JB Sentral Dah Macam Lapangan Terbang Kau Tahu??

Last week, pegi JB. Ada hal sikit plus tengok nenek. Alih alih bawak nenek pegi specialist pasal mata dia. Lepas tu balik naik keretapi sebab kalau nak balik naik bas tengahari semua busy keje takde sapa nak hantar pegi Larkin.

So esok pagi tu kocoh kocoh la bangun. Tido dah la kul 3 selak sangat bersembang dengan sepupu. Bangun lak kul 4. Ambek kau. Mandi mandi pukul 5 gerak dari rumah. Sampai sampai stesen, sepupu cakap stesen dah tak macam dulu beratur kat bawah. Kali ni kena naik tingkat atas sekali beli tiket then turun bawah semula. Alamak! Dah la macam terlambat lambat.

Gigih naik sampai tingkat atas sekali, lepas tu mak ai tiket mahal gila kau. Naik separuh harga. Aku agak pasal dia dah naik taraf kawasan tu kot.

Eh JB Sentral skang memang tip top ok. Sumpah aku cakap macam KLIA. Cantik. Tempat menunggu pun lawa. Lepas tu nak departure plak memang macam nak naik katerbang kau! Fefeeling kat airport kejap aku dengan beg tarik bagai. Hahahaha. Padahalllll.

Masa nak depart tu, sepupu dengan makcik aku tak boleh ikut hantar sampai ketapi. Kira macam antar sampai kat tempat check boarding pass je. Kekekekek macam airport kauuuu! Hi hi bye bye kat situ je ah. Tak macam dulu tu bole antar sampai pintu ketapi. Skang ni tadak dah.

Tapi sebab first time masuk JB Sentral yang dah siap ni, menggagau lagi cari platform, dengan nak kejar train lagi, memang tak merasa la aku nak posing dalam tu. Takut terlepas train masak lah kau. Jadi, bergambar dalam train sudah.




Gambar JB Sentral yang aku rembat dekat internet :


























Ni ada artikel pasal JB Sentral. Pi baca. Jangan malas sangat. [ JB Sentral Bertaraf Antarabangsa ] dan [
  RM2 Billion Bina JB Sentral ]


12 comments:

BUNGA said...

wahh.. dah maju.. saya org johor.. tp dah setahun lbh merantau.. x tau pulak jb sentral dh mcm lapangan terbang.. hehe

Solihin Zubir said...

perghhhh... giler ahhh.. mmg eksklusif..
dh mcm kt oversea plak..

DAUD said...

giler lawa..

Totin Jamain said...

erkkk
i orang jb pon tak penah datang sini
ni yang dekat2 kastam singapore tu ke
wkwkwkw ok fine i hentam jeeee

hiro said...

perghhh..stail.

E.d.Y said...

wah..bangga jd anak jati johor

The Nurul said...

@BUNGA sila la balik jb naik ketapi nnt ye?

The Nurul said...

@Solihin Zubir aah. terpinga2 je masuk. nasib baik orang takde sangat subuh2. orang nak g keje spore je ramai

The Nurul said...

@DAUDala alal KLIA k

The Nurul said...

@Totin Jamain aa aa aa i pun tak sure sebelah kastam ke ape. hahahha

The Nurul said...

@hiroada masa sila la cuba datang

The Nurul said...

@E.d.Y oh i bangga jadi anak jati pahang. hekhek