Pernah makan jantung pisang goreng?

Dah nak dekat pukul tiga, for sure korang semua dah lunch kan. So aku pun tak rasa bersalah sangat lah nak post entry ni. 

Well, pernah makan jantung pisang? Biasa orang rebus buat ulam je kan? Ni version cincang cincang then goreng pedas pedas. Tak pernah makan? Rugi je hidup lama lama tak pernah makan. Muahahahhaha.

Ok. ni jantung pisang. Dah kerat keras baru ingat nak snap. Buang kelopak dia sampai tinggal isi yang putih putih tu. Lepas tu kerat agak2 la dari tangkai dia macam ni ha.

Ha kenal jantung pisang?


Kaedah dia sama je macam goreng sayur biasa tu. Tapi sebelum tu kau orang potong dua jantung ni then hiris. Jangan nipis sangat jangan tebal sangat. sedang sedang sudah. Lepas tu rendam dalam air garam jangan banyak sangat then ramas ramas dia pasal nak kasi hilang pahit dia. Ni petua mak aku. Ikutkan je la. Biarkan kejap then basuh dengan air bersih, toskan air dia. Lebih kurang macam ni la.

Nampak macam kena cincang cincang kan? Padahal hiris nipis nipis je

Pastu cam biasa la tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api kalau rasa takde buasir bole la bubuh segenggam. Lagi pedas lagi sedap. Then panaskan minyak, tumis bahan bahan tumbuk tadi. Dah pecah minyak tu masukkan la jantung pisang tadi.

Perlahan api supaya nak kasi dia empuk. Kalau nak lagi cepat tutup la dengan tudung periuk. Jangan lupa kacau kacau kan dia. Agak2 la tara mana dia masak. Tutup api, cedok la masuk mangkuk.

Lepas tu? 

Tanya lagi..makan lah. Makanan kampung memang umphhh. Makan dengan nasi panas panas dengan ikan gelama masin. Fuh. Dah tak payah nak kecur liur sangat. Hahahahha.

Eh mana nya gambar yang dah siap masak?

Amacam??? *angkat angkat kening*.


3 comments:

miszlullaby said...

nampak sedap nih nurul..balik msia kene try =)

DAUD said...

ooo, jantung pisang yang dimasak begini. pernah la makan. ingat goreng jadi macam goreng pisang. haha

Mat Gebu said...

salamm..wawaa ni antara feberet saya...sebab kat kampung kat senang nak dpt bahan mentah. Tapi kan jantung pisang hutan pun sedap tau,lemakk rasanya..