak balik