Macam mana nak handle ni?

Anak bujang  3 tahun 8 bulan. Mulut kalau tak payah cakap banyak la. Burung murai pun surrender. Dah macam mana. Asik tengok Astro Ceria, Hagemaru, Fukuchan bla3

Abang hebat. Bukan macam makde. Makde tu lemah.
Apaaaaa!!!??? Berani awak cakap dengan saya macam tu? Mintak maaf cepat!
Cepat lah!! Kita dah takda masa ni!
Huh!! Tak adil!

Ah macam macam lagi la perkataan perkataan yang jarang budak besar ni sebut. Yang best tu kena pulak dengan situasi dia apply ayat ayat ni. Sudahnya, nak marah pun tak jadi.

Tahun lepas, dua kali mak dia hantar pegi sekolah/taska. Sakit saja. Demam lah, sakit perut lah. Sekolah dua minggu cuti lapan minggu. dah macam mana. Lepas tu macam fobia suruh pegi sekolah."Abang tak nak pegi sekolah, sekolah tu tak best" "Abang tak suka pegi sekolah. Abang benci sekolah". Yang terbaru, "Abang tak nak pegi sekolah. Abang cuti" Kehkehkeh sabar je la aku. Bole dia bantai kata cuti. Nak nak pulak memang musim cuti sekolah kan. lagi kau nak kata apa? Kena ye kan je lah.

Ahad lepas dalam kereta, "Abang tak nak pegi sekolah. Sekolah tak best. Sekolah takde tv, takde CD, sekolah ada buku dengan pensel saja" hoiiii! memang lah! Nama pun sekolah. 

Semalam, pagi pagi kakak aku angkat dia bawak mandi, pakai baju terus masuk kereta hantar pegi sekolah. takde cakap banyak. Dia punya meraung jangan cakap lah kan. Bila akak aku nak ambik tengahari tu boleh dia cakap macam ni kat akak aku. 

"Ibu...ibu dengar cakap abang ni. Ibu kena mintak maaf dengan abang"


"Kenapa plak ibu nak kena mintak maaf?"


"Yelah. Sebab ibu bangunkan abang pagi pagi. Mandi dengan hantar abang pegi sekolah"

Hoiii!! banyak cantik muka kau orang plak nak kena mintak maaf.

Lepas tu tadi kak aku cerita, bila nak amik balik tu dia salam ngan cikgu dia. Kak aku suruh kata "abang balik dulu cikgu, esok abang datang lagi" Tapi, tau tak dia cakap ape kat cikgu dia? "Abang balik dulu cikgu. Esok abang tak nak datang sekolah dah" Wahahhahahahah. Terkedu cikgu dia. Hampeh punya budak. Dah tu bila balik rumah dok la mengekor akak aku pegi mana. Dah macam trauma. Kejap kejap kang termenung lepas tu cakap "Ibu...esok boleh tak abang tak nak pegi sekolah?"

Perangai sapa ikut ni entah. tak nak pegi sekolah. macam kan fobia apa entah.

So tengok je la tahun ni berapa hari pulak dia sekolah. Harap harap much better than last year. Amin.



11 comments:

b a m b a m ' s said...

anak buah aku pon ade yg pesen cenggituh wehhhh... ko 4 minggu skolah 8 minggu cuti..anak buah aku siap ada lagu.. 2 hari sekolah 5 ari cuti.. T___T' then gi skolah ke main pendiam!balik umah macam baru dapat mulut..!pffftttttttt~

beautiful_rose said...

budak2 zaman skang mmg hebat...sati kita cakap,10 dia jawab...kadang2 sampai tak terjawab kita pulak =p

E.d.Y said...

budak2 mmg..cepat terpengaruh

Totin Jamain said...

HAHAHAHAHAH COMELLL GILAAAA
tengok gambar pun dah dapat bayangkan mulut becokkkk diaaa
eeeeeeeeee geram!!!!

The Nurul said...

@b a m b a m ' s hey sama la dia ni. kalau kat luar bapak lah baik jangan cakap. siap peluk cium ai lev u makde bagai. ceh. balik rumah..."sepak makde!"

The Nurul said...

@beautiful_rose aa lepas tu kalau dia tak leh jawab i saja sakitkan ati dia kata dia tak leh jawab bluwekkk

The Nurul said...

@E.d.Y tu sebab aunty i tak kasi anak dia tengok astro ceria. hampeh je kartun2 dia. tapi nephew i ni ok jugak lah kat luar dia behave gilaaa. balik rumah je cam kena rasuk ape tah. hahahah

The Nurul said...

@Totin Jamain itu lah. since dia dapat mulut memang kerja bergaduh je dengan i. suka menyakat. hahahhaha

Lizzie Yasmin said...

amboi byk betul cakap dia.. tue lar budak skang nie... hahaha...
ada tallent jd lawyer nie.. pnda ckp.. hahaha

The Nurul said...

@Lizzie Yasmin habis dah mak ayah dia lawyer. memang padan la dapat anak mulut camni kan. hahahhha

Mama Haida said...

kena siasat napa abg tamau g skool tu makde.tah2 dia kena buli ke,dia buli org pastu kalah ke.hahahaha...bijak sgt molot beliau pun susah jugak.... :P